cahaya dan penglihatan

Post on 24-Dec-2015

103 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Sains

TRANSCRIPT

Cahaya & Penglihatan

Pantulan & Pembiasan Cahaya

Rabun Dekat & Rabun Jauh Ilusi Optik & Bintik ButaStereoskopik & Monokular

Pantulan Cahaya

Pantulan cahaya adalah pembalikan cahaya apabila cahaya mengenai suatu permukaan yang licin.

Permukaan yang licin seperti cermin satah memantulkan semua sinar cahaya yang mengenainya.

Menurut hukum pantulan:◦ Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal terletak pada satah

yang sama.◦ Sudut tuju adalah sama dengan sudut pantulan.

A) Apabila sinar cahaya kena pada permukaan licin dan rata, sinar cahaya akan dipantulkan secara sekata.

B) Apabila sinar cahaya terkena pada permukaan yang kasar dan tidak rata, sinar cahaya akan dipantulkan secara tidak sekata.

Aplikasi

Pantulan

Cahaya

Cermin Sisi

Kereta

Cermin Melengku

ngPeriskop

Pembiasan Cahaya

Pembengkokan cahaya apabila bergerak dari satu medium ke medium lain yang berlainan ketumpatan.

Pembiasan cahaya disebabkan oleh perubahan kelajuan cahaya apabila bergerak dari satu medium ke medium lain yang berlainan ketumpatan.

Terdapat 3 keadaan pergerakan sinar cahaya melaui dua medium yang berlaian ketumpatan seperti berikut.

Kecacatan penglihatan1. Objek jauh dan objek dekat dapat

dilihat dengan jelas kerana imej objek dapat difokuskan pada retina.

2. Kecacatan penglihatan berlaku apabila imej objek tidak dapat difokuskan pada retina.

3. Individu yang tidak dapat melihat dengan jelas dikatakan mengalami kecacatan penglihatan.

Jenis kecacatan penglihata

n

Rabun Jauh

Rabun Dekat

Astigmatisme

Buta Warna

Rabun JauhIndividu yang mengalami rabun jauh

tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas.

Rabun jauh terjadi kerana imej objek jauh difokuskan di hadapan retina.

Rabun jauh mungkin disebabkan oleh;◦ A) kanta mata terlalu tebal◦ B) bola mata terlalu panjang.

• Rabun jauh dapat dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung.

• Kanta cekung mencapahkan cahaya sebelum memasuki mata supaya imej dapat difokuskan pada retina.

Rabun DekatIndividu yang mengalami rabun dekat tidak

dapat melihat objek dekat dengan jelas.Rabun dekat terjadi kerana imej objek

dekat difokuskan di belakang retina.Rabun dekat mungkin disebabkan oleh;

◦Kanta mata terlalu nipis◦Bola mata terlalu pendek.

• Rabun dekat dapat dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung.

• Kanta cembung menumpukan cahaya sebelum memasuki mata supaya imej dapat difokuskan pada retina.

Jenis-jenis kanta mata

KKanta cekung (concave lens) = Rabun jauh

Kanta cembung (convex lens) = Rabun dekat

Astigmatisma- Disebabkan oleh permukaan kornea yang tidak rata/ sekata- objek jauh dan objek dekat kelihatan kabur- dibetulkan dengan memakai kanta mata berbentuk silinder

Cylindrical lens

Had deria penglihatanMata manusia mempunyai had deria

penglihatan. Mata tidak mampu melihat objek yang terlalu kecil seperti bakteria atau obejk terlalu jauh seperti bintang.

A) Ilusi optik :◦ Kadang kala apa yang kita lihat tidak semestinya

benar. Hal ini demikian kerana otak tidak dapat mentafsir apa yang dilihat oleh mata.

◦ Fenomena ini dikenali sebagai Ilusi Optik.

◦ Kejadian ini adalah disebabkan gangguan impuls dari benda-benda atau keadaan lain di sekitar objek .

◦ Rajah dibawah menunjukkan beberapa contoh ilusi optik.

Bintik ButaBintik buta merupakan titik pada

retina yang tidak dapat mengesan imej. Hal ini kerana bintik buta tidak mempunyai fotoreseptor.

Apabila imej jatuh pada bintik buta, tiada impuls saraf dihantar ke otak. Maka, mata tidak dapat melihat objek berkenaan.

LatihanPilih istilah yang betul dan isi pada tempat kosong.

1. Had penglihatan kita dimana otak tidak dapat mentafsirkan dengan tepat apa yang dilihat oleh mata…?

2.Bahagian pada retina yang tidak mempunyai sel- sel reseptor dan tidak dapat mengesan imej…?

3.Kecacatan mata dimana pesakit hanya boleh melihat objek dekat dengan jelas tetapi objek jauh kelihatan kabur…?

4. Boleh melihat objek jauh dengan jelas tetapi objek dekat kelihatan kabur…?

5. Rabun dekat boleh dibetulkan dengan menggunakan kanta…?

6. Rabun jauh boleh dibetulkan dengan menggunakan kanta…?

7. Kecacatan mata ini disebabkan oleh permukaan kornea yang tidak sekata…?

Stereoskopik & Monokular

Haiwan dengan penglihatan stereoskopik

Haiwan dengan penglihatan monokular

LATIHANKelaskan haiwan-haiwan di bawah mengikut jenis penglihatan

Helang Kambing Singa Ayam Arnab Kucing Ikan Kerbau Monyet Badak

Penglihatan__________________

Penglihatan__________________

___

Haiwan

Alat Opti

k

ALAT-ALAT OPTIK YANG BOLEH MEMBANTU PENGLIHATAN MANUSIA

Kanta pembesar: Benda kecil dilihat lebih besar.

Mikroskop: benda seni dapat dilihat dengan jelas.

Binokular: melihat benda-benda jauh dengan jelas.

Teleskop: melihat benda yang terlalu jauh.Periskop: melihat ke permukaan ketika

berada didalam lautan.

top related