bahan 2 dimensi dan 3 dimensi
Post on 13-Jan-2016
162 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAHAN 2 DIMENSI DAN
3 DIMENSI
BBM dalam 2D dan 3D yang tidak menggunakan kuasa elektrik dalam persembahan
• Bahan 2D atau dua dimensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:
a. Gambar
b. Grafik
c. Carta
d. Peta
f. Poster
g. Kad imbasan
GAMBAR / GAMBAR FOTO
Gambar sama ada dalam bentuk hitam atau putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem.
PANDUAN Untuk alat bantu mengajar gunakan gambar foto yang besar
agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
Semasa digunakan, letak gambar foto di atas alas atau pemegang atau kaki diletakkan di atas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.
Hadkan jumlah gambar foto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.
Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambar foto yang dipamerkan.
GRAFIK
Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni
Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan interpretasi mengenai mesej yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang dilihatnya.
Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschah Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personality seseorang.
PANDUAN
Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan.
Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu.
Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu.
CARTA
JENIS-JENIS CARTA
Carta Organisasi
Carta Klasifikasi
Carta Masa
Carta Jadual
Carta Urutan
CARTA ORGANISASI
Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaiaan pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.
CARTA KLASIFIKASI
Carta klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.
CARTA MASA
Carta masa mengambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.
CARTA JADUAL
Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku.
JADUAL PENGGUNAAN PSS MENGIKUT SUBJEK BAGI 2007
MINGGU
TARIKH SUBJEK CATATAN
1 3/1/2007 - 5/1/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
2 8/1/2007 - 12/1/2007 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
3 15/01/2007 - 19/01/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
4 22/01/2007 - 26/01/2007 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
5 29/01/2007 - 2/2/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
6 5/2/2007 - 9/2/2007 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
7 12/2/2007 - 16/02/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
8 19/02/2007 - 23/02/2007 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
9 26/02/2007 - 2/3/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5
CARTA URUTAN
Carta urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu.
Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.
GRAF
Gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu.
• Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting.
• Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan tahap fahaman atau penerima murid.
JENIS – JENIS GRAF
Graf Bar atau Batang
Graf Gambar atau Piktograf
Graf Bulat atau Pie
Graf Garisan
GRAF BAR Data-data ditukar menjadi blok atau selinder
yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti
Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, ini adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.
GRAF PIKTOGRAF
Dalam garaf ini data-data ditukar menjadi gambar atau simbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu.
Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit nilai seiap gambar atau simbol yang digunakan itu dengan jelas dan nyata.
GRAF BULAT / PIE CHART
Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data.
Graf jenis ini adalah untuk diterjemahkan jika data nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.
GRAF GARISAN
Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks.
Graf garis di tulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing.
Titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data.kemudian titik-titik disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.
Graf gariasan dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu.
GRAF GARISAN
POSTER
Satu rekabentuk bergambar yang biasanya simbolik dan menyatakan tujuannya dengan cara yang paling tepat serta ringkas.
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu.
BAHAN TIGA DIMENSI(3D)
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta
menyerupai bahan yang sebenar.
BAHAN – BAHAN 3D
Realia Model
Diorama Akuarium dan terrarium
Boneka ‘Mobile Topeng
REALIA
1) Realia Asli
merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.
2) Realia AwetBahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.
3) Spesimen
Ini merupakan sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu
yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati dalam bentuk bahan awetan. Contohnya kutu daun dan udang.
MODEL
Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal
yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.
PECAHAN JENIS MODEL
Model dan Model Olok-Olok:
Bahan 3D yang mewakili struktur, rupa bentuk atau
bagaimana sesuatu itu berfungsi.
MODEL BERSKALA
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih
Kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai
Benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang
MODEL OLOK-OLOK
Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu.
Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukan keadaan asal yang sebenarnya.
Contoh:model enjin keretapi dan neraca.
MODEL KERATAN RENTAS
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.
Ianya selalu digunakan dengan meluas dalam subjek sains.
Contohnya: kulit manusia / daun
DIORAMADiorama adalah satu persembahan pameran
model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Contoh: pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
DIORAMA
AKUARIUM & TERRARIUM
Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air.
Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.
BONEKA @ PATUNG
Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral
JENIS – JENIS BONEKA
Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah
Boneka sarung TanganBoneka LidiWayang KulitBoneka BertaliTopeng
BONEKA SARUNG TANGAN
Sarung tangan boleh digubah menjada bahan dan anggota boneka.
Jari dimasukkan ke dalam sarung tangan untuk mengerakkan anggota boneka
BONEKA LIDI
Diperbuat dari bahan keras @ tebal. Lidi panjang diletakkan pada badan boneka
@ anggota Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi
laun digoyangkan
WAYANG KULIT
Rupa boneka dilukis pada kulit tebal, diwarna dan dipotong
Lidi halus diletakkan pada anggota boneka Dimainkan di belakang skrin putih
BONEKA BERTALI
Boneka bertali atu “marionette” diperbuat dari bahan keras seperti plaster of Paris atau kayu.
Tali-tali halus disambung kepada bahagian-bahagian boneka
TOPENG
Topeng boleh diperbuat dari kertas. Sesuai dalam situasi main peranan dalam
subjek Bahasa dan Pendidikan Moral
top related