pim3110 - nota
Post on 27-Nov-2015
92 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
1. DEFINISI KONSEP
Konsep Pengukuran, Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran
PENGUKURAN adalah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai
kuantitatif bagi sesuatu ujian pembelajaran dan dinyatakan dalam unit pernomboran atau
peratusan atau gred mengunakan skala ordinal, skala jeda (interval) bagi menentukan
kedudukan dan pencapaian murid di bilik darjah atau tahap yang sama.
skala ordinal digunakan untuk pangkatan gred atau kedudukan murid mengikut pencapaian markah
skala jeda (interval) mengandungi unit markah yang sama pemberatan dengan nilai tersendiri dan digunakan untuk membandingkan gred diantara bilik darjah dan lain-lain
Dalam erti kata,
skala ordinal menentukan kebolehan murid dengan/dan pencapaian
skala Interval merangkumi markah dan gred bagi membandingkan tahap pencapaian di antara murid di dalam bilik darjah
PENILAIAN didefinisikan sebagai proses bagi menentukan, mendapatkan dan
menyediakan maklumat berguna untuk tujuan dan matlamat yang di perlukan
Penilaian adalah satu sistem atau proses yang merangkumi aktiviti mendapatkan
maklumat berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menganalisa dan
menterjemahkan keputusan
Penilaian adalah satu proses kualitatif
Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, analisis dan penterjemahan
2
PENGUJIAN adalah satu cara sistematik bagi mengukur perubahan sikap individu
(Gagne. R.M, 1965)
Sesuatu ujian
adalah untuk mengukur sikap dan tingkahlaku murid terhadap aktiviti yang diperolehi
adalah instrumen pengukuran bagi memperolehi maklumat mengenai pencapaian
murid dalam bidang atau domain kognitif, psikomotor dan afektif
adalah perlu untuk menunjukkan aktiviti murid dalam perubahan tingkahlaku melalui
pemerhatian atau ujian formal
bermula dengan peringkat pembinaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat
pemeringkatan
bagi memastikan murid menguasai kemahiran tertentu dan memperolehi
pengetahuan yang di berikan
Tujuan Pengukuran
i) Menempatkan murid ke aliran yang sesuai
ii) Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu
iii) Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu
iv) Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu
Tujuan Pengujian
i) Menentukan perubahan tingkahlaku murid
ii) Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu
iii) Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian
iv) Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran
v) Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat
Tujuan Penilaian
i) Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
ii) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran
pembelajaran bagi membolehkan aktiviti pengayaan danpemulihan
iii) Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi
membolehkan perancangan strategi pengajaran yanglebih berkesan
3
iv) Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid
bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankanjika diperlukan
v) Mentaksir keberkesana pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM
Perhubungan Di Antara Penilaian, Pengukuran dan Pengujian
PENTAKSIRAN adalah dari perkataan Latin yang bermaksud "duduk bersama"
dengan pembelajar dan mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa yang
dimaksudkan !
Dalam kebanyakan perancangan pentaksiran kepastian atau kebolehpercayaan
terhadap pentaksiran adalah amat berkurangan.
Kebanyakan pentaksiran dikatakan tidak mempunyai nilai "kesahan" dan
"kebolehpercayaan"
Perancangan Pentaksiran hendaklah :
Bebas dari bersifat berat sebelah atau di pengaruhi oleh bias
Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) di ajar dan dipelajari
Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajaran (pengajaran dan atau
kuikulum)
Memaklumkan ketidak sefahaman
Penilaian
Pengukuran
Pengujian
4
Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?
Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
Memantau kemajuan murid
Memberi dan menetapkan penggredan
Menentukan keberkesanan pengajaran
Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan
Menilai guru dan pendidik
Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran
Contoh Perkataan Atau Frasa Untuk Membuat Penilaian
Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk
menilai domain / perlakuan
Mengetahui
Menguji kebolehan calon mengingat
kembali fakta-fakta spesifik, istilah,
kaedah atau prosedur, konsep asas dan
prinsip
- Mengingati kembali - Mentakrif - Memerihal - Mengenal pasti - Melabel - Menyenarai - Melakar - Memadan - Menama - Menyatakan - Melukis - Menulis
5
Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk
menilai domain / perlakuan
Memahami
Menguji kebolehan calon untuk
memahami, menterjemah dan
menginterpretasi fakta, konsep dan
prinsip.
- Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain;
- mentafsir bahan atau idea; - merangkakan trend masa depan - mengubah - menganggar - menerangkan - memberi contoh - mengukur - menyukat - menentukan - menukar - membanding dan membeza - menambah - meramalkan - membuat inferens - menghubungkait - mencirikan - mengelas
Mengaplikasi
Menguji lebolehan calon menggunakan
konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.
- menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit:
- mengira - menunjuk cara - mengubahsuai - menghitung - menjana idea - menjelaskan dengan contoh
Menganalisis
Menguji kebolehan calon untuk
mencerakinkan idea-idea besar kepada
bahagian-bahagian kecil, membuat
perbandingan dan menghuraikan
perhubungan.
- mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen.
- mencerakin - menjelaskan melalui contoh - memilih - mengasingkan - membuat andaian - menghuraikan - mengawal pembolehubah - membuat urutan - menyusun mengikut keutamaan - menggunakan perhubungan ruang dan
masa - membuat kesimpulan
6
Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk
menilai domain / perlakuan
- menyelesaikan masalah
Mensintesis
Menguji kebolehan calon untuk
mengabungkan idea-idea kecil,
mentafsir dan membuat suatu rumusan.
- Menggabungkan komponen-komponennya untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif.
- menggabungkan - merancang - meringkaskan - membina - merangkakan - berkomunikasi - mengeksperimen - menganologi - mereka cipta - mengkonsepsikan - membuat gambaran mental - mendefinisikan secara operasi - membuat hipotesis - mereka bentuk
Menilai
Menguji kebolehan calon untuk
membuat pertimbangan nilai bagi
sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.
- menilai idea/bahan maklumat/kaedah berdasarkan criteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu.
- menaksir - mengkritik - mentafsir - mewajarkan - mengesan kecondongan - membuat keputusan - menyokong
7
2. PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif:
Penilaian Formatif
Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali
memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya.
Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum
dikenali penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang
diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya
mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini
demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan
berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa
membandingkan pencapaian antara pelajar.
Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan
kepada murid dan kepada ibu bapa murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif.
Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang
dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala
maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala
murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu
penilaian ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu
murid. Dengan itu, tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan.
Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di
bilik darjah yang tidak ditentukan gred.
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau
prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu:
1) Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi
beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu
tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan memerlukan masa yang lama untuk
menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah terbaik ialah menyusun topik
berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai
cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan
8
dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan
murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum
meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru
akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru
harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh
pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain
mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka
guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap
satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80%
hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik,
memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.
3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu
menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada
peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah
pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan
semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan
dan tidak terpisah.
4) Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya
ada sepuluh elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan
seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
5) Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara
lain untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping
kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Dengan itu tindakan susulan harus
dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid
masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan
selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan
atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai
topik tersebut.
Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling memperolehi maklumat akan
kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran berlangsung
berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan
9
murid untuk membaiki prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian
manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran.
Tujuan Penilaian Formatif
Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran
pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung
penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat
memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau
penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai
dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik
pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada
akhir penggal atau semester persekolahan.
Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian
pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan
pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru
dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui
perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian
murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah
diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian
pada akhir penggal persekolahan.
Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai
pengajaran seseorang guru. Hal ini kerana pencapaian yang rendah di kalangan murid-
murid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang
diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang
dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat
kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan
pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan
penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan
kecenderungan murid-murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain
mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang
lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam
menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan
mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu guru
10
dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah
dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya.
Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada
murid-murid. Maklumat yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan
oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan
mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid-
murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan
penguasaan pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki
siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-
topik pembelajaran.
Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum
balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru dan murid-murid serta merta dalam
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi kepada guru
untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada
pihak murid-murid pula, ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran.
Penilaian sumatif
Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap
penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan
untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu
dalam meningkatkan pencapaian. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh
mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru
semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid.
Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan
ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.
Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid
berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan
adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara
individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau
11
kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian
pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan
cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan
percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya.
Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-
langkah berikut harus diberikan penekanan:
1. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap
berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan
sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan
kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
2. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji.
Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
3. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut
bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong,
esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut
aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras
lebih tinggi.
4. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat
mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
5. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam
menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
6. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi
memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai
serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
7. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran
item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan
berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat
berperanan dengan baik.
12
Tujuan Penilaian Sumatif
Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu
kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah
ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan
kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam
penilaian yang dijalankan.
Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam
sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai
perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Misalnya,
kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun
huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa depan.
Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus
baru yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baru murid-murid dikehendaki
terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat pencapaian mereka agar dapat
memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan
dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai
peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut.
Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat
pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa
kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian yang diperolehi. Dengan cara itu,
perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah,
sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang.
Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama
dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred
kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga dapat digunakan secara
menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih
menyeluruh.
13
Merancang Penilaian.
Dalam pelaksanaan penilaian, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan.
Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru membina soalan
mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JPU guru dapat
merangkakan tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam taksonomi kognitif
Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam
jadual penentuan ini. Untuk sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi, hasil pembelajaran
murid dicatatkan secara spesifik.
Penentuan hasil pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada:
mata pelajaran
tajuk-tajuk yang dinilai
peringkat kebolehan murid yang dinilai
wajaran aras kesukaran: mudah, sederhana, sukar
Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam sukatan pelajaran.
Bilangan peratus soalan bagi sesuatu tajuk perlu ditunjukkan.
14
3. BENTUK PENILAIAN, CONTOH DAN PELAKSANAAN
Penilaian Secara Pemerhatian
Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan
penulisan seperti:
sikap
perlakuan/amalan
amali
kemahiran manipulatif
kemahiran bersosial
kemahiran belajar
kemahiran kinestetik
kemahiran literasi komputer
kemahiran mereka cipta
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan
dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran
mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.
Penilaian secara lisan.
Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
murid dengan guru
murid dengan murid
murid dengan bahan pembelajaran
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
kefahaman konsep
pengetahuan fakta
kecekapan mendengar
15
penggunaan bahasa yang tepat
kefasihan menghafaz
sebutan dalam berbahasa
kecekapan mencongak
gaya persembahan
pertuturan dan sikap
Instrumen Penilaian Lisan
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
bacaan kuat
syarahan
perbahasan
bercerita
perbincangan
hafazan
temu bual
soal jawab
nyanyian
deklamasi sajak
mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur secara gramatis.
mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
mengesan kelancaran dalam sebutan.
mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti
yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut
guru perlu memastikan:
soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
16
pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Penilaian Secara Penulisan.
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan
dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
karangan
laporan projek/kerja kursus/folio
latihan dan ujian bertulis
huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid
yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
kemahiran menulis
menyusun idea
penggunaan tanda baca
perbendaharaan kata
mengaplikasi
mentafsir
menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah
diambil kira:
soalan menepati kemahiran yang akan diuji
bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
aras kesukaran soalan dipelbagaikan
skema pemarkahan disediakan
Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
17
soalan subjektif
soalan objektif
Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat
rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap
pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan
pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid
untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.
18
4. BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI
Bidang dan Bentuk Penilaian
Bidang pembelajaran yang diuji dalam Pendidikan Islam meliputi :
Penguasaan ilmu
Penguasaan kemahiran
Penghayatan dan amalan
Hasil pembelajaran yang telah dikenalpasti boleh dinilai dengan menggunakan
kaedah:
Pemerhatian
Lisan
Penulisan
Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk
mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan,
perkembangan dan kemajuan murid.
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :
Mengesan serta-merta
mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam
pengajaran harian
tidak memerlukan instrumen yang khusus.
Mengesan kemajuan
mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
perlu dirancang secara individu atau kumpulan
menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran
kerja, ujian bertulis
19
Mengesan pencapaian
mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada
akhir program
perlu dirancang secara individu
dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian
bertulis dan ujian lisan
20
5. PEMBINAAN ITEM PENDIDIKAN ISLAM
Objektif:
Penggubal perlu mengetahui falsafah dan objektif penilaian secara keseluruhan
selain memahami dengan jelas objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan
dengan soalan yang hendak digubal.
Sukatan Pelajaran, Format dan JPU:
Soalan yang digubal mestilah berdasarkan sukatan pelajaran, format dan JPU bagi
mata pelajaran yang berkaitan. Tujuannya ialah supaya kertas soalan yang dihasilkan
mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Kata kerja:
Gunakan kata kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah diterangkan di atas.
Bahasa:
a. Gunakan bahasa yang mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari segi
kehendak soalan.
b. Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang betul.
c. Tinggalkan perkataan / ayat yang kabur dan mengelirukan
d. Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja yang diberi
keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan ia diguna pakai oleh
Kementerian Pendidikan.
Contoh: inferens.
e. Tandakan istilah bahasa asing yang digunakan dengan pembuka kata dan
penutup kata ‘……….’:
Contoh: ‘ Idgham’.
21
Jenis-jenis ujian:
a. Ujian Objektif.
Ujian ini dipanggil sedemikian kerana pemeriksa yang lain akan memberikan
markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. Jawapan bagi
ujian objektif adalah pendek. Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di aras kognitif
yang rendah iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pemarkahan adalah objektif
,cepat, mudah dan jitu. Sebaliknya ujian objektif gagal menguji kebolehan calon untuk
memilih, menyusun dan menyatukan idea. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan jika
ujian objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras kognitif tinggi.
Contoh-contoh ujian objektif adalah seperti berikut:
i. Item jawapan pendek.
Siapakah nama ibu Nabi Muhammad s.a.w. ?
____________________________________
ii. Item melengkapkan.
Rukun Iman mempunyai __________ perkara.
iii. Item benar-salah.
Tandakan (√ ) bagi kenyataan yang benar dan (X) bagi kenyataan yang salah.
(a) Rukun Islam empat perkara ( )
(b) Rukun Iman enam perkara ( )
iv. Item padanan.
Nabi Muhammad Taurat
Nabi Musa Al-Quran
JENIS UJIAN
OBJEKTIF SUBJEKTIF
22
v. Item Aneka pilihan.
Tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dikenali dengan nama tahun ______
(a) Rusa
(b) Harimau
(c) Kuda
(d) Gajah
Kelebihan Ujian Objektif
1) Dapat meliputi semua bidang mata pelajaran dengan luas.
2) Dapat menguji aras kognitif di peringkat pengethuan, kefahaman dan aplikasi
dengna berkesan.
3) Masa yang diperlukan untuk menjawab dan memeriksa adalah ringkas.
4) Objektifnya aras tinggi. Jawapan yang sama akan diberikan markah yang sama
walaupun diperiksa oleh pemeriks yang berlainan.
5) Item ujian boleh dinyatakan dalam bahasa yang mudah.
6) Unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi pemarkahan.
7) Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi kerana banyak soalan boleh disediakan.
Kelemahan Ujian Objektif
1) Pembinaan ujian memerlukan lebih tenaga, masa dan perbelanjaan.
2) Tidak dapat menguji kebolehan calon pada aras kognitif yang tinggi seperti analisis,
sintesis dan penilaian.
3) Gagal menguji kebolehan calon untuk menyusun dan menghuraikan idea-idea.
4) Mungkin menggalakkan calon-calon meneka jawapan.
5) Calon boleh berlatih menjawab soalan-soalan objektif bagi tahun-tahun lalu boleh
meningkatkan taraf pencapaian.
b. Ujian Subjektif.
Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan calon
memberi jawapan secara lisan atau bertulis. Jawapan calon mungkin bebas atau terhad.
Sekiranya bebas, jawapan itu adalah dalam bentuk esei dan sekiranya terhad ia mungkin
23
merupakan satu ayat sahaja (struktur). Bertujuan menguji kebolehan pelajar pada aras
kefahaman, aplikasi dan jika digubal dengan teliti boleh menguji aras yang lebih tinggi.
Berdasarkan kepada jawapan calon, ujian subjektif boleh dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu:
i. Jawapan Terhad (struktur).
Jenis soalan ini menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.
Jawapan yang diberikan hanya merupakan satu ayat atau satu frasa sahaja.
Contoh:
Tulis rukun-rukun Iman di ruangan berikut mengikut urutan.
1. __________________________________________
2. __________________________________________
3. __________________________________________
4. __________________________________________
5. __________________________________________
ii. Jawapan Tidak Terhad (Esei).
Jenis soalan ini membenarkan calon memilih, mengatur, dan membentangkan
jawapan yang difikirkan sesuai.
Contoh:
Terangkan peranan ibadat haji dalam menyatukan umat Islam.
Kelebihan Ujian Subjektif
1) Mudah untuk dibina dan ditadbir
2) Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran
3) Merupakan cara untuk mengetahui sejauh mana seorang calon dapat menerangkan
idea-ideanya.
24
4) Calon-calon dapat diuji kebolehan untuk menyususn, menganalisis dan membuat
sintesis idea-idea meraka.
5) Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang.
6) Menggalakkan calon menyediakan diri menghadapi ujian dengan meneka kepada
kemahiran menyusun dan membuat sintesis isi jawapan.
7) Peluang untuk menipu atau meniru jawapan dikurangkan.
8) Dapat mengukuh hasil pembelajaran yang kompleks.
Kelemahan Ujian Subjektif
1) Unsur subjektif semasa pemarkahan akan mempengaruhi kesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu.
2) Hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan esei terbatas.
3) Pemarkahan mengambil tenaga dan masa yang panjang.
4) Pemarkahan ujian esei mungkin dipengaruhi oleh factor-faktor yang kurang relevan
yang panjang atau pendek.
5) Pemarkahan juga dipengaruhi oleh bentuk emosi pemeriksa, keadaan fizikalnya dan
masa yang telah digunakan untuk memeriksa kertas jawapan.
6) Kesan halo mungkin dapat memainkan peranan. Markah yang tinggi bagi soalan
pertama mungkin mempengaruhi markah bagi soalan-soalan seterusnya.
25
6. PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) PENDIDIKAN ISLAM
Jadual Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau Test
Specification. JPU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi
menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan aras kemahiran
pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan taksonomi objektif
pendidikan. Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan
secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-
tiap pelajaran mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif
mata pelajaran berkenaan.
Secara ringkas perkara-perkara yang boleh didapati daripada sesuatu JPU adalah
seperti berikut:
1) Kandungan ujian : topik-topik
2) Aras kemahiran: taksonomi objektif pendidikan
3) Pemberatan dalam peratus pada kandungan dan aras kemahiran: panjang masa
mengajar dan kepentingan.
4) Bentuk atau format ujian: objektif, esei, amali, kerja kursus dan lain-lain.
5) Bilangan item: mengikut bentuk ujian, kandungan dan aras kemahiran.
6) Kepayahan item: dalam lingkungan 20% hingga 80%
Kepentingan JSU
1) Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
2) Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
3) Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru yang
mengajar dan menggubal ujian.
4) Memastikan terdapat perseimbangan antara topic-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).
5) Menjadi panduan membentuk format ujian.
6) Menjadi panduan membentuk soalan.
7) Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.
8) Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.
9) Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.
10) Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.
26
Komponen Utama Dalam JSU
1) Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan-
bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti yang
terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang
mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah,
Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan
dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.
2) Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang
merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada
tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi
pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
3) Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-
tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan
kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu
ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah
berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan
kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
a. Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung
paksi tersebut.
b. Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau
esei.
c. Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.
4) Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan
peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin
besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat
rujukan norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu
soalan yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah
iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi
kepada calon-calon yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30% daripada
calon dapat menjawabnya, boleha menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak.
Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%.
27
Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan sederhana boleh
menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.
Langkah Menyediakan JPU
Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah,
objektif, topic-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja
kursus serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak
berulang secara tepat dalam ujian/peperiksaan.
Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan,
bahagian, bilangan soalan peruntukan masa bagi setiap bahagian,
pemberatan markah.
Buat rumusan format seperti contoh berikut:
Rumusan Format
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Panjang Masa : 2 jam
Bentuk : Objektif dan esei
Markah : 100
Perkara Objektif Esei
Masa 1 jam 1 jam
Markah 40 60
Bilangan soalan 40 3
Markah 1 soalan 1 20
Masa bagi setiap soalan 1.5 minit 20 minit
Langkah 3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan
bagi setiap tajuk.
28
Carta aliran proses menyediakan JPU:
Pilih tajuk yang hendak dinilai.
Tentukan Hasil Pembelajaran.
Tentukan bilangan soalan mengikut aras.
Tulis bilangan soalan dalam petak
berkenaan.
Semak jumlah dan peratus semua soalan dalam lajur menegak danmendatar.
29
Contoh JPU
Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Tajuk: Solat Lima Waktu
Kandungan
Aras Kemahiran Jumlah
% Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S
Pengertian
Bilangan
Waktu
Rukun
Hikmah
Jumlah %
( M = Mudah, Sd = Sederhana, S = Sukar )
Nota: Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam
sesuatu penilaian/ujian. Aras kemahiran bolehdiubahsuai kepada mudah dan sukar.
30
7. PENILAIAN PAFA SEKOLAH RENDAH
Beberapa perkara asas fardhu ain yang terkandung dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya setiap murid benar-benar mengetahui,
memahami, mengamal dan menghayati dengan betul dan sempurna sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh syarak.
Tujuan
1. Mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian
membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan
dengan betul dan sempurna.
2. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, dengan perkataan lain,
menentukan kejayaan 100%.
3. Menimbul dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati
dalam amalan kehidupan harian.
4. Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan
menghayati PAFA secara berterusan.
Peraturan
1. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari tahun 1 hingga tahun 6 (UPSR).
Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 (PMR) dan tingkatan 4 hingga tingkatan 5 (SPM)
mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.
2. Penilaian akhir PAFA dijalankan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
3. Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
4. Penilaian dijalankan sendiri oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa yang sesuai,
sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang ditetapkan. Guru
boleh meneruskan penilaian kepada murid yang menguasai kod-kod seterusnya.
Murid ini boleh dinilai semula sebagai pengukuhan.
6. Soalan dan jawapan penilaian tidak rahsia sebagaimana yang telah dicadangkan
dalam buku panduan. Murid hendaklah diberitahu lebih awal.
31
7. Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang serta
bimbingan yang secukupnya untuk mengulang serta memperbaiki kesalahan dan
kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan
dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan betul dan sempurna.
8. Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam
Borang Pencapaian Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah
rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid.
9. Penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa.
10. Pemantauan proses pelaksanaan penialain PAFA di peringkat sekolah akan
dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar dari semasa ke semasa.
11. Pencapaian LULUS dalam sesuatu Kod / Tajuk ialah apabila murid faham sesuatu
tajuk dan dalam hal ibadah dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-
kurangnya pada tahap keupayaan yang paling minima yang dikira SAH dari segi
syarak.
12. Murid diperakui LULUS dalam keseluruhan penilaian PAFA apabila mereka berjaya
memahami dan mengamalkan semua kod / tajuk soalan yang telah ditetapkan.
13. Borang pencapaian individu hendaklah disertakan bersama rekod perpindahan
pelajar ke sekolah lain.
14. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian di peringkat sekolah
menggunakan format sijil yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan kepada
Bahagian / Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, menurut prosedur yang
disediakan.
Pelaksanaan
Bil Tindakan
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sept
OK
t
Catatan
1 Memastikan murid memiliki
buku panduan penilaian
PAFA
√
√
2 Penyediaan Fail PAFA
(borang berkelompok)
√
√
32
3 Pelaksanaan PAFA
3.1 Ting. 1- 2
3.2 Ting. 3 (PMR)
3.3 Ting 4
3.4 Ting. 5 (SPM)
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
√
4 Kemaskini borang
berkelompok PMR dan SPM
√
√
5 Menghantar keputusan penuh
PAFA/ Disket ke Unit/
Bahagian Peperiksaan (JPN)
5.1 PMR
5.2 SPM
√
√
6 Mengemaskini rekod
pencapaian individu murid
yang akan berpindah sekolah
baru (sekiranya ada)
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √
7 Penyetaraan daripada
Kementerian/JPN/ Bahagian/
Daerah
Mengikut takwim pihak berkenaan
33
AGIHAN KOD PAFA
(UPSR, PMR DAN SPM)
TINGKATAN KOD DINILAI TAJUK
1
01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Islam
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
05 Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis
2
06 Cara Berwudhuk
07 Cara Bertayammum
08 Cara Mandi Wajib
09 Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya
10 Solat Fardhu
3
11 Solat Jenazah
12 Puasa
13 Adab Terhadap Ibu bapa
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat
17 Batas Pergaulan Dalam Islam
4
01 Mengucap dua kalimah syahadah
02 Rukun Islam
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
05 Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis
34
06 Cara Berwuduk
07 Cara Bertayammum
08 Cara mandi wajib
09 Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya
5
10 Solat Fardhu
11 Solat Jenazah
12 Puasa
13 Adab terhadap ibu bapa
14 Perkahwinan
15 Ihsan
16 Kewajipan menutup aurat
17 Batas pergaulan dalam Islam
15 Ihsan
top related