alat bantu mengajar pke

5
Alat Bantu Mengajar Nama: Papan Interaktif Pengenalan Papan atau board interaktif ini merupakan satu alat bantu mengajar hasil kerja guru menggunakan span board dan mounting board . Papan ini mampu membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan ketika aktiviti perkembangan. Objektif Tujuan papan ini direka adalah untuk membantu guru dalam aktiviti PdP dimana murid-murid boleh merasai sendiri dengan menyentuh alat tersebut dan merasai keseronokan belajar. Objektif utama alat ini adalah untuk menunjukkan perbandingan antara dua konsep. Teknik pembelajaran menggunakan alatan bantu mengajar ini adalah berpusatkan murid. Dimana murid yang akan melakukan aktiviti tersebut manakala guru akan membantu murid ketika mereka menghadapi kesukaran. Perlaksanaan Alat bantu mengajar ini digunakan dalam aktiviti perkembangan 1 dalam subjek pendidikan kesihatan tahun 4. Tajuknya adalah Keluarga sihat. Dalam aktiviti ini, guru akan menyuruh pelajar untuk hadir kehadapan kelas dan menanggalkan gambar yang menunjukkan aktiviti-aktiviti negatif yang perlu dielakkan oleh seorang murid. Guru kemudiannya akan menyoal rasional mengapa mereka menanggalkan gambar tersebut dan menghubungkannya dengan gambar yang menunjukkan aktiviti sihat yang dilakukan bersama keluarga. 1

Upload: aku-zugen

Post on 05-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pke

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Bantu Mengajar Pke

Alat Bantu Mengajar

Nama: Papan Interaktif

Pengenalan

Papan atau ‘board’ interaktif ini merupakan satu alat bantu mengajar hasil kerja guru

menggunakan “span board” dan ‘mounting board’. Papan ini mampu membantu guru

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan ketika

aktiviti perkembangan.

Objektif

Tujuan papan ini direka adalah untuk membantu guru dalam aktiviti PdP dimana

murid-murid boleh merasai sendiri dengan menyentuh alat tersebut dan merasai

keseronokan belajar. Objektif utama alat ini adalah untuk menunjukkan

perbandingan antara dua konsep. Teknik pembelajaran menggunakan alatan bantu

mengajar ini adalah berpusatkan murid. Dimana murid yang akan melakukan aktiviti

tersebut manakala guru akan membantu murid ketika mereka menghadapi

kesukaran.

Perlaksanaan

Alat bantu mengajar ini digunakan dalam aktiviti perkembangan 1 dalam subjek

pendidikan kesihatan tahun 4. Tajuknya adalah Keluarga sihat. Dalam aktiviti ini,

guru akan menyuruh pelajar untuk hadir kehadapan kelas dan menanggalkan

gambar yang menunjukkan aktiviti-aktiviti negatif yang perlu dielakkan oleh seorang

murid. Guru kemudiannya akan menyoal rasional mengapa mereka menanggalkan

gambar tersebut dan menghubungkannya dengan gambar yang menunjukkan aktiviti

sihat yang dilakukan bersama keluarga.

1

Page 2: Alat Bantu Mengajar Pke

Impak

Kelebihan Kekurangan

1. Papan ini boleh digunakan dalam

apa-apa subjek atau topik selagi

tujuan penggunaannya adalah

untuk menunjukkan perbandingan.

1. Papan ini agak besar dan

memerluakan ruang penyimpanan

jika tidak digunakan.

2. Menarik kerana guru boleh

menghiaskannya dan menambah

unsur-unsur kreativiti dalam papan

ini.

2. Guru perlu mengeluarkan sedikit

modal untuk membinanya.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada pembinaan alat bantu mengajar ini adalah ianya mampu

menarik perhatian pelajar selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan

bertambah menarik. Selain itu guru boleh menggunakannya dalam mana-mana

subjek dan ini menunjukkan alat ini pelbagai guna dan tidak hanya khas kepada satu

aktiviti.

2

Page 3: Alat Bantu Mengajar Pke

LAMPIRAN

( Lakaran Pertama)

3

Page 4: Alat Bantu Mengajar Pke

(Kedudkan asal sebelum aktiviti)

( Selepas murid melakukan aktiviti)

4