apakah sebenarnya makna wudhu

3
Apakah sebenarnya makna wudhu’? Apakah ia berfungsi membersihkan ataukah mensucikan? Ternyata, berwudhu’ lebih memiliki makna untuk mensucikan diri. Bukan sekadar membersihkan. Membersihkan dalam istilah agama disebut sebagai istinja'. Misalnya, setelah kita buang air kecil atau besar. Maka kita diwajibkan membersihkan diri dengan air atau batu atau cara-cara yang telah diajarkan. Namun berwudhu’ lebih kepada mensucikan. Dan ini lebih bermakna batiniah daripada lahiriah. Memang berwudhu’ mesti bersih dulu menerusi istinja', tetapi berwudhu’ sendiri tidak harus bersifat membersihkan. Memang, berwudhu’ juga harus mengusap anggota badan dengan air atau debu. Tapi cuba perhatikan, anggota badan yang diusap tidak terkait secara langsung dengan hadas yang terjadi. Apalagi dengan najisnya, sama sekali tidak. Kerana itu, jika kita tidak menemukan air, maka kita oleh bertayamum dengan menggunakan 'debu yang bersih'. Tentu kita faham, bahawa debu (sebersih apa pun) tetaplah debu. Ia tidak akan dapat membersihkan badan kita yang kotor (malah semakin 'berdebu'), sebagaimana air membersihkan badan kita. Jadi makna bertayamum (sebagai pengganti wudhu’) bukanlah membersihkan melainkan mensucikan. Demikian pula berwudhu’, adalah mensucikan. Bukan badan tetapi batin. Jadi berwudhu’ bukanlah membersihkan najis, melainkan menghilangkan hadas kecil, kerana buang air besar dan buang air kecil. Sedangkan hadas besar, yang disebabkan oleh 'hubungan suami isteri' dihilangkan dengan cara mandi. Cuba perhatikan ini : 'hadas kecil' dihilangkan dengan cara membasuh sebagian anggota tubuh kita dengan cara berwudhu’, sedangkan hadas besar dihilangkan dengan cara membasuh seluruh badan kita dengan air, ataupun mandi hadas. Jika tidak menemukan, maka lakukan dengan debu yang bersih. Baik wudhu’ mahupun mandi hadas dapat digantikan dengan tayamum. Ini, sekali lagi menunjukkan kepada kita, bahawa yang disucikan bukanlah badan. Tapi, batin.

Upload: muhammad-setyawan-dhisdik

Post on 06-Aug-2015

46 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Sebenarnya Makna Wudhu

Apakah sebenarnya makna wudhu’?Apakah ia berfungsi membersihkan ataukah mensucikan?Ternyata, berwudhu’ lebih memiliki makna untuk mensucikan diri. Bukan sekadar membersihkan.

Membersihkan dalam istilah agama disebut sebagai istinja'. Misalnya, setelah kita buang air kecil atau besar. Maka kita diwajibkan membersihkan diri dengan air atau batu atau cara-cara yang telah diajarkan.

Namun berwudhu’ lebih kepada mensucikan. Dan ini lebih bermakna batiniah daripada lahiriah. Memang berwudhu’ mesti bersih dulu menerusi istinja', tetapi berwudhu’ sendiri tidak harus bersifat membersihkan. Memang, berwudhu’ juga harus mengusap anggota badan dengan air atau debu. Tapi cuba perhatikan, anggota badan yang diusap tidak terkait secara langsung dengan hadas yang terjadi. Apalagi dengan najisnya, sama sekali tidak. Kerana itu, jika kita tidak menemukan air, maka kita oleh bertayamum dengan menggunakan 'debu yang bersih'.

Tentu kita faham, bahawa debu (sebersih apa pun) tetaplah debu. Ia tidak akan dapat membersihkan badan kita yang kotor (malah semakin 'berdebu'), sebagaimana air membersihkan badan kita. Jadi makna bertayamum (sebagai pengganti wudhu’) bukanlah membersihkan melainkan mensucikan. Demikian pula berwudhu’, adalah mensucikan. Bukan badan tetapi batin.

Jadi berwudhu’ bukanlah membersihkan najis, melainkan menghilangkan hadas kecil, kerana buang air besar dan buang air kecil. Sedangkan hadas besar, yang disebabkan oleh 'hubungan suami isteri' dihilangkan dengan cara mandi. Cuba perhatikan ini : 'hadas kecil' dihilangkan dengan cara membasuh sebagian anggota tubuh kita dengan cara berwudhu’, sedangkan hadas besar dihilangkan dengan cara membasuh seluruh badan kita dengan air, ataupun mandi hadas. Jika tidak menemukan, maka lakukan dengan debu yang bersih. Baik wudhu’ mahupun mandi hadas dapat digantikan dengan tayamum. Ini, sekali lagi menunjukkan kepada kita, bahawa yang disucikan bukanlah badan. Tapi, batin.

Namun demikian, dalam aktiviti berwudhu’, sebenarnya Allah juga menghendaki agar kita selalu menjaga kebersihan. Oleh kerana itu, sebelum berwudhu’ kita mesti beristinja' terlebih dahulu. Hilangkan najis dulu, baru kemudian mensucikan diri. Sebagaimana difirmankan Allah berikut ini.

QS. Al Maidah (5): 6 "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat Nya bagimu, supaya kamu bersyukur."

Berwudhu’ memang membasuh anggota-anggota badan, mulai dari muka sampai ke kaki. Akan tetapi perkara yang membatalkan wudhu’ bukanlah kotoran yang mengotori badan kita, melainkan

Page 2: Apakah Sebenarnya Makna Wudhu

'fikiran kotor' yang menghinggapi hati kita.

Cuba cermati filosofi wudhu’ ini. Jika kita sudah berwudhu’, maka aktiviti makan dan minum tidaklah membatalkannya. Tidak perlu mengulangi berwudhu’. Jika anda. makan minum ketika masih mempunyai wudhu’, maka untuk melakukan solat, anda cukup berkumur saja.

Kalau begitu apakah yang membatalkan wudhu’? Wudhu’ dibatalkan oleh 'kotoran-kotoran' atau gangguan yang bersifat kejiwaan. Misalnya, menyentuh kemaluan dan menyentuh perempuan yang mengarah kepada syahwat. Atau, ketiduran dan pengsan yang menyebabkan hilangnya akal. Atau kentut, kencing dan buang air besar, yang memang ditetapkan oleh Allah sebagai pembatal wudhu’ dalam erti melatih kemampuan kita dalam mengendalikan diri.

Khusus tentang kentut, buang air kecil dan buang air besar, ada yang menganggap bahawa pembatalan wudhu’ itu bersifat jasmani. Bagi saya tidak demikian. Bukan 'gas' kentut, air kencing dan najis itu sebenarnya yang membatalkan. Melainkan ketidak mampuan kita mengendalikan ketiga hal itulah yang oleh Allah dijadikan pembatal wudhu’.

Nah, dengan menetapkan ketiga hal tersebut sebagai pembatal wudhu’, sebenarnya Allah menginginkan kita hidup bersih dan teratur. Selain itu, juga mampu mengendalikan diri untuk tidak berlaku sembarangan. Hidup bersih dan teratur akan membuat hidup kita sihat.

Dengan demikian, seorang muslim harus selalu menjaga kesihatan 'perutnya', berkait dengan solat 5 waktu yang dijalaninya. Apalagi kesihatan perut ini sangatlah vital. Lebih dari 80 persen penyakit modern dewasa ini berasal dari tidak terjaganya 'perut'. Makan sembarang makan, dengan pola yang jelek bakal menyebabkan problem kesihatan.

Bersambung… Wudhu’ - Bahagian 3