4. perbandingan sumatif dan formatif

3
4.0 Perbandingan dann Perbezaan Sifat-Sifat Ujian Formatif dan Sumatif. Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif. 4.1 Penilaian Formatif Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di universiti. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred. 4.2 Penilaian Sumatif Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya 12

Upload: cgu-nick

Post on 27-Sep-2015

105 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sum for

TRANSCRIPT

4.0Perbandingan dann Perbezaan Sifat-Sifat Ujian Formatif dan Sumatif.

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

4.1 Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di universiti.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

4.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan graduan ke alam pekerjaan.

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.

Jenis

Ciri

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Pengertian

Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.

Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.

Tujuan

Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera.

Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.

Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.

Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.

Masa

Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.

Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).

Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.

Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Sasaran

Secara individu, secara kumpulan atau kelas.

Secara kelas

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)

Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)

Penggunaan rekod profil atau pensijilan.

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.

Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.

Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum.

Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

14