sekularisme aliran pemikiran barat

Post on 14-Jun-2015

2.618 Views

Category:

Education

77 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Aliran Aliran Pemikiran BaratPemikiran BaratSEKULARISME

Sekularisme: suatu faham falsafah yang memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara. -Merupakan fahaman induk kepada seluruh fahaman moden.

Terdapat pelbagai fahaman yang hakikatnya berpaksikan fahaman sekular seperti berikut:

1.Modenisme: mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan tradisional ke arah hidup secara moden. -Agama juga mesti diubah supaya selari dengan pemikiran moden.

2. Rasionalisme: mengajak masyarakat berfikir secara logik dan menolak segala yang bertentangan dengan logik akal. -Lantaran itu, kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dan sebagainya perlu ditolak.

3. Liberalisme; mengajak masyarakat berfikir secara bebas.-bersikap terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan peraturan agama dan adat tradisi.

4. Kapitalisme; memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut keuntungan dan faedah untuk peribadi tanpa mengambilkira kepentingan masyarakat.

5. Pragmatisme; mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat walaupun salah dan member kesan kepada akidah dan akhlak umat.

6. Kolonialisme; penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspek fizikal dan materialnya tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi masyarakat sehingga yang terjajah sukar untuk bangkit sebagai bangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan dan pemikiran mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.

8. Materialisme:mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat fizikal dan menolak aspek spiritual yang dianggap sebagai penghalang tamadun. -Kuasa ghaib dan dosa pahala diketepikan oleh fahaman ini.

9.Selain itu, terdapat banyak lagi fahaman yang lahir dari fahaman sekular seperti hedonisme (hidup hanya untuk berseronok) dan sebagainya.

Sekularisme

Kemunculan Fahaman Sekularisme

Ia muncul di Eropah setelah zaman revolusi Eropah(abad ke- 15) dari cengkaman pihak gereja dalam masyarakat di Eropah.

Gereja memberi tekanan pada sudut politik.

Lahirnya golongan sekularisme dan fahaman ini mendapat sambutan yang amat baik di Eropah.

Ia dikembangkan dengan meningkatnya penjajahan bangsa Eropah(abad ke16 dan 17).

Akhirnya fahaman ini merebak bukan sahaja pada sudut politik tetapi pendidikan, ekonomi, dan lain-lain.

Berasal daripada perkataan Latin-Saeculum

Bahasa Inggeris- secularBahasa Arab- `Ilmaniyyah

• Excyclopedia Oxford -keduniaan atau meterialistik bukan keagamaan atau spiritual.

• Satu kepercayaan bahawa agama dan pengurusan gereja tidak boleh melakukan campur tangan di dalam Negara.

• Mohammad al-Bahi- satu fahaman yang menganggap urusan keagamaan atau ketuhanan dan gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran.

• Sekularisme memisahkan agama dengan soal kehidupan duniawi serta menolak prinsip-prinsip agama dan moral.

• Sekularisme memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dan pengaruh dan tuntutan agama (gereja)

Menurut Syed Naqiub al-Attas, sekularisme mempunyai 4 prinsip utama:

• Aliran ini hendak membaiki hidup insan dengan cara material sahaja.

• Menyatakan kebenaran sekularisme adalah bebas dari ajaran wahyu dan kenabian.

• Ilmu sekular bebas daripada prinsip-prinsip dan disiplin ilmu itu sendiri. Ia boleh diuji melalui pemikiran dan pengalaman seperti ilmu matematik, fizik, kimia dan lain-lain.

• Kesejahteraan hidup di dunia tidak merujuk kepada dasar-dasar agama dan wahyu dalam pencapaian ilmu pengetahuan dan pengalaman. Sumber utama adalah akal.

satu fahaman yang menafikan hal-hal kerohanian dan menolak kewibawaan unsur-unsur kerohanian.

menafikan adanya hidup yang tetap (akhirat).

memisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan dunia.

Sambungan…

• kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk menyusun dasar hidup manusia => melaksanakan sendiri tanpa apa-apa pergantungan dan hubungkait dengan Tuhan.

• Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-perkara yang berhubung dengan masalah ketuhanan.

Thomas Hobbes (1588-1679) dan Rene Descartes (1596-1650) merupakan antara pelopor pensekularan ilmu.

Hobbes menyatakan bahawa ajaran gereja adalah karut dan segala-galanya boleh difahami oleh pancaindera dan akal.

Niccolo Machiavelli (1467-1527) menulis sebuah buku The Prince yang menyatakan bahawa tujuan menghalalkan segala cara.

• Dalam bidang biologi, Charles Darwin (1808-1882) mengutarakan teori evolusi yang menyatakan bahawa semua kehidupan bermula daripada satu keturunan yang sama (manusia daripada beruk).

• Karl Marx (1818-1883) menolak adanya pencipta dan mendesak pengikutnya supaya menghapuskan semua agama atas alasan agama tidak membawa kemajuan.

Pemikiran Tokoh Sekular Pemikiran Tokoh Sekular Habib Burquibah, Presiden Tunisia (1957-87)

mengatakan:-Al-Qur'an mengandung banyak kekeliruan yang tidak dapat diterima akal rasional.-Nabi Muhammad SAW dianggapnya sebagai manusia yang sering mengembara dan mendengar hikayat, dongeng, dan legenda murahan.-Menurutnya umat terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan berulang-ulang mengiringi sebutan Rasulullah dengan shollallohu ‘alaihi wasallam.-Dia menutup Universiti al-Zaytunah, universitas tertua di Afrika, sedangkan ia menjadi pusat pendidikan Islam di Afrika dan Eropa meskipun pada masa Perancis menjajah Tunisia.

-Bahasa Arab diganti dgn bahasa Perancis sebagai bahasa pergaulan masyarakat dan bangsawan. -Mahkamah Syari`ah diganti dengan Mahkamah Sivil yang mana undang-undangnya menggunapakai sepenuhnya undang-undang Barat.-Sekolah dan madrasah yang mengajarkan Al-Qur'an ditutup.-Pada Mac 1974 beliau menyeru rakyatnya agar meninggalkan kewajiban berpuasa kerana menurutnya syariat berpuasa dianggap sebagai batu penghalang pertumbuhan ekonomi.

Tamadun Islam berasaskan akidah,syariah dan akhlak sedangkan asas tamadun barat adalah materialisme.

Sumber asasi dan mutlak pemikiran Islam ialah wahyu sedangkan tamadun barat adalah pemikiran manusia semata-mata.

Sekularisme menolak unsur ghaib seperti tuhan, roh, akhirat, syurga dan neraka. Ia hanya mengiktiraf unsur fizikal dan keduniaan.

memisah dan meminggirkan agama dalam semua bidang kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi, serta menolak nilai-nilai tetap dan murni.

Pemikiran dalam Tamadun barat menolak segala yang bersifat tradisional termasuk kehidupan beragama yang dianggap sebagai penghalang kemajuan.

Tamadun Islam berpegang kepada agama sebagai ad-din/cara hidup yang syumul.

Tamadun Islam dibangun atas dasar takwa dan keredhaan Allah sedangkan Tamadun Barat tegak atas dasar keinginan nafsu. Matlamat hidup mereka hanya keduniaan dan keseronokan.

RumusanRumusanSekularisme ialah masalah

kebudayaan barat yang menular ke dalam budaya dan pemikiran umat Islam.

Sekularisme ialah konsep yang asing dan bertentangan dengan Islam.

PerbincanganPerbincanganAdakah sekularisme

bertentangan dengan Islam?Apakah kesan sekularisme

terhadap pemikiran dan kebudayaan umat Islam?

Surah al-Rum : 33“Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya..”

Surah al-Zariyat : 56“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya

mereka mengabdi(menyembah dan beribadat) kepada-Ku”

Surah al-Nisa’ ; 1“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah

menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah

memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)

nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan

Mengawasi kamu”

top related