bab 1 pengenalan ekonomi

Click here to load reader

Upload: syahira-md-desa

Post on 16-Jan-2017

587 views

Category:

Economy & Finance


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1 PENGENALAN EKONOMI

SPP 1023 PRINSIP EKONOMIPN. SYAHIRA BINTI MD DESABAB 1PENGENALAN EKONOMI

1.1 DEFINISI EKONOMIPerkataan ekonomi berasal dari Greek, iaitu OIKOU dan NOMOUS Yang membawa maksud PERATURAN RUMAH TANGGAIlmu ekonomi ialah kajian sains sosial tentang bagaimana manusia menguruskan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhadSumber ekonomi faktor-faktor pengeluaran seperti TANAH, BURUH, MODAL, USAHAWANKehendak manusia-kehendak terhadap BARANG AWAM dan BARANG EKONOMI

1.2 BIDANG KAJIAN EKONOMIKAJIAN EKONOMI MIKROEkonomi mikro pula membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kecekapan pengeluaran, agihan pendapatan dan keuntungan syarikat

KAJIAN EKONOMI MAKROEkonomi makro berkaitan dengan tingkat keseluruhan kegiatan ekonomi negara termasuk kajian mengenai dasar ekonomi negara, inflasi dan pengangguran.

1.3 SUMBER-SUMBER EKONOMISumber ekonomi ialah faktor pengeluaran atau input-input terhad yang digunakan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatanTerdiri daripada Buruh Tanah Modal Usahawan

Sumber EkonomiCiri-ciriTanah Tanah merupakan sumber asli atau anugerah alam yang terdapat di permukaan bumi dan dalam perut bumiKuantiti penawaran tanah adalah tetap dan berkekalan dari segi lokasi dan geografinyaNilai tanah berbeza-beza mengikut kualiti dan lokasiPulangan atau ganjaran kepada penggunaan tanah ialah sewaBuruh Merupakan sumbangan individu secara mental dan fizikal dalam proses pengeluaranDibahagikan kepada buruh mahir dan buruh tidak mahirMerupakan sumber ekonomi yang dikategorikan sebagai input berubah (jumlahnya boleh ditambah jika jumlah pengeluaran hendak ditambah, atau sebaliknya)Buruh bersifat unik dan mempunyai perasaan serta mudah berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lainPulangan atau ganjaran bagi buruh ialah upah atau gaji

Sumber EkonomiCiri-ciriModal Merupakan sumber ekonomi yang dicipta oleh manusia untuk membantu firma mengeluarkan barang dan perkhidmatanMeliputi peralatan, mesin, jentera, bahan mentah & pengangkutanPulangan atau ganjaran bagi modal ialah bunga faedah, atau dividen dalam ekonomi IslamPembelian barang modal dikenali sebagai pelaburan atau pembentukan modal kasarPengusaha (Usahawan)Ialah individu yang bertanggungjawab untuk menggabungkan sumber ekonomi yang lain untuk mengeluarkan barang / perkhidmatanUsahawan sanggup menanggung risiko Mereka menggunakan kemahiran, kebolehan dan pengalaman untuk menguruskan firma bagi mendapatkan keuntunganPulangan atau ganjaran bagi usahawan ialah keuntungan

1.4 PENGKELASAN BARANG & PERKHIDMATAN

1.5 MASALAH ASAS EKONOMISumber Ekonomi Yang TerhadMasalah KekuranganKehendak Manusia Yang Tidak TerhadMasalah PilihanMasalah Kos LepasMasalah Asas EkonomiApa yang hendak dikeluarkan ?Berapa yang hendak dikeluarkan ?Bagaimana hendak dikeluarkan ?Untuk siapa dikeluarkan ?

1.6 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARANMerujuk kepada had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh masyarakat atau negara berasaskan faktor-faktor pengeluaran sedia ada dan tingkat teknologi tertentuAndaian bahawa : Negara mengeluarkan 2 jenis barang Faktor pengeluaran adalah tetap Tingkat teknologi adalah tetap Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh

Guna tenaga penuh berada di sepanjang keluk KKP seperti A, B, C dan DTambahan makanan akan berlaku jika pakaian dilepaskan begitu juga sebaliknyaIni kerana sumber makanan telah digunakan sepenuhnyaPembaziran dan pengangguran merupakan sebarang titik yang berada di dalam kawasan KKP seperti titik FPengeluaran dapat dihasilkan tetapi ianya tidak mencapai tahap maksimum kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnyaIni bermakna tambahan makanan atau pakaian boleh dilakukan tanpa melepaskan barang lainKombinasi yang berada di dalam KKP contohnya F wujud akibat pengeluaran tidak cekap

Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Kekurangan berada di luar KKP, contohnya GKombinasi G tidak boleh dicapai kerana tingkat guna tenaga penuh telah dicapai dan tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah pengeluaranKombinasi G hanya boleh dicapai jika wajudnya pertambahan faktor pengeluaran, peningkatan tingkat teknologi dan peningkatan produktiviti buruhPilihan adalah pergerakan di sepanjang KKP seperti dari titik A ke BKecekapan teknologi merujuk kepada penggunaan faktor pengeluaran untuk menghsailkan output tanpa sebarang pembaziranMasyarakat dikatakan mencapai kecekapan teknologi jika ia menghasilkan output yang maksimum dengan menggunakan faktor pengeluaran yang minimumKecekapan ekonomi tercapai apabila barang yang dikeluarkan sesuai dengan cara pengeluaran paling mudah dan cekapMasyarakat yang mengeluarkan barang di atas KKP telah mencapai kecekapan teknologi kerana mencapai guna tenaga penuh, pengangguran dihapuskan dan pengeluaran maksimum dengan kos yang minimum

KOS LEPASKKP curam menunjukkan kos lepas yang malarKKP cembung menunjukkan kos lepas yang semakin meningkatKKP curam menunjukkan faktor pengeluaran yang sama cekap digunakan

1.7 SISTEM EKONOMI DUNIAGabungan peraturan tertentu yang diamalkan oleh pihak pengeluar (firma swasta dan firma awam) serta pihak pengguna dalam ekonomi dinamakan sistem ekonomiTerdapat empat jenis sistem ekonomi yang utama di dunia :Sistem Ekonomi Kapitalis / pasaran bebasSistem Ekonomi Perancangan Pusat / KerajaanSistem Ekonomi CampuranSistem Ekonomi IslamSetiap sistem ekonomi akan dilihat berdasarkan ciri berikut :Pemilikan sumber Pembuat keputusanPilihanPenentu hargaPersainganMotif

SISTEM EKONOMI KAPITALISCIRI-CIRIKETERANGANPemilikan sumberDimiliki oleh individu dan pihak swastaPembuat keputusan ekonomiSemua keputusan ekonomi dibuat oleh individu dan pihak swastaPilihanIndividu dan pihak firma bebas membuat pilihan tentang barang dan penggunaan sumber ekonomiPenentu hargaTingkat harga barang ditentukan melalui mekanisme hargaPersainganWujud persaingan yang bebas antara pengeluarMotifPengeluar memaksimumkan keuntunganPengguna memaksimumkan kepuasan

SISTEM EKONOMI KAPITALISCIRI-CIRIKETERANGANApa yang hendak dikeluarkanDitentukan oleh pengguna dan pengeluar melalui mekanisme harga / kuasa pasaran / permintaan yang tinggiBerapa yang hendak dikeluarkanMelalui mekanisme harga, iaitu interaksi antara kuasa permintaan dan penawaranBagaimana hendak dikeluarkanMemilih cara pengeluaran yang paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran / memaksimumkan keuntunganUntuk siapa dikeluarkanMelalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat. Golongan yang berpendapatan tinggi memperoleh lebih banyak barang berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSATCIRI-CIRIKETERANGANPemilikan sumberDimiliki sepenuhnya oleh kerajaanPembuat keputusan ekonomiSemua keputusan ekonomi dibuat oleh pihak kerajaan atau badan perancangan pusatPilihanIndividu dan pihak firma tidak mempunyai kebebasan membuat pilihan tentang barang dan penggunaan sumber kerana kerajaan merupakan pembuat keputusan ekonomi yang tunggalPenentu hargaTingkat harga barang ditentukan oleh kerajaanPersainganTidak wujud persaingan antara pengeluar kerana kerajaan merupakan pengeluar tunggalMotifPengeluaran adalah bertujuan memaksimumkan kebajikan masyarakat dan meningkatkan taraf hidup rakyat

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSATCIRI-CIRIKETERANGANApa yang hendak dikeluarkanDitentukan sepenuhnya oleh kerajaan / badan perancangan pusat berdasarkan keperluan masyarakatBerapa yang hendak dikeluarkanDitentukan sepenuhnya oleh kerajaan / badan perancangan pusat berdasarkan keperluan masyarakatBagaimana hendak dikeluarkanKerajaan memilih cara pengeluaran yang paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran dan bertujuan mengurangkan kadar pengangguranUntuk siapa dikeluarkanKerajaan akan memastikan barangan diagihkan secara adil, saksama dan sama rata untuk keperluan setiap individu dalam masyarakat

SISTEM EKONOMI CAMPURANCIRI-CIRIKETERANGANPemilikan sumberDimiliki oleh kedua-dua pihak swasta dan kerajaanPembuat keputusan ekonomiSemua keputusan ekonomi dibuat oleh individu dan pihak swasta bagi barang swasta dengan kawalan daripada kerajaan. Kerajaan akan membuat keputusan bagi barang awamPilihanIndividu dan pihak firma tidak mempunyai kebebasan membuat pilihan tentang barang dan penggunaan sumber kerana kerajaan merupakan pembuat keputusan ekonomi yang tunggalPenentu hargaTingkat harga barang swasta ditentukan melalui mekanisme harga manakala harga barang awam ditentukan oleh kerajaanPersainganWujud persaingan yang bebas antara pengeluar dengan kawalan atau campur tangan kerajaanMotifPengeluaran memaksimumkan keuntunganPengguna memaksimumkan kepuasanKerajaan memaksimumkan kebajikan masyarakat

SISTEM EKONOMI CAMPURANCIRI-CIRIKETERANGANApa yang hendak dikeluarkanDiselesaikan melalui kuasa pasaran untuk barangan swasta. Kerajaan akan mengeluarkan barang awam untuk menjaga kebajikan masyarakatBerapa yang hendak dikeluarkanDiselesaikan melalui mekanisme pasaran untuk barang swasta. Kuantiti barang awam akan disediakan oleh kerajaanBagaimana hendak dikeluarkanMemilih cara pengeluaran yang paling cekap atau meminimumkan kos pengeluaran / memaksimumkan keuntungan bagi barang swasta. Kerajaan akan memilih cara pengeluaran yang paling cekap bagi barang awam untuk memaksimumkan kebajikan masyarakatUntuk siapa dikeluarkanMelalui corak agihan pendapatan bagi barang swasta. Kerajaan akan campur tangan dalam agihan barang melalui sistem percukaian dan subsidi. Kerajaan akan mengagihkan barang awam kepada semua individu untuk menjaga kebajikan masyarakat

SISTEM EKONOMI ISLAMCIRI-CIRIKETERANGANPemilikan sumberDimiliki secara mutlak oleh Allah dan manusia adalah pemegang amanahPembuat keputusan ekonomiSemua keputusan ekonomi dibuat oleh individu dan pihak swasta bagi barang swasta dengan berlandaskan prinsip dan hukum Islam. Kerajaan akan membuat keputusan bagi barang awamPilihanIndividu bebas membuat pilihan tentang barang dan penggunaan sumber ekonomi. Namun pilihan yang dibuat harus berdasarkan prinsip Islam iaitu halal dan haram. Kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang-undang dan peraturanPenentu hargaTingkat harga barang swasta ditentukan melalui mekanisme harga yang berlandaskan prinsip Islam manakala harga barang awam ditentukan oleh kerajaanPersainganWujud persaingan yang bebas, adil dan saksama antara pengeluarMotifPengeluaran memaksimumkan keuntunganPengguna memaksimumkan kepuasanKerajaan memaksimumkan kebajikan masyarakat

SISTEM EKONOMI CAMPURANCIRI-CIRIKETERANGANApa yang hendak dikeluarkanMelalui pengguna dan pengeluar / mempunyai permintaan tinggi dan halal dalam pasaran untuk barang swasta. Kerajaan akan mengeluarkan barang awam yang tidak disediakan oleh pengeluar swasta untuk kebajikan masyarakatBerapa yang hendak dikeluarkanDiselesaikan melalui mekanisme pasaran yang berlandaskan hukum Islam untuk barang swasta. Kuantiti barang awam akan disediakan oleh kerajaanBagaimana hendak dikeluarkanMemilih cara pengeluaran yang paling cekap atau meminimumkan kos pengeluaran dan selaras dengan prinsip Islam. Cara pengeluaran yang mencemarkan alam sekitar dan menimbulkan ketidak adilan dalam masyarakat akan dihindarkanUntuk siapa dikeluarkanMelalui corak agihan pendapatan bagi barang swasta. Golongan yang kurang bernasib baik akan diberikan keperluan asas dan dibantu melalui sistem pembayaran zakat. Kerajaan akan menyediakan barang awam kepada semua individu untuk menjaga kebajikan rakyat