bab 3 sintaksis (2)

19
1. Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan atau keterangan tentang sesuatu hal. 1

Upload: wanarizwan

Post on 16-Apr-2017

798 views

Category:

Education


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 Sintaksis (2)

1. Ayat Penyata

Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan atau keterangan tentang sesuatu hal.

1

Page 2: Bab 3 Sintaksis (2)

2. Ayat Tanya

Ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal.

Mereka telah bertolak ke Sabah ?

2

Page 3: Bab 3 Sintaksis (2)

3. Ayat Perintah

a. Ayat Suruhan

Ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.

Keluarlah dari sini sekarang juga.

3

Page 4: Bab 3 Sintaksis (2)

b. Ayat Larangan

Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja.Tujuan untuk menegah seseorang melakukan sesuatu

Janganlah kamu suka bertengkar dengan mereka.

Tak usah engkau pedulikan kata-katanya itu.

4

Page 5: Bab 3 Sintaksis (2)

c. Ayat Silaan

Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.Tujuan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.

Sila kembalikan buku yang kamu pinjam itu sebelum hari Jumaat

Jemputlah menjamah makanan yang terhidang itu.

5

Page 6: Bab 3 Sintaksis (2)

d. Ayat Permintaan

Menggunakan kata permintaan seperti tolong dan minta.Tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Minta bersabar sebentar sementara menunggu gangguan elektrik pulih.

Tolong tutup pintu belakang itu

6

Page 7: Bab 3 Sintaksis (2)

4. Ayat seruan

Menggunakan kata seru seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas.Tujuan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan – takut, gembira, marah, takjub, sakit.Dalam tulisan diakhiri dengan tanda seruan (!)

Wah, gagahnya budak itu !

Aduh, sakitnya kepalaku ini !

7

Page 8: Bab 3 Sintaksis (2)

Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat sahaja.

[ Ayat songsang – predikat mendahului subjek]

8

Page 9: Bab 3 Sintaksis (2)

Mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat.

a. Ayat Majmuk Gabungan

Terdiri daripada dua atau lebih ayat yang dijadikan satu.Menggunakan kata hubung – dan, atau, tetapi, sambil, lalu, serta

Ali suka bermain hoki dan dia selalu berlatih dengan rakan-rakannya.

1. Ali suka bermain hoki .2. Dia selalu berlatih dengan rakan-rakannya.

9

Page 10: Bab 3 Sintaksis (2)

Latihan 6: Gabungkan ayat-ayat di bawah menggunakan kata hubung yang sesuai supaya menjadi ayat majmuk.

1. a. Saya mencuci kereta ayah. b. Saya mencuci motosikal ayah.

2. a. Encik Salleh rajin berniaga. b. Anaknya tidak berminat sama sekali.

3. a. Beliau memandang saya. b. Beliau tersenyum.

4. a. Adik bangun. b. Adik masuk ke biliknya.

10

MPW2113/BKA

Page 11: Bab 3 Sintaksis (2)

a. Ayat Majmuk Pancangan

Menggunakan kata hubung relatif yang . Digunakan untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk

Saya membaca buku yang ditulis oleh Keris Mas

1. Saya membaca buku .(klausa induk)2. (Buku) ditulis oleh Keris Mas.(klausa kecil)

i. Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Terdiri daripada satu ayat induk atau utama dengan satu atau beberapa ayat atau klausa kecil.Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.

11

Page 12: Bab 3 Sintaksis (2)

Ayat yang terdiri daripada klausa induk dengan klausa kecil dipancangkan untuk melengkapi kata kerja dalam ayat induk.Menggunakan kata hubung bahawa dan untuk

Dia menerangakan bahawa ayahnya sakit tenat.

1. Dia menerangkan sesuatu .(klausa induk)2. Ayahnya sakit tenat. (klausa kecil)

ii. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

12

Page 13: Bab 3 Sintaksis (2)

Ayat yang terdiri daripada satu klausa induk dan satu klausa kecil atau lebih berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.Menggunakan kata hubung seperti semoga, harus, jika dan lain-lain

Imran telah besar semasa saya meninggalkan kampung itu

1. Imran telah besar .(klausa induk)2. Saya meninggalkan kampung. (klausa kecil)

iii. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

13

Page 14: Bab 3 Sintaksis (2)

Kata Hubung Pancangan Keterangan

kerana agar meskipun kerana agar meskipun sekiranyasekiranya

semoga supaya kalau semoga supaya kalau andai kataandai kata

kendatipun hingga jika (kalau) kendatipun hingga jika (kalau) semasa semasa

sementara setelah sewaktu sementara setelah sewaktu ketika ketika

tatkala untuk walaupun tatkala untuk walaupun

sungguhpun apabilasungguhpun apabila

14

Page 15: Bab 3 Sintaksis (2)

1. Mereka berjaya kerana mereka berusaha2. Lantaran bermain mercun buatan sendiri, Jamil

kehilangan dua batang jarinya.

15

3. Ia bersorak sungguh kuat hingga serak tekaknya.

4. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga perniagaan

mereka berjaya. 5. Kita hendaklah jimat berbelanja untuk menjaga keadaan kewangan kita.

6. Demi kebaikan semua pihak, marilah kita bekerjasama.

Page 16: Bab 3 Sintaksis (2)

1. a. Ali melakukannya. b. Perkara itu amat sukar.

2. a. Pelajar itu berjaya. b. Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh.

3. a. Kamu boleh memandu kereta saya. b. Kamu memperoleh lesen memandu.

16

MPW2113/BKA

Latihan 7: Gabungkan ayat-ayat di bawah menggunakan kata hubung yang sesuai supaya menjadi ayat majmuk pancangan.

Page 17: Bab 3 Sintaksis (2)

Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan ayat majmuk. Ayat jenis ini biasanya panjang.

1. Dia mengambil buku yang baru dibeli itu. [Ayat majmuk pancangan relatif]

2. Dia masuk ke bilik tidur.[Ayat tunggal]

3. Ayat Majmuk Campuran

Dia mengambil buku yang baru dibeli itu lalu masuk ke bilik tidur.

17

Page 18: Bab 3 Sintaksis (2)

1. a. Bangunan itu baru. b. Bangunan itu indah. c. Bangunan itu akan disewakan. d. Bangunan itu mendapat bekalan elektrik. e. Bangunan itu mendapat bekalan air.

18

MPW2113/BKA

Latihan 8: Gabungkan ayat-ayat di bawah menggunakan kata hubung yang sesuai supaya menjadi ayat majmuk campuran.

2. Pisahkan ayat-ayat di bawah ini menjadi enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud serta struktur asalnya.

Banjir kilat semakin kerap berlaku terutamanya di kawasan-kawasan bandar sehingga menyebabkan penghuni bandar mengalami kerugian bahkan kerosakan harta benda yang banyak namun semua pihak tidak mahu bertanggungjawab tetapi menyalahkan antara satu dengan lain.

Page 19: Bab 3 Sintaksis (2)

Adenan Ayob. (2009). Bahasa Kebangsaan. Shah Alam : Oxford Fajar.

Nik Safiah Karim, et. al. (2003). Tatabahasa dewan (Edisi baharu).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.