ancaman halus terhadap islam melalui media sosial

20
1 ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL MUQADDIMAH Islam tidak melarang umatnya untuk maju dan membangun seiring dengan perkembangan teknologi termasuk media sosial yang semakin menguasai kehidupan manusia pada hari ini. Namun begitu, Islam telah menggariskan batasan-batasan dalam penggunaan teknologi agar ia tidak disalahgunakan sebaliknya memanfaatkannya untuk kemaslahatan manusia. Sekiranya sesuatu teknologi itu memberi kebaikan, kemudahan dan manfaat termasuk segi cara, matlamat dan adab menggunakannya menepati kehendak Islam, maka ia dibenarkan. Sebaliknya, jika ia mendatangkan kesan yang negatif kepada individu dan masyarakat merangkumi aspek kemanusiaan dan kemasyarakatan (aqidah, jiwa, pemikiran, emosi, aqal, kesihatan, adab dan akhlak, cara dan pengurusan hidup, nyawa, keturunan, keselamatan dan sebagainya) maka Islam meletakkan prasyarat atau panduan yang perlu dipatuhi untuk menggunakan teknologi tersebut bagi menghindarkan sebarang kerosakan, kebinasaan, persengketaan, permusuhan, perpecahan dan kemudaratan yang lain daripada berlaku. Maklumat atau bahan yang diperoleh melalui media sosial mempunyai kesan positif dan negatif. Nilai yang dipaparkan lebih menggambarkan nilai penghasil bahan yang sesetengahnya terlalu asing bagi kita. Umat Islam juga tidak terkecuali berhadapan dengan pengaruh yang terkandung dalam bahan-bahan yang dipaparkan menerusi media sosial, Justeru, satu pendekatan yang menyeluruh, strategik dan sistematik perlu diambil untuk menangani kesan dan pengaruh media sosial ke atas masyarakat khususnya yang memberi ancaman dalam segenap aspek kepada Islam dan umatnya.

Upload: others

Post on 19-Nov-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

1

ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

MUQADDIMAH

Islam tidak melarang umatnya untuk maju dan membangun seiring dengan

perkembangan teknologi termasuk media sosial yang semakin menguasai kehidupan

manusia pada hari ini. Namun begitu, Islam telah menggariskan batasan-batasan dalam

penggunaan teknologi agar ia tidak disalahgunakan sebaliknya memanfaatkannya

untuk kemaslahatan manusia. Sekiranya sesuatu teknologi itu memberi kebaikan,

kemudahan dan manfaat termasuk segi cara, matlamat dan adab menggunakannya

menepati kehendak Islam, maka ia dibenarkan. Sebaliknya, jika ia mendatangkan kesan

yang negatif kepada individu dan masyarakat merangkumi aspek kemanusiaan dan

kemasyarakatan (aqidah, jiwa, pemikiran, emosi, aqal, kesihatan, adab dan akhlak, cara

dan pengurusan hidup, nyawa, keturunan, keselamatan dan sebagainya) maka Islam

meletakkan prasyarat atau panduan yang perlu dipatuhi untuk menggunakan teknologi

tersebut bagi menghindarkan sebarang kerosakan, kebinasaan, persengketaan,

permusuhan, perpecahan dan kemudaratan yang lain daripada berlaku.

Maklumat atau bahan yang diperoleh melalui media sosial mempunyai kesan positif dan

negatif. Nilai yang dipaparkan lebih menggambarkan nilai penghasil bahan yang

sesetengahnya terlalu asing bagi kita. Umat Islam juga tidak terkecuali berhadapan

dengan pengaruh yang terkandung dalam bahan-bahan yang dipaparkan menerusi

media sosial, Justeru, satu pendekatan yang menyeluruh, strategik dan sistematik perlu

diambil untuk menangani kesan dan pengaruh media sosial ke atas masyarakat

khususnya yang memberi ancaman dalam segenap aspek kepada Islam dan umatnya.

Page 2: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

2

Page 3: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

3

TAKRIFAN MEDIA SOSIAL

Page 4: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

4

CIRI-CIRI MEDIA SOSIAL

BENTUK MEDIA SOSIAL

Facebook, Youtube, Twitter, Whatapps, WeChat,

Telegram dan Instagram, Google Plus,

Flickr, Linkein, Slideshare, Path,

LINE, Pinterest, Blogging

Platforms [Tumblr, Blogger].

reddit, myspace, Meetup, delicious,

dig dan sebagainya

Page 5: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

5

SENARIO PENGGUNAAN INTERNET DAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

Sumber: Artikel The Malaysian Insider bertajuk, "Malaysians Spends Five Hours Online

Daily, And Its Mostly On Social Media, Says Report" (penulisan oleh Musliza Mustafa

bertarikh11 September 2014).

STATISTIK PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL PELBAGAI PLATFORM DI MALAYSIA

Page 6: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

6

BEBERAPA KESAN NEGATIF MEDIA SOSIAL DALAM KONTEKS MALAYSIA

Page 7: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

7

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PADA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Page 8: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

8

IMPAK NEGATIF PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Page 9: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

9

Page 10: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

10

Page 11: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

11

Page 12: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

12

Page 13: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

13

.

Page 14: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

14

Page 15: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

15

STRATEGI MENGATASI ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA

SOSIAL

Page 16: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

16

Page 17: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

17

Page 18: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

18

PENUTUP

Islam telah memberi garis panduan kepada umatnya dalam menjalankan aktiviti

kehidupan termasuk segi penggunaan media sosial. Dalam konteks ini, Islam mengambil

kira aspek aqidah, aqal, emosi, akhlak, hak serta maslahah sama ada berkaitan dengan

individu mahupun masyarakat dalam menggariskan sesuatu ketetapan. Justeru, al-

Qur’an dan al-Hadis yang turut menyentuh mengenainya, wajar difahami dan dihayati

oleh umat Islam supaya matlamat amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam penggunaan

media sosial dapat dipenuhi. Antara nas-nas yang dapat dijadikan panduan adalah:

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa

sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak

menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan

kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah

lakukan.

(Surah al-Hujuraat; 49: 6)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan

nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)

dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui

akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-

orang yang mendapat hidayat petunjuk.

(Surah an-Nahl; 16: 125)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh

dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan

itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan

mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak

yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu

menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-

memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-

Page 19: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

19

larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik), maka

amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan

(ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah

orang-orang yang zalim.

(Surah al-Hujuraat; 49: 11).

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu

tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari

sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan

dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika

demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,

patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;

sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Hujuraat; 49: 12).

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Setiap umatku mendapat kemaafan kecuali orang yang menceritakan (aibnya sendiri).

Sesungguhnya diantara perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang

melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah SWT

kemudian di pagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah itu.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan

menghinakannya. Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan

memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang

Muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan

pada hari kiamat nanti. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah

akan menutupi aibnya pada hari kiamat.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 20: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL

20

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Sesungguhnya dalam kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka

kebaikan dan penutup keburukan. Dan dalam kalangan manusia ada pula yang menjadi

kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang

Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang

Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)