bab 4 kata tugas

Upload: thurairaj27

Post on 03-Jun-2018

409 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    1/24

    Bahagian Satu: Morfologi 52

    BAB 4

    KATA TUGAS

    Kata tugas ialah golongan perkataan selainkata nama,kata kerja dankata sifat yang

    mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas

    dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung

    sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,

    pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain. Terdapat 17

    jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalambahasa Melayu:

    1. Kata adverba

    2. Kata hubung

    3. Kata sendi nama

    4. Kata seru

    5. Kata bantu

    6. Kata perintah

    7. Kata pangkal ayat

    8. Kata bantu

    9. Kata penguat

    10. Kata penegas

    11. Kata nafi

    12. Kata pemeri

    13. Kata pembenar

    14. Kata arah

    15. Kata bilangan

    16. Kata penekan

    17. Kata pembenda

    Untuk perbincangan dalam modul ini, hanya beberapa kata tugas sahaja diperkatakan.

    4.1 KATA SENDI NAMA

    4.1.1 Takrif/DefinisiKata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata

    atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke,

    dari, daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak,

    terhadap, akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai.

    4.1.2 Bentuk Kesalahan Lazim

    4.1.2.1 Kata Sendi

    (a) di

    (i) Dia datang ke rumah saya di hari raya.(x)

    (ii) Puan Siti mencalitkan gincu di bibirnya. (x)

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_namahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerjahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_sifathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_sifathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerjahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama
  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    2/24

    Bahagian Satu: Morfologi 57

    (b) pada

    (i) Suraya menulis surat pada keluarganya.(x)

    (c) dengan

    (i) Emak selalu marah dengan adik. (x)

    (ii) Mereka terpesona dengan keindahan pantai itu. (x)

    (d) bagi

    (i) Hadiah ini bagimu. (x)

    (ii) Antara

    Jarak antara rumah Zainab dengan sekolah baharu itu kira-kira dua

    kilometer. (x)

    Tidak ada apa-apa hubungan di antara Hilmi dengan gadis tersebut.(x)

    4.1.2.2 Kata sendi + kata sendi

    Oleh kerana (x)

    Sejak dari itu (x)

    Selain daripada itu (x)

    Demi untuk negara (x)

    4.1.2.3 Frasa sendi berpasangan

    (a) dari......ke

    dari masa ke semasa (x)

    (b) daripada.... kepada

    daripada seorang ke seorang (x)

    (c) sejak... hingga

    sejak dahulu sehingga kini (x)

    (d) antara....dengan

    antara buku dan pensel.(x)

    (e) dari ....hingga

    dari atas hingga ke bawah. (x)

    4.1.2.3 Frasa sendi gabungan

    (a) di.... dan di......

    di atas dan bawah (x)

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    3/24

    Bahagian Satu: Morfologi 58

    (b) ke....dan ke.....

    ke kiri dan kanan (x)

    4.1.3 Rumus Penyelesaian

    1P 2D 2K

    1Ppada - digunakan untuk orang,

    2Ddari, daripada - asal kejadian

    2Kke, kepada - perbandingan dan abstrak

    4.1.3.1 Ayat Contoh

    (a) Ayah menggantung lukisan itu pada dinding rumah.

    (b) Salman mengulang kaji pelajaran dari tengah malam hingga subuh.

    (c) Ukiran itu diperbuat daripada logam.

    (d) Mereka berpindah ke Gombak baru-baru ini.

    (e) Zulkifli menyerahkan buku itu kepada gurunya.

    1L 8S

    1Llaksana

    8S

    Seperti

    Seumpama

    Sebagai

    Selama Digunakan untuk menunjukkan

    Selain perbandingan dan masa.

    Sepanjang

    Sejak / Semenjak

    Sampai

    4.1.3.2 Ayat Contoh

    (a) Adik ketakutan seperti dikejar hantu.

    (b) Hatinya keras seumpama batu.

    (c) Dia telah berkhidmat sebagai guru selama 10 tahun.

    (d) Hidupnya menjadi sepi sejak kematian ayahnya.

    (e) Rashdan sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    4/24

    Bahagian Satu: Morfologi 59

    2T

    Tentang - rujukan hal yang dilakukan dan hadir

    terhadap sebelum kata nama

    4.1.3.3 Ayat Contoh

    (a) Berita tentang kejayaannya telah tersebar luas.

    (b) Ketaatan murid itu terhadap gurunya patut dicontohi.

    2D Menunjukkan maksud tujuan

    Maksud bersama-sama

    demi Cara sesuatu dilakukan

    dengan Memakai atau menggunakan dan

    perbandingan yang serupa

    4.1.3.3 Ayat Contoh

    (a) Widad rela mengorbankan masa cuti demi menjaga ibunya.

    (b) Nurain pergi ke perpustakaan dengan kawannya.

    c) Ayah memotong kayu dengan gergaji.

    (d) Sifat lemah lembut kakak sama dengan ibu.

    Menunjukkan hubungan pembuat (ayat

    OU pasif)

    - Membawa maksud sebab

    Oleh Menunjukkan kegunaan sesuatu

    untuk Maksud bahagian yang ditentukan.

    4.1.3.4 Ayat Contoh

    (a) Nasi lemak itu dimasak oleh ibu.

    (b) Hadiah itu adalah untuk suaminya.

    (c) Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    5/24

    Bahagian Satu: Morfologi 60

    BAA

    bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu,

    akan Maksud bahagian yang ditentukan

    Digunakan di hadapan kata nama dan mesti didahului

    oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

    antara Berfungsi sebagai kata arah yang hadir

    di hadapan kata nama yang membawa

    pengertian lingkungan yang tidak

    mempunyai ruang atau jarak.

    4.1.3.5 Ayat Contoh

    (a) Program motivasi itu diadakan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.

    (b) Ibu bapa sangat sayang akan anak-anak mereka.

    (c) Kasih sayang antara keluarga amat penting.

    4.1.4 Latihan Pengukuhan

    4.1.4.1 Mengenal Pasti Kesalahan Kata Sendi

    (a) Dia datang ke rumah saya di hari raya.

    (b) Puan Siti mencalit gincu di bibirnya.

    (c) Suraya menulis surat pada keluarganya.

    (d) Emak selalu marah dengan adik.

    (e) Surat itu dari Ramli.

    (f) Sejak dari itu, hidupnya semakin merana.

    (g) Sejak dahulu sehingga kini sikapnya tidak pernah berubah.

    (h) Shafwan berlatih bersungguh-sungguh demi untuk berjaya.

    (i) Oleh kerana hujan, Nuruddin tidak hadir ke sekolah.

    (j) Rumahnya terletak antara masjid dengan sekolah.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    6/24

    Bahagian Satu: Morfologi 61

    4.1.4.2 Membetulkan Kesalahan Kata Sendi

    (a) Dia datang ke rumah saya pada hari raya.

    ( di : tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa)

    (b) Puan Siti mencalitkan gincu pada bibirnya.

    (pada : menunjukkan konsep ada + pada + manusia)

    (c) Suraya menulis surat kepada keluarganya.

    (kepada : menunjukkan arah orang yang ditujui)

    (d) Emak selalu marah kepada adik.

    (dengan: tidak boleh digunakan kerana membawa maksud bersama-sama, cara,

    menggunakan sesuatu dan perbandingan)

    (e) Surat itu daripada Ramli.

    ( dari: tidak boleh digunakan kerana menunjukkan tempat asal sesuatu, tempat atau

    masa bermulanya sesuatu perkara)

    (f) Sejak itu, hidupnya semakin merana.

    ( sejak dan dari ; kedua-duanya kata sendi dan tidak boleh digunakan serentak)

    (g) Sejak dahulu hingga kini sikapnya tidak pernah berubah.

    (Kata sendi sejak mesti berpasangan dengan hingga)

    (h) Safwan berlatih bersungguh-sungguh untuk berjaya.

    ( demi dan untuk : kedua-duanya kata sendi dan tidak boleh digunakan serentak)

    (i) Oleh sebab hujan, Nuruddin tidak hadir ke sekolah.

    (Oleh sebab ialah sebahagian daripada frasa nama manakala kerana ialah kata

    hubung)

    (j) Rumahnya terletak di antara masjid dengan sekolah.

    ( di antara : menunjukkan kedudukan)

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    7/24

    Bahagian Satu: Morfologi 62

    4.1.4.3 Mengenal Pasti Ayat yang Betul

    Bil Ayat Betul/ Salah

    1. Zalina suka bersiar-siar di taman bunga di waktu petang.

    2. Teksi itu membelok daripada Jalan Gombak ke Jalan Ipoh.

    3. Emak amat sayang pada abang kerana selalu mengambilberat terhadapnya.

    4. Ayah di Kelantan selama lima tahun untuk mempelajariilmu agama.

    5. Perbuatan kamu itu salah dari sudut agama.

    6. Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu.

    7. Semua gambar itu akan kami gantung pada dindingsekolah.

    8. Kita haruslah tekun belajar selain daripada berdoa agarberjaya dalam pelajaran.

    9. Hadiah ini saya beli khas bagi ibu sempena hari lahirnya.

    10. Tidak ada apa-apa hubungan antara Hilmi dengan gadistersebut.

    Bil Ayat Betul/ Salah

    1. Zalina suka bersiar-siar di taman bunga di waktu petang. x

    2. Teksi itu membelok daripada Jalan Gombak ke Jalan Ipoh. x

    3. Emak amat sayang pada abang kerana selalu mengambilberat terhadapnya.

    x

    4. Ayah di Kelantan selama lima tahun untuk mempelajariilmu agama.

    x

    5. Perbuatan kamu itu salah dari sudut agama. /

    6. Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu. x

    7. Semua gambar itu akan kami gantung pada dindingsekolah.

    /

    8. Kita haruslah tekun belajar selain daripada berdoa agarberjaya dalam pelajaran.

    x

    9. Hadiah ini saya beli khas bagi ibu sempena hari lahirnya. x

    10. Tidak ada apa-apa hubungan antara Hilmi dengan gadistersebut.

    /

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    8/24

    Bahagian Satu: Morfologi 63

    4.2 KATA HUBUNG

    4.2.1 Takrif/DefinisiKata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan

    sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

    4.2.2. Jenis Kata Hubung:

    (a) Kata Hubung Gabungan

    Contoh: dan, serta, atau, sambil, lalu, maka

    (b) Kata Hubung Pancangan:

    Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila

    (c) Kata Hubungan Berpasangan

    Contoh: oleh sebabmaka, walaupunnamun, biarpuntetapi, meskipunnamun, baik

    mahupun, sama adamahupun, bukan sahajamalah

    4.2.3 Kata Hubung Gabungan Dan

    Kata hubung yang menggabungkan dua klausa ayat atau lebih yang setara iaitu:

    (i) Objek dengan objek

    Contoh: Nazri membeli baju dan kasut di pekan.

    (ii) Subjek dengan subjek

    Syafiq danEkhwan bermain bola sepak di padang sekolah.

    (iii) Ayat dengan ayat

    Emak menyiram pokok bunga danayah mencuci kereta.

    4.2.4 Kesalahan Lazim Penggunaan Kata Hubung

    (a) Jangan gunakan dua kali perkataan danuntuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan

    berselang dengan serta)

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    9/24

    Bahagian Satu: Morfologi 64

    Contoh:

    Dia bekerja danberniaga pada waktu siang danberehat pada waktu malam. (X)

    Dia bekerja danberniaga pada waktu siang sertaberehat pada waktu malam.()

    (b) Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan

    Contoh:

    Anda boleh makan danminum di kantin ini pada waktu rehat nanti. (X)

    Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. ()

    Kamu boleh berehat di hotel dandi rumah tumpangan. (X)

    Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.()

    (c) Jika atau digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.

    Contoh:

    Awak datang dari Melaka atau Johor. (x)

    Awak datang dari Melaka atau dari Johor. ()

    Kamu boleh membawa buku sejarah ataumatematik.(x)

    Kamu boleh membawa buku sejarah ataubuku matematik.()

    Pelajar itu menghisap rokok ataudadah. (x)Pelajar itu menghisap rokok ataumenghisap dadah. ()

    4.2.5 Rumus

    Jenis ayat Contoh ayat Pola ayat

    Ayat tunggal Aisyah mengemas rumah. FN + FK

    Ayat tunggal Ibu Aisyah membasuh kain FN +FK

    Ayat majmuk

    (menggunakan kata hubung

    dan untuk menyambung dua

    ayat tunggal)

    Aisyah mengemas rumah danibunya

    membasuh kain.

    FN +FK+FN+FK

    Ayat tunggal: Aisyah mengemas rumah.

    Ayat tunggal: Ibu Aisyah membasuh kain.

    Ayat majmuk: Aisyah mengemas rumah danibunya membasuh kain.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    10/24

    Bahagian Satu: Morfologi 65

    4.2.6 Latihan Pengukuhan

    Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata hubung

    1. Anisah gemar akan buah ciku denganjambu.

    2. Nazri membeli baju dengankasut di pekan.

    3. Shafiq denganEkhwan bermain bola sepak di padang.

    4. Emak menyiram pokok bunga dengan ayah mencuci kereta.

    5. Ahmad sertaRaju berkawan baik walaupun berlainan bangsa.

    6. Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dankedai.

    7. Aminah membaca sertamendengar muzik.

    8. Hamidah penyabar dan adiknya pemarah.

    9. Ketua pasukan kami menyatakan yang kami perlu berlatih dengan gigih.

    10. Dia terjatuh dari atas pokok dankaki kanannya patah.

    Membetulkan kesalahan penggunaan kata hubung

    1. Anisah gemar akan buah ciku danjambu.

    2. Nazri membeli baju dankasut di pekan.

    3. Shafiq danEkhwan bermain bola sepak di padang.

    4. Emak menyiram pokok bunga danayah mencuci kereta.

    5. Ahmad dan Raju berkawan baik walaupun berlainan bangsa.

    6. Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengankedai.

    7. Aminah membaca sambil mendengar muzik.

    8. Hamidah penyabar tetapi adiknya pemarah.

    9. Ketua pasukan kami menyatakan bahawa kami perlu berlatih dengan gigih.

    10. Dia terjatuh dari atas pokok makakaki kanannya patah.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    11/24

    Bahagian Satu: Morfologi 66

    4.2.7 Latihan

    Tandakan () pada ayat yang betul atau (x) pada ayat yang salah.

    BIL AYAT () / (X)

    1 Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.

    2 Dia kaya tetapidia kedekut.

    3 Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu

    4 Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.

    5 Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandukenderaan.

    6 Para penonton menepuk tangan bilapersembahan drama itu tamat.

    7 Fazlin memasang lampu lalu membaca buku di biliknya.

    8 Ibu menonton drama sementara menantikan keknya masak

    9 Encik Idrus berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Sarawaklagipunbanyak halangan yang terpaksa ditempuhinya.

    10 Beliau mengatakan yang masalah itu perlu diatasi secara bersama.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    12/24

    Bahagian Satu: Morfologi 67

    Jawapan

    BIL AYAT () / (X)

    1 Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan. x

    2 Dia kaya tetapidia kedekut.

    3 Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu x

    4 Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.

    5 Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandukenderaan.

    x

    6 Para penonton bertepuk tangan bilapersembahan drama itu tamat. x

    7 Fazlin memasang lampu lalu membaca buku di biliknya.

    8 Ibu menonton drama sementara menantikan keknya masak

    9 Encik Idrus berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Sarawaklagipunbanyak halangan yang terpaksa ditempuhinya.

    x

    10 Beliau mengatakan yang masalah itu perlu diatasi secara bersama. x

    4.3 KATA PENGUAT

    4.3.1 Takrif/Definisi

    Kata penguat ialah kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif. Kata penguat berfungsi

    untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata

    penguat iaitu

    Kata penguat hadapan - terlalu, paling, agak

    Kata penguat belakang - benar, betul, nian, sekali

    Kata penguat bebas - amat, sangat, sungguh

    4.3.2 Contoh Penggunaan Kata Penguat Hadapan

    Soalan itu terlalu rumit untuk diselesaikan oleh murid-murid tahun lima.

    Di kampung saya, rumah penghululah yang palingbesar.

    Kehidupannya kini agakmewah setelah kesemua anaknya bekerja.

    4.3.3 Contoh Penggunaan Kata Penguat Belakang

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    13/24

    Bahagian Satu: Morfologi 68

    Kehidupan Mak Munah daif benarsetelah kematian suami.

    Terang betul rumah pengantin itu bermandikan cahaya lampu.

    Pemandangan di tepi pantai pada waktu senja indah nian.

    Tutur bicara anak dara Mak Ani sopan sekali.

    4.3.4 Contoh Penggunaan Kata Penguat Bebas

    Hujan yang turun petang semalam amat lebat.

    Hujan yang turun petang semalam lebat amat.

    Aksi pelakon lagak ngeri itu sangat bahaya.

    Aksi pelakon lagak ngeri itu bahaya sangat

    Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu sungguh mengerikan.

    Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu mengerikan sungguh.

    4.3.5 Kesalahan Lazim

    Kekeliruan sering terjadi apabila pengguna bahasa ingin menggunakan lebih daripada

    satu kata penguat dalam ayat.

    Contoh :

    Paling laris betul ( x )

    Agak payah sekali ( x )

    Amat keras benar ( x )

    Pengguna bahasa juga berasa tidak yakin untuk membina ayat menggunakan penguat

    bebas, terutama meletakkan kata penguat bebas di belakang kata adjektif.

    Contoh :

    Aksi pelakon lagak ngeri itu bahaya sangat.

    Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu mengerikan sungguh.

    4.3.6 Rumus

    Untuk memudahkan pengguna bahasa mengingati contoh-contoh tiga jenis kata

    penguat, pengguna bahasa boleh mengingati rumus berikut.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    14/24

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    15/24

    Bahagian Satu: Morfologi 70

    berat untuk saya pikul.

    Rasa gulai itu amat tawarsungguh sehinggamematahkan selera saya.

    Rasa gulai itu tawar sungguhsehingga mematahkan selerasaya.

    Rasa gulai itu amat tawar

    sehingga mematahkan selerasaya.

    Perlu memilih hanya satu katapenguat sahaja, sama adatawar sungguh atau amattawar.

    Dalam kalangan ahlikeluarganya, Ahmadlah yangpaling nakal sekali.

    Dalam kalangan ahlikeluarganya, Ahmadlah yangpaling nakal.

    Dalam kalangan ahlikeluarganya, Ahmadlah yangnakal sekali.

    Dalam darjah perbandinganpenghabisan hanya katapenguat amat, sangat,sungguh, yang bolehmenerima sekali.

    Sungguh pandai betulHamizan mengambil hatimentuanya.

    Sungguh pandai Hamizanmengambil hati mentuanya.

    Pandai betul Hamizanmengambil hati mentuanya.

    Penggunaan dua katapenguat iaitu penguat bebasdan penguat belakang yang

    tidak gramatis. Pilih salah satukata penguat.

    Angin yang bertiup di tepipantai itu amat nyaman nian.

    Angin yang bertiup di tepipantai itu nyaman nian.

    Angin yang bertiup di tepipantai itu amat nyaman.

    Penggunaan dua katapenguat iaitu penguat bebasdan penguat belakang yangtidak gramatis. Pilih salah satukata penguat.

    Harga jam tangan berjenamaitu terlalu mahal sekali bagiorang yang berpendapatan

    sederhana.

    Harga jam tangan berjenamaitu terlalu mahal bagi orangyang berpendapatan

    sederhana.

    Dalam darjah perbandinganpenghabisan hanya katapenguat amat, sangat,

    sungguh, yang bolehmenerima sekali.

    Bangunan yang baru siapdibina itu sungguh tinggiamat.

    Bangunan yang baru siapdibina itu sungguh tinggi.

    Bangunan yang baru siapdibina itu tinggi amat.

    Penggunaan dua katapenguat bebas darjahpenghabisan yang tidakgramatis.

    amat / sungguh / sangat +kata adjektif + sekali

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    16/24

    Bahagian Satu: Morfologi 71

    4.3.7.3 Latihan Betul Salah

    Tandakan ( ) pada ayat yang betul dan ( x ) pada ayat yang salah.

    Bil Ayat ( ) / ( x )1. Pengat yang dimasak oleh kakak amat kurang manis.

    2. Taufan yang melanda pesisiran pantai Filipina amat dahsyat sekali.3. Wajah pengantin yang baru siap disolek itu sungguh cantik nian.4. Penglihatannya agar kabur sejak akhir-akhir ini.

    5. Merdu sungguh suara penyanyi tersohor itu.

    6. Rumah Ali yang paling hampir sekali dengan sekolah.

    7. Pandai betul Alisya mereka cerita untuk melepaskan dirinya daripadadituduh mencuri wang.

    8. Agak sukar sekali untuk peserta-peserta melepasi halangan itu.

    9. Kuih bingka yang baru siap dibakar oleh emak nampak sungguhmenyelerakan.

    10. Berat nian kotak ini hingga tidak terangkat oleh abang, kata Saiful.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    17/24

    Bahagian Satu: Morfologi 72

    4.4 KATA PEMERI

    4.4.1 Takrif/DefinisiKata pemeri ialah kata yang menjadi unsur pemeri hal dan perangkai antara subjek dengan

    frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat tiga kata pemeri iaitu ialah, adalah dan

    merupakan.

    (i) Ialah dan merupakan: Digunakan di hadapan frasa nama yang

    menunjukkan persamaan. Perkataan ialahmempunyai makna yang sama

    dengan kata pemeri merupakan.

    Contoh: (a) Universiti Malaya ialahuniversiti yang tertua di Malaysia.

    (b) Universiti Malaysia merupakanuniversiti tertua di Malaysia.

    (ii) Adalah: Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama

    untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Kata pemeri

    adalah menunjukkan huraian.

    Contoh: Jambangan bunga mawar ini adalahuntuk kakak.

    Peringatan: Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

    Contoh:

    (a) Adalahdiisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad. (x)

    (b) Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad.

    ()

    4.4.2 Kesalahan Lazim:

    (i) Kata pemeri ialah:

    Baju sejuk yang dikait oleh nenek itu ialahuntuk cucu sulungnya. ( x)

    Baju sejuk yang dikait oleh nenek itu adalahuntuk cucu sulungnya. ()

    (ii) Kata pemeri adalah:

    Hamid adalah anak angkat Puan Ainon dan Tuan Adam. (x)

    Hamid ialahanak angkat Puan Ainon dan Tuan Adam. ()

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    18/24

    Bahagian Satu: Morfologi 73

    (iii) Kata pemeri merupakan:

    Ilmu adalah aset penting untuk mencapai kejayaan. (x)

    Ilmu merupakan aset penting untuk mencapai kejayaan.()

    4.4.3 Kesilapan Penggunaan Adalah dan Ialah

    (i) Kesilapan penggunaan kata adalahdi tempat ialah

    Contoh:

    Anak adalahanugerah Allah. (Salah)

    Anak ialahanugerah Allah. (Betul)

    Pak Mat adalahorang yang pertama meneroka kawasan itu. (Salah)

    Pak Mat ialahorang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

    Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)

    Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul

    (ii) Kesilapan penggunaan kata ialahdi tempat adalah

    Contoh:

    Majalah ini ialahuntuk kaum wanita sahaja. (Salah)

    Majalah ini adalahuntuk kaum wanita sahaja. (Betul)

    Persembahan itu ialahbaik. (Salah)

    Persembahan itu adalahbaik. (Betul)

    (iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

    Contoh:

    Matlamat utama syarikat ini adalahmembantu para golongan muda.

    (Salah)

    Usaha yang dijalankan adalahmenerbitkan risalah. (Salah)

    Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    19/24

    Bahagian Satu: Morfologi 74

    (Betul)

    Usaha yang dijalankan adalahdengan menerbitkan risalah. (Betul)

    (iv) Kesilapan penggunaan kata adalahpada awal ayat

    Contoh:

    Adalahdengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah)

    Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )

    Adalahdimaklumkan bahawa... (Salah )

    Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)

    (v) Kesilapan penggunaan kata adalahdan kata kerja

    Contoh:

    Keputusan ini diambil adalahberdasarkan... (Salah)

    Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)

    Para pelajar adalahdipelawa memohon... (Salah)

    Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)

    4.4.4 Rumus:

    Kata pemeri Contoh

    ialah (ialah + FN) .ialah universiti.

    adalah (adalah +FA atau FSN) adalah untuk.

    merupakan (merupakan + FN) merupakan aset

    4.4.4.1 Latihan Pengukuhan

    Mengenal pasti Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri

    1. Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu adalah amalan membaca

    buku.

    2. Profesor Adli adalahpensyarah Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    3. Berita kebakaran yang dilaporkan oleh akhbar itu ialahterlalu ringkas.

    4. Hadiah yang disusun di atas meja itu ialahuntuk pelajar cemerlang PMR.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    20/24

    Bahagian Satu: Morfologi 75

    5. Adalahdimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada minggu hadapan.

    6. Malaysia adalahnegara pengeksport getah dunia.

    7. Yang akan merasmikan majlis itu adalahMenteri Kesihatan.

    8. Tokoh Maal Hijrah 1426 adalahTuan Haji Hamzah Muhammad.

    9. Dakwaan bahawa dia didera oleh majikannya ialahpalsu.

    10.Anak adalahanugerah Allah.

    4.4.4.2 Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri.

    1. Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialahamalan membaca

    buku.

    2. Profesor Adli ialah/merupakanpensyarah Sains Sukan di Universiti Pendidikan

    Sultan Idris.

    3. Berita kebakaran yang dilaporkan oleh akhbar itu adalahterlalu ringkas.

    4. Hadiah yang disusun di atas meja itu adalahuntuk pelajar cemerlang PMR.

    5. Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada minggu

    hadapan.

    6. Malaysia merupakan/ialahnegara pengeksport getah dunia.

    7. Yang akan merasmikan majlis itu ialahMenteri Kesihatan.

    8. Tokoh Maal Hijrah 1426 ialahTuan Haji Hamzah Muhammad.

    9. Dakwaan bahawa dia didera oleh majikannya adalahpalsu.

    10.Anak ialahanugerah Allah.

    4.4.4.3 Latihan

    Tandakan () pada ayat yang betul atau (x) pada ayat yang salah.

    BIL AYAT ( ) / (X)

    1 Tema cerita itu ialahtentang kasih sayang dalam sebuah keluarga. x

    2 Kata-kata semangat itu adalahuntuk meyakinkan dirinya.

    3 Gunung yang kelihatan itu merupakan Gunung Kinabalu.

    4 Matlamat utama syarikat ini ialah untuk membantu para golonganmuda.

    x

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    21/24

    Bahagian Satu: Morfologi 76

    5 Tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadapnya itu ialahtidak benar.

    x

    6 Persembahan itu adalahbaik.

    7 Pak Mat adalahorang yang pertama meneroka kawasan itu. x

    8 Bekas banduan itu adalahdalam pemerhatian pihak polis.

    9 Pertukaran pelajar tersebut ialah dengan keizinan pihak sekolah. x

    10 Kebenaran keluar sewaktu kursus tersebut adalah pada waktutertentu sahaja.

    .

    Sebagai kesimpulannya, kata pemeri adalahhanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata

    adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri ialahhanya boleh diikuti oleh katanama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata

    pemeri, sama ada ialahatau adalah.

    4.5 KATA NAFI

    4.5.1 Takrif/DefinisiKata yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,

    dan frasa sendi nama. Kata yang tergolong sebagai kata nafi ialah bukandan tidak.

    Contoh :

    Dia bukankakak kandung saya.

    Hadiah itu bukanuntuk diberi kepada awak.

    Saya tidakdapat hadir pada mesyuarat itu kerana mempunyai komitmen di tempat lain.

    Harga yang kami tawarkan tidak mahal, kata penjual itu kepada Puan Amira.

    4.5.2 Kesalahan Lazim

    Pengguna bahasa sering terkeliru menggunakan kata nafi dengan meletakkan kata nafibukandi tempat kata nafi tidak dan sebaliknya.

    Contoh:

    Makcik Timah tidak emak saudara saya. ( x )

    Makcik Timah bukanemak saudara saya. ( )

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    22/24

    Bahagian Satu: Morfologi 77

    Azman bukan menulis kerana tangannya sakit. ( x )

    Azman tidak menulis kerana tangannya sakit. ( )

    4.5.2 Rumus

    Kata bukandigunakan dengan frasa namadan frasa sendi nama

    Kata tidakdigunakan dengan frasa kerjadan frasa adjektif

    Kata Nafi Contoh

    Bukan

    FN / FSN

    o bukan ibu sayao bukan ketua sayao

    bukan di Kuala Kubu Bharuo bukan pada dia

    TidakFK / FA

    o tidak bekerjao tidak membacao tidak cantiko tidak besar

    Walau bagaimanapun kata nafi bukanboleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif

    sekiranya kedua-dua frasa itu membawa maksud pertentanganmaklumat.

    Contoh:

    Dia bukan menulis tetapi menconteng.

    Calon isteri abang bukan cantik sangat tetapi sedap mata memandang.

    4.5.3 Latihan Pengukuhan

    5.5.3.1 Kenal Pasti Kesalahan

    1. Tren itu tidak dari utara tetapi dari selatan.2. Bakul itu bukan besar sangat.

    3. Bapa saya bukan pergi ke sekolah.

    4. Itu tidak baju yang baru dibeli oleh ayah.

    5. Binatang dalam sangkar itu tidak arnab.

    6. Harun tidak berfikir tetapi berangan.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    23/24

    Bahagian Satu: Morfologi 78

    7. Kumpulan pelajar itu tidak berbincang tetapi berbual.

    8. Arini bukan pandai menjahit baju.

    9. Buah limau yang dibeli oleh ibu pagi tadi rasanya tidak manis tetapi masam.

    10. Saya bukan berani memegang ular itu.

    4.5.3.2 Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata Nafi

    1. Tren itu bukandari utara tetapi dari selatan.

    ( darikata sendi nama)

    2. Bakul itu tidakbesar sangat.

    (besarkata adjektif)

    3. Adik saya tidakpergi ke sekolah.

    (pergikata kerja)

    4. Itu bukanbaju yang baru dibeli oleh ayah.

    (bajukata nama)

    5. Binatang dalam sangkar itu bukanarnab.

    (arnabkata nama)

    6. Harun bukanberfikir tetapi berangan.

    (berfikirwalaupun kata kerja, tetapi ayat membawa maksud pertentangan)

    7. Kumpulan pelajar itu bukanberbincang tetapi berbual.

    (berbincangwalaupun kata kerja tetapi ayat membawa maksud pertentangan)8. Arini tidakpandai menjahit baju.

    (pandaikata adjektif)

    9. Buah limau yang dibeli oleh ibu pagi tadi rasanya bukanmanis tetapi masam.

    (maniswalaupun kata adjektif tetapi ayat membawa maksud pertentangan)

    10. Saya tidakberani memegang ular itu.

    (tidakkata adjektif)

    4.5.3.3 Latihan Betul Salah

    Tandakan ( ) pada ayat yang betul dan ( x ) pada ayat yang salah.

    Bil Ayat ( ) / ( x )1. Kenderaan yang dinaiki oleh Ainul bukan buatan Jepun.

    2. Saya bukan berasal dari Sabah tetapi dari Sarawak.

    3. Azfar bukan suka makan makanan yang pedas.

    4. Tunang kakak saya bukan orang Kedah.

    5. Kek yang saya buat ini tidak untuk awak.

  • 8/11/2019 Bab 4 Kata Tugas

    24/24

    B h i S t M f l i 79

    6. Hari hujan bukan alasan untuk kamu tidak hadir ke mesyuarat.

    7. Sampah sarap di hadapan kelas bukan disapu oleh murid-muridkelas 5 Dedikasi.

    8. Bukan Puan Umi yang mengeluarkan arahan itu.9. Ruzana bukan mahu berkawan dengan Raini kerana sikap Raini

    yang suka mengadu domba.

    10. Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Kassim bukan subur.

    Jawapan

    Bil Ayat ( ) / ( x )

    1. Kenderaan yang dinaiki oleh Ainul bukan buatan Jepun. ( )2. Saya bukan berasal dari Sabah tetapi dari Sarawak. ( )3. Azfar bukan suka makan makanan yang pedas. ( x )4. Tunang kakak saya bukan orang Kedah. ( )5. Kek yang saya buat ini tidak untuk awak. ( x )6. Hari hujan bukan alasan untuk kamu tidak hadir ke mesyuarat. ( )

    7. Sampah sarap di hadapan kelas bukan disapu oleh murid-muridkelas 5 Dedikasi.

    ( x )

    8. Bukan Puan Umi yang mengeluarkan arahan itu. ( )9. Ruzana bukan mahu berkawan dengan Raini kerana sikap Raini

    yang suka mengadu domba.( x )

    10. Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Kassim bukan subur. ( x )