model assure realisasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
Post on 13-Apr-2017
1.550 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUK TUTORIAL
REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH : MODEL ASSURE
REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
REKA BENTUK MODEL ASSURE
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan
Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang
boleh digunakan untuk merancang penggunaan media
secara sistematik. Model ini
digubal oleh Heinich dan rakan-rakan
(1982).
Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan
merancang dan mengendalikan
pengajaran yang menggunaan media.
Model ini berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah.
Model ini terdapat
enam langkah
Pengenalan
Analyse learners (Analisis pelajar). State learning
objectives (Nyatakan
objektif pembelajaran
).
Select methods, media and materials
(Pilih kaedah, media dan bahan ).
Utilise media and materials
(Gunakan media dan
bahan)
Require learner participation
( Penglibatan pelajar dalam
pembelajaran ).
Evaluate / Review
(Penilaian / semak semula bahan).
6 LANGKAH (ASSURE)
A -Analyse learners (Analisis pelajar).
Ciri-ciri umumKompetensi
khusus peringkat masuk
Stail pembelajaran
Deskripsi umum tentang umur, Tahap/tingkatan, Latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya.Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung.
• Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.
• Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.
• Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.
• Stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika merekaa belajar melalui pelbagai kaedah dan media.
Contoh Analisis Pelajar
Analyse Learners( Analisis Pelajar)
i. Murid tahun 4 Cemerlang. ii. 13 orang murid perempuan , 21 orang murid lelaki.iii. Umur : 10 tahuniv. Kelas pertama daripada 3 kelas bagi tahun 4. v. Pengalaman sedia ada : - Murid pernah menggunakan berus gigi dalam kehidupan harian.
S - State learning
objectives (Nyatakan
objektif pembelajaran)
.
Objektif pembelajaran
perlu dinyatakan dengan jelas Guru dapat lebih
fokus kepada perkara yang sepatutnya
dipelajari dan dikuasai oleh
pelajar.
Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk
menyampaikan maklumat berdasarkan objektif
pembelajaran.
Penggunaan kaedah dan media yang
bersesuaian dapat dipilih
Objektif pembelajaran berfokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang baru untuk dipelajari.
Contoh objektifState Objective( Nyatakan objektif / hasil pembelajaran)
1. Kognitif - Murid dapat menyatakan 2 cara menjaga kebersihan pakaian dan diri.- Murid dapat menyenaraikan barang-barang yang diperlukan untuk menguruskan diri dengan baik.
2. Afektif - Murid menunjuk riak muka yang tersenyum semasa melihat video ‘ Bangun Pagi”.- Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab.
3. Psikomotor- Murid bangun dan menyanyikan sambil menggayakan perlakuan di dalam video “ Bangun Pagi “.
Select Methods (Memilih Kaedah, Media dan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran
Tingkatkan kebolehan dan objektif yang hendak dicapai.
Menjamin keberkesanan PdP.
Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat
Kaedah Bercerita Berlakon
Pengetahuan terdahulu
Mewujudkan motivasi
Menggalakkan pemikiran
Sesuaikan dengan aktiviti
PdP
Contoh
Kriteria yang perlu diambilkira
sebelum memilih kaedah :
Soal Jawab
PerbincanganAktiviti kumpulan dan
latihan
Memupuk nilai dan sikap yang positif
Media
Membolehkan mesej atau maklumat
disampaikan secara bermakna
Contoh : Slaid, Video, tayangan, Komputer,
multimedia
Format media yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan
pelajar
BahanContoh : buku teks, nota,
latihan
Isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran
Contoh Aktiviti Yang Menggunakan Pelbagai Kaedah Dalam P&P
Sasaran murid : Tahun 6Tajuk : Keselamatan Jalan Raya
Kaedah 1 : Soal Jawab (Set Induksi)
Kaedah 2 : Tayangan Video +
peneranganKaedah 3 :
Teknik Perbincangan Kumpulan
Kaedah 4 : Main Peranan
Kaedah 5 :Latihan
Utilize Media (Menggunakan Media dan Bahan Sumber)
5 prinsip bagi menggunakan
media
1. Memilih, pratonton dan kaji
2.Mengkaji, menyemak dan
menonton
3. Pastikan media yang digunakan
tidak bermasalah
4. Mengenali lokasi dan
persekitaran
5. Pastikan media yang digunakan memberi pengalaman baru,
mewujudkan PdP yang berkesan serta menarik minat.
Penambahan visual kepada pelajaran dapat menambahkan daya ingatan daripada 14% kepada 38% (Pike, 1989)
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai
dapat membantu dan mengekalkan penglibatan
murid.
Apabila pengajaran pembelajaran
berpusatkan murid yang dilaksanakan oleh guru,
murid melakukan kebanyakkan kerjanya.
Murid-murid menggunakan minda mereka untuk
mengkaji idea, menyelesaikan masalah, melahirkan perasaan dan
menerapkan apa yang dipelajarinya.
Contoh: Simulasi, Perbincangan, Projek,
Main peranan dan lain-lain lagi.
Require learner participation
Melibatkan Pelajar Dalam Proses Pembelajaran
Konfusius mengatakan bahawa :
“Apa yang saya dengar, saya lupa. Apa yang saya dengar dan lihat, saya ingat sedikit. Apa yang saya dengar, lihat dan bertanyakan soalan tentangnya ataupun membincangkannya dengan orang lain, saya mula memahaminya.Apa yang saya dengar, lihat, bincang dan buat, saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran.
Pembelajaran secara perbincangan mengenai etnik di sabah.
Murid diberikan masa untuk mencari maklumat daripada pelbagai sumber.
Pada permulaan kelas, guru meminta beberapa orang murid menyampaikan maklumat yang diperolehi.
Bahan yang diperolehi itu dijadikan topik perbincangan dalam kumpulan kecil atau kumpulan besar.
Selepas perbincangan , wakil kumpulan menyampaikan idea atau kesimpulan perbincangan.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan meningkatkan penglibatan pelajar.
Contoh: Penggunaan gambar, slaid gambar bersiri dan video.
Gambar mengenai etnik
di sabah
Slaid
bergambar
mengenai etnik
di sabah
Evaluate / Review Nilai serta semak semula penggunaan media
dan pengajaran pembelajaran
Penilaian seharusnya
dibuat sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran .
Media dan bahan sumber pembelajaran
Penilaian pengajaran sesuai dengan keupayaan pelajar
Pemilihan objektif
Pencapaian kemahiran pelajar
MENILAI KAEDAH DAN MEDIAAntara garis panduan ketika menilai media:
Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik minat pelajar. Memperkembangakan kemahiran berfikir. Menyampaikan kandungan secara mendalam . Merangsang naluri ingin tahu pelajar . Dapat melibatkan murid secara aktif . Menghubungkaitkan bidang pelajaran .
Penilaian terhadap media dan bahan dilaksanakan sebagai mengetahui pengajaran itu berkesan dan dapat difahami oleh pelajar dengan jelas .
Sekiranya terdapat kelemahan dalam penggunaan bahan dan media, guru hendaklah memperbaiki kelemahan tersebut.
Pengubahsuaian boleh dilakuan pada setiap aspek pengajaran seperti : Objektif Isi pelajaran StrategiSumber pengajaran pembelajaran
Kebaikan dan
kelemahan
Kebaikan Model
ASSURE
Proses pengajaran menjadi lebih
berkesan – Sistematik
Model ini bukan hanya
berpusatkan guru tetapi ia juga berpusatkan
murid
Guru lebih mahir dalam
menggunakan alat berteknologi
Menggalakkan para guru sentiasa menggunakan alat
bantu bahan mengajar (ABBM)
Pelajar juga akan tertarik dengan
pengajaran guru.
Kelemahan Model ASSURE
Penyediaan bahan media dalam Reka Bentuk
Pengajaran tidak bersesuaian dengan
analisis pelajaran
Kemudahan alatan teknologi yang
kurang dan tidak lengkap
Guru kurang kreatif dalam menyediakan
reka bentuk pengajaran yang bersesuaian
dengan pelajar
Kesimpulan Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting
yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar
matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat
dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek
pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang
perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan murid yang
berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Bibliografi Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Wan Kamaruddin Wan Hasan. (2009),
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd
Yusup Hashim. (1997), Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
2013, Aplikasi Dalam Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian. Diperoleh pada 21 januari 2015 dari http://wajayu.blogspot.com/2013/06/model-pengajaran-assure.html.
2012, Ilmu Pendidikan ( Model Assure) . Diperoleh pada 22 januari 2015 dari http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/model-assure.html
2012, Noorfarila Blogspot (Model Assure ).Diperoleh pada 24 januari 2015 dari http://pelautsenja.blogspot.com/2012/11/v-behaviorurldefaultvmlo_388.html
2012, Zuriana Marzuki (Pembelajaran Model Assure) . Diperoleh pada 25 januari 2015 dari http://zuraina71.blogspot.com/2012/11/pembelajaran-model-assure.html
top related