refleksi pengajaran sains 4d

Post on 15-Dec-2015

229 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Sains Tahun 4 Delima

Pada 12 Januari 2015, saya telah menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang

pertama sesi 2015 di kelas 4 Delima. Pada hari ini, saya telah mengajar Sains di bawah topik

“Manusia bertindak balas terhadap Rangsangan”. Ketika hendak memulakan sesi pengajaran &

pembelajaran, saya telah menjalankan aktiviti bayangan sebagai set induksi saya. Saya telah

meminta murid-murid membuat aksi berada di kawasan panas matahari, bunyi suara lembu,

terpijak tahi lembu, duduk di tepi pantai dan minum air kelapa. Ketika aktiviti bayangan

dijalankan, saya telah membuka muzik latar suara lembu dan suasana di tepi pantai bagi

membolehkan murid menunjukkan aksi yang diingini. Tetapi didapati bahawa terdapat beberapa

orang murid yang hanya duduk di tempat masing-masing dan membuat gaya sambil lewa seolah-

olah tidak berminat ketika saya memberikan arahan da nada yang tidak melakukan pergerakan

ketika aktiviti dijalankan. Saya menyoal mereka, “Mengapa mereka tidak melakukan aksi

pergerakan dan mereka hanya tersenyum dan ada juga antaranya mula melakukan pergerakan

apabila di tegur.

Kemudian saya meminta murid meneka tajuk yang akan dipelajari. Seorang murid

menjawab”…………….kita akan belajar mengenai berjalan-jalan di tepi pantai”, kemudian

seorang murid lain pula mengangkat tangan tanda ingin menjawab. Katanya”………….. kita

akan belajar mengenai pergerakan’ dan seorang murid lelaki pula menjawab, ‘…………….kita

akan belajar tentang tindak balas’. Kemudian saya memperkenalkan tajuk mata pelajaran pada

hari tersebut iaitu manusia bertindak balas terhadap rangsangan. Saya seterusnya meminta mujrid

memberikan defenasi rangsangan mengikut fahaman mereka. Dalam masa seminit yang pertama,

semua murid hanya mendiamkan diri,

top related