berkenalan dengan sudut

29
1 Berkenalan Dengan Sudut :-)Posted by Cikgu Rainul Tahukah para pelajar gambar apakah di sebelah tu? Ya. Ia merupakan satu titik bersaiz besar. Pentingkah titik dalam matematik? Emm…. Bagi ahli matematik, titik ditakrifkan sebagai ‘tempat pertemuan’ atau ‘tempat persilangan’ dua garis. Dalam realiti, jika kita cuba melihat tempat pertemuan dua garis, kita tidak akan nampak apa-apa kerana tempat pertemuan ini tidak mempunyai ukuran panjang, lebar atau tinggi. Tetapi untuk menunjukkan tempat pertemuan, kita buatkan atau simbolkan ia sebagai satu titik di sana. Satu titik secara solo tidak dapat diukur. Tetapi apabila beberapa titik disusun dalam satu baris dan bersentuhan satu sama lain, mereka akan membentuk

Upload: perodua1962

Post on 12-Jul-2016

140 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

1

Berkenalan Dengan Sudut :-)Posted by Cikgu Rainul

Tahukah para pelajar gambar apakah di sebelah tu? Ya. Ia merupakan satu titik bersaiz besar.  Pentingkah titik dalam matematik?  Emm….

Bagi ahli matematik, titik ditakrifkan sebagai ‘tempat pertemuan’ atau ‘tempat persilangan’ dua garis. Dalam realiti, jika kita cuba melihat tempat pertemuan dua garis, kita tidak akan nampak apa-apa kerana tempat pertemuan ini tidak mempunyai ukuran panjang, lebar atau tinggi. Tetapi untuk menunjukkan tempat pertemuan, kita buatkan atau simbolkan ia sebagai satu titik di sana.

Satu titik secara solo tidak dapat diukur. Tetapi apabila beberapa titik disusun dalam satu baris dan bersentuhan satu sama lain, mereka akan membentuk sesuatu yang dapat dilihat dan diukur, iaitu satu garis lurus. Ya, itulah konsep garis lurus dalam matematik … Garis lurus ialah satu baris titik-titik yang bersentuhan satu sama lain :-).

2

Apabila dua garis bertemu pada satu titik, maka akan terbentuk pula suatu sudut. Jom kita kenali sudut-sudut penting dalam matematik.

Jenis-Jenis Sudut.1.   Sudut tirus :

 

Sudut tirus ialah sudut yang nilainya lebih besar daripada sifar darjah tetapi kurang daripada 90 darjah.

2.   Sudut tepat :

Sudut tepat nilainya tepat 90 darjah. Tidak lebih dan tidak kurang. Mesti tepat, ok?

3.   Sudut cakah :

Sudut cakah nilainya lebih besar daripada 90 darjah tetapi kurang daripada 180 darjah.

3

4.   Sudut refleks :

Sudut refleks pula adalah sudut yang nilainya lebih daripada 180 darjah tetapi kurang daripada 360 darjah. 

Emm! Apabila pertemuan dua garis membentuk sudut refleks, sudut lain pun boleh terbentuk sama. Dan begitu jugalah sebaliknya. Betul tak? Betul! … Cikgu beri satu contoh saja seperti gambar rajah di bawah ni.

Opps! Jangan lupa. Pertemuan dua garis juga boleh membentuk sudut lurus.

Sudut lurus nilainya tepat 180 darjah. Jarang-jaranglah kita guna istilah sudut lurus ni. Biasanya sebut terus saja sudut 180 darjah kan?Ok. Cikgu harap tak keliru lagilah apabila nama-nama sudut ni keluar dalam peperiksaan ;-)About these ads

4

MO ND A Y , DE C EM B ER 7 , 20 09

SUDUT

Apakah itu SUDUT ?? Sudut ialah bentuk yang terbentuk oleh dua garisan yang berkongsi titik hujung yang sama, yang dipanggil puncak sudut. Sudut memberikan satu cara untuk menyatakan perbezaan dalam kecerunan antara dua garisan yang bertemu di bucu tanpa perlu mentakrifkan kecerunan keduanya. Sudut dipelajari dalamgeometri dan trigonometri.

Apakah unit ukuran bagi SUDUT ?

Sudut merupakan hasil bahagi panjang suatu lengkung s

dengan jejari bulatan r,  dan boleh jadi dikalikan dengan suatu pemalar k:

Sudut dianggap tidak mempunyai dimensi, kerana ia ditakrifkan sebagai nisbah dua ukuran panjang. namun terdapat beberapa unit yang digunakan untuk mengukur sudut, bergantung kepada pemilihan pemalar k.Bulatan penuh atau satu pusingan atau putaran menggunakan k = 1/2π, menjadikan sudut 1 bulatan

5

penuh = 2π rad = 4 sudut tepat = 400 gon = 360°. Unit ukuran sudut ialah darjah (°).Apakah alat pengukur yang boleh diguna untuk mengukursudut? 

Protraktor

Sudut boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:1. Putaran Lengkap2. Sudut Tirus3. Sudut Cakah4. Sudut Refleks

Putaran LengkapSatu putaran yang kembali ke titik permulaannya. Satu putaran lengkap akan menghasilkan satu sudut sebesar 360 ° . Ini bererti, jumlah sudut pada titik adalah 360°.

6

SUDUT TIRUSMerupakan satu sudut yang nilainya adalah kurang daripada 90°.

SUDUT CAKAH Satu sudut yang melebihi daripada 90 darjah tetapi kurang daripada 180°.

SUDUT REFLEKSSudut yang lebih daripada 180 darjah tetapi kurang daripada 360°.

POSTED BY NORAINI AT 6:03 AM

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28