pke esaimen

15
 NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN NUR FATIN BT HUSSIN 930414-14-5500 KUMPULAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1 KOD MATAPELAJARAN PKE 3101 SEMESTER 3 PISMP NAMA PENSYARAH EN. ROSLAN BIN KHALID TARIKH SERAHAN 10 MAC 2014 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) SEMESTER 3 2014  PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI PKE3101

Upload: nur-fatin

Post on 18-Oct-2015

580 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PISMP)SEMESTER 3 2014

PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITIPKE3101

NAMA PELAJARNO KAD PENGENALANNUR FATIN BT HUSSIN 930414-14-5500

KUMPULANREKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

KOD MATAPELAJARANPKE 3101

SEMESTER3 PISMP

NAMA PENSYARAH EN. ROSLAN BIN KHALID

TARIKH SERAHAN10 MAC 2014

PROFIL PELAJARNAMANUR FATIN BINTI HUSSIN

NO KAD PENGENALAN930414-14-5500

KUMPULANREKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

AMBILAN JANUARI 2013

SEMESTER 3 PISMP

TEMPAT LAHIR HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR

ALAMAT114 , JALAN BERJAYA 4, TAMAN BERJAYA , SG CHUA, 43000 , KAJANG SELANGOR

NO TELEFON013-6892449

ALAMAT [email protected]

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PROFIL DIRI2

PENGHARGAAN4

PENULISAN ESEI ILMIAH PERUBAHAN ASPEK FIZIKAL SEMASA AKIL BALIGH

5

PENULISAN REFLEKSI13

BIBLIOGRAFI15

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Roslan bin Khalid selaku pensyarah pembimbing yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara sepanjang proses menyiapkan penulisan ilmiah ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah saya memahami segala perkara yang perlu dilakukan.

Penghargaan khusus dirakamkan kepada ibu saya yang banyak memberi sokongan moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan segala kerja pembelajaran dengan baik.Terima kasih atas segala bantuan seperti bantuan moral dan sokongan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan forum bersama saya iaitu Nik, Saidatul dan Nabihah yang bersama-sama mencari bahan rujukan di perpustakaan. Segala tunjuk ajar, bantuan dan usaha yang telah dilimpahkan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan kali ini.

Dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu dapat saya rungkai sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Akhir kata, saya berharap tugasan saya ini betul-betul mengikut spesifikasi pemarkahan yang betul dan mendapat markah yang cemerlang.

Perubahan Aspek Fizikal Semasa Akil Baligh

Akil baligh merupakan tempoh masa perubahan antara zaman kanak-kanak beralih kepada zaman remaja. Semasa proses akil baligh, anak lelaki dan anak perempuan akan mengalami satu pengalaman baru yang melibatkan perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial. Semua perubahan ini secara tidak langsung akan mengubah rupa bentuk tubuh badan, bagaimana cara kanak-kanak berfikir, mengendalikan perasaan serta cara bergaul dan berkomunikasi dengan semua orang yang berada di sekeliling mereka.

Manakala remaja membawa maksud di mana seseorang individu itu telah mengalami kematangan sisitem saraf dan saiz otak yang merupakan satu persediaan ke arah mencapai tahap seorang dewasa. Dalam proses remaja, mereka sudah dapat membentuk satu set nilai dan sistem etika yang akan dijadikan panduan bagi tingkah lakunya. Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa iaitu usia mereka berada dalam sekitar 1 hingga 19 tahun.

Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, "Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal". Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain. Remaja juga mengalami perkembangan kognitif. Mereka sudah mampu menghadapi konsep yang lebih abstrak dan mula berminat dalam perkara-perkara yang melbatkan teori dalam pelajaan sains dan moral.

Manakala Sigmund dan Anna Freud mengatakan bahawa awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. Dengan dorongan seksual dan agresif, yang bukan semasa peringkat latensi, sifat egoistik berlaku amat tinggi dan turut menganggu daya tahannya. Zon genital pula khasnya didorong dengan tenaga seksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda sebuah fantasi oedipal dan remaja ini mungkin akan berasa susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya.

Stanley Hall (1904) pula berpendapat perkembanagan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.

Perubahan fizikal seseorang berbeza antara setiap individu. Alam remaja perlu diterokai oleh semua orang sebagai pengetahuan dan pemahaman terhadap perubahan yang dialami oleh semua remaja sebelum dan selepas akil baligh. Ini akan membawa perkembangan yang memberangsangkan terhadap tingkah laku dan amalan remaja. Remaja perlu mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku terhadap diri mereka supaya dapat menjadikan mereka lebih yakin dan selesa dengan diri mereka yang baru.

Perubahan fizikal lebih tertumpu kepada rupa bentuk tubuh badan sama ada di dalam dan juga luar badan kanak-kanak tersebut apabila mengalami fasa akil baligh yang mana ada yang dapat secara ketara dan juga dialami tanpa disedari. Perkembangan dan pertumbuhan ini berbeza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Mengenali perkembangan dan perubahan fizikal kanak-kanak lelaki adalah melalui beberapa fasa mengikut julat umur iaitu ketika menjangkau usia 10-13 tahun kanak-kanak lelaki akan mengalami ciri-ciri seperti badan bertambah gagah, suara menjadi garau atau pecah suara, otot-otot membesar dan bertambah tegang terutama dibahagian dada dan lengan serta bahu kian melebar. Tambahan lagi, skrotum membesar dan kulit skrotum bertambah kasar dan bewarna gelap sekaligus saiz zakar turut membesar.

Seterusnya ke usia 14-17 tahun, tubuh kanak-kanak lelaki akan bertambah tinggi, bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat. Skrotum pula semakin membesar dan kulit zakar juga semakin membesar. Tidak terkecuali jerawat mula tumbuh terutama di bahagian muka, belakang badan dan turut tumbuh dibawah lengan. Pada fasa ini mereka akan mengalami mimpi ghairah atau lebih dikenali sebagai mimpi basah (wet dream) sehingga mengeluarkan air mani. Mimpi ghairah inilah merupakan titik dimana akil baligh bermula.

Fasa 18-19 tahun pula memperlihatkan remaja lelaki bertambah ketinggiannya. Bulu mula tumbuh dibawah lengan (ketiak) dan mungkin dibahagian dada. Misai dan janggut juga tumbuh disekitar dagu. Warna kulit skrotum bertambah gelap dan saiz zakar terus membesar. Perpeluhan yang pesat turut berlaku sehingga mengeluarkan bau badan.

Rajah 1.0 Pertumbuhan Fizikal Lelaki

Perkembangan dan perubahan fizikal akil baligh bagi kanak-kanak perempuan turut berbeza mengikut peringkat umur. Semasa menjalani alam gadis ini, terdapat dua ciri yang berbeza menampakkan perubahan seseorang kanak-kanak perempuan itu iaitu ciri primer dan ciri sekunder. Ciri primer ialah perubahan pada bahagian faraj (vagina) dan ovari manakala ciri sekunder pula perubahan pada payudara dan punggung seperti membesar dan melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.

Pada peringkat usia 9-10 tahun perubahan bermula apabila puting payudara mula ketara, Tulang punggung mula melebar malah lemak akan mula tersimpan dibahagian punggung dan peha. Ssterusnya pada usia 10-11 tahun saiz puting payudara mula melebar dan bulu ari-ari akan mula tumbuh sekitar kemaluan. Perkembangan dan pertumbuhan fizikal terus berubah ketika menjangkau usia 11-13 tahun apabila bulatan areolar payudara semakin membesar dan gelap serta jisim payudara akan menjadi lebih berat dan padat. Organ reproduktif bertambah matang dan nyata. Pada peringkat ini ciri-ciri kewanitaan semakin menyerlah.

Kedatangan haid iaitu pengeluaran darah daripada faraj yang akan dialami selama 3-6 hari bermula pada fasa umur 13-15 tahun. Pada peringkat ini juga pertumbuhan bulu semakin lebat dicelah bawah lengan dan bahagian ari-ari iaitu kawasan genitalia. Tambahan pula, kehadiran jerawat di muka akan mula merunsingkan remaja perempuan. Perubahan suara daripada keanakkan kepada suara yang lebih matang merupakan antara perubahan yang paling ketara. Remaja perempuan turut tidak terkecuali untuk mengalami perpeluhan dan masalah bau badan berlebihan pada fasa ini.

Fasa terakhir iaitu di usia 15-18 tahun, remaja akan mencapai ketinggian yang maksimum. Penambahan berat badan dan ukuran dibahagian punggung pula semakin melebar. Pada peringkat ini kesemua perubahan ciri seksual sekunder menghampiri saiz wanita dewasa.

Rajah 2.0 Pertumbuhan Fizikal Perempuan

Selain peringkat-peringkat pertumbuhan fizikal, organ reproduktif dan kitaran haid remaja perempuan merupakan perubahan fizikal utama seseorang perempuan untuk akil baligh dan bergelar gadis remaja. Semenjak lahir seseorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ovum (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ovum sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita. Haid pula menunjukkan organ reproduktif seseorang itu telah mula berfungsi.

Kebiasaannya hari pertama kedatangan haid pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain.Pada masa yang sama, ovum menjadi matang di dalam ovari. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.

Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari. Ovum akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperrna, ovum akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid.

Terdapat beberapa tanda-tanda awal bagi mengenalpasti kedatangan haid atau bermulanya haid iaitu kira-kira 2 tahun selepas payudara berkembang. Selain itu, haid mula dating tidak lama selepas pertumbuhan bulu ari-ari dan selepas keputihan dikesan. Berasa sakit atau kekejangan bawah perut, sakit pinggang dan sakit di bahagian dalam paha turut tanda-tanda haid bakal tiba. Rasa malas dan letih merupakan kesan paling awal didapati ketika haid hendak bermula ekoran perubahan hormon terhadap tubuh seseorang.

Gangguan emosi seperti rasa sedih, cepat marah atau kekok turut dikenalpasti sebagai tanda awal bermulanya haid selain daripada payu dara terasa sakit,bengkak atau tembam. Tambahan pula sakit kepala, jerawat dan cirit-birit merupakan simptom-simptom yang dialami oleh segelintir wanita bergantung kepada genetik, persekitaran serta berbeza-beza mengikut sistem imunisasi tubuh badan seseorang itu sendiri.

Walaubagaimanapun, faktor-faktor seperti amalan pemakanan, genetik, sosialbudaya dan persekitaran juga boleh mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan fizikal seseorang remaja lelaki dan perempuan. Jadi, adalah penting untuk menjaga pengambilan pemakanan dengan mengambil makanan yang berzat mengikut piramid makanan.

Secara konklusinya perubahan fizikal remaja lelaki dan perempuan semasa akil baligh dapat ditafsirkan melalui pengurusan grafik dibawah :

Rajah 3.0 Perubahan utama semasa akil baligh lelaki

Rajah 4.0 Perubahan utama semasa akil baligh lelaki

Secara keseluruhannya remaja harus mementingkan asas penjagaan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan pertumbuhan fizikal mereka dapat berkembang dengan baik agar menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna daripada segala aspek dan dapat melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang mereka sertai terutamanya dalam bidang akademik, kerja luar dan kokurikulum. Dalam menjaga kesihatan diri, remaja harus menitikberatkan kebersihan diri dalam penjagaan kesihatan tubuh badan dengan memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit dan memberi keyakinan kepada pergaulan mereka dengan orang sekeliling.

Peringkat remaja penuh keindahan, cabaran dan masalah. Oleh itu remaja harus bijak dalam mengatur perjalanan hidup mereka dengan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkualiti dalam menjamin keselesaan, kelancaran, keaktifan, keceriaan, kecergasan dan kecerdasan kehidupan mereka. Amalan gaya hidup sihat yakni amalan penjagaan pemakanan, rehat dan rekreasi bukan sahaja dapat menjamin pertumbungan fizikal yang baik malah dapat memastikan pengurusan mental, pengurusan emosi dan pengurusan sosial berkembang baik dalam proses akil baligh.

PENULISAN REFLEKSI

Tugasan kerja kursus Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti ini merupakan satu tugasan baru kepada saya pada semester ini oleh Jabatan Gerko kerana ini adalah kali pertama saya membuat tugasan untuk subjek minor kedua pilihan saya. Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti merupakan subjek elektif saya pada semester tiga PISMP ini. Pendidikan Kesihatan ini amat menarik dan saya sering ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang ini kerana ilmu kesihatan sangat berkait rapat dengan diri kita sendiri. Saya berharap dapat megimplementasikan ilmu pengetahuan saya sepanjang membuat kerja kursus ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya kemudian hari.. Saya juga sangat selesa belajar dan diberi tunjuk ajar oleh En. Roslan bin Khalid selaku pensyarah pembimbing subjek ini yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Saya menerima tugasan PKE3101 yang terdiri daripada tugasan mengurus, mengelola dan melaksanakan sebuah forum. Saya dan rakan sekumpulan telah membahagikan tugasan ini mengikut spesifikasi yang telah diberi sebagai rujukan kepada tugasan ini. Spesifikasi yang telah diberikan banyak membantu saya, serta memudahkan saya untuk memahami tugasan ini secara lebih terperinci. Tujuan pembahagian tugasan adalah untuk memberi saya peluang untuk mencari aspek-aspek kehendak soalan dengan lebih tersusun lebih-lebih lagi berkaitan perubahan fizikal, emosi dan psikologi semasa akil baligh seseorang. Pada pandangan saya tugasan ini adalah cabaran dan tanggungjawab yang perlu saya pikul bagi pembukaan semester ketiga PISMP kali ini.

Saya telah membuat perancangan secara interaksi bersama-sama rakan di dalam kelas mahupun dilaman-laman sosial terlebih dahulu mengenai aspek yang dan banyak membuat rujukan daripada sumber-sumber internet dan bahan-bahan bacaan sendiri serta daripada sumbang saran rakan-rakan. Setelah berbincang, kami mengambil keputusan dengan melantik Saidatul sebagai moderator forum, Nik sebagai guru sekolah rendah, Nabihah sebagai wakil dari ibu bapa serta saya sendiri Fatin sebagai doktor perubatan yang bakal mengupas bahagian perubahan fizikal khususnya. Alhamdulillah, kami telah melaksanakan forum tersebut dan mendapat respon yang baik daripada pensyarah serta rakan-rakan.Menyentuh mengenai kekangan masa, cabaran ini dihadapi oleh saya sendiri dan juga rakan-rakan sekelas yang lain. Hal ini disebabkan beberapa faktor seperti berlangsungnya minggu sukan Kejohanan Olahraha Tahunan (KOT), jadual harian yang padat sebagai seorang seorang pelajar di Ipg dan acara-acara KOT yang dijalankan. Selain melaksanakan tugasan ini semata-mata, saya juga menerima impaknya juga. Saya banyak memperoleh ilmu pengetahuan mengenai perubahan fizikal lelaki dan perempuan secara khusus dan lebih terperinci malah mengukuhkan lagi kesemua faktor dan dapatan-dapatan maklumat apabila saya sendiri pernah melalui fasa-fasa dan perubahan akil baligh tersebut. Melalui pengalaman peribadi saya dapat memahami dan merumuskan ilmu yang diperolehi dengan tugasan ini lebih mudah.

Alhamdulillah, saya juga berharap dengan selesainya tugasan ini dapat memberi kepuasan terutamanya kepada diri saya dan pensyarah. Tugasan ini memberikan saya satu dimensi baru melalui ilmu yang telah diperolehi dengan menjadikan saya celik ilmu pengetahuan dunia terhadap kesihatan. Saya juga berharap dapat memperbaiki segala kekurangan saya seperti sahsiah serta mutu kerja pada masa kini untuk kebaikan pada masa akan datang. Semoga semua pekara yang baik dapat saya amalkan dan mengaplikasikannya untuk pekara-pekara yang positif serta berkongsi dengan pihak-pihak lain. Sekian.

BIBLIOGRAFI

Buku

Pn.Fairus Bt Mohd Long, (2014) Perkembangan Awal Remaja S.K.Kamunting,34600 Kamunting Perak.

Jafar Mahmud, (2004) Development Psychology. New Delhi. A P H PublishingCorporation.

Jas Laile Suzana Jaafar, (2000) Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Internet

Hamden Bakar, (2012) Pengenalan Alam Remajahttp://hamdenbakar.blogspot.com/2012/12/pengenalan-alamremaja-perlu-diterokai.html

Shukreyah Zawawi, (2014) Psikologi Perkembanganhttp://shukreyahz.blogspot.com/

14 | Page