akhiri karangan anda dengan…

2
Akhiri karangan anda dengan….kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini. Aku mengimbas kembali kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Ketika itu aku dan rakan-rakanku gemar berbasikal bersama-sama. Kami juga suka menunggang basikal dengan laju sambil bersaing-saing. Petang itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang dari latihan sukan di sekolah. Azmi telah mengajak kami berlumba hingga ke hujung simpang. Tanpa berlengah, kamipun menyahut cabarannya. Sedang asyik berlumba, malang tidak berbau. Azmi tidak dapat mengawal basikalnya lalu terhumban ke dalam sebuah longkang besar. Badannya berlumuran dengan darah. Basikalnya remuk kerana terlanggar tembok longkang. Kami berasa amat cemas dan panik melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu. Namun apabila melihat Azmi meraung kesakitan, kami segera menghulurkan bantuan. Kami memapahkan Azmi keluar dari longkang lalu membaringkannya di atas rumput. Aku segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap darah pada bahagian kepala dan

Upload: roslina-abdul-rashid

Post on 14-Apr-2017

182 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akhiri karangan anda dengan…

Akhiri karangan anda dengan….kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.

Aku mengimbas kembali kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Ketika itu aku dan rakan-rakanku gemar berbasikal bersama-sama. Kami juga suka menunggang basikal dengan laju sambil bersaing-saing.

Petang itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang dari latihan sukan di sekolah. Azmi telah mengajak kami berlumba hingga ke hujung simpang. Tanpa berlengah, kamipun menyahut cabarannya.

Sedang asyik berlumba, malang tidak berbau. Azmi tidak dapat mengawal basikalnya lalu terhumban ke dalam sebuah longkang besar. Badannya berlumuran dengan darah. Basikalnya remuk kerana terlanggar tembok longkang.

Kami berasa amat cemas dan panik melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu. Namun apabila melihat Azmi meraung kesakitan, kami segera menghulurkan bantuan. Kami memapahkan Azmi keluar dari longkang lalu membaringkannya di atas rumput.

Aku segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap darah pada bahagian kepala dan kaki Azmi. Azmi berkerut menahan kesakitan, sementara itu nasib kami baik apabila ada seorang pemuda memberhentikan kereta lalu memberikan pertolongan. Azmi segera dikejarkan ke hospital.

Akibat kecederaan yang agak parah, Azmi telah diberikan sepuluh jahitan pada lukanya. Kakinya pula berbalut dengan simen kerana tulangnya patah. Kami benar-benar insaf melihat tragedi yang menimpa Azmi. Wlaupun telah lama berlalu, namun demikian kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.