90 hari sebelum upsr ver 1.0 - 7 hari pertama[1]
DESCRIPTION
UPSRTRANSCRIPT
0
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Panduan Langkah Demi Langkah
Ibu Bantu Anak Bersedia
Hari Sebelum UPSR
A.H. Hamzah (HT Amir)
“Selagi ada masa, selagi ada nyawa, selagi ada kudrat, akan
kuperah keringat, akan kubantu anakku bersedia, walau seberat
mana cabarannya. Semoga diberkati usahaku ini Ya Allah. Aku
berserah dan bertawakkal kepada-Mu Tuhan Yang Maha Esa.
Amiin”
1
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Judul Ebook:
Panduan Langkah Demi Langkah Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR.
SINOPSIS Ebook:
Sebuah Rancangan Harian yang Praktikal dan menyeluruh dan sarat dengan TIPS belajar yang
amat berguna untuk anda dan anak anda.
Sebuah panduan langkah demi langkah, hari demi hari tentang apakah yang perlu dilakukan
oleh ibu atau bapa yang ingin memBANTU anak belajar dan bersedia untuk UPSR di RUMAH.
IBu bapa yang biasa-biasa akan PANIK bila mendengar “UPSR hanya tinggal 90 hari sahaja
lagi” tapi ibu bapa LUAR BIASA akan tersenyum kerana mereka sudah bersedia awal.
Bagi yang tak pernah bersedia atau masih BELUM bersedia, anda nak buat APA?
Jika persoalan itu bermain di fikiran anda, inilah buku panduan yang anda PERLUKAN!
Harga:
RM30.00
Percuma Ebook Cara Belajar MBBI Chapter 1.
Ebook akan diemailkan setelah pembayaran dibuat.
Perhatian :
Ebook bermakna dalam bentuk pdf ataupun softcopy. Bukan dalam bentuk fizikal. Harap
maklum. TIADA BUKU FIZIKAL. Hanya untuk dibaca di computer/tablet/hp. Sekiranya ingin
dijadikan bentuk fizikal, boleh dicetak untuk kegunaan sendiri.
Dari Meja Penulis,
HT Amir 018-227 6438 (boleh Whatsapp sekiranya minat membeli ebook ini)
29hb Mei 2015
TIPS HT AMIR : CARA PALING MUDAH nak bagi anak faham tentang ebook ini, kita BACA bersama-sama
dengannya! Baca satu hari demi satu hari. Bincangkan apa perlu dibuat. Then BUAT TERUS!
2
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
PENDAHULUAN: PANDUAN MENGGUNAKAN EBOOK INI
Ebook ini disusun mengikut AKTIVITI HARIAN, hari demi hari yang perlu dilalui oleh seseorang
calon UPSR 2015, dengan dibantu oleh ibu atau ayahnya atau penjaganya (mulai dari saat ini
ditulis sebagai ‘ibu’) di rumah. Aktiviti lain selain di rumah ada dicadangkan sekiranya
berpatutan seperti keperluan untuk mengadakan Belajar Berkumpulan bersama rakan-rakan
sekolah.
P1: Semua Orang Ada 24 Jam Tapi Tak Semua Orang Boleh Bantu Anaknya Di Rumah
Penulis membuat andaian bahawa setiap ibu pelajar mempunyai 2 jam untuk membantu
anaknya di rumah. Sudah tentu surirumah akan mempunyai lebih banyak masa daripada itu,
sekiranya anaknya tidak bersekolah agama. Tetapi sekiranya anaknya bersekolah agama, pergi
tuisyen pula, dan ditambah dengan kerja sekolah yang bertimbun, maka MASA YANG ADA
untuk seorang ibu itu membantu anaknya hanyalah sejam atau dua jam sahaja setiap hari.
Sekiranya si ibu bekerja, maka masa yang ada mungkin kurang daripada dua jam. Mungkin
hanya sejam. Jadi adakah buku ini sesuai untuk anda sekiranya anda hanya mempunyai sejam
untuk membantu anak di rumah? Jawapannya…YA. Anda hanya perlu duduk bersama anak
selama 21 hari yang pertama sahaja selama 2 jam sehari dan memastikan dia mengikut setiap
aktiviti yang disenaraikan dalam buku ini. Selepas itu anda hanya perlukan 15 minit ke 30 minit
sehari untuk memantau pelaksanaan aktiviti oleh anak, yang sepatutnya sudah mencapai tahap
AUTOMATIK.
P2: Kemahiran Untuk Mengajar Anak
Tidak semua ibu mempunyai kemahiran mengajar. Bagi yang boleh mengajar pula, tak semua
yang SABAR dalam mengajar anak, termasuk ibu bapa yang bekerja sebagai cikgu sekolah.
Jadi “mengajar” itu sememangnya tugas seorang guru sahaja. Ibu bapa tidak digalakkan untuk
mengambil alih tugas guru sekolah. Kita hanya “membantu” anak untuk belajar sahaja. Itu
berbeza dengan “mengajar” anak.
Tetapi sekiranya kita berkebolehan mengajar dan anak kita faham dengan apa yang kita ajar
dan tidak bercanggah dengan apa yang diajar oleh cikgu, maka amat digalakkan untuk
mengajar anak di rumah. Sebaliknya jika kita tidak mampu, kita perlu mendapatkan bantuan
3
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
pihak ketiga sama ada menghantar anak ke pusat tuisyen atau mengupah home tutor untuk
datang mengajar anak kita di rumah. Cara kedua ini sudah semakin mendapat tempat di hati
ibu bapa kerana lebih pantas dan jelas kesannya terhadap kemajuan anak dalam pelajaran.
P3: Nota Berselang Seli Dengan Aktiviti
Ebook ini dimulakan dengan NOTA tentang apakah aktiviti yang perlu dilakukan. Anda perlu
memahami nota tersebut terlebih dahulu, menerangkan kepada anak dan memastikan anak
mengikut setiap langkah yang disyorkan.
P4: Keterangan Lanjut Sesuatu Konsep atau Teknik Belajar atau Cara Mengulangkaji
Sekiranya sesuatu Teknik Belajar atau Cara Mengulangkaji itu memerlukan penerangan yang
lebih lanjut, saya akan menerangkannya di bahagian hujung ebook ini iaitu di bahagian
Apendiks. Anda digalakkan untuk membaca setiap penerangan agar tidak tersalah faham.
Contohnya Konsep mengajar anak Menabung sambil Menggalakkannya Menyimpan iaitu TEU
(Tabung Enjoy selepas UPSR) ada beberapa syarat khusus yang perlu dipatuhi. Usah
membuat TEU sendiri kerana mungkin akan memakan diri sendiri sekiranya anda berjanji
terlampau tinggi kepada anak. Ikut sahaja saranan yang diberikan sekiranya anda berminat
untuk menggunakan TEU untuk menggalakkan anak belajar. Jika anda tidak bersetuju untuk
menggunakan TEU, tidak menjadi masalah. TEU hanyalah cadangan sahaja.
P5 : Apakah Yang Anda Patut Lakukan Sekiranya anda TERLEWAT beli ebook ini?
Sekiranya anda terlewat beli, contohnya 80 Hari Sebelum UPSR, anda kena GABUNGKAN 10
Hari Terdahulu dalam 2 atau 3 hari. In shaa Allah BOLEH jika mahu, kemudian terus pergi ke
Hari 80. Jika anda tidak pasti berapa hari lagi sebelum UPSR dan anda berada pada Hari Ke
Berapa dalam Ebook ini, anda boleh melihat COUNTDOWN Menuju UPSR di hujung ebook ini,
iaitu di Apendiks No.1
P6: Apakah Yang Boleh Dibuat Sekiranya Tidak Faham?
Anda boleh membuat permohonan untuk menjadi ahli Kumpulan Sokongan Pembeli Ebook ini
di Facebook. Anda boleh bertanya dan berbincang tentang ebook ini di dalam group tersebut.
Anda boleh membuat permohonan untuk menjadi ahli FB Group tersebut di sini →
https://www.facebook.com/groups/386836784856970/
4
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
BAB 1 : BULAN PERTAMA – BACK TO BASICS
Di ‘TAHAP MANA’ pun anak anda berada sekarang ini, pada tarikh 90 hari sebelum UPSR, iaitu
3 bulan sebelum UPSR, anak anda DAN anda juga kena kembali ke asas, ke Garis Permulaan.
Maksudnya kena ULANGI semula LANGKAH NOMBOR 1 iaitu MENETAPKAN MATLAMAT
dengan bertanya soalan “Kita nak pergi MANA?” & “DIMANAKAH KITA SEKARANG?”
Hari 1 (90 hari) : Menetapkan Matlamat
Bagi yang pernah menetapkan matlamat sebelum ini, bagus! Tapi anda masih perlu buat sekali
lagi. Kali ini lebih penting kerana hanya tinggal 90 hari. Anak perlu diingatkan semula.
Jika sebelum ini hanya cakap lisan sahaja dengan anak tentang ini, maka sekarang anda
WAJIB membuat penetapan matlamat secara bertulis.
Jadi hari satu hari ini TIDAK BELAJAR! Peruntukan satu hari ini untuk buat Sesi Penetapan
Matlamat ini.
Bila saya cakap SATU HARI bermaksud DUA JAM sahaja kerana dalam satu hari yang BIASA
(iaitu bukan hari minggu), anak kita hanya ada MAKSIMUM DUA JAM untuk mengulangkaji
pelajarannya.
Jadi sebenarnya anak kita hanya ada :
2 jam X 90 hari = 180 jam sahaja sebelum UPSR!
180 jam ÷ 24 jam = 7.5 hari sahaja ???
Nanti dulu. Itu jika kita nak PANIK.
Jika tak nak panik, kita boleh guna formula sehari ada SIANG & MALAM, jadi sebenarnya anak
ada 90 hari x 2 (siang & malam) = 180 siang dan malam!
TIPS HT AMIR
Kita JANGAN mudah PANIK.
Kalau kita yang dewasa ni
mudah panik, anak kita yang
masih mentah akan 10x
lebih panik! Hati-hati ya.
5
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Hah, bukankah LAMAAAA lagi nak UPSR tu?
Bahaya juga pemikiran begitu sebenarnya. Terlalu mengambil mudah. Apapun, pilihlah yang
mana yang SESUAI dengan anak anda. Jika anak lebih mudah belajar bila diberi TEKANAN,
maka beritahulah dia masa semakin suntuk. Jika anak mudah stress, bagitaulah dia formula
SIANG & MALAM tu. Apapun pendekatan yang kita pilih adalah untuk kebaikan anak kita. Tak
guna dia stress kemudian satu apapun TAK MASUK ke dalam kepalanya semasa dia belajar.
Jadi apa yang patut anda buat pada Hari Pertama ini?
Hari 1.1 : Berborak Santai
Berbual santai dengan anak tentang tajuk ini iaitu MENETAPKAN MATLAMAT. Ajak dia
BERBORAK semula tentang apa cita-citanya. Apa dia nak jadi bila besar nanti. Kemudian back
track sedikit. Maksudnya undur sedikit. Tanya dia nak masuk UNIVERSITI mana? Kemudian
beritahu dia nak masuk universiti mesti masuk Kolej dahulu. Sebelum Kolej, SPM dulu.
Sebelum SPM kena ada PT3 dulu dan sebelum PT3 of course kena ada UPSR!
Hari 1.2 : Beri Motivasi Tentang PILIHAN HIDUP
Pastikan anak nampak hubung kait antara semua peperiksaan utama dalam hidupnya itu.
Kemudian beri anak satu perbandingan mudah.Tanya dia “Katalah kamu nak ke KLCC. Ada 2
cara. Satu kena jalan kaki selama 2 jam. Satu lagi naik teksi. Kamu pilih yang mana?” Tentu
anak akan pilih teksi. Kemudian tanya dia “Katalah kamu nak capai semua tadi tu, kerja,
university, kolej, SPM. PT3 semua tu ada 2 jalan : satu jalan MUDAH, macam naik teksi dan
satu lagi jalan SUSAH, macam jalan kaki. Mana satu kamu akan PILIH?”
Of course dia akan pilih naik teksi. Jadi semasa inilah anda CUCUK JARUM. Beritahu dia
betapa hidupnya akan lebih MUDAH, semudah naik teksi ke KLCC bilamana dia memilih untuk
jadi Pelajar Yang Rajin Belajar. Hanya Rajin Belajar sahaja. Jika dah rajin usaha dan belajar
tapi masih tak berjaya tak mengapa kerana USAHA itu yang lebih penting dan akan
mendewasakan anak. Anak akan menjadi pelajar sekolah menengah yang lebih matang. Yang
lebih bertanggungjawab.
6
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Contoh paling ketara tentang JALAN MUDAH sekiranya dapat 5A’s adalah dapat masuk SBP
atau MRSM. Di sana peluang untuk mendapat pendidikan terbaik lebih luas. Lebih mudah untuk
mencapai cita-cita yang anak kongsikan awal tadi. Bila dah jelas tentang hubung kait dengan
matlamat jangka panjang barulah boleh ajak anak mengisi Borang Menetapkan Matlamat 90
hari sebelum UPSR. Anda perlu minta anak isikan Borang 1A di muka surat sebelah. Anda
cetak dan isi sama-sama dengan anak. Sebaik-baiknya setiap ruang kosong dalam ruangan
‘GRED yang ingin dicapai’ itu berisi dengan huruf ‘A’. Tetapi suka saya mengingatkan agar kita
membiarkan anak sendiri yang mengisi GRED yang dia nak capai. Sekiranya dia tidak meletak
‘A’ sebagai sasaran barulah kita tanya kenapa dan bantunya membuat sasaran yang baru. Kita
bantunya dengan menerangkan KENAPA perlu dapat 5A.
Hari 1.3 : Tampal Borang 1A di Magic Wall (MW)
Sekiranya anak BELUM ada Magic Wall, anda perlu buatkan HARI INI juga! Amat mudah,
hanya peruntukkan satu kawasan kecil contohnya 2 kaki x 2 kaki di dinding bilik anak.
Kemudian tampalkan semua kertas/nota yang berkaitan dengan Misi UPSR ini di MW tersebut.
Hari 1.4 : Libatkan Semua Ahli Keluarga Yang Lain (Wujudkan Sistem Sokongan)
Hampir terlupa saya. Dari mula lagi, semua di atas dan aktiviti harian seterusnya, anda perlu
melibatkan SEMUA ahli keluarga. Sekurang-kurangnya setiap ahli keluarga perlu TAHU dan
sedia MEMBANTU anak yang akan mengambil UPSR tahun ini. Inilah yang dinamakan
SISTEM SOKONGAN. Sekiranya tiada atau kurang Sistem Sokongan ini, Misi 5A agak sukar
untuk dicapai Alhamdulillah! Dengan langkah 1.4 di atas, maka LENGKAPLAH Hari Pertama
persediaan anak anda dan anda untuk menghadapi UPSR. Esok kita akan bermula dengan
PRAKTIKAL ataupun aktiviti sebenar yang perlu dilakukan!
AMARAN : Sepatutnya pada waktu ini anak dah JELAS kenapa dia nak dapat 5A, ke mana dia
hendak pergi selepas dapat 5A, dan sedar yang dia perlu ALL OUT untuk dapatkan 5A. Tiada lagi
masa untuk bermain-main atau ‘terlupa nak baca buku’ atau ‘malas’ atau ‘bosan’ dan lain-lain sikap
negative JIKA DIA INGIN BERJAYA. Sekiranya anak anda masih ada sikap negatif seperti itu, anda
perlu mencari jalan untuk mengubah sikap itu terlebih dahulu. Semua persiapan seterusnya tidak
dapat diteruskan dengan jayanya jika Masalah Sikap tidak diperbaiki terlebih dahulu.
7
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Borang 1A : Borang MATLAMAT & AKUJANJI IBU ANAK (Cetak & Tampal di MW)
Dengan ini saya __________________________________________________ ingin
menyatakan dengan jelas bahawa saya INGIN mencapai gred berikut dalam UPSR 2015
nanti. Saya menulis MATLAMAT ini dengan sepenuh hati, atas keinginan sendiri, tanpa
paksaan daripada sesiapa juga.
SUBJEK & KEPUTUSAN PKSR 1 (Ujian MEI)
Markah (Cth: 75%) → Gred (Cth: B)
Matlamat % & GRED ingin
DICAPAI dalam UPSR
1) BM PEMAHAMAN % →
% →
2) BM PENULISAN % →
% →
3) BAHASA INGGERIS % →
% →
4) MATEMATIK % →
% →
5) SAINS % →
% →
MATLAMAT SETERUSNYA Matlamat ingin DICAPAI
Saya ingin bersekolah MENENGAH di (cth: SMAKL)…….
Saya ingin belajar di UNIVERSITI (cth: UIA) ……..
Saya ingin menjadi seorang (cth: Pensyarah)………..
Tarikh : _________________ & Tandatangan :
8
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
AKUJANJI ANAK :
Saya sedar bahawa hanya tinggal 90 HARI sahaja lagi untuk saya BERSEDIA untuk
UPSR. Saya sedar bahawa masa SEBENAR yang tinggal hanyalah SEPARUH
daripada itu kerana separuh daripada masa itu akan HILANG semasa tidur dan
membuat aktiviti-aktiviti harian. Jadi saya BERJANJI untuk menggunakan setiap saat
yang terluang, yang ada, untuk BELAJAR, BELAJAR dan BELAJAR dengan TEKNIK
yang BETUL yang akan diajar dalam ebook ini. Saya yakin sekiranya saya
BERUSAHA, Allah akan MEMBANTU SAYA. Saya yakin masa yang masih ada ini
mencukupi untuk saya MENGUBAH keputusan peperiksaan saya daripada BIASA
kepada BAIK dan daripada BAIK kepada CEMERLANG. Saya berjanji akan mendengar
kata ibu bapa dan guru yang saya yakin ingin MEMBANTU saya Berjaya dalam UPSR
nanti. Saya boleh jadi cemerlang! Saya boleh dapat _____A !!!
Nama Penuh Anak : _________________________________Tandatangan : _____________________
AKUJANJI IBU/AYAH:
Kami berjanji kami akan MEMBANTU anak kami sedaya upaya
kami, selagi kamu mampu. Kami akan ikut segala saranan
dalam ebook ini dan membuat mana yang termampu atau
dapatkan bantuan sekiranya kami kurang mampu. Selain
daripada itu kami berserah kepada Allah agar memberikan
yang TERBAIK untuk anak kami. Anak kami BOLEH dapat
______A. Kami yakin! Amiin!
Nama Penuh Ibu : _________________________________Tandatangan : _____________________
Nama Penuh Ayah : _________________________________Tandatangan : _____________________
TIPS HT AMIR
Matlamat yang BERTULIS
akan lebih MUDAH DICAPAI
kerana otak kita SEDAR akan
kewujudannya. Nak lebih
bagus, tampal di dinding dan
TATAP setiap hari!
9
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Hari 2 (89 hari) : Amalkan Adab Belajar & Analisa Keputusan PKSR1
Ada banyak adab belajar, tapi adakah anak kita amalkan mana-mana adab? Lebih baik ada
sesuatu adab, contohnya semudah membaca Bismillah sahaja berbanding tiada Adab
langsung. Seterusnya, dah tahu Adab Belajar, apakah yang ingin kita mulakan anak belajar?
Apakah yang PALING PENTING memandangkan hanya 89 hari sahaja lagi BAKI hari sebelum
UPSR? Jom kita tengok!
Hari 2.1 : Adab Belajar cara HT Amir
Ada banyak Adab Belajar, yang semestinya berbeza mengikut lokasi kita belajar. Sekiranya di
sekolah, perlu ambil kira kewujudan guru di hadapan kita, contohnya kita perlu hormati guru.
Di rumah pula, saya cadangkan anda agar pastikan anak mengikut adab berikut SETIAP KALI
nak belajar :
1. Mengambil WUDHU’ untuk mendapatkan KESEGARAN jasmani, KETENANGAN emosi,
KEBAIKAN rohani dan KETAJAMAN intelek (i.e. J.E.R.I)
2. Membaca DOA BELAJAR (pastikan anak baca & faham MAKNA doa ini sekali)
10
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
3. Membaca DOA PENERANG HATI (pastikan anak baca & faham MAKNA doa ini sekali)
4. Membuat Deklarasi Pelajar Cemerlang iaitu PENGESAHAN/AFFIRMATION tentang DIRI
SENDIRI
Ucapan PENGESAHAN ini MESTI dilakukan setiap kali nak belajar SUBJEK yang BERBEZA.
Semasa membuat deklarasi, letak tangan di dada untuk merasai GETARAN tenaga yang
disampaikan oleh lisan dan dirasai oleh hati. Oleh itu MESTI diucapkan kuat-kuat. Tak boleh
baca dalam hati. Rasionalnya, bila diulang banyak kali, otak anak kita akan PERCAYA apa
yang sering diucapkannya. Apa yang dia percaya, akan menjadi KENYATAAN!
Cth : BELAJAR
BELAJAR itu MUDAH
Saya SUKA BELAJAR
Saya PANDAI BELAJAR
Cth : ENGLISH
ENGLISH itu MUDAH
Saya SUKA ENGLISH
Saya PANDAI ENGLISH
* Tukar sahaja perkataan bergaris mengikut kesesuaian TOPIK BELAJAR
11
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
5. Belajar BERSUNGGUH-SUNGGUH menggunakan PEMBELAJARAN AKTIF
Pembelajaran Aktif bermaksud seluruh tumpuan diberikan pada subjek yang sedang
diulangkaji. Semua pancaindera difokuskan pada bahan belajar. Contohnya, mata memandang
buku, mulut membaca kuat-kuat sekali-sekala agar telinga mendengar dan paling penting
tangan sentiasa memegang sebatang pen atau pensil untuk
menulis/menggaris/melukis/menconteng isi-isi penting yang cuba diingati.
Perlu ada meja belajar yang sesuai, kerusi yang sesuai, lampu yang terang dan sesuai serta
duduk tegak, fokus pada 30 MINIT MASA ULANGKAJI sahaja. Ya, setiap kali belajar hanyalah
30 minit. ‘Set’kan masa dan mula!
Selepas 30 minit, berhenti belajar, rehat 5 minit untuk membuat regangan atau minum teh
panas.
6. Akhiri sesi Ulangkaji dengan Doa Selepas Mengulangkaji (pastikan anak baca & faham
MAKNA doa)
12
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Hari 2.2 : Analisa Kertas Peperiksaan Mei (PKSR1)
Apakah maksud ‘analisa’? Bolehkah ibu bapa menganalisa sendiri
keputusan peperiksaan anak? Ya, sudah tentu boleh. Kalau rasa tak
boleh sangat, MINTALAH BANTUAN orang lain. Contohnya cikgu di
sekolah atau guru tuisyen. Pendeknya, kita nak bantu anak. Tak perlu
malu untuk dapatkan bantuan jika kita tak mampu membantu seorang
diri.
Apapun, cuba apa yang saya sarankan ini terlebih dahulu.
1. Kumpulkan semua kertas soalan dan jawapan untuk TIGA (3) peperiksaan utama yang lepas
Iaitu Ujian Akhir Tahun 5, Ujian Mac Tahun 6 dan Ujian Mei.
2. Asingkan ikut subjek
3. Catatkan atau rekodkan keputusan dalam satu Borang Khas.
4. Tengok yang mana MENAIK dan yang mana MENURUN.
5. Ambil Subjek yang PALING TERUK keputusannya iaitu PALING RENDAH markahnya
6. Contohnya English paling rendah, buat analisa pula setiap BAHAGIAN dalam kertas soalan
BI, bahagian manakah yang anak paling lemah
7. Katalah anak lemah bahagian VOCAB, maka hari ini (Hari ke-2), anda mulakan dengan
aktiviti SPELLING! Mudahkan? Mulakan dan teruskan membuat aktiviti demi aktiviti, untuk baki
89 hari ini, dengan aktiviti BERFOKUS. Maknanya area mana yang anak kita LEMAH!
* Saya TIDAK TAHU topik dan sub-topik mana anak anda lemah, jadi saya akan membuat
saranan aktiviti mengikut KELEMAHAN SECARA UMUM anak saya dan pelajar-pelajar saya
sendiri. Saya pasti akan ada antara anda yang SAMA kelemahannya anaknya dengan anak
saya serta pelajar-pelajar saya.
* INGAT ya, kita mulakan Baki Hari 89 ini dengan SUBJEK dan TOPIK yang anak kita PALING
LEMAH, berdasarkan analisa yang kita pernah buat. Kenapa kita mulakan dengan yang paling
lemah? Supaya kita tidak bertangguh lagi. Supaya kelemahan ini dapat diatasi dengan segera
dan anak tidak berasa rendah diri atau tidak pandai lagi tentang bab itu.
* Sekiranya anda tidak menyimpan ketiga-tiga kertas ujian anak, gunakan kertas soalan yang
terkini (Mei 2015). Sekiranya cikgu tidak benarkan anak bawa pulang, anda kena dapatkan
TIPS HT AMIR
Dapatkan keputusan
peperiksaan anak anda
secara online di SAPS:
http://sapsnkra1.moe.gov.
my/ibubapa2/index.php
13
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
juga. Jika tidak anda tak mungkin akan dapat membantu anak di rumah.
8. Cara paling MUDAH untuk membuat aktiviti berkenaan tajuk yang anak kita lemah itu adalah
dengan membeli BUKU AKTIVITI. Ya! Dah namanya pun BUKU AKTIVITI. Contohnya anak
lemah Matematik, kita kena kenalpasti TOPIK mana. Kemudian, belilah buku Aktiviti Topikal
beberapa jenis penerbitnya. Mulakan dengan satu dahulu dan rekod pencapaian anak. Dari situ
kita dan boleh Nampak kelemahannya. Dan dari situ barulah kita bantunya dengan cara berikut:
a) Kita sendiri mengajarnya cara yang betul, jika kita berkemampuan untuk mengajar
b) Meminta bantuan cikgu sekolah/tuisyen/sesiapa sahaja yang boleh
Ini sahaja sudah cukup untuk aktiviti Hari Ke-2 ini.
GOOD LUCK!
14
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Hari 3 (88 hari) : Jadikan Analisa Kelemahan Diri Anak sebagai CHECKLIST
Anda telah menganalisa kertas ujian anak. Anda sudah tahu topik-topik tertentu yang anak
anda LEMAH. Anda sudah tahu bahagian-bahagian soalan yang mana anak anak selalu jawab
salah. Jadi senarai kelemahan-kelemahan tersebut perlu anda cetak dan jadikan sebagai kayu
pengukur. Jadikan dalam bentuk TO DO LIST. Contohnya begini :
Subjek Bahasa Melayu
Bil Kelemahan Dikenalpasti Cadangan Solusi Tarikh
Diatasi
1 Tidak faham Bahasa Istana Tanya guru cara atasi 10.6.2015
2 Tidak faham Kata Ganti Nama Baca dan faham semula buku
NEXUS
BELUM
3 Selalu salah soalan Simpulan Bahasa Beli buku Simpulan Bahasa
bergambar
BELUM
4
5
Anda perlu bantu anak untuk buat senarai seperti di atas untuk SETIAP SUBJEK. Kenalpasti
SETIAP KELEMAHAN tanpa gagal. Hanya dengan cara ini anak anda dapat belajar secara
BERFOKUS. Belajar yang fokus pada kelemahan. Ini cara terbaik untuk mengisi baki masa 88
hari lagi! Tidak kisah sekiranya senarai ini amat panjang, tetapi perlu dimulakan dengan
masalah paling besar, masalah sederhana besar dan masalah paling kecil dalam pembelajaran
anak anda.
Satu hari ini dipenuhi dengan aktiviti ini sahaja:
1) Cari dan senaraikan SEMUA kelemahan anak dalam semua subjek
2) Bincangkan cadangan SOLUSI yang sesuai
3) Letakkan tarikh dijangkan boleh atasi kelemahan dan buat ruang untuk tarikh sebenar
diatasi
15
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
AMARAN :
Sekiranya anda tidak buat langkah ini bersama anak, anak akan sentiasa berada di ZON TIDAK
TAHU kelemahan diri dan sentiasa berada di ZON SELESA. Zon yang penuh dengan “TIDAK
TAHU” tentang kelemahan diri adalah amat bahaya. Zon selesa pula akan menyebabkan kita
tidak berusaha lebih keras daripada yang sepatutnya kita buat.
Walaupun sudah sering mendapat 5A dalam ujian-ujian sebelum ini, anak dan kita seharusnya
terus mencari CARA untuk meningkatkan lagi prestasi diri. Pasti ada kekurangan yang boleh
diperbaiki dan diatasi. Bagi yang masih di tahap LEMAH atau SEDERHANA pula, inilah peluang
terbaik dan satu-satunya peluang untuk MENGATASI segala kelemahan yang ada.
Kita masih ada 3 bulan. Masih sempat untuk REPAIR our mistakes. Bila dah sampai 2 bulan
atau 1 bulan lagi nak UPSR, itu sudah tahap TERLEWAT. Masih belum mustahil untuk
mengubah sesuatu secara besar-besar tapi agak sukar. Jadi, beritahu anak…..
THIS IS THE TIME!
It’s NOW or NEVER!
TIPS HT AMIR
Banyakkan BERBUAL santai dengan anak,
tentang pelbagai perkara. Tentang
pengalaman hidup kita. Tentang
KEJAYAAN. Tentang USAHA. Tentang
REALITI KEHIDUPAN. In Shaa Allah anak
akan menjadi LEBIH MATANG dan MUDAH
DIBENTUK.
16
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
PANDUAN KHAS SELEPAS 3 HARI MEMULAKAN EBOOK INI
Anda telah menganalisa kertas ujian anak. Seterusnya mulai hari ke 4, saya akan
memperkenalkan SENARAI 7 AKSi Harian = Aktiviti Kena Siapkan yang WAJIB
DIIKUTI oleh anda dan anak anda sebaik mungkin:
1. Mengamalkan Adab Belajar dan Deklarasi Pelajar Cemerlang ( m/s 7&8)
2. Salin BerVisi* 1 karangan BM dan highlight Kata Kerja [Ganjaran T.E.U* RM1]
3. Salin BerVisi* 1 karangan BI dan highlight Verbs [Ganjaran T.E.U* RM1]
4. Dua Rounds Magic Box* [Ganjaran T.E.U RM2]
5. Buat 1 Peta Minda Asas bagi setiap Subjek [Ganjaran T.E.U RM1]
6. Pilih satu Kelemahan untuk diatasi dari Checklist Kelemahan yang dibuat semalam
7. Senaraikan/Tandakan TICK kejayaan anda Hari ini
Saya akan terangkan maksud setiap daripada 7 AKSi Harian tersebut.
Pertama sekali, apakah itu Ganjaran T.E.U? Ringkasnya, TEU bermaksud Tabung Enjoy
selepas UPSR. Tabung bermaksud kita memberi galakan kepada anak-anak untuk menyimpan
duit. Duit itu kita yang beri. Kita beri kerana anak melakukan tiga perkara penting iaitu menulis
karangan atau satu round Magic Box atau membuat satu Peta Minda. Jangan risau, ini bukan
mengajar anak jadi Mata Duitan kerana duit itu TIDAK MENJADI milik anak, kecuali jika dia
mendapat sasaran 5A. Yang paling penting duit tabung itu TIDAK BOLEH DISENTUH sehingga
selepas UPSR. Tabung ini umpama Tabung Kecemerlangan Pelajar yang ditawarkan oleh
banyak syarikat sekiranya anak staf atau pelanggan mereka mencapai kecemerlangan tertentu
dalam UPSR. Bezanya tabung ini ibu bapa yang BUAT SENDIRI. Keterangan lanjut tentang
TEU akan diberikan dalam ruang Apendiks. Yang pasti TEU boleh MEMOTIVASIKAN anak
untuk MINAT BELAJAR!
17
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Seterusnya, apakah makna setiap daripada 7 AKSi Harian di atas?
1. Deklarasi Sikap Pelajar Cemerlang
Ucapan PENGESAHAN ini MESTI dilakukan setiap kali nak belajar SUBJEK yang
BERBEZA, sebagai salah satu Adab dalam belajar. Semasa membuat deklarasi, letak
tangan di dada untuk merasai GETARAN tenaga yang disampaikan oleh lisan dan
dirasai oleh hati. Oleh itu MESTI diucapkan kuat-kuat dan SEPENUH PERASAAN. Tak
boleh baca dalam hati.
2. Salin BerVisi* 1 karangan BM&BI dan cari 10 Kata Kerja&VERBS
Ibu bapa mesti membelikan satu buku writing pad atau buku kertas kajang untuk anak
salin karangan. Beli buku contoh karangan yang bagus seperti terbitan Cerdik
Publications yang mempunyai contoh karangan yang terkini. Selepas menyalin
karangan, anak perlu :
a) Highlight VERBS untuk karangan BI dan KATA KERJA untuk karangan BM
menggunakan highlighter yang berbeza warna; warna oren untuk verbs BI dan warna
hijau untuk kata kerja BM
b) Cari makna VERBS dan KATA KERJA tersebut sama ada dengan bertanyakan
kepada ibu bapa atau melalui kamus, mana yang terpantas
* Itu sahaja untuk Minggu pertama ini. SALIN sahaja. Mencari verbs dan kata kerja itu
pula umpama tabiat menabung di mana setiap perkataan yang di-highlight-kan umpama
duit tabungan yang akan digunakan semasa waktu ‘susah’ nanti
3. Satu Round Magic Box*
Magic Box adalah satu Teknik mengoptimakan kecenderungan otak kita yang tidak suka
untuk melakukan perkara yang SAMA berulang kali. Jadi MB akan membuat anak tidak
berasa bosan untuk melakukan aktiviti belajar. Keterangan lanjut tentang Teknik MB ada
dinyatakan di bahagian Appendiks #2 ebook ini.
4. Buat 1 Peta Minda Asas atau Advanced* bagi DUA Subjek
Peta Minda ialah teknik belajar terbaik abad ini yang membolehkan anak kita belajar
secara BIJAK. Teknik Peta MInda membolehkan lebih banyak fakta dapat dipelajari
18
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
dengan mudah dan diingati untuk tempoh masa yang lama. Cara membuat Peta Minda
ringkas juga diajar di bahagian Appendiks ebook ini. Ebook ini hanya mengajar cara
membuat Peta Minda Ringkas. Sekrianya anda berminat untuk anak anda belajar Teknik
Belajar Peta Minda Advanced yang membolehkan anak INGAT nota yang dipelajari
SEUMUR HIDUP, anda bolehlah hubungi saya untuk menyertai Bengkel Peta Minda
Advanced.
5. Senaraikan Apa Yang Telah BERJAYA Dibuat Hari ini
Ini paling mudah di mana anak perlu menyenaraikan semua kejayaannya hari ini.
Beritahu anak agar jangan lupa untuk CLAIM ganjaran TEU dan memasukkan sendiri
RM5 (sekurang-kurangnya) yang dia perolehi ke dalam Tabung E.U. Pengalaman
menerima duit itu sahaja satu kejayaan. Sememangnya SUCCESS IS SWEET.
Untuk memudahkan anak, boleh juga minta anak tanda TICK atau di atas setiap 7
AKSi Harian ini. Kejayaan melengkap 5 AKSi ini adalah kejayaan yang
amat besar.
19
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Hari 4 (87 hari) : Hari ini bermulanya PENGULANGAN LANGKAH yang SEBENAR
Saya harap anak dan ibu dah bersedia untuk memulakan Hari Pertama7 AKSi Harian.
1. Mengamalkan Adab Belajar dan Deklarasi Pelajar Cemerlang (m/s 10,11 & 12) – 5
MINIT
Kita akan mulakan dengan Subjek BM hari ini.
1.1 Ambil Wudhu’
1.2 Baca Doa Belajar, Doa Penerang Hati
1.3 Laungkan Pengesahan dengan suara yang kuat
BAHASA MELAYU itu MUDAH
Saya SUKA BAHASA MELAYU
Saya PANDAI BAHASA MELAYU
1.4 Laungkan Deklarasi Berikut, juga dengan suara yang kuat
“Saya yakin saya akan mendapat 5A dalam UPSR 2015”
1.5 Bersedia untuk Pembelajaran Aktif seperti No.2 dan seterusnya….
2. Salin BerVisi* 1 karangan BM dan highlight Kata Kerja [Ganjaran T.E.U* RM1] – 30
MINIT
Contohnya hari ini kita minta anak menyalin karangan fakta dari buku Contoh Karangan,
bertajuk “Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum”
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah
aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua
pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai
banyak faedahnya.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar
yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial
kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti
20
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih
berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang
jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar
menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan
jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya
segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan
menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua
ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum
seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam
pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita
akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak
akan mudah dijangkiti penyakit.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah
hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam
kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka
* Itu sahaja buat hari ini. Salin dan Highlight. WAJIB salin ya.
21
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
3. Dua Rounds Magic Box* [Ganjaran T.E.U RM2] – 30 MINIT
Satu round Magic Box bermaksud menjawab satu muka surat buku aktiviti setiap subjek
UPSR iaitu : 1 m/surat BM Pemahaman 1 m/surat BI Objektif
1 m/surat Maths 1 m/surat Sains
* Keterangan Lanjut tentang cara menyediakan Magic Box boleh dilihat di Apendiks 2.
4. Buat 1 Peta Minda Asas bagi DUA Subjek [Ganjaran T.E.U RM1] – 20 MINIT
Peta Minda Asas bermaksud membuat RINGKASAN kepada nota di dalam buku teks
atau buku rujukan dalam bentuk Peta Minda. Ada pelbagai cara untuk membuat peta
minda. Cara paling mudah ialah Tajuk di Tengah, Isi Utama KELUAR dari isi utama dan
Isi Sokongan DIKEMBANGKAN dari Isi Utama. Sebagai contoh, lihat pada Karangan
BM yang di salin tadi, anak anda boleh melukis Peta Minda seperti berikut:
Peta Minda ini saya siapkan dalam masa 10 minit berdasarkan karangan yang disalin di
atas tadi. Jadi ada 10 minit lagi untuk subjek lain. PM seperti ini boleh anak kita buat
untuk SEMUA subjek. Tetapi untuk keberkesanan PM ini, utamakan Kaedah Belajar
Faedah
Kokurikulum
PENDAHULUAN
- Definisi
- Contoh
- Sebut Tajuk
ISI 1 : MASA LAPANG Cth: Menyertai aktiviti berfaedah Kesan: Hindar Gejala Sosial
ISI 2 : ILMU Cth: Ilmu Kepimpinan dalam persatuan Kesan: Belajar jadi pemimpin
ISI 3 : SIKAP Cth: Mematuhi peraturan persatuan Kesan: Belajar jadi orang berdisiplin
ISI 4 : PERPADUAN Cth: Dianggotai pelbagai kaum Kesan: Mengeratkan hubungan
ISI 4 : SIHAT Cth: Aktiviti fizikal - berpeluh Kesan: Hindari penyakit
PENUTUP
- Kesimpulan tajuk
- Cadangan 1 - sekolah
- Cadaangan 2 – ibu bapa
22
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
menggunakan PM ini untuk subjek Sains, BI dan BM (ikut turutan ini). Subjek Matematik
tidak perlukan PM.
5. Pilih satu Kelemahan untuk diatasi dari Checklist Kelemahan yang dibuat
semalam – 30 MINIT
FOKUS pada KELEMAHAN dalam Subjek BM.
6. Senaraikan/Tandakan kejayaan anda Hari ini – 5 MINIT
Ini langkah paling mudah. Hanya ambil PEN MERAH atau PEN BIRU atau MAGIC
COLOUR untuk TICK semua aktiviti yang telah lengkap. Sekiranya ada aktiviti lain yang
telah dibuat dan tidak termasuk dalam senarai aktiviti yang dicadangkan dalam ebook
ini, minta anak TULISKAN JUGA supaya dia NAMPAK USAHA yang telah dilakukannya
untuk berjaya. Anda dan anak kena YAKIN bahawa himpunan kejayaan-kejayaan kecil
harian seperti ini akan menyumbang atau menjadi KEJAYAAN BESAR di penghujung
perjalanan ini nanti. Oh ya, jangan lupa TEU! Jangan lupa untuk anda berikan ganjaran
TEU kepada anak anda hari ini juga. Setelah tamat semua aktiviti. Beri kepada anak,
RM1 x 5 sekiranya dia buat kesemua 5 aktiviti dan minta dia masukkan ke TEU
sekarang juga. Tanya kepadanya “macam mana perasaan dapat ganjaran sebagai
tanda kita berjaya? Seronok kan? Kalau seronok, esok kita buat lagi ya. Kamu bagus
sangat hari ni. Ibu bangga dengan kamu”.
JUMLAH MASA = 2 JAM. Pastikan anggaran masa ini diikuti sebaik mungkin agar semua
aktiviti yang dirancang dapat dilakukan.
TIPS HT AMIR
Sekiranya anda dapati amat SUKAR untuk
anak anda buat KESEMUA langkah di atas,
sama ada tidak cukup masa atau belum
mahir, USAH RISAU atau PANIK. Buat
setakat yang MAMPU. LEBIH BAIK buat
sedikit daripada tiada langsung.
23
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Hari 5 (86 hari) : Ulang Hari 4, Tukar Subjek BM kepada BI
1. Mengamalkan Adab Belajar dan Deklarasi Pelajar Cemerlang (m/s 10,11 & 12) – 5
MINIT
Kita teruskan dengan Subjek BI hari ini.
Ambil Wudhu’ → Baca Doa Belajar & Doa Penerang Hati
→ Laungkan Pengesahan dengan suara yang kuat
BI itu MUDAH → Saya SUKA BI → Saya PANDAI BI
→ Laungkan Deklarasi, juga dengan suara yang kuat
“Saya MESTI dapat 5A demi ibu bapa saya”
→ Dengan Pen di tangan, amalkan Pembelajaran Aktif
2. Salin BerVisi* 1 karangan BI dan highlight VERBS [Ganjaran T.E.U* RM1] – 30
MINIT
Semalam BM. Hari ini BI. Gunakan cara yang sama. Highlight VERBS sahaja.
3. Dua Rounds Magic Box* [Ganjaran T.E.U RM2] – 30 MINIT
Seperti semalam.
4. Buat 1 Peta Minda Asas bagi DUA Subjek [Ganjaran T.E.U RM1] – 20 MINIT
Peta Minda Asas dari Karangan BI pula. Sama seperti semalam.
5. Pilih satu Kelemahan untuk diatasi dari Checklist Kelemahan yang dibuat
semalam – 30 MINIT
FOKUS pada kelemahan dalam Subjek BI.
Contohnya, sekiranya anak anda LEMAH dalam Bahasa Inggeris Penulisan Section C.
Salah satu puncanya ialah kerana dia KURANG KOSA KATA terutamanya kerana tidak
tahu banyak VERBS dalam BI.
Jadi, hari ini, anda gunakan Karangan BM di atas tadi, anda bantu anak ALIH BAHASA
24
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Kata Kerja BM yang telah dihighlight tadi ke dalam BI. Sebelum itu anda minta anak
nyatakan setiap Kata Kerja itu dalam BI terlebih dahulu. Anda akan TERKEJUT bila
anda dapati anak anda TIDAK TAHU perkataan BI untuk banyak daripada Kata Kerja
tersebut!
Minta anak tulis sahaja perkataan dalam BI di ATAS Kata Kerja BM tersebut. Ini
mungkin akan mengambil masa 10 ke 15 minit. Baki 15 minit daripada 30 minit
peruntukan untuk Aktiviti #5 ini, anda teruskan ke KELEMAHAN yang lain pula dalam
Senarai Kelemahan anak anda.
6. Senaraikan/Tandakan kejayaan anda Hari ini – 5 MINIT
Sama seperti sebelum ini.
JUMLAH MASA = 2 JAM.
25
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Hari 6 (85 hari) : Ulang Hari 5, Tukar Subjek BI kepada Sains
1. Mengamalkan Adab Belajar dan Deklarasi Pelajar Cemerlang (m/s 10,11 & 12) – 5
MINIT
Kita teruskan dengan Subjek BI hari ini.
Ambil Wudhu’ → Baca Doa Belajar & Doa Penerang Hati
→ Laungkan Pengesahan dengan suara yang kuat
Sains itu MUDAH → Saya SUKA Sains → Saya PANDAI Sains
→ Laungkan Deklarasi, juga dengan suara yang kuat
“Saya buat DUA Peta Minda setiap hari sebagai TABUNG MINDA saya”
→ Dengan Pen di tangan, amalkan Pembelajaran Aktif
2. Salin BerVisi* 1 karangan BM dan highlight KATA KERJA [Ganjaran T.E.U* RM1] –
30 MINIT
Semalam BI. Hari ini ganti BM semula. Masih sama. Highlight Kata Kerja sahaja.
3. Dua Rounds Magic Box* [Ganjaran T.E.U RM2] – 30 MINIT
Seperti semalam.
4. Buat 1 Peta Minda Asas bagi DUA Subjek [Ganjaran T.E.U RM1] – 20 MINIT
Peta Minda Asas dari Karangan BM. Sama seperti Hari Ke-4.
5. Pilih satu Kelemahan untuk diatasi dari Checklist Kelemahan yang dibuat
semalam – 30 MINIT
FOKUS pada KELEMAHAN dalam SUBJEK Sains
6. Senaraikan/Tandakan kejayaan anda Hari ini – 5 MINIT
7. Sama seperti sebelum ini.
JUMLAH MASA = 2 JAM.
26
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
.Hari 7 (84 hari) : Ulang Hari 5, Tukar Subjek Sains kepada Matematik
1. Mengamalkan Adab Belajar dan Deklarasi Pelajar Cemerlang (m/s 10,11 & 12) – 5
MINIT
Kita teruskan dengan Subjek BI hari ini.
Ambil Wudhu’ → Baca Doa Belajar & Doa Penerang Hati
→ Laungkan Pengesahan dengan suara yang kuat
Maths itu MUDAH → Saya SUKA Maths → Saya PANDAI Maths
→ Laungkan Deklarasi, juga dengan suara yang kuat
“Ilmu yang saya BELAJAR hari ini akan jadi PENYELAMAT masa UPSR”
→ Dengan Pen di tangan, amalkan Pembelajaran Aktif
2. Salin BerVisi* 1 karangan BM dan highlight KATA KERJA [Ganjaran T.E.U* RM1] –
30 MINIT
Semalam BM. Hari ini ganti BI semula. Masih sama. Highlight VERBS sahaja.
3. Dua Rounds Magic Box* [Ganjaran T.E.U RM2] – 30 MINIT
Seperti semalam.
4. Buat 1 Peta Minda Asas bagi DUA Subjek [Ganjaran T.E.U RM1] – 20 MINIT
Peta Minda Asas dari Karangan BI. Sama seperti Hari Ke-5.
5. Pilih satu Kelemahan untuk diatasi dari Checklist Kelemahan yang dibuat
semalam – 30 MINIT
FOKUS pada KELEMAHAN dalam SUBJEK Maths
6. Senaraikan/Tandakan kejayaan anda Hari ini – 5 MINIT
Sama seperti sebelum ini.
JUMLAH MASA = 2 JAM.
27
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Buat ibu dan anak!
Kerana kalian telah berjaya melalui SEMINGGU yang PRODUKTIF.
Bayangkan jika anda tidak menemui ebook ini. Anda mungkin masih
leka. Anda mungkin masih bermimpi. Anda mungkin masih seperti
orang lain.
Jadi jika anda dapati ebook ini bermanfaat kepada anda, mungkin anda
boleh uar-uarkan kepada ahli keluarga atau saudara-mara atau kenalan
anda yang ada anak UPSR 2015. Mungkin mereka juga boleh
mendapat manfaat yang SAMA seperti anda. Masih BELUM
TERLEWAT untuk mereka bermula.
Jika anda sudi berkongsi kebaikan ebook ini kepada rakan-rakan anda,
saya sanggup memberi komisen RM2 bagi setiap RM10 yang terjual
melalui anda. Anda boleh masukkan komisen itu ke dalam T.E.U anak
anda sebagai insentif tambahan kepada usaha anda dan usaha anak
anda melakukan persediaan untuk UPSR.
Berkongsi secara santai sahaja. Tidak perlu promosi apa-apa.
Perkongsian yang ikhlas dan benar itu In Shaa Allah lebih terserlah
keikhlasannya dan lebih dipercayai.
Ikhlas,
HT Amir
1.6.2015
TAHNIAH!!!
28
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
APENDIKS 1. Countdown 90 Hari menuju UPSR
DAY DATE Day Days
To Go
DAY DATE Day Days
To Go DAY DATE Day
Days To Go
Wed 10-Jun-15 1 90 Fri 10-Jul-15 31 60 Sun 9-Aug-15 61 30
Thur 11-Jun-15 2 89 Sat 11-Jul-15 32 59 Mon 10-Aug-15 62 29
Fri 12-Jun-15 3 88 Sun 12-Jul-15 33 58 Tue 11-Aug-15 63 28
Sat 13-Jun-15 4 87 Mon 13-Jul-15 34 57 Wed 12-Aug-15 64 27
Sun 14-Jun-15 5 86 Tue 14-Jul-15 35 56 Thur 13-Aug-15 65 26
Mon 15-Jun-15 6 85 Wed 15-Jul-15 36 55 Fri 14-Aug-15 66 25
Tue 16-Jun-15 7 84 Thur 16-Jul-15 37 54 Sat 15-Aug-15 67 24
Wed 17-Jun-15 8 83 Fri 17-Jul-15 38 53 Sun 16-Aug-15 68 23
Thur 18-Jun-15 9 82 Sat 18-Jul-15 39 52 Mon 17-Aug-15 69 22
Fri 19-Jun-15 10 81 Sun 19-Jul-15 40 51 Tue 18-Aug-15 70 21
Sat 20-Jun-15 11 80 Mon 20-Jul-15 41 50 Wed 19-Aug-15 71 20
Sun 21-Jun-15 12 79 Tue 21-Jul-15 42 49 Thur 20-Aug-15 72 19
Mon 22-Jun-15 13 78 Wed 22-Jul-15 43 48 Fri 21-Aug-15 73 18
Tue 23-Jun-15 14 77 Thur 23-Jul-15 44 47 Sat 22-Aug-15 74 17
Wed 24-Jun-15 15 76 Fri 24-Jul-15 45 46 Sun 23-Aug-15 75 16
Thur 25-Jun-15 16 75 Sat 25-Jul-15 46 45 Mon 24-Aug-15 76 15
Fri 26-Jun-15 17 74 Sun 26-Jul-15 47 44 Tue 25-Aug-15 77 14
Sat 27-Jun-15 18 73 Mon 27-Jul-15 48 43 Wed 26-Aug-15 78 13
Sun 28-Jun-15 19 72 Tue 28-Jul-15 49 42 Thur 27-Aug-15 79 12
Mon 29-Jun-15 20 71 Wed 29-Jul-15 50 41 Fri 28-Aug-15 80 11
Tue 30-Jun-15 21 70 Thur 30-Jul-15 51 40 Sat 29-Aug-15 81 10
Wed 1-Jul-15 22 69 Fri 31-Jul-15 52 39 Sun 30-Aug-15 82 9
Thur 2-Jul-15 23 68 Sat 1-Aug-15 53 38 Mon 31-Aug-15 83 8
Fri 3-Jul-15 24 67 Sun 2-Aug-15 54 37 Tue 1-Sep-15 84 7
Sat 4-Jul-15 25 66 Mon 3-Aug-15 55 36 Wed 2-Sep-15 85 6
Sun 5-Jul-15 26 65 Tue 4-Aug-15 56 35 Thur 3-Sep-15 86 5
Mon 6-Jul-15 27 64 Wed 5-Aug-15 57 34 Fri 4-Sep-15 87 4
Tue 7-Jul-15 28 63 Thur 6-Aug-15 58 33 Sat 5-Sep-15 88 3
Wed 8-Jul-15 29 62 Fri 7-Aug-15 59 32 Sun 6-Sep-15 89 2
Thur 9-Jul-15 30 61 Sat 8-Aug-15 60 31 Mon 7-Sep-15 90 1
Tue 8-Sep-15 91 0
Zon Biru - Zon Penentu Zon Merah - Zon Kritikal Wed 9-Sep-15 92 -1
Zon Jingga - Zon Bahaya Zon Hitam - Zon REALITI Thur 10-Sep-15 93 -2
Fri 11-Sep-15 94 -3
29
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
APENDIKS 2. Apakah itu Tabung Enjoy selepas UPSR [T.E.U.]?
30
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Anak anda KURANG MINAT Belajar? Saya ada satu cara nak dikongsikan agar dia jadi MINAT. Sebelum tu tuan/puan google dulu guna frasa ini "hadiah saguhati upsr". Tuan/puan akan dapati bahawa banyak organisasi yang MEMBERI GALAKAN kewangan kepada anak2 yang cemerlang. Ironinya, ramai ibu bapa tidak tahu tentang Skim Galakan/Hadiah Kecemerlangan seperti itu. Yang lebih menyedihkan, anak kita tidak tahu. Jadi, apa kata, kita sendiri yang BUAT Skim Hadiah Kecemerlangan kita sendiri? Maka wujudlah idea saya, yang saya namakan T.E.U, ringkasan kepada Tabung Enjoy UPSR. Maknanya selepas UPSR, anak2 boleh "ENJOY" semua duit ibu bapanya yang diletakkan dalam TEU itu, yg masih merupakan duit ibu bapa, bukan duit dia, tapi hanya sebagai galakan kerana dia belajar. Jadi kena tunggu sehingga keputusan UPSR diketahui baru boleh belanja duit itu.Kena capai certain standard/tahap tertentu baru boleh belanja duit itu.Baru duit itu jadi MILIK DIA 100%. Jika pencapaian bukan 100%, dia kena KONGSI duit itu dengan semua ahli keluarga yang lain. Maybe pergi bercuti, release stress dan tension belajar. Tak perlu cari duit dah. Duit dah ada. Yang PALING PENTING, kena bagi ARAHAN SPESIFIK tentang bagaimana nak dapat ganjaran TEU. Bagi pelajar2 bawah kelolaan saya, saya bagitau begini : RM1 untuk 3 perkara sahaja: 1) RM1 untuk setiap Peta Minda yang dibuat 2) RM1 untuk setiap Karangan yang disalin/ditulis (salin dulu selama sebulan. Selepas itu tukar yang ditulis pula) 3) 1 Round MAGIC BOX *Homework dan lain2 tiada ganjaran TEU. WARNING : TEU hanya untuk pelajar yang ada masalah untuk belajar sendiri. Yang dah rajin belajar tak perlu buat lah. Dan TEU kena ikut kemampuan kita untuk beri ganjaran. Kalau mampu RM1, berilah RM1. Kalau seposen, seposenlah, Ukur baju di badan sendiri, Jangan sampai membebankan. Tapi kalau dilihat dari sudut positif, kita nak galakkan anak2 menabung atau menyimpan, jadi bagi saya tiada istilah tak mampu. Duit itu untuk masa depan. Kalau duit tak jalan, especially kalau anak anda dah hidup mewah (ada ya macam ini), buatlah ganjaran PAHALA. Iaitu duit terkumpul untuk disedekahkan ke rumah anak yatim. Lagi banyak TEU dia, lagi banyak pahala yang boleh diperolehi, ILMU DAPAT, SIMPANAN DAPAT, PAHALA PUN DAPAT. (Pahala sedekah atau Pahala menggembirakan ibu bapa)
31
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Apendiks 3: Apakah itu Magic Box?
MAGIC BOX Pencetus Minat Objektif : untuk buat anak BUAT LATIHAN selalu, tanpa disuruh a.k.a. RAHSIA Kotak Ajaib! AMARAN : Buat permulaan, selama sekurang-kurangnya 21 hari atau sehingga 44 hari, anak PERLU DIAJAK DUDUK BELAJAR BERSAMA-SAMA IBU/DIPANTAU supaya mengikut sistem ini. In Shaa Allah selepas itu anak akan buat sendiri tanpa disuruh. A) Apakah itu Kotak Ajaib? Sebuah kotak plastik yang berisi buku latihan WAJIB HARIAN untuk 4 subjek teras iaitu BM, BI, MATHS, SCIENCE B) Apakah Saiz Kotak Ajaib? Tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal Seelok-eloknya yang jenis lutsinar, supaya boleh nampak isi di dalam. C) Apakah Prasyarat sebelum Penggunaan Kotak Ajaib? Ibu bapa perlu beri preview kepada anak tentang kepentingan ilmu. Cth: Kalau ada ilmu, dah masuk universiti, selepas itu nak jadi apa pun boleh. Kalau nak jadi professional macam doktor dan peguam, bagus. Nak berniaga pun bagus. Nak jadi doktor yang berniaga lebih bagus. Nak kerja apa pun bagus, asalkan kerja yang professional, yang boleh membantu orang lain, yang dapat menambah nilai hidup orang lain. Kerana jika kita bantu orang lain, Allah akan bantu kita melalui orang lain pula. So yang penting, tanamkan dalam diri anak untuk nak masuk Universiti sekurang-kurangnya. Macam mana? Ada banyak cara. Anda sendiri boleh bagi idea kat ruangan komen nanti. Dah tanamkan idea ttg universiti, bgtau pula nak masuk universiti cara mudah atau susah? Cara susah maknanya dah form 5 nanti baru belajar mati-matian. Cara mudah, dari sekarang belajar sikit demi sedikit.. Be consistent. Kalau dapat results bagus, boleh masuk sekolah bagus. Di sekolah bagus, dapat guru yang bagus2. Di sana semua dipermudahkan in shaa Allah. D) Apakah CARA penggunaan Kotak Ajaib ? Ada banyak cara. Yang penting, anak kena buat setiap subjek at least satu muka surat sehari. Dia mesti enjoy buat latihan tu. Dia mesti faham, Dia mesti rajin bertanya. Ada banyak cara nak bagi mrk buat semua tu. Anda kena kreatif.
32
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Bagi saya, untuk MEMULAKAN MB untuk Tahun 6, gunakan buku Soalan Percubaan Terengganu. Kenapa buku Terengganu? Boleh klik pada link tersebut. Cara menggunakannya adalah begini : 1. Peruntukkan SEJAM sehari untuk buat MB 2. 40 minit soalan Objektif, 20 minit soalan Subjektif 3. 40 minit itu, buat beberapa Pusingan/Rounds buku BM, BI, MATHS & SAINS. Di mana setiap round, buat SATU MUKA SURAT sahaja. Kebiasaannya anak boleh buat 2 rounds. Soalan Subjektif Maths & Sains termasuk dalam 40 minit ini. 4. Baki 20 minit, gunakan untuk jawab soalan Subjektif BM atau BI. Lakukan RUTIN ini sekurang-kurangnya 21 HARI sehingga 44 hari, TANPA TERTINGGAL. Sekiranya selepas 44 hari buat setiap hari tanpa gagal, anak anda masih tidak suka MB, maksudnya tidak boleh mengamalkannya TANPA DISURUH, MB tidak sesuai untuknya. Tetapi pada minggu pertama, ibu bapa mesti duduk sebelah anak, buat bersama-sama dgnnya, untuk dia explore dan appreciate the magic of MB. Minggu kedua dah boleh biar dia buat sendiri tetapi masih perlu disuruh.Minggu ketiga ingatkan sahaja. Minggu ke-4 ke atas in shaa Allah dah jadi automatik. Atau masih perlu diingatkan. E) Contoh Sebenar Mereka Yang Telah Menggunakan Magic Box
F) Kemajuan Dalam Pelajaran Ada Banyak Faktor Memang ada banyak faktor seperti faktor guru, pelajar sendiri, pemakanan, kesihatan dan lain-lain. Tetapi Magic Box yang digunakan sememangnya memainkan peranan serba-sedikit.
33
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
G) Berita Terkini tentang Magic Box Bukan sahaja anak yang nak exam yang boleh dibuat MB. Sepatutnya semua anak dibuatkan MB agar Budaya Cinta Akan Ilmu dan Cinta Latih Tubi berakar umbi dalam diri dan sanubari anak kita. Contohnya saya buat MAGIC BOX untuk anak yg di Tahun 4 di kantin sekolah waktu tengah hari. Bangga dia. Kawan-kawan berkerumun nak tengok apa abah dia buat dgn dia. MAGIC BOX ni dah terbukti. Berkesan mengikis rasa malas anak nak belajar
But where is the magic? The Magic akan muncul BILA DAPAT RESULTS UPSR nanti!
34
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Apendiks 4 : Teknik Salin Karangan BI BerVISI
Bolehkah seseorang pelajar itu menjadi PANDAI BI hanya dengan menyalin karangan BI?
Pertama sekali, JANGAN PERCAYA! Itu hanya OMONG KOSONG. Kalau setakat 'menyalin
contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya dah RAMAI pelajar yang
pandai! Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah!
Kenapa? Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin
Essays yang BERKESAN. Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain
yang perlu dibuat.
STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau takde
jugak, buku apa pun boleh. Asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI
35
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
sebab itu menunjukkan cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini lah BEZAnya
Teknik saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar
buku nak salin tu BESAR, selari dengan hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai BI
dan kesannya akan membuatkan semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga,
saya cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak laku. So
saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam RM4/5 untuk diari lama yang tebal lebih
300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book (BBB) sebab kebetulan cover-nya
berwarna biru.
STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli
buku ni, jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh,
buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang
diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan.
Mulakan dari situ.
STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu
lagi perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk
salin AYAT DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan
dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada ayat dalam
karangan. Ulang sebut kuat2 setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar
cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak
sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam
contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat!
STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak.
Pilihlah salah satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru
sahaja disalin tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas.
Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak
dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta
dia buat sendiri.
36
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu,
dalam bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2
menguji pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia
baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh,
gambar di atas, anak saya membuat notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab
hampir separuh jawapan yang saya nak, ada dalam notanya.
STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang
manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge
Online Dictionary. Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan
bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut tentang
sesuatu perkataan pun ada! Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan
jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah.
STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa
verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena
tahu apakah itu verbs dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi
baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti
di bawah ini.
37
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1 tetapi masih
ada yang tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU.
Sebab dia masih belum jelas apa itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di
mana ada JENIS VERBS yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb
selepas Infinitive 'To'. Maka ambil kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan
semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran
tidak berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat dimaksimumkan.
Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya
kerana anak kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi keran ingatkan dia lagi dan lagi dan
lagi. Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa ilmu
anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu, dia juga nampak
semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia
mula merasakan betapa mudahnya BI ni.
Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, 300x atau 1,000x! Agak2 anak kita
akan PANDAI atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, seperti sebelum ini?
38
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
APENDIKS 4: Senarai buku yang WAJIB ada untuk
mengikut panduan dalam Ebook ini
1. EMPAT(4) buah buku rujukan UTAMA, Tahun 456 Terbaik – lupakan buku-buku lain
yang anda dah beli
* Tiada yang PALING BAIK tapi saya rekomen penerbit besar yang sudah terkenal seperti
Sasbadi, Pelangi, Cerdik dan lain-lain mengikut kecenderungan anak kerana Sasbadi tiada
Sains dan Maths dalam BM. Hanya ada dalam BI sahaja.
2. EMPAT(4) buah buku aktiviti untuk Magic Box pada satu2 masa, mengikut turutan
berikut :
a) Buku soalan sebenar UPSR tahun-tahun lepas (1 bulan)
b) Buku soalan percubaan UPSR Terengganu (1 bulan)
c) Buku soalan percubaan UPSR Kelantan (bulan)
3. Buku-buku lain sebagai RUJUKAN PANTAS, bukan sebagau rujukan UTAMA
a) Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI) dan English Itu Mudah (EIM) untuk Grammar BI
b) Writing Kit 123456 untuk Penulisan BI
c) Kamus Dewan DBP untuk BM
d) Kamus Peribahasa, Simpulan Bahasa dan seumpamanya untuk BM
e) Book of Idioms untuk BI Penulisan
39
Panduan Langkah Demi Langkah: Ibu Bantu Anak Bersedia, 90 Hari Sebelum UPSR
TIPS HT AMIR
Elakkan N.A.T.O
No Action
Talk Only
Just Do It!