tamadun islam
Post on 23-Dec-2015
225 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tamadun Islam
Pendidikan adalah cara bagaimana kita untuk mendidik jiwa,dengan pendidikanlah
umat manusia dapat melangsungkan kehidupan sejagat dengan harmoni dan jitu,so disini
kita dapat melihat betapa pentingnya bidang pendidikan, dengan sebab itulah penulis
membuat satu lagi kategori dalam penulisannya didalam blog ini,sesungguhnya tanpa kita
sedari semenjak dari kecil lagi kita telah mengalami proses pendidikan tanpa kita sedari
sehinggalah kehari ini, tanpa berlingah lagi, mari kita telusuri permulaan perjalanan
pendidikan Islam di zaman Rasulullah saw:
1. PENDAHULUAN
Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah,
dan ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Qur’an dan
sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada
Allah semata-mata. Pendidikan bermula ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu
pertama. Menunjukkan wajibnya umat islam menuntut ilmu. Terdapat 1404 atau 25 peratus
ayat al-Quran tentang pendidikan.
2. PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW
2.1 sejarah.
2.2 Peringkat makiyyah.
2.3 Peringkat madinah.
2.3.1 Struktur pendidikan
2.3.2 Implikasi pendidikan islam peringkat madinah.
2.1 SEJARAH.
Muhammad Rasulullah dipandang sukses dalam mendidik masyarakatnya menjadi
masyarakat yang berbudi tinggi dan akhlak mulia. Pada mulanya masyarakat Arab adalah
masyarakat jahiliyah, sehingga perkataan primitif tidak cukup untuk menggambarkannya,
hingga datang Rasulullah yang membawa mereka untuk meninggalkan kejahiliahan tersebut
dan mencapai suatu bangsa yang berbudaya dan berkepribadian yang tinggi, bermoral serta
memberi pengetahuan. Al-Qur’an memberi petunjuk atau arah, jalan yang lurus mencapai
kebahagiaan bagi manusia, sebagaimana firman Allah :
Terjemahannya:
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan
kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka
dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya;
dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.
Pendidikan pada zaman Rasulullah saw memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran
yang mengubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikn tersebut
memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan islam berteraskan tauhid
dengan pendidikan jahiliyyah arab yang berasaskan pemikiran lojik dan matlamat keduniaan
semata-mata. Perkembangan pendidikan islam zaman Rasulullah memperlihatkan dua
peringkat iaitu peringkat makiyyah dan peringkat madaniyah.
2.2 PERINGKAT MAKIYYAH
2.2.1 Tahap rahsia.
Tahap rahsia berlaku pada peringkat awal Rasulullah SAW mengajar Al-Quran kepada
kaum keluarganya. Hasil daripada usahanya ini, khadijah bt khuwailid, Ali b Abi Talib dan
Zaid b Harithah telah memeluk agama islam. Seterusnya ramai kerabat Rasulullah dan para
sahabat Rasulullah memeluk islam. Pertambahan penganut islam telah mewujudkan satu
bentuk pendidikan yang mula tesusun.
Pada zaman permulaan islam, pelajaran agama disampaikan di rumah-rumah. Rasulullah
SAW menjadikan rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam sebagai tempat belajar dan tempat
pertemuan baginda dengan para sahabat dan pengikutnya. Di rumah tersebut baginda
menyampaikan dasar-dasar agama dan pengajian Al-Quran. Selain rumah Al-Arqam,
baginda menyampaikan pelajaran agama di rumahnya sendiri di Makkah, sebagai tempat
kaum muslimin berkumpul mempelajari akidah dan syariat islam. Rumah al-arqam dianggap
sebagai pusat pendidikan islam yang pertama dalam sejarah pendidikan islam. Nabi
Muhammad s.a.w berhijrah pada tahun 622M. Setelah berhijrah ,Masjid Quba’ dan Nabawi
didirikan dan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan. Masjid menjadi sekolah pertama
didalam sejarah pendidikan islam.
2.2.2 Tahap terbuka.
Pendidikan islam dalam tahap terbuka bermula apabila Rasulullah SAW menerima perintah
seperti yang tercatat dalam Firman Allah SWT:
Terjemahannya:
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai
Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik
itu.
Ayat ini memerintahkan Rasulullah SAW menyebarkan islam secara terang-terangan dan
meninggalkan tahap rahsia. Dengan perintah tersebut, pendidikan islam dilakukan secara
umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pendidikan islam bukan hanya tertumpu di
rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam, tetapi meliputi ceruk rantau kota Makkah, lorong-lorong,
pasar, kawasan perumahan dan di sekitar Kaabah.
Oleh sebab kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan
akidah tauhid, maka isi pelajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih mebumpu
kepada menolak kepada adat istiadat, kepercayaan, dan cara beribadat kaum jahiliyyah
yang mensyirikkan Allah SWT.
Institusi pendidikan Rasulullah menjadi perhatian umum bukan sahaja di kalangan
masyarakat arab tetapi luar Makkah iaitu golongan yang ingin menunaikan haji. Pangaruh
Rasulullah pada tersebut telah menggugat institusi pendidikan arab jahiliyyah yang
berteraskan syirik. Akibatnya, Rasulullah dan kaum kerabatnya telah diusir dari Kota
Makkah dan dipulaukan. Seterusnya perkembangan pendidikan Rasulullah terbantut selama
3 tahun.
top related