sab ah ahruf dan peranannya di dalam penafsiran...
Post on 11-Mar-2019
251 Views
Preview:
TRANSCRIPT
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
450 | P a g e
075 SABCAH AHRUF DAN PERANANNYA DI DALAM
PENAFSIRAN AL-QUR’AN: KAJIAN TERHADAP KHILAF IBDAL
HURUF
Ahmad Shahir Bin Masdan, Mahmud Lutfi Bin Abd. Hadi, Mohd Syafee Salihin
Bin Hassan.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
ABSTRAK
Al-Qur’an adalah merupakan kalam Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. Di
kalangan masyarakat Islam mengetahui bahawa al-Qur’an itu diturunkan dengan
ragam pembacaan (Qiraat) tersendiri, namun tidak ramai yang mengetahui
bahawa al-Quran itu sebenarnya diturunkan oleh Allah s.w.t. dengan Sabcah
Ahruf ataupun tujuh huruf. Maka di dalam kajian ini akan diterangkan secara
ringkas tentang apakah yang dimaksudkan dengan Sabcah Ahruf. Skop kajian ini
akan difokuskan kepada satu jenis khilaf sahaja iaitu ibdal huruf. Untuk itu,
pengenalan dan konsep ibdal huruf akan diterangkan terlebih dahulu. Kajian ini
memilih metode analisis dokumen sebagai rekabentuk kajian diikuti dengan
perincian khilaf Qira’at yang berlaku. Setelah itu, data dikumpul melalui analisis
dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar. Data-data yang
diperolehi akan diproses dan akan dibuat beberapa kesimpulan seterusnya
tindakan ke arah menambah kualiti kefahaman yang mendalam kepada pembaca
mengenai maksud Sabcah Ahruf khususnya dalam bentuk ibdal huruf serta
peranannya di dalam menafsirkan al-Qur’an.
Kata kunci: Sabcah Ahruf, Khilaf Ibdal Huruf, Tafsir.
PENDAHULUAN
Fenomena penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w dalam
bentuk Sabcah Ahruf ( Tujuh Huruf ), bagaikan suatu magnet yang berupaya menarik
minat manusia untuk mengkaji, meneliti kandungan makna-maknanya dan seterusnya
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
451 | P a g e
mengamalkannya di dalam kehidupan. Kepelbagaian jenis yang terdapat di dalamnya
telah membentuk khilaf-khilaf di dalam Qira’at sebagaimana yang telah disepakati oleh
para ulama.
Ilmu Qira’at bukan sahaja memfokuskan kepada sesuatu bacaan atau sebutan
sahaja, bahkan peranannya melangkaui bidang-bidang lain antaranya ilmu tafsir, bahasa,
feqah dan sebagainya. Ulama terdahulu antaranya al-Suyuti (911H) telah meletakkan
ilmu Qira’at sebagai salah satu ilmu yang wajib dikuasai oleh seseorang ahli tafsir untuk
menafsirkan ayat al-Qur’an. Ini adalah disebabkan wajah-wajah Qira’at akan
mewujudkan pelbagai ragam pada makna ayat tersebut seterusnya memberikan hukum-
hakam yang berbeza. Tokoh-tokoh mufassirin terdahulu seperti al-Tabari(310H) di dalam
kitabnya Jamic al-Bayan
can Tafsir ay al-Qur’an dan Abu al-Hayyan al-Andalusiy(745H)
di dalam al-Bahr al-Muhit telah memberikan menerangkan wajah-wajah Qira’at yang
terdapat pada sesuatu ayat. Kemudiannya akan dijelaskan penafsiran berdasarkan wajah-
wajah Qira’at yang dikemukakan.
Kajian ini akan membincangkan mengenai penurunan al-Quran dalam bentuk
Sabcah Ahruf “Tujuh Huruf”, tetapi lebih memfokuskan kepada satu khilaf yang ada di
dalamnya iaitu ibdal huruf. Bagaimanakah jenis dan bentuk-bentuknya? Adakah ianya
berperanan di dalam menafsirkan al-Qur’an? Selain itu juga, kajian akan mendatangkan
beberapa contoh di dalam khilaf ibdal huruf bersama dengan peranannya di dalam
menafsirkan ayat al-Qur’an dengan bersandarkan Tariq Ibn al-Jazari ataupun Qira’at
sepuluh.
MAKSUD TUJUH HURUF
Penurunan al-Qur’an dengan “tujuh huruf” (Sabcah Ahruf ) telah mengundang polemik di
kalangan para ulama. Polemik ini bermula dengan pengertian sabcah ahruf itu sendiri dan
kaitannya dengan Mushaf Uthmani1sehinggakan ianya mencecah kepada 40 pendapat
1 Dimaksudkan dengan Mushaf yang telah diutuskan oleh Khalifah Saidina Uthman Bin
cAffan r.a ke
negara-negara Islam bagi menggantikan mushaf-mushaf yang sebelumnya. Ianya mengandungi penulisan
yang disepakati dan mencakupi wajah-wajah Qira’at, mutawatir sanad penerimaannya dari awal penurunan
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
452 | P a g e
ulama2. Namun begitu, para ulama bersepakat bahawa pendapat Fakhr al-Din al-Razi di
dalam kitabnya al-Lawaih yang telah direkodkan oleh al-Suyuti3 adalah antara pendapat
yang boleh diterima dan lebih hampir kepada maksud Sabcah Ahruf iaitu:
a) Perselisihan pada isim (nama), sama ada ia mufrad atau jamac. Contohnya firman Allah s.w.t. :
) )4, bacaan adalah dengan mufrad () , sementara bacaan lain ialah
dengan jamac () .
b) Perselisihan pada wajah Icrab. Contohnya firman Allah s.w.t. :
5 ( , bacaan dengan nasab () dan rafac () , sementara
bacaan yang lain ialah dengan rafac () pada dan nasab pada () .
c) Perselisihan pada wajab tasrif. Contohnya firman Allah s.w.t. :
() 6, dibaca dengan nasab Ba’ dan tanpa Alif selepasnya () , kasrah serta
bertasydid serta Dal sukun () , khilaf kedua ialah dengan bacaan rafac Ba’ dan kekal Alif
selepasnya () serta fathah cAin dan Dal () , sementara khilaf ketiga ialah dengan nasab
Ba’ dan kekal Alif selepasnya () , kasrah cAin serta sukun Dal () .
al-Qur’an sehingga pembentangan terakhir dan tidak ada yang dinasakhkan bacaannya. Lihat Sya
caban
Muhammad Ismail, Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 84.
2 Jalal al-Din
cAbd al-Rahmān al-Suyuti, al-Itqan Fi Ulum al-Qur’an, 1992, Dar al-Hadith, Kaherah, ,jld
2,hlm 1215. 3 Ibid, hlm.
6 Al-Qur’an : surah al-Mu’minun ayat 8. Perselisihan bacaannya lihat, cAbd al-Fattah al-Qadi, 1981, Al-
Budur al-Zahirah fi al-Qira’at al-cAshr al-Mutawatirah min Tariqay al-Shatibiyyah wa al-Durrah. Bayrut :
Dar al-Kitab al-cArabi, hlm. 217.
5 Al-Quran, al-Baqarah 2:37. Perselisihan bacaannya lihat, ibid., hlm. 6.
6 Al-Quran, Saba’ 34:19. Perselisihan bacaannya lihat, Mushaf Dar al-Sahabah fi al-Qiraat al-Asyr al-
Mutawatirah min Tariq al-Syatibiyyah wa al-Durrah, cet. 2, Tanta : Dar al-Sahabah, hlm. 430.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
453 | P a g e
d) Perselisihan sama ada mendahulukan atau mengkemudiankan. Contohnya firman Allah s.w.t. :
(7, bacaannya adalah dengan mendahulukan mafcul dan mengkemudiankan
facil, sementara bacaan yang lain ialah bacaan sebaliknya (.
e) Perselisihan pada ibdal (penukaran huruf). Contohnya firman Allah s.w.t. : ()8,
dibaca dengan huruf Zai, sementara bacaan lain ialah dengan huruf Ra’ () .
f) Perselisihan sama ada ithbat (menambah) atau hadhaf (membuang) huruf. Contohnya firman
Allah s.w.t. : ()9, dibaca dengan menambah perkataan () selepas
kalimah ) ( menjadikan ) (.
g) Perselisihan pada lahjah. Contohnya pada kalimah ( ) , dibaca dengan sebutan tebal
pada huruf Lam dan bacaan lain dengan sebutan nipis. Begitu juga kalimah, dibaca dengan
imalah,taqlil dan fathah ( ) .
Demikianlah para ulama telah menyimpulkan bahawa manhaj-manhaj yang
terdapat di dalam ilmu qira’at adalah berdasarkan jenis-jenis khilaf yang telah dinyatakan.
Walaupun mempunyai ragam pembacaan yang pelbagai, perlu diketahui bahawa cara
bacaan tersebut tidak boleh digunakan sesuka hati melainkan perlu berpandukan kepada
manhajnya yang tersendiri. Sebagai contoh, bacaan yang diamalkan oleh masyarakat
7 Al-Quran, al-Taubah 9:111. Perselisihan bacaannya lihat, ibid., hlm. 204.
8 Al-Quran, al-Baqarah 2:259. Perselisihan bacaannya lihat, Abd al-Fattah al-Qadi (1981), op. cit.. hlm. 43.
9 Al-Quran, al-Taubah 9:100. Perselisihan bacaannya lihat, ibid. hlm. 203.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
454 | P a g e
Malaysia ialah dengan mengikut riwayat10
Hafs can
cAsim
11. Maka di dalamnya
mempunyai manhaj tersendiri yang perlu digunakan semasa membaca al-Quran. Para
ulama telah bersepakat bahawa manhaj bacaan yang harus diamalkan semasa membaca
al-Qur’an perlu mengikut riwayat yang mutawatir12
. Kemudian terdapat juga riwayat
yang dikategorikan sebagai masyhur13
yang juga harus diamalkan.
IBDAL HURUF
Ibdal Huruf merupakan kategori utama yang telah diklasifikasikan oleh para ulama dalam
mengaitkan khilaf Qira’at dengan Sabcah Ahruf. Ianya tidak dinisbahkan secara khusus
kepada imam Qira’at yang tertentu sahaja kerana ianya diriwayatkan dengan cara
bersanad. Perbincangan secara khusus di dalam sesuatu kategori tidak pernah dibahaskan
secara mendalam oleh para ulama. Oleh kerana itulah, kajian ini sangat diperlukan lebih-
lebih lagi peranannya dari sudut penafsiran al-Qur’an seterusnya memperkemaskan lagi
pemahaman terhadap isi kandungan al-Qur’an.
10
Kaedah tertentu yang disepakati yang disandarkan kepada seorang perawi sahaja dan tidak dipengaruhi
oleh manhaj Qira’at yang lain. Contohnya bacaan pada perkataan ( ) di dalam Surah al-Ikhlas, ayat 4,
Hafs can
cAsim sahaja yang membaca perkataan tersebut dengan huruf waw. Manakala Qira’at yang lain
dibaca dengan huruf hamzah ( ) . Lihat al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah al-Muhafiz
cala
al-Qur’an al-Karim, Jordan, hlm 255.
11 Beliau ialah Hafs Bin Sulayman Bin al-Mughirah Bin Abi Dawud al-Asadi al-Kufi, Lahir pada tahun 90
H. Beliau adalah perawi kepada Imam cAsim. Wafat pada tahun 180 H. Sya
caban Muhammad Ismail, Al-
Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 61. 12
Mutawatir ialah kategori yang paling tinggi di dalam setiap ilmu dimana setiap yang diriwayatkan
ataupun disampaikan oleh sekumpulan yang ramai yang tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta
tentang apa yang disampaikan, contohnya periwayatan Qira’at Tujuh adalah disepakati sebagai Mutawatir
dengan sebab periwayatan yang sahih oleh kumpulan yang ramai. Lihat Syacaban Muhammad Ismail, Al-
Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 75. 13
Masyhur ialah apa yang sahih dari segi sanadnya dengan sebab perawi-perawi yang cadil dan dabit, tidak
terkeluar daripada rukun-rukun penerimaan Qira’at, diterima oleh para Qurra’ dan terhindar daripada shadh
akan tetapi tidak sampai kepada darjat Mutawatir. Lihat al-Duktur Sya’aban Muhammad Ismail, Al-Qira’at
ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 75.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
455 | P a g e
Pengertian Ibdal dari segi bahasa dan istilah
Dari sudut bahasa
Ibdal ( ) adalah diambil daripada kata dasar abdala ( ) dari sudut bahasa ialah
meletakkan sesuatu di tempat sesuatu yang lain14
ataupun menukarkan sesuatu dengan
menjadikan sesuatu yang lain sebagai tukaran, gantian ataupun ubahan yang mana
kesemuanya berasal daripada perkataan badala ( ) yang bermaksud
mengganti,menukar ataupun mengubah15
.
Dari sudut istilah ilmu Qira’at
Menggantikan huruf di dalam sesuatu perkataan kepada huruf yang lain. Contohnya ibdal
waw kepada alif pada perkataan ( ) , sad kepada sin pada perkataan ( ) dan
banyak lagi16
.
Terdapat juga ulama yang berpendapat tentang ibdal iaitu setiap huruf yang
dimasukkan di dalam sesuatu perkataan yang didapati kesalahan di dalamnya iaitu
dengan menukarkan satu huruf kepada huruf yang lain yang tidak dibolehkan seperti
menukarkan huruf Dad kepada Za’ pada ayat ( ) dalam surah al-Fatihah.
Kesalahan ini adalah disebabkan makhraj huruf yang berdekatan17
.
14
Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad al-Mukram, Lisan al-cArab, 2000, Dar Sader, Bayrut,
Lubnan, jld. 2, hlm 39. 15
Ibid, hlm 38.
Al-Khalil Bin Ahmad al-Farahidi, Kitab al-cAyn, Dar al-Kutub al-
cIlmiyyah, Bayrut, Lubnan, 2003, jld. 1,
hlm. 122.
Al-Munjid, Dar al-Mashriq, Bayrut, t.t, hlm. 29.
Al-Muctamad Kamus
cArabiy, Dar Sader, Bayrut, 2001, hlm. 24.
Prof. Dr. Hj Mahmud Yunus, Kamus Mahmud Yunus, Klang Book Centre, 2006, hlm. 29. 16
Prof. Dr. cAbd al-
cAliy al-Mas’ul, Mu
cjam Mustalahat
cIlm al-Qira’at Al-Qur’aniyyah Wa Ma
Yatacallaqu Bihi, Dar al-Salam, Kaherah, cet. 1, 2007, hlm. 31.
17 Ahmad Mahmud
cAbd al-Sami
c al-Hafiyan, Ashhar al-Mustalahat Fi Fann al-Ada’ Wa
cIlm al-Qira’at,
Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Bayrut, Lubnan, 2001, cet. 1, hlm. 169.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
456 | P a g e
Para ulama Syariat dan Hakikat telah melarang penggunaan ibdal di dalam zikir-
zikir lebih-lebih lagi al-Quran. Contohnya tidak mengeluarkan sedikit hujung lidah ketika
menyebut huruf Dhal maka akan kedengaran bunyi huruf Zai. Begitu juga huruf Tha’
menjadi bunyi Sin. Contohnya ayat ( ) huruf Tha’ dibaca dengan Sin
kerana sifat al-Hams dan al-Safir huruf Sin menghilangkan bunyi Tha’18
.
Manakala al-huruf dari sudut istilah ilmu Qira’at terbahagi kepada dua iaitu19
:
- Perkataan-perkataan di dalam al-Qur’an yang mempunyai khilaf qira’at, maka
dibaca mengikut wajah-wajahnya di dalam al-Qur’an.
- Qira’at yang dinisbahkan kepada imam-imam Qira’at. Contohnya huruf Nafic
ialah merujuk kepada qira’at Nafic dan sebagainya.
Apabila dihimpunkan perkataan ibdal dan al-huruf, maka dapatlah disimpulkan
ianya adalah melibatkan pertukaran ataupun penggantian yang melibatkan huruf-huruf
tertentu di dalam qiraat.
Pembahagian jenis ibdal huruf
Dalam menentukan sesuatu khilaf yang berlaku itu melibatkan pertukaran huruf, ianya
memerlukan rujukan dan kajian terhadap jenis-jenis khilaf Qira’at. Di sini penulis
membahagikan khilaf ibdal huruf kepada beberapa kategori iaitu:
1) Ibdal huruf yang melibatkan sebutan dialek bahasa Arab tetapi mempunyai makna
yang sama. Contohnya perkataan ( / ) di dalam al-Qur’an. Khilaf ibdal huruf
18
Ibid. 19
Prof. Dr. cAbd al-
cAliy al-Mas’ul, Mu
cjam Mustalahat
cIlm al-Qira’at Al-Qur’aniyyah Wa Ma
Yatacallaqu Bihi, Dar al-Salam, Kaherah, cet. 1, 2007, hlm. 171-172.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
457 | P a g e
yang berlaku ialah pertukaran huruf sin ( ), huruf sad ( / ) dan
sebutan isymam(menyebut huruf zai).
2) Ibdal huruf yang melibatkan pertukaran bentuk perkataan yang melibatkan uslub iltifat
iaitu pertukaran mukhattab kepada ghayb ataupun sebaliknya. Contohnya pertukaran
perkataan ( ) kepada perkataan ( ) .
3) Ibdal huruf yang melibatkan pertukaran satu huruf dalam perkataan. Contohnya
pertukaran huruf ba pada perkataan ( ) kepada huruf tha ( ).
4) Ibdal huruf yang melibatkan pertukaran dua atau tiga huruf dalam perkataan yang
sama. Contohnya pertukaran perkataan ( ) kepada perkataan ( ) .
PERANAN KHILAF IBDAL HURUF DI DALAM TAFSIR AL-QUR’AN
Firman Allah s.w.t:
… 20
Maksudnya :”…dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah
kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai
daripada apa yang kamu kerjakan”.
Perkataan yang bergaris pada ayat diatas mempunyai dua khilaf Qiraat21
iaitu :
20
Al-Qur’an, al-Baqarah 2:74. 21
Dr Muhammad Salim Muhaysin, al-Hadi Sharh Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-cAshr wa al-Kashf
can
cIlal al-Qira’at wa Tawjihiha,t.t, Dar al-Jil, Bayrut,jld. 2, hlm 39.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
458 | P a g e
- Bacaan Ibn Kathir dengan ya’ al-ghaibah ( ) memberi maksud “apa yang
mereka kerjakan”. Pertukaran perkataan daripada ta’ al-khitab kepada ya’ al-
ghaybah ini memberikan maksud Allah s.w.t sekali-kali tidak akan lalai daripada
apa yang kamu kerjakan setelah Kami beritakan kepada kamu tentang kisah-kisah
mereka wahai para muslimin.
- Manakala bacaan bagi qurra’ yang lain ialah dengan ta’ al-khitab ( )
memberi maksud “apa yang kamu kerjakan” yang mana ianya merupakan
susunan kesinambungan daripada ayat:
…22
Maksudnya: “ kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti
batu…”
Penafsiran ayat
Al-Alusi telah menafsirkan pada ayat ini dengan menyatakan bahawa ianya adalah suatu
ancaman daripada Allah s.w.t yang maha mengawasi setiap perbuatan yang terang dan
tersembunyi dan akan memberikan pembalasan di dunia dan di akhirat. Khilaf pada
perkataan ( ) mempunyai kaitan munasabah dengan ayat-ayat selepasnya yang
merujuk kepada bentuk al-ghaybah ( , ). Manakala khilaf kedua iaitu
22
Ibid
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
459 | P a g e
dengan perkataan ( ) mempunyai kaitan munasabah dengan ayat-ayat sebelumnya (
, (23.
Abu Hayyan al-Andalusiy pula telah menafsirkan pada khilaf yang pertama iaitu
bacaan dengan ya’ al-ghaybah ( ) adalah ditujukan kepada Bani Israil(orang
yahudi). Apabila dilihat pada permulaan ayat ini sebenarnya ianya adalah berbentuk
mukhatab (percakapan yang ditujukan kepada orang yang ada dihadapan) dengan
berpandukan ayat:
…24
Akan tetapi perkataan akhir pada ayat ini dipalingkan kepada bentuk al-ghaybah ( )
iaitu menunjukkan percakapan yang ditujukan kepada orang yang tiada di hadapan.Di
sini timbul persoalan bagaimana sebuah ayat yang berbentuk al-khitab boleh diakhiri
dengan al-ghaybah. Maka hikmah dipalingkan bentuk ayat tersebut adalah kerana
golongan Bani Israil tidak boleh menerima apa yang diperintahkan secara jelas seolah-
olahnya bukan ditujukan kepada mereka. Buktinya mereka telah banyak menyalahi
suruhan dan perintah Allah s.w.t. Contohnya peristiwa Bani Israil diperintahkan
menyembelih lembu. Kemudian daripada perintah tersebut diputar belit dengan soalan-
soalan seolah-olah bukan diperintahkan kepada mereka. Maka dengan sebab itu, Allah
s.w.t telah memberikan gambaran dalam bentuk yang sama25
.
23
Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Macani Fi Tafsir al-Qur’an al-
cAzim Wa
Sabc al-Mathani, t.t, Dar Ihya’ al-Turath al-
cArabi, Bayrut, Lubnan, jld. 1, hlm. 297-298.
24 Ibid
25 Abi Hayyan al-Andalusiy, Al-Bahru al-Muhit, 1993, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, Lubnan, jld. 1,
hlm. 434.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
460 | P a g e
Manakala pada khilaf yang kedua pula iaitu dengan ta’ al-khitab ( ), al-
Andalusiy menyatakan ianya dituju dan disampaikan kepada Rasulullah s.a.w26
.
Demikian juga al-Alusi berpendapat penggunaan bentuk al-khitab adalah sebagai
peringatan dan iktibar kepada orang-orang beriman tentang keburukan perangai orang-
orang Yahudi27
.
Al-Tabari menafsirkan pada perkataan ( ) dengan menyatakan
sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan lalai kepada kamu wahai para pendusta ayat-
ayatNya, yang mengingkari ajaran rasulNya Muhammad s.a.w dan mereka ini sering
berkata perkara-perkara yang batil, mereka itu adalah pendeta-pendeta yahudi Bani Israel.
Itulah perbuatan yang amat keji lagi buruk. Akan tetapi Allah maha menghitung atas
setiap yang kamu lakukan dan akan membalasnya di akhirat akibat perbuatan mereka di
dunia28
.
Kesimpulannya, kedua-dua khilaf di atas adalah mutawatir kerana mempunyai
hujah dan maksud tersendiri. Namun keduanya tidak saling berlawanan antara satu sama
lain. Apa yang perlu ditekankan disini ialah pengawasan Allah s.w.t meliputi kesemua
makhluk sama ada beriman ataupun tidak dan Allah akan memberikan pembalasan di atas
apa yang dikerjakan di atas muka bumi ini serta amaran kepada Bani Israil tentang sikap
buruk mereka kepada Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t:
26
Ibid 27
Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Macani Fi Tafsir al-Qur’an al-
cAzim Wa
Sabc al-Mathani, t.t, Dar Ihya’ al-Turath al-
cArabi, Bayrut, Lubnan, jld. 1, hlm. 298.
28 Abu Ja
cfar Muhammad Bin Jarir al-Tabari, Jami
c al-Bayan
can Tafsir Ay al-Qur’an, t.t, Maktabah Ibn
Taymiah, Kaherah, jld 2, hlm 243.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
461 | P a g e
…29
Maksudnya : “mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
arak dan judi. katakanlah: "pada keduanya ada dosa besar dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manfaatnya…”
Perkataan yang bergaris pada ayat di atas mempunyai dua khilaf Qira’at30
iaitu :
- Bacaan Hamzah dan Kisaie pada perkataan ini ialah dengan dengan huruf tha
iaitu () . memberi makna dosa-dosa yang banyak. Diibaratkan orang-
orang yang berdosa itu adalah dari kalangan peminum arak dan penjudi.
- Bacaan Baqun31
ialah dengan huruf ba’ () . memberi makna dosa yang
disebutkan adalah dosa yang besar yang sangat dahsyat dengan mengaitkan ayat
selepasnya32
iaitu :
… 33…
Penafsiran ayat:
Pada khilaf yang pertama, Imam al-Qurtubi telah menafsirkan pada ayat ini dengan qiraat
() yang mana ianya menunjukkan dosa itu adalah lebih besar daripada manfaat
kerana membawa kemudaratan di hari Akhirat. Jadi ianya mengakibatkan dosa besar
29
Al-Qur’an, al-Baqarah 2 :219. 30
Dr Muhammad Salim Muhaysin, al-Hadi Sharh Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-cAshr wa al-Kashf
can
cIlal al-Qira’at wa Tawjihiha,t.t, Dar al-Jil, Bayrut,jld. 2, hlm 79.
31 Istilah al-Baqun ialah merujuk kepada baki Imam selain khilaf Qira’at yang disebutkan iaitu Nafi
c, Ibn
Kathir, Abu cAmr, Ibn
cAmir,
cAsim, Abu Ja
cfar, Ya
cqub dan Khalaf al-
cAshir.
32 Ahmad
cIsa al-Ma
csarawy, Al-Kamil al-Mufassal Fi al-Qira’at al-Arba
cah
cAshar, 2009, Dar al-Imam al-
Shatibi, Kaherah, hlm 34. 33
Al-Qur’an, al-Baqarah 2:219
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
462 | P a g e
kepada pelakunya selepas diharamkan. Seterusnya memberikan manfaat selepas
diharamkan dengan sebab terpelihara daripada dosa besar. Hujjah yang digunakan untuk
menyokong khilaf ini yang menunjukkan perkaitan banyaknya dosa itu melalui hadith
Rasulullah s.a.w 34
:
Maksudnya :
Daripada Anas Bin Malik r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah
melaknat sepuluh orang yang terlibat dengan arak iaitu orang yang
memerah arak, orang yang diminta arak diperahkan untuknya, orang yang
meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak
kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang
yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang
membeli arak dan orang yang meminta dibelikan arak untuknya.
Manakala penafsiran pada khilaf yang kedua, beliau menyebutkan dengan hujjah
sesungguhnya berjudi dan minum arak itu adalah termasuk antara dosa-dosa besar. Maka
disifatkannya sebagai dosa yang paling besar (ibu segala maksiat)36
.
Kesimpulannya, kedua-dua pendapat boleh diterima pakai kerana mempunyai
hujjah yang kukuh. Khilaf yang diberikan telah membawa kepada dua maksud iaitu
pertama, merujuk kepada golongan peminum arak dan berjudi itu boleh menimbulkan
lebih banyak dosa dengan sebab mereka telah melakukan dosa yang besar. Demikian juga
banyaknya dosa yang berlaku dengan mengaitkan golongan yang terlibat dengan arak
34
Abi cAbd Allah Muhammad Bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubiy, Al-Jami
c Li Ahkam al-Qur’an, 1996, cet
Dar al-Hadith, Kaherah, hlm 63. 35
Abu cIsa Muhammad Bin
cIsa Bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan Al-Tirmidhi, 2009, Dar al-Fajr Li al-
Turath, Kaherah, Kitab al-Buyuc cAn Rasul Allah s.a.w, Bab al-Nahy An Yuttakhadha al-Khamr Khala, no
1295, hlm 349. 36
Abi cAbd Allah Muhammad Bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubiy, Al-Jami
c Li Ahkam al-Qur’an, 1996, cet
Dar al-Hadith, Kaherah, hlm 63.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
463 | P a g e
seperti mana yang telah dijelaskan di dalam hadith yang sebelum ini. Kedua adalah
merujuk kepada akibat daripada perbuatan orang-orang yang meminum arak dan berjudi
itu menyebabkan mereka tergolong di kalangan orang yang berbuat dosa besar.
Firman Allah s.w.t:
37
Maksudnya :”Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan
perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -
sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan”.
Perkataan yang bergaris di dalam ayat di atas mempunyai dua khilaf Qira’at38
iaitu :
- Bacaan Imam Hamzah, Imam Kisaie dan Khalaf al-cAsyir pada perkataan ini
ialah dengan dengan huruf tha dan ba’ iaitu () yang mana Ficil Mudari
cnya
diambil daripada perkataan ( ) yang memberi makna berpegang teguh
pada suatu perkara tanpa perlu berganjak.
- Bacaan Baqun ialah dengan huruf ya’ dan nun ( ) yang mana Ficil
Mudaricnya diambil daripada perkataan ( ) yang memberi makna selidiki
dan siasat dengan berhati-hati.
37
Al-Qur’an, al-Hujurat 49:6 38
Muhammad Salim Muhaysin, al-Muhadhdhab Fi al-Qira’at al-cAshr Wa Tawjihiha Min Tariq Tayyibah
al-Nashr, 2003, Tabac cAla Nafaqah Qita
c al-Ma
cahid al-Azhariyyah, jld.1, hlm. 178.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
464 | P a g e
Penafsiran ayat:
Abu Hayyan al-Andalusiy telah menafsirkan pada perkataan () dan ( )
kedua-duanya merupakan suatu perintah ketetapan supaya jangan menyampaikan sesuatu
perkhabaran dengan tanpa usul periksa. Walaubagaimana pun penggunaan dan maksud
perkataan adalah berbeza39
. Menurut Al-Alusi pula, perkataan ( ) memerlukan
penjelasan dan penyelidikan di dalam sesuatu penentuan. Manakala ( ) adalah
menuntut supaya tetap di dalam satu pendirian sehinggalah keadaan itu jelas situasinya.
Maka tidak boleh diterima sesuatu perkhabaran sehinggalah ianya diketahui dan
dibuktikan sahih bukan mengikut sangkaan sahaja40
.
Penggunaan perkataan ( ) di atas adalah bermaksud apabila mendapat
sesuatu perkhabaran daripada seorang yang fasik, maka hendaklah berpegang teguh
dengan satu perkara sahaja tanpa berganjak dengan menolak perkhabaran tersebut.
Manakala perkataan ( ) pula adalah bermaksud apabila mendapati sesuatu
perkhabaran maka siasatlah terlebih dahulu sebelum diterima atau dijatuhkan hukuman41
.
Penggunaan perkataan ( ) adalah lebih luas penggunaanya daripada perkataan (
) kerana setiap perkara yang melibatkan ( ) memerlukan ( ). Tetapi
39
Abu Hayyan al-Andalusiy, Al-Bahru al-Muhit, 1993, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, Lubnan, jld. 3,
hlm. 342. 40
Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Macani Fi Tafsir al-Qur’an al-
cAzim Wa
Sabc al-Mathani, t.t, Dar Ihya’ al-Turath al-
cArabi, Bayrut, Lubnan, jld. 26, hlm. 145.
41 Dr Muhammad Ahmad Jamal, Al-Wujuh al-Balaghiyyah Fi Tawjih al-Qira’at al-Qur’aniyyah al-
Mutawatirah, 2009, Dar al-Furqan, Jordan, hlm. 425-426.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
465 | P a g e
( ) pula tidak semestinya memerlukan ( ) . Ini menunjukkan perkataan (
) adalah lebih umum daripada perkataan ( ) 42
. Kedua-dua khilaf yang dinyatakan
mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an. Tidak
boleh kita mengatakan penggunaan ( ) lebih tepat daripada ( ) tetapi kedua-
duanya adalah saling melengkapi dan kesannya dapat menghasilkan suatu keputusan
yang lebih tepat dan benar43
.
KESIMPULAN
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa perselisihan mengenai maksud tujuh huruf ini
terlalu luas dan banyak. Tetapi perselisihan tersebut sebenarnya tidaklah terlalu ketara
kerana kebanyakkan pandangan yang dikemukakan oleh mereka saling berkaitan antara
satu sama lain dan saling lengkap melengkapi. Usaha Para ulama dalam mengkategorikan
maksud Sabcah Ahruf hanyalah menyingkap maksud yang tersurat dalam perselisihan
tersebut, namun hakikatnya masih terdapat banyak lagi maksud yang tersirat di sebalik
Tujuh Huruf tersebut yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Penulis hanya
mengemukakan pandangan yang dipegang oleh ramai ulama, selain merasakan bahawa
pandangan ini hampir meliputi keseluruhan perselisihan yang terdapat dalam Qiraat yang
melibatkan khilaf ibdal huruf. Namun, masih banyak lagi contoh-contoh kalimah lain di
dalam jenis ibdal huruf yang memerlukan kajian yang lebih meluas dan mendalam.
Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan lagi, khilaf yang berbentuk ibdal huruf
amatlah memainkan peranan yang sangat penting di dalam menafsirkan ayat-ayat al-
Qur’an. Ianya dapat dibuktikan melalui penafsiran para mufassirin seperti al-Tabari, al-
Qurtubiy, al-Razi, al-Alusi dan ramai lagi. Akan tetapi terdapat juga ulama yang tidak
42
Muhammad Salim Muhaysin, Al-Qira’at Wa Atharuha Fi cUlum al-
cArabiyyah, 1984, Maktabah al-
Kuliyyat al-Azhariyyah, jld. 1, hlm. 485. 43
Dr Muhammad Ahmad Jamal, Al-Wujuh al-Balaghiyyah Fi Tawjih al-Qira’at al-Qur’aniyyah al-
Mutawatirah, 2009, Dar al-Furqan, Jordan, hlm. 427.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
466 | P a g e
menafsirkan setiap khilaf ibdal huruf iaitu dengan memilih satu khilaf sahaja. Ini
termasuklah ada pendapat ulama yang melebihkan satu khilaf melebihi khilaf yang lain
kerana meyakini maknanya dengan lebih tepat. Apa pun setiap khilaf itu tidak pernah
menunjukkan ianya saling berlawanan maksud antara satu sama lain, malahan
menyempurnakan makna al-Qur’an itu sendiri.
Perselisihan qiraat yang berlaku dalam bacaan al-Quran adalah merupakansuatu
rukhsah yang Allah s.w.t berikan kepada seluruh umat Islam, dan penurunan al-Quran
dengan tujuh huruf itu telah membuka ruang dan dimensi bagi memperdalami rahsia-
rahsia al-Qur’an. Semoga dengan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh para peminat dan
pengkaji al-Qur’an seterusnya diamalkan sebagaimana yang telah dikehendaki oleh Allah
s.w.t.
RUJUKAN
Al-Qur’an.
Syacaban Muhammad Ismail, Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar
al-Salam, Kaherah.
Jalal al-Din cAbd al-Rahmān al-Suyuti, al-Itqan Fi Ulum al-Qur’an, 1992, Dar al-Hadith,
Kaherah.
cAbd al-Fattah al-Qadi, 1981, Al-Budur al-Zahirah fi al-Qira’at al-
cAshr al-Mutawatirah
min Tariqay al-Shatibiyyah wa al-Durrah. Bayrut : Dar al-Kitab al-cArabi.
Mushaf Dar al-Sahabah fi al-Qiraat al-Asyr al-Mutawatirah min Tariq al-Syatibiyyah wa
al-Durrah, cet. 2, Tanta : Dar al-Sahabah.
al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah al-Muhafiz
cala al-Qur’an al-Karim,
Jordan.
Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad al-Mukram, Lisan al-cArab, 2000,
Dar Sader, Bayrut, Lubnan.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
467 | P a g e
Al-Khalil Bin Ahmad al-Farahidi, Kitab al-cAyn, Dar al-Kutub al-
cIlmiyyah, Bayrut,
Lubnan, 2003.
Al-Munjid, Dar al-Mashriq, Bayrut, t.t.
Al-Muctamad Kamus
cArabiy, Dar Sader, Bayrut, 2001.
Prof. Dr. Hj Mahmud Yunus, Kamus Mahmud Yunus, Klang Book Centre, 2006.
Prof. Dr. cAbd al-
cAliy al-Mas’ul, Mu
cjam Mustalahat
cIlm al-Qira’at Al-Qur’aniyyah
Wa Ma Yatacallaqu Bihi, Dar al-Salam, Kaherah.
Ahmad Mahmud cAbd al-Sami
c al-Hafiyan, Ashhar al-Mustalahat Fi Fann al-Ada’ Wa
cIlm al-Qira’at, Dar al-Kutub al-
cIlmiyyah, Bayrut, Lubnan, 2001.
Dr Muhammad Salim Muhaysin, al-Hadi Sharh Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-cAshr wa al-Kashf
can
cIlal al-Qira’at wa Tawjihiha,t.t, Dar al-Jil, Bayrut.
Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Macani Fi Tafsir al-
Qur’an al-cAzim Wa Sab
c al-Mathani, t.t, Dar Ihya’ al-Turath al-
cArabi, Bayrut,
Lubnan.
Abi Hayyan al-Andalusiy, Al-Bahru al-Muhit, 1993, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut,
Lubnan.
Abu Jacfar Muhammad Bin Jarir al-Tabari, Jami
c al-Bayan
can Tafsir Ay al-Qur’an, t.t,
Maktabah Ibn Taymiah, Kaherah.
Ahmad cIsa al-Ma
csarawy, Al-Kamil al-Mufassal Fi al-Qira’at al-Arba
cah
cAshar, 2009,
Dar al-Imam al-Shatibi, Kaherah.
Abi cAbd Allah Muhammad Bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubiy, Al-Jami
c Li Ahkam al-
Qur’an, 1996, cet Dar al-Hadith, Kaherah.
Abu cIsa Muhammad Bin
cIsa Bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan Al-Tirmidhi, 2009, Dar al-
Fajr Li al-Turath, Kaherah.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
KL, 17 – 18 November 2014
468 | P a g e
Muhammad Salim Muhaysin, al-Muhadhdhab Fi al-Qira’at al-cAshr Wa Tawjihiha Min
Tariq Tayyibah al-Nashr, 2003, Tabac cAla Nafaqah Qita
c al-Ma
cahid al-
Azhariyyah.
Dr Muhammad Ahmad Jamal, Al-Wujuh al-Balaghiyyah Fi Tawjih al-Qira’at al-
Qur’aniyyah al-Mutawatirah, 2009, Dar al-Furqan, Jordan.
top related