bbm nilai murni

Post on 04-Jul-2015

1.365 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SITUASI :

Walaupun selalu diejek dan ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya , Afiq tidak pernah marah

atau membalas ejekan tersebut .

SITUASI :

Anita mengulangkaji pelajaran pada setiap malam sebagai persediaan menghadapi

peperiksaan UPSR pada bulan September nanti .

SITUASI :

Penduduk – penduduk di Kampung Ulu Tawar bergotong-royong membina semula rumah Nek Limah yang roboh ditimpa pokok pada minggu lalu.

SITUASI :

Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar berdiri tegak lalu menyanyikan lagu kebangsaan

dengan penuh lantang dan semangat .

SITUASI :

Roslan menyerahkan beg dompet berisi wang

yang telah dijumpainya di tepi jalan kepada pihak polis .

SITUASI :

Wahida disenangi oleh kawan-kawan dan guru-gurunya kerana dia selalu bercakap dengan

lemah lembut dan tidak pernah berkasar bahasa .

SITUASI :

Sebagai seorang abang , Khalid sentiasa beralah dan tidak pernah berebut dengan adik-adiknya

yang masih kecil .

SITUASI :

Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar beratur semasa membeli makanan ketika waktu

rehat .

SITUASI :

Semenjak tinggal di asrama , Amin telah membuat kerja-kerja harian seperti mencuci dan melipat

pakaiannya sendiri tanpa bantuan orang lain .

SITUASI :

Puan Siti menjaga rumah jirannya dengan baik semenjak jirannya pulang ke kampung beberapa

hari yang lalu .

SITUASI :

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum , kita seharusnya saling hormat-menghormati dan mesra antara satu sama lain walaupun berbeza budaya .

SITUASI :

Encik Daud dan Puan Mariam telah melawat jirannya yang sedang sakit dan dirawat di Hospital

Seberang Jaya .

SITUASI :

Hayati kasihan melihat kucing yang cedera dilanggar motosikal itu lalu membawanya pulang ke

rumah untuk dirawat .

SITUASI :

Akil berazam untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi melayakkan dirinya belajar

di sekolah berasrama penuh .

SITUASI :

Walaupun sedih dengan kematian suaminya yang meninggal dunia dalam kemalangan , Puan Halimah tetap redha dan cekal menghadapi dugaan itu .

SITUASI :

Setelah berjaya menamatkan pelajarannya di universiti , Hariz berniat untuk menjaga kedua ibunya

pula kerana telah banyak berkorban untuknya .

SITUASI :

Setiap hari , Fahmi akan menyimpan lebihan wang belanja sekolahnya ke

dalam tabung .

SITUASI :

Setiap hari , Khadeeja pasti akan berdoa agar

kedua ibu bapanya dilindungi Allah selepas selesai menunaikan solat .

SITUASI :

Amira bukan sahaja anak yang baik , malah dia sangat menghormati orang tua dan lemah-

lembut dengan orang lain .

SITUASI :

Dalam mesyuarat itu , penduduk Kampung Padang Belon sebulat suara bersetuju untuk membuat

longkang sekitar kampung secara beramai-ramai .

SITUASI :

Cikgu Ehsan telah menyiasat kes pergaduhan

antara Rahim dan Badrul untuk mengetahui puncanya sebelum mengambil tindakan disiplin .

SITUASI :

Julia tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki kelemahannya dalam mata pelajaran Bahasa

Inggeris dengan melakukan ulangkaji setiap hari.

SITUASI :

Walaupun keuntungan berniaga kuih hari ini tidak banyak , namun Mak Timah tetap berpuas hati dan

seronok melakukannya .

SITUASI :

Sungguhpun Tuan Kamal seorang jutawan , namun dia tidak pernah sombong akan kekayaannya

dan sering bersedekah kepada fakir miskin .

top related