al khawarizmi tokoh matematik

Upload: putera-firdaus

Post on 08-Aug-2018

562 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    1/19

    ISI KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    Alkhawarizmi Pengenalan 2

    Latar Belakang Pendidikan 3

    Sumbangan Beliau 4

    Karya Beliau 6

    Ketokohan Al Khawarizmi 7

    Peribadi Al Khawarizmi 7

    Strategik Pengislaman Sains Matematik 8

    Cabang Matematik 9

    Rumusan 10

    Refleksi-Taufik Adam 11

    Refleksi-Jamil 13

    Refleksi-Mohd Firdaus 16

    Bibliografi 19

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    2/19

    Pengenalan

    Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Beliau

    ialah seorang ulama' Islam yang terkenal pada abad yang ke-8 Masihi. Beliau dilahirkan

    di Khawarizm pada tahun 780 Masihi, tetapi tiada tarikh tepat bila beliau dilahirkan. Al-

    Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi,

    al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliaulah yang

    menemukan Al Jabru wal Mukobala. (penjabaran dan penyelesaian). Dinamakan latin

    menjadi Aljabar. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau

    Angrism. Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

    Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang

    ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau juga merupakan seorang

    ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

    Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di

    Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama

    Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm.

    Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang

    diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika

    beliau masih kecil.

    Al Khawarizmi

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    3/19

    Latar Belakang Pendidikan

    Beliau memasuki Kitab (sekolah rendah) seawal 6 tahun, belajar

    membaca,menulis,menghafaz al-Quran dan mempelajari asas 'Ulum as-Syariah di

    peringkat madrasah (sekolah menengah),beliau berminat terhadap 'Ulum al-Adbiah

    (ilmu -ilmu dalam bidang sastera) dan 'Ulum ar-Riyadhiah (ilmu-ilmu dalam bidang

    matematik,al-Gebra,dan geometri). Minatnya dalam bidang tersebut membawa beliau

    menjadi terkenal, dengan itu,Khalifah al-Makmun telah meminta beliau menulis buku

    ,yang berkaitan dengan ilmu tersebut untuk dijadikan rujukan umat Islam. Dalam

    pengenalan sebuah buku matematik karangannya,beliau menyebut:

    Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam

    yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi

    bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,

    kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di

    Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan

    trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan

    Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam

    sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-

    Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah

    memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia

    Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

    Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan

    hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan

    menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada

    zaman sekarang.

    "Suatu masa Amirul Mukminin,Khalifah al-Makmun telah menggesa saya supaya menulis

    buku-buku yang berkaitan dengan ilmu algebra,geometri dan menghalusi masalah yang

    berkaitan dengan matematik kerana masyarakat sangat memerlukannya bagi

    menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan dengan pembahagian pusaka,wasiat juga

    perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perniagaan,penentuan keluasan tanah dan

    lain-lain hal yang berkaitan dengan kehidupan umat yang semakin maju.Saya

    dahulukannya dengan niat yang ikhlas serta berharap harapan baginda itu dapat saya

    tunaikan.Dengan berkat doa daripada baginda,orang yang dikurnia Allah s.w.t nikmat

    serta pangkat yang tinggi dan dengan taufiq dan hidayah daripada Allah,saya bertawakal

    untuk menulis buku ini."

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    4/19

    4

    Sumbangan Beliau

    Beliau memperkenalkan beberapa prinsip asas kaedah ilmu algebra dan

    geometri,matematik,ilmu ukur dan ilmu bintang.Antara kaedah ilmu algebra dan

    geometri yang diperkenalkan beliau ialah konsep empat segi dan tiga segi.Prinsip

    tersebut dipakai oleh semua pihak sehingga ke hari ini.

    Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas

    matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya

    mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga

    bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis

    lurus serta persamaan kuadratik.

    Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih

    tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).Kejayaan itu akhirnya

    menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang

    terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan

    sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

    Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu,

    keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas

    dibangunkan oleh orang Arab.Dalam matematik pula, beliau telah menetapkan kaedah

    yang lebih mudah dan lebih tepat serta ringkas. Beliau memulakan konsep angka

    bermula daripada satu ,iaitu 1,2,3,4,5,6,7,8,9,0 dan beliau juga memperkenalkan

    konsep puluhan dengan meletakkan 0 (sifir) atau angka kosong selepas 9,dan konsep

    gandaan saperti dua kali sepuluh ialah dua puluh (2x10=20),tiga kali sepuluh ialah tiga

    puluh (3x10=30) dan sebagainya sehingga menjangkau ratusan, ribuan dan seterusnya.

    Konsep tersebut dapat menyelesaikan banyak masalah yang tersebut dalam matematik

    terutama bagi masyarakat orang barat pada ketika ini menggunakan angka roman

    seperti i,ii,iii dan seterusnya.

    Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau

    telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    5/19

    Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada

    Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

    Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri

    iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi

    sine.Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon danmembangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.

    Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah

    Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan

    ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap

    kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku

    mengenainya.

    Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya

    menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya

    termasuk dalam melakar peta dunia.Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang

    melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal

    dunia.

    Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat

    yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.Hasil

    penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa

    Latin pada awal kurun ke-12.

    Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab

    al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang

    diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

    Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga

    telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan

    yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.Hasil kerjanya dalam ilmu

    falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam

    bahasa Cina.

    Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah

    diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-

    Yahud. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan

    waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua

    buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    6/19

    matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Buku-bukunya turut

    menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.

    Karya Beliau

    Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangensdalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

    Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contohpersoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yangsebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo.Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

    Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia pentingdalam sistem nombor pada zaman sekarang.

    Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan

    karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup

    di dunia ini. Hasil Karya Al-Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-

    Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil

    karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil

    karya yang telah beliau hasilkan ialah :

    Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De NumeroIndorum.

    Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagaibidang.

    Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalamBahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

    Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan iamengenai algebra.

    Al-Amal bi Usturlab Al-Tarikh Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

    Kitab

    Al-Jabr wal Muqabalah

    http://4.bp.blogspot.com/-KXVJH89ajvY/T7vOazEWUGI/AAAAAAAAAw4/zIsSFYTkEEg/s1600/kitab+al-jabr+wa+al-Muqabilah.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-KXVJH89ajvY/T7vOazEWUGI/AAAAAAAAAw4/zIsSFYTkEEg/s1600/kitab+al-jabr+wa+al-Muqabilah.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-KXVJH89ajvY/T7vOazEWUGI/AAAAAAAAAw4/zIsSFYTkEEg/s1600/kitab+al-jabr+wa+al-Muqabilah.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-KXVJH89ajvY/T7vOazEWUGI/AAAAAAAAAw4/zIsSFYTkEEg/s1600/kitab+al-jabr+wa+al-Muqabilah.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-KXVJH89ajvY/T7vOazEWUGI/AAAAAAAAAw4/zIsSFYTkEEg/s1600/kitab+al-jabr+wa+al-Muqabilah.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-KXVJH89ajvY/T7vOazEWUGI/AAAAAAAAAw4/zIsSFYTkEEg/s1600/kitab+al-jabr+wa+al-Muqabilah.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-KXVJH89ajvY/T7vOazEWUGI/AAAAAAAAAw4/zIsSFYTkEEg/s1600/kitab+al-jabr+wa+al-Muqabilah.jpg
  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    7/19

    Ketokohan al-Khawarizmi

    Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik

    dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci

    berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

    Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan

    hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun

    Islam. Antara karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor

    adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

    Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya

    ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga

    sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan

    dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga

    diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-

    khawarizmi sendiri.

    Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman

    tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentangbintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran

    serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

    Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah buku

    salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh

    besar ke atas Muslim dan orang Sepanyol dan Kristian. Penggunaan matematik dalam

    astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh

    kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan

    geometri sahaja.

    Peribadi al-Khawarizmi

    Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-

    Khawarizmi telah dianggap sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia

    diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    8/19

    pencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orang-orang Timur Maka temasuklah

    al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patut disanjungi kerana beliau adalah seorang

    yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata. al-Khawarizmi mempunyai personaliti

    yang teguh dan seorang yang bergeliga sains.

    Strategi Pengislaman Sains Matematik

    Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara

    iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi

    tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau

    tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

    1. Tauhid

    Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapanyang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah danepistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

    2. Syariah

    Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tandukmasyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Darisudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yangmelibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaranhakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu,matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia danperkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

    3. Akhlak

    Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perludimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkannilai murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidangmatematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    9/19

    kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigmatauhid dan syaiyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

    Cabang Matematik

    Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra,

    aritmetik dan lain-lain. GeometriIa merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi

    kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan

    rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri

    dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu geo bererti bumi dan metri

    bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang

    berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak

    zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir

    kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana

    Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad

    ke9M. Algebra/aljabarIa merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah

    diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa

    Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al

    Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada

    istilah aljabar.

    Astronomi

    Beliau adalah salah seorang ahli falak (astronomi) dan menulis sekurang-kurangnya

    dua buah zij iaitu buku yang mengandungi jadual parameter nilai yang digunakan untuk

    menentukan kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet. Zij penting dalam

    perkembangan ilmu astronomi hari ini. Zij al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind)

    adalah zij yang dihasilkan oleh Al-Khwarizmi yang berdasarkan keadah astronomi India

    yang dikaji beliau.

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    10/19

    1

    Geografi

    Selain Algebra, al-Khwarizmi juga menghasil beberapa kertas kerja tentang ilmu

    geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard (Buku tentang rupa

    muka bumi). Buku ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang

    Georgafi.

    Rumusan

    Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam

    dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-

    pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.

    Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan

    seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan

    yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.

    Beliau meninggal pada tahun 850 Masihi.Setelah menghasilkan banyak karya-karya

    agungnya yang amat bernilai itu.

    Adakah anda ingat akan sabda Nabi s.a.w"Apabila seseorang manusia meninggal dunia,semua amalan terputus.Kecuali jika diameniggalkan tiga jenis amalan sahaja iaitu sedekah jariah,ilmu yang bolehdigunakan(untuk kebaikan umat manusia) atau anak-anak yang soleh selalumendoakan untuknya."

    Balai cerap al-Khawarizmi

    http://4.bp.blogspot.com/-mWEhJ6Zgu4Q/T7vO1fH4_cI/AAAAAAAAAxA/Smd5LaHuqz4/s1600/balai-cerap-al-khawarizmi.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-mWEhJ6Zgu4Q/T7vO1fH4_cI/AAAAAAAAAxA/Smd5LaHuqz4/s1600/balai-cerap-al-khawarizmi.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-mWEhJ6Zgu4Q/T7vO1fH4_cI/AAAAAAAAAxA/Smd5LaHuqz4/s1600/balai-cerap-al-khawarizmi.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-mWEhJ6Zgu4Q/T7vO1fH4_cI/AAAAAAAAAxA/Smd5LaHuqz4/s1600/balai-cerap-al-khawarizmi.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-mWEhJ6Zgu4Q/T7vO1fH4_cI/AAAAAAAAAxA/Smd5LaHuqz4/s1600/balai-cerap-al-khawarizmi.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-mWEhJ6Zgu4Q/T7vO1fH4_cI/AAAAAAAAAxA/Smd5LaHuqz4/s1600/balai-cerap-al-khawarizmi.jpg
  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    11/19

    1

    REFLEKSI

    Terlebih dahulu bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

    juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dan ucapan ribuan terima kasih

    kepada Encik Jalani Bin Hussain kerana memberi peluang kepada saya dan rakan

    sekumpulan saya untuk menyiapkan tugasan Kurikulum Pendidikan Matematik ini.Tugasan kali ini diberikan secara berkumpulan di mana dalam setiap kumpulan terdiri

    daripada tiga orang ahli. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Mohamad Firdaus Bin

    Jamil, Mohd. Jamil Bin Khamis dan saya sendiri Taufik Adam Bin Abdul Hamid.Tidak dinafikan saya sememangnya kurang pengetahuan mengenai sejarah

    perkembangan matematik ini serta peranan ahli matematik. Kami sekumpulan telah

    membuat agihan tugasan dalam menyiapkan tugasan ini berdasarkan pecahan dan

    kehendak yang oleh pensyarah.. Oleh sebab itu, saya telah diberikan tugasan dalam

    mencari fakta tentang sejarah dan peranan ahli matematik. Kumpulan kami telah

    sepakat untuk memilih Mohammad b. Musa Al-Khawarizmi dikenali juga dengan

    panggilan Abu Abdullah, seorang ahli matematik, astronomi dan sejarah. Beliau

    dilahirkan pada 780M di daerah Hawarizmi yang sekarang dikenali dengan nama Khiwa

    (satu daerah di selatan Laut Arab). Beliau pernah dilantik oleh Khalifah Al-Mamun

    sebagai penasihat astronomi dan pengawas Khalifah di Baghdad. Beliau juga adalah

    orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem angka sekarang ini kepada

    kebudayaan Eropah. Namanya terkenal dalam bidang matematik menerusi ciptaannya

    iaitu algebra, daftar logarisma dan orang barat menyebut angka Arab sebagai

    algorismus.Beliau juga merupakan orang pertama menghitung jadual astronomi dan

    sifar trigonometri yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh

    Adelard.

    Selain itu dengan pembahagian tugasan secara berkumpulan ini saya lebih

    mengetahui dan mendekati diri serba sedikit tentang sejarah perkembangan matematik

    yang kurang diberikan oleh pendedahan. Terbit rasa bangga yang terasa terbuka minda

    bahawa perkembangan matematik sebenarnya dipelopori oleh sejarawan Islam. Dalam

    mencari bahan dan maklumat ini terdapat banyak cabaran yang dihadapi . Antaranya,

    perpustakaan Institut Pendidikan Guru ini kekurangan maklumat dalam usaha mencari

    maklumat yang berlainan. Untuk membuat tugasan ini memang agak payah untuk di

    lakukan kerana kami ahli kumpulan berada di daerah yang berlainan untuk

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    12/19

    1

    mengadakan sesi perbincangan secara terperinci. Dengan masa yang amat

    padat dengan akitiviti-aktiviti luar serta pengajaran wajib di sekolah menjadikan proses

    menyiapkan tugasan terganggu. Tapi setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.

    Proses mencari bahan mula dilakukan melalui internet serta panduan rakan-rakan yang

    telah ada pengalaman dan pengetahuan tentang tokoh tersebut telah melancarkan

    tugasan saya. Muafakat membawa berkat ,usaha yang tekun saya dan rakansekumpulan akhirnya telah berjaya mencari maklumat tersebut.

    Seterusnya saya dan rakan sekumpulan mengumpulkan pecahan tugasan

    masing-masing untuk digabungkan menjadi satu tugasan yang lengkap. Ternyata amat

    payah juga untuk menyiapkan tugasan jika tiada persefahaman dan komitmen setiap

    ahli. Tetapi syukur Alhamdulillah saya dan raka-rakan sekumpulan begitu komited

    sehingga akhirnya dapat juga kami meyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap.Selain itu apa yang saya dapat ialah saya boleh memahami dengan jelas dan

    secara mandalam mengenai tugasan ini Berdasarkan dari segi objektif , dan matlamat

    tugasan ini. Oleh itu saya berharap agar tugasan ini memberi saya manfaat yang

    banyak kepada diri saya serta kepada orang lain juga.Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan sepanjang mengumpul data tersebut.

    Sepanjang kerja kursus dijalankan kami telah belajar erti kesungguhan dalam

    melaksanakan sesuatu tugasan. Saya juga semakin memahami secara mendalam

    tentang sejarah perkembangan matematik, peranan matematik dan peranan guru

    matematik. Itu sendiri.Konklusinya, kertas kerja ini telah membantu sedikit sebanyak kemahiran kami

    dalam mengumpul pelbagai jenis data serta menghasilkan pelbagai bentuk

    persembahan dan ynag utama mengetahui sejarah perkembagan matematik yang

    dipelori hebat oleh sejarawan Islam bukannya sejarawan barat.

    Sekian, terima kasih.

    TAUFIK ADAM BIN ABDUL HAMID (28022)770827-02-5945

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    13/19

    1

    REFLEKSI KENDIRI :

    Untuk tugasan Kurikulum Pendidikan Matematik ( MTE 3102 ) kami telah diberi

    tugasan yang dijalankan di dalam kumpulan yang merangkumi 3 tugas yang perlu

    diselesaikan. Pada tugasan pertama saya bersama kumpulan dikehendaki mengumpul

    maklumat mengenai sejarah ahli Matematik dan dapatannya sejak dari wujudnya

    peradaban dunia sehingga abad ke 21 secara peta minda dan didokumentasikan dalam

    bentuk buku skrap. Tugasan kedua pula memerlukan saya dan kumpulan membina

    dapatan ahli Matematik yang dipilih mengikut kreativiti masing-masing dan tugasan

    terakhir memerlukan kami bertiga menguruskan pameran dapatan ahli akademik di

    sekolah hasil daripada 2 tugasan yang telah kami jalankan sebelum ini. Segala bahan

    dan dapatan hasil pameran tersebut perlu didokumentasikan dalam bentuk CD / VCD/

    Video/ Rakaman digital.Untuk tugasan pertama saya dan ahli kumpulan telah bersama-sama

    mengumpulkan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber buku rujukan dan bahan

    daripada internet. Banyak bahan yang boleh diperolehi hasil pemerhatian kami bertiga.

    Seterusnya kami telah memperincikan 3 tokoh bagi setiap seorang yang diamati

    pendidikan awalnya serta hasil sumbangannya kepada dunia matematik. Setelah

    pembahagian selesai hasil maklumat yang diperoleh dikumpul dan dipersembahkan

    dalam bentuk buku skrap.

    Tugasan kedua pula adalah bersumberkan daripada tugasan yang pertama.

    Kumpulan saya memilih Mohammad b. Musa Al-Khawarizmi dikenali juga dengan

    panggilan Abu Abdullah, seorang ahli matematik, astronomi dan sejarah. Dengan

    sumber hasil daripada tugasan pertama dapatan untuk tokoh Matematik yang dipilih

    menjadi lebih mudah. Kami bertiga hanya perlu mencari maklumat tambahan dan lebih

    lengkap terutama dari segi sumbangannya yang bakal digunakan untuk tugasan ketiga

    bagi tujuan pameran.

    Tugasan ketiga pula kami jalankan di sekolah SK Tanjong Belanja, 32800 Parit,

    Perak. Tugasan ini menuntut kami memahami dapatan hasil tugasan pertama dan

    kedua yang diperoleh dan menguruskan pameran di sekolah serta segala hasil

    pameran perlu didokumentasikan dalam bentuk digital untuk bukti perlaksanaan.

    Sepanjang menyiapkan tugasan pertama pelbagai masalah yang terpaksa kami

    harungi. Masalah pertama ialah mengenalpasti sumbangan tokoh di dalam bidang

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    14/19

    1

    Matematik sahaja. Maklumat yang kebanyakkan kami perolehi melibatkan sumbangan

    dari pelbagai sudut ilmu iaitu Falsafah, Sains, Agama dan sebagainya. Maklumat

    berkenaan bidang Matematik amat terhad dan banyak berkaitan dengan penemuan di

    dalam bidang Sains. Justeru menjadi tugas saya dan kumpulan menklasifikasikan

    maklumat dan sumbangan yang diperoleh hanya tertumpu kepada bidang Matematik

    sahaja. Selain itu sumber yang diperoleh juga sukar dipastikan terutama bahan yangdisunting daripada bahan internet. Bagi mengatasi masalah ini saya dan rakan dalam

    kumpulan menggunakan banyak buku rujukan dari perpustakaan dan bahan dari laman

    web Bahasa Inggeris yang lebih diyakini sumber perolehannya selain mendapatkan info

    tambahan daripada Pusat Kegiatan Guru dari segi brosur, majalah dan buku rujukan.

    Tugasan kedua pula tidak banyak masalah yang kami hadapi kerana sumber

    yang diperlukan telah kami perolehi semasa menjalankan tugasan pertama. Hanya

    masalah komunikasi dan masa antara kami yang menghadkan kerjasama antara saya

    dan kumpulan. Namun masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai kemudahan alam

    maya yang wujud kini. Kami berbincang melalui Skype yang membolehkan kami bertiga

    bertukar pendapat dan pandangan bersama-sama. Penggunaan Facebook, Whatsapp

    banyak membantu kami mengatasi batas komunikasi dan pertuaran maklumat antara

    kami rakan sekumpulan. Hasilnya kami berjaya mengumpulkan maklumat yang lengkap

    tentang Mohammad b. Musa Al-Khawarizmi.

    Tugasan ketiga merupakan tugasan yang amat mencabar bagi saya. Tugasan ini

    menuntut kefahaman yang mendalam terhadap konsep atau teori yang telah dihasilkan

    daripada tokoh yang dipilih. Kefahaman tentang teori ini pula perlu diaplikasikan dan

    dipersembahkan secara konkrik dan dipamerkan di sekolah serta didokumentasikan

    hasil pameran tersebut secara digital. Masalah yang paling utama adalah memilih

    dapatan yang sesuai bagi aras murid sekolah rendah. Masalah ini dapat kami atasi

    dengan bantuan beberapa rakan guru Matematik yang sudi membantu bagi

    memastikan dapatan yang ingin dipamerkan bersesuaian dengan tahap murid sekolah

    rendah dan mampu menarik minat murid. Kumpulan saya telah menjadikan SK Tanjong

    Belanja, 32800 Parit, Perak sebagai tempat pameran hasil kerja kami. Mujur

    pengurusan SK Tanjong Belanja sedia memberi kebenaran kepada kami untuk

    menjalankan pameran di sekolah ini dengan kerjasama murid-murid dan kakitangan

    sekolah yang amat saya kagumi dan hargai. Murid serta guru sekolah tersebut sedia

    membantu kami menyediakan tempat pameran dan meluangkan masa rehat mereka

    untuk bersama mengikuti pameran serta aktiviti yang kami jalankan. Tumpuan kami

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    15/19

    1

    bagi pameran ini adalah tentang Al Gebra. Murid didedahkan tentang maksud Al Gebra,

    pengasasnya serta penggunaan hasil penemuan ini. Kelihatan murid menumpukan

    perhatian dan mengemukakan soalan semasa pameran dijalankan. Sambutan

    dijalankan juga mengalakkan terutama daripada murid tahap 2 ditambah dengan

    pemberian ganjaran kepada mereka yang mampu menyelesaikan aktiviti yang

    disediakan.Alhamdulillah setelah semua tugasan dilaksanakan pelbagai faedah telah saya

    perolehi. Pengetahuan tentang sejarah permulaan penemuan ilmu Matematik oleh para

    ilmuwan dan tokoh Matematik amat saya kagumi. Terbukti bahawa ilmu yang

    Matematik adalah hasil aplikasi aktiviti yang manusia jalankan yang dicipta untuk

    memudahkan manusia menjalani kehidupan. Kerjasama antara rakan sekumpulan juga

    banyak membantu saya dan kumpulan dalam memenuhi kehendak soalan tugasan.

    Tanpa pengorbanan dan, toleransi dan bertanggungjawab tidak mungkin ketiga-tiga

    tugasan ini berjaya kumpula saya lengkapkan.

    Sekian, terima kasih.

    MOHD JAMIL KHAMIS

    820121-08-5199

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    16/19

    1

    REFLEKSI

    Assalamualaikum wbt . Pertamanya, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur

    ke hadrat Ilahi untuk segala-galanya. Bagi semester kali ini, MTE3102 Kurikulum

    Pendidikan Matematik telah menjadi salah satu subjek major yang dibimbing oleh En

    Jalani Bin Hussain. Subjek ini dalah salah satu subjek yang berkaitan dengan

    kurikulum, perkembangan, kajian, trenda dan isu matematik.

    Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk

    menyiapkan kerja kursus yang memerlukan 5 spesifikasi tugasan iaitu mengumpul

    maklumat ahli matematik terkenal dunia, membina buku skrap sejaran ahli matematik

    dunia, membina dapatan matematik secara konkrit dan melaksanakan pameran

    dapatan ahli matematik.

    Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini.

    Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak

    mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini. Kemudian, bagi peringkat

    kedua, iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani projek

    secara berkumpulan. Pengumpulan maklumat dan merekodkan dapatan dilakukan

    sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu peringkat pemindahan ilmu,

    bagaimana saya dan ahli kumpulan berbincang, menganalisis dan membuat keputusan

    bagi menghasilkan bahan dalam bentuk konkrit secara berkumpulan.

    Tugasan ini memerlukan saya melaksanakan pameran matematik di sekolah dan

    memahami apakah sumbangan utama ahli matematik dunia. Setiap tajuk juga

    memerlukan maklumat yang telah di proses dalam bentuk buku skrap dan pameran.

    Bagi tugasan ini kami telah membuat pembahagian tugas agar perlaksanaan

    dapat dijalankan dengan lebih sistematik. Saya telah memilih bahagian melaksanakan

    pameran dapatan ahli matematik di sekolah. Daripada tajuk ini, saya juga telah

    mempelajari secara tidak langsung perkara-perkara berkaitan dengan matematik.

    Seharusnya aktiviti ini dijalankan supaya pemerolehan ilmu itu lebih berkesan dan akan

    diingati. Bagi merealisasikan tugasan ini saya menjalankan tugasan secara koperatif.

    Perbincangan dalam menganalisis data dijalankan bagi membolehkan saya bertukar-

    tukar pandangan dan menerima pandangan rakan-rakan yang lain. Namun begitu bagi

    tugasan melaksanakan pameran, saya laksanakan secara individu.

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    17/19

    1

    Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, saya

    dapati bahawa kelamahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam

    menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan orang

    yang pakar seperti pensyarah pebimbing juga antara satu faktor, banyak keputusan

    dibuat dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Oleh itu, saya perlu lebih rajin untuk

    berjumpa dengan pensyarah bagi membolehkan saya dibimbing dengan baik dalammelaksanakan tugasan projek ini.

    Selain itu bagi membendung masalah ini sentiasa berlaku, motivasi dalam diri

    dan keyakinan terhadap diri sendiri dalam membuat tugasan awal adalah penting dan

    perlu dilakukan. Pengurusan masa yang effisen boleh dibuat dengan menyediakan

    jadual waktu belajar dalam buku rancangan peribadi. Sikap yang negatif seperti suka

    bertanggung hendaklah diperbaiki supaya hasil yang bermutu dapat dihasilkan tanpa

    berlaku tekanan. Bagi mengurangkan sikap bertangguh, saya perlu sentiasa menulisLIST-TO-DO supaya saya sentiasa ingat dan buat perkara mengikut keutamaanya.

    Sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan yang telah

    diperolehi. Secara tidak langsung, saya dapat pengalaman bagaimana mengurus dan

    membuat buku skrap serta pameran yang lebih berkesan di sekolah. Melalui kajian

    yang dibuat, saya juga dapat mengenali tokoh-tokoh matematik dengan lebih dekat lagi.

    Malah, terdapat ramai tokoh yang tidak pernah dikenali dan sumbangan mereka

    mereka yang besar dalam mengubah corak sistem matematik bagi menjadikankehidupan lebih sistematik dan tersusun perlu dihargai. Terdapat banyak pengiraan dan

    rumus matematik yang tidak pernah saya kenali dan pelajari selama ini. Cukuplah

    dengan mengetahui sumbangan mereka dan hasil dapatan serta kajian yang telah

    diperolehi.

    Selain itu, ini adalah hasil refleksi yang dibuat untuk kali kedua. Terima kasih

    saya ucapkan kepada pensyarah matematik iaitu En. Jalani Bin Hussain atas

    pencerahan dan bimbingan beliau yang tidak berbelah bagi. Pemeriksaan tugasan

    yang dibuat secara terperinci bagi mengenal pasti kelemahan yang ada haruslah

    dibaiki. Motivasi dan kata-kata beliau telah membakar semangat kami untuk melakukan

    dan menyiapkan tugasan dengan lebih baik. Telah timbul kesedaran dalam diri betapa

    perlu komited terhadap amanah dan tugasan yang digalas bagi melahirkan pendidik

    yang bertaraf dunia selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan sistem pendidikan

    setanding dengan negara-negara maju.

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    18/19

    1

    Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik oleh setiap ahli kumpulan

    membolehkan saya menyiapkan kesemua tugasan yang diperlukan pada masa yang

    telah ditetapkan. Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya dan rakan berusaha

    untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan upaya yang ada. Setiap masalah dihadapi

    bersama dan sokongan serta sikap tolong-menolong adalah nilai yang membantu kami

    menghasilkan tugasan ini secara optimum. Banyak pengajaran yang diperolehi daritugasan ini, antaranya ialah, setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan

    pengurusan masa. Selain itu, pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap menerima

    pandangan orang lain adalah salah satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa

    menyiapkan tugasan ini. Oleh hal yang demikian, saya cukup berharap agar tugasan ini

    diterima seadanya dan semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.

    Sekian, Terima kasih.

    MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

    840821-02-5769

  • 8/22/2019 Al Khawarizmi Tokoh Matematik

    19/19

    BIBLIOGRAFI

    Bell, E.T. (1937). Men of Mathematics. Simon dan Schuster.

    Gillings, Richard J. (1972). Mathematics in the time of the pharaohs. Cambridge, MA:

    M.I.T. Press.

    Heath, Sir Thomas (1981).A History of Greek Mathematics. Dover.ISBN 0-486-24073-

    8.

    Menninger, Karl W. (1969). Number Words and Number Symbols: A Cultural History of

    Numbers. MIT Press.ISBN 0-262-13040-8.

    RUJUKAN LAIN

    Aaboe, Asger (1998). Episodes from the Early History of Mathematics. New York:Random House. m/s. 30-31.

    Martin Bernal, "Animadversions on the Origins of Western Science", m.s. 72-83 dalam

    edisi Michael H. Shank, The Scientific Enterprise in Antiquity and the Middle Ages,

    (Chicago: Univ. of Chicago Pr.) 2000; untuk bukti-bukti matematik, lihat m.s. 75.

    INTERNET

    1. Mohd Ibnu Musa Al-Khawarizmi

    http://en.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_ibn_M%C5%ABs%C4%81_al-

    Khw%C4%81rizm%C4%AB

    http://www.iluvmaths.com/tokoh/al-khawarizmi-ahli-matematik-teragung/

    http://syumulislam.wordpress.com/2009/04/01/al-khwarizmi-ahli-matematik-islam-pengenalan/

    2. Tokoh Matematik

    http://izwanskjj.blogspot.com/p/tokoh-matematik.html

    http://pusatsumberelobes.blogspot.com/2011/02/contoh-contoh-ahli-ahli-matematik-dunia.html

    http://tokohislam2u.tripod.com/id7.html

    http://mofabaha.blogspot.com/2010/01/sumbangan-islam-dalam-bidang-matematik.html

    http://itusaya.wordpress.com/tokoh-matematik/tokoh-matematik-barat/

    http://maklumatku.wordpress.com/tag/tokoh-matematik-dunia/

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0486240738http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0486240738http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0486240738http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0486240738http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0262130408http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0262130408http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0262130408http://en.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_ibn_M%C5%ABs%C4%81_al-Khw%C4%81rizm%C4%ABhttp://en.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_ibn_M%C5%ABs%C4%81_al-Khw%C4%81rizm%C4%ABhttp://en.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_ibn_M%C5%ABs%C4%81_al-Khw%C4%81rizm%C4%ABhttp://www.iluvmaths.com/tokoh/al-khawarizmi-ahli-matematik-teragung/http://www.iluvmaths.com/tokoh/al-khawarizmi-ahli-matematik-teragung/http://syumulislam.wordpress.com/2009/04/01/al-khwarizmi-ahli-matematik-islam-pengenalan/http://syumulislam.wordpress.com/2009/04/01/al-khwarizmi-ahli-matematik-islam-pengenalan/http://izwanskjj.blogspot.com/p/tokoh-matematik.htmlhttp://izwanskjj.blogspot.com/p/tokoh-matematik.htmlhttp://pusatsumberelobes.blogspot.com/2011/02/contoh-contoh-ahli-ahli-matematik-dunia.htmlhttp://pusatsumberelobes.blogspot.com/2011/02/contoh-contoh-ahli-ahli-matematik-dunia.htmlhttp://tokohislam2u.tripod.com/id7.htmlhttp://tokohislam2u.tripod.com/id7.htmlhttp://mofabaha.blogspot.com/2010/01/sumbangan-islam-dalam-bidang-matematik.htmlhttp://mofabaha.blogspot.com/2010/01/sumbangan-islam-dalam-bidang-matematik.htmlhttp://itusaya.wordpress.com/tokoh-matematik/tokoh-matematik-barat/http://itusaya.wordpress.com/tokoh-matematik/tokoh-matematik-barat/http://maklumatku.wordpress.com/tag/tokoh-matematik-dunia/http://maklumatku.wordpress.com/tag/tokoh-matematik-dunia/http://maklumatku.wordpress.com/tag/tokoh-matematik-dunia/http://itusaya.wordpress.com/tokoh-matematik/tokoh-matematik-barat/http://mofabaha.blogspot.com/2010/01/sumbangan-islam-dalam-bidang-matematik.htmlhttp://tokohislam2u.tripod.com/id7.htmlhttp://pusatsumberelobes.blogspot.com/2011/02/contoh-contoh-ahli-ahli-matematik-dunia.htmlhttp://izwanskjj.blogspot.com/p/tokoh-matematik.htmlhttp://syumulislam.wordpress.com/2009/04/01/al-khwarizmi-ahli-matematik-islam-pengenalan/http://www.iluvmaths.com/tokoh/al-khawarizmi-ahli-matematik-teragung/http://en.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_ibn_M%C5%ABs%C4%81_al-Khw%C4%81rizm%C4%ABhttp://en.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_ibn_M%C5%ABs%C4%81_al-Khw%C4%81rizm%C4%ABhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0262130408http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0486240738http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/0486240738