jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Post on 11-Jun-2015
1.231 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan Intervensi : Pastoral care
Pastoral Care merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru
untuk menjaga kebajikan murid-murid. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu
yg luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah
laku dan sokongan emosi murid. Pastoral Care ialah elemen sokongan selain
daripada tugas guru dalam bidang akademik dan membantu guru untuk
menghasilkan modal insan yang menyeluruh dan harmonis dalam semua aspek
pembangunan insan.
Manakala dalam konteks pendidikan pula, pastoral care bermaksud amalan
guru dari segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial muris-murid bawah
tanggungjawabnya. Ianya merangkumi skop yang agak luas termasuk isu-isu
kesihatan, sosial dan pendidikan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan
emosi. Dengan kata lain, ia merupakan satu himpunan sistem, prosedur dan
program yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid secara menyeluruh agar
mereka berpeluang mencapai potensi masing-masing serta melengkapi diri dengan
kemahiran-kemahiran penting bagi mengharungi liku-liku dalam kehidupan nanti.
Menurut Hornby, Hall dan Hall (2003), pastoral care merujuk kepada proses
pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid
dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan
vokasional. Justeru, pastoral care dianggap sebagai cirri utama pendidikan yang
ditawarkan kepada semua murid.
Secara keseluruhannya, terdapat tiga jenis strategi pastoral, iaitu kaunseling,
bimbingan dan pendidikan peribadi dan sosial. Kaunseling bermaksud membantu
murid-murid secara individu atau kelompok untuk menangani masalah yang sedang
dihadapi serta mengurus kehidupan dengan lebih berkesan.
Bimbingan pula adalah untuk membantu muird-murid secara individu atau
kelompok membuat keputusan berhubung dengan hal-hal peribadi, akademik atau
kerjaya. Bantuan yang diberikan oleh guru kelas, tutor peribadi, guru bimbingan dan
kaunseling, dan agensi luar biasanya berbentuk maklumat penting yang berkaitan.
Selain daripada itu, bagi pendidikan peribadi dan sosial pula isu-isu penting
boleh diserapkan merentasi kurikulum oleh guru mata pelajaran yang berkeaan,
diintegrasikan dalam tutorial oleh tutor, atau disampaikan sebagai satu mata
pelajaran yang berasingan oleh guru bimbingan, guru bimbingan dan kaunseling dan
sebagainya.
Menurut ahli teoris, kualiti perkhidmatan pastoral care yang ditawarkan
mempengaruhi etos dan iklim sekolah secara keseluruhan. Perkhidmatan yang
positif akan mewujudkan suasana yang sihat dan prihatin di mana murid-murid
berasa selamat, dihargai dan digalakkan untuk berkembang dari segi akademik,
emosi dan sosial. Di samping itu, ia juga berasaskan prinsip-prinsip hubungan guru-
murid dan murid-murid yang baik dan saling menghormati.
Oleh itu, terdapat satu jawatankuasa khas diwujudkan di sekolah yang
dikenali sebagai jawatankuasa pastoral care dan bimbingan (Wettasinghe, dalam
Myint Swe Khine et al.. 2004). Ahli-ahli jawatankuasa tersebut bekerjasama dengan
ahli-ahli jawatankuasa tersebut berkerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa disiplin
di peringkat sekolah. Mengikut kebiasaan, guru disiplin adalah pengerusi
jawatankuasa tersebut. pendekatan yang digunakan adalah soft approach seperti
kaunseling bertujuan membantu murid-murid menyelesaikan masalah mereka. kes-
kes tertentu seperti mereka yang menghadapi masalah pembelajaran, sosial, emosi
dan tingkah laku akan dirujuk oleh guru-guru untuk menjalani sesi kaunseling.
Bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu cara intervensi yang
berkesan untuk membantu murid autistik, disleksia, pintar cerdas dan lewat
perkembangan (ADHD) semasa menghadapi kesulitan dan masalah. Bimbingan
merupakan suatu proses yang berlanjutan dan berterusan. Cara ini dirancang dan
digunakan oleh guru untuk membantu golongan ini mengetahui dan menyedari
tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantunya membuat penyesuaian
dengan persekitaran. Guru yang bertindak sebagai pembimbing akan membimbing
murid memahami dirinya serta menyedari kekuatan dan kelemahan murid. Guru
yang membimbing perlu mengenali murid dari segi sahsiah, tingkah laku dan
pencapaian supaya dapat membantunya tersebut menetapkan matlamat yang
selaras dengan sahsiah dan kebolehan dirinya.
Manakala kaunseling pula adalah satu bentuk perkhidmatan yang
professional, dilakukan oleh guru kaunselor yang bertauliah atau guru-guru yang
telah menerima latihan khusus dalam khidmat kaunseling. Kaunseling suatu proses
di mana guru membantu murid untuk memahami dirinya yang sebenar, mengenal
kekuatan dan kelemahan diri supaya murid tersebut dapat membuat keputusan-
keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan yang ada dalam hidupnya. Seorang
guru kaunselor akan cuba membantu murid untuk mencapai matlamat yang realistik
supaya golongan ini dapat mengembangkan potensi diri secara optimum dan dapat
menyesuaikan diri dalam masyarakat dengan baik.
Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan
satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan .
Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar
memberikan perhatian kepadanya dan ianya memberikan impak kepada mereka.
Segala tingkah laku bermasalah berpunca daripada empat motif, iaitu
mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan
mempamerkan ketidak puasan hati. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan
yang dilakukan oleh kanak-kanak dan jangan mendorong mereka untuk
melakukannya. Sebaliknya guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya agar
guru boleh mengawal kelas yang mempunyai murid berkeperluan khas dengan baik
dan berkesan.
top related