20110113100117pemikiran analitikal, kreatif dan evaluatif

Download 20110113100117PEMIKIRAN  ANALITIKAL, KREATIF  DAN  EVALUATIF

If you can't read please download the document

Upload: dieyda-nur-suhada-mustapa

Post on 01-Jul-2015

1.119 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

EDU 3046 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 PEMIKIRAN ANALITIKAL, KREATIF DAN EVALUATIF

PEMIKIRANSuatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami sesuatu(realiti ataupun mainan minda(fantasi). Melalui penerokaan pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan serta membuat pertimbangan yang wajar . Melalui pemikiran juga secara automatiknya, seseorang itu dapat membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialaminya.

PEMIKIRAN ANALITIKALSuatu kemahiran memberi analisis terhadap kenyataan, pemikiran, tulisan, laporan dan sebab-akibat berlakunya sesuatu Daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih terperinci Berfikir analitikal adalah bertitik tolak daripada asas logik dan mampu meyakinkan seseorang dengan fakta dan data serta hujah-hujah yang menggambarkan sesuatu itu benar atau seolah-olah benar

Analisis terhadap sesuatu perkara memerlukan dua jenis ilmu :-> ilmu yang generik atau umumAnalisis yang umum membawa pendekatan umum dan ia tertakluk kepada bahasan dan penghujahan pihak lain

Membantu seseorang untuk sistematik, teratur, tersusun maklumat dan data yang baik

berfikir secara dengan fakta,

Berfikir analitikal memerlukan ilmu dan maklumat Tanpa sumber-sumber asas ini analisis tidak akan bermaya malah boleh menjadi tidak logik dan kurang meyakinkan orang lain

Ilmu khusus yang membawa kepada kepakaran dan pengkhususan terhadap sesuatu subjekBerdasarkan kepakaran dan keahlian jauh lebih dihormati kerana asas keahlian menyebabkan kebolehpercayaan wujud Tetapi lebih ideal sekiranya seseorang itu memiliki ilmu yang generik dan pada masa yang sama mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu yang menyebabkan analisisnya menjadi lebih holistik (menyeluruh)

Untuk menjadi seorang guru yang memiliki kualiti berfikir yang analitikal, guru perlu banyak membaca bahan berkualiti sama ada daripada akhbar, majalah mahupun buku Sebelum sesuatu fakta dan data diterima, guru perlu berfikir secara analitikal dahulu tentang kualiti tidaknya sesuatu pandangan Kemudian mereka kena cuba memikirkan sesuatu yang lebih baik atau merujuk sumber-sumber yang boleh memberi jawapan yang lebih tepat dan akhirnya membuat kesimpulan selepas analisis berlaku

MATLAMATMembuat huraian terperinci berkenaan sesuatu idea ataupun perkara Mencari persamaan, perbezaan, mencari punca-punca sesuatu masalah ataupun kejadian Menyusun maklumat-maklumat ke dalam kumpulankumpulan Membuat pelbagai tafsiran Mencari perhubungan antara perkara-perkara, dan mencari kaitan sebab-akibat antara perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa

PEMIKIRAN KREATIFDefinisi kreatif adalah kebolehan mencipta, menghasilkan dan

mengembangkan idea baru dan asli ( Kamus Dewan Edisi Ketiga ) Definisi Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbezabeza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Dapatlah dirumuskan bahawa:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

I.menjana dan menghasilkan idea, II.mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. III.menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah contohcontoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? - Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

Ciri-Ciri Pemikir Bijak Cekal Luwes ( mudah disesuaikan dengan keadaan ) Reflektif Kurang impulsif ( tergesa-gesa ) Ingin tahu Mengambil risiko Mahir menyoal Tidak mudah putus asa Berkerjasama

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif ialah : 1. Pengurusan 2. Komunikasi terbuka 3. Teknologi 4. Penyelesaian masalah 5. Budaya 6. Strategi 7. Kepimpinan dan 8. Pemikiran

Sebagai Guru : Aspek Pengurusan I.Perancangan perubahan - ( RPH, RPM, RPT ) II.Pengetahuan - ( kontent,sukatan pelajaran ) III.Strategi pengajaran dan pembelajaran -(Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran ) IV.Kurikulum - (mengaplikasikan pengetahuan dan strategi yang kreatif dan inovatif ) V.Pengurusan organisasi pembelajaran -(mengikut kehendak negara )

-Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 1.Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid. 2. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara murid-muridnya belajar.

3. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih berkesan.

4. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah dengan umur dan mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan. Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

5. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada lelaki. 6. Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid- murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah.

PEMIKIRAN EVALUATIFEvaluasi adalah penentuan sistematik perkhidmatan, nilai, dan pentingnya sesuatu atau seseorang dengan menggunakan kriteria terhadap serangkaian standard. St Leger dan Walsworth-Bell telah mendefinisikan evaluatif sebagai 'penilaian kritis, sebagai tujuan dengan cara yang mungkin, dari sejauh mana suatu perkhidmatan atau bahagian komponennya dinyatakan memenuhi matlamat' (dikutip dalam, Reeve, & Peerbhoy, 2007, p 122)

y

Potter (2006, hal 88) berpendapat bahawa evaluasi ialah bidang yang unik dan pelbagai". Dia berpendapat bahawa kepelbagaian ini merujuk pada sejumlah disiplin ilmu, yang meliputi pengurusan dan teori organisasi, analisis dasar, pendidikan, sosiologi, antropologi sosial, dan perubahan sosial Aplikasi sistematik, padat dan teliti dari kaedah saintifik untuk menyediakan rancangan, pelaksanaan, pembaikkan atau hasil dari sebuah program (Rossi, Lipsey, & Freeman, 2004)

y

Stufflebeam (Abin Syamsuddin Makmun, 1996) memengemukakan bahawa : educational evaluation is the process of delineating, obtaining,and providing useful, information for judging decision alternatif Di bidang pendidikan, kita dapat melakukan evaluasi terhadap kurikulum baru, suatu kebijakkan pendidikan, sumber belajar tertentu, atau nilai kerja guru.

APAKAH TUJUAN PEMIKIRAN EVALUATIF?

Tujuan Penilaiany y y y y

Grading-menentukan atau membezakan kedudukan hasil kerja pelajar alat seleksi- memisahkan pelajar mengikut kategori Untuk menggambarkan sejauh mana seorang peserta didik telah menguasai kompetensi Dapat membimbing pelajar dalam memahami diri sendiri dan membuat keputusan alat diagnosis- kesukaran belajar yang dialami pelajar dan mungkin prestasinya dapat dikembangkan

APAKAH PENDEKATAN EVALUATIF?

Pendekatan Penilaian1.

2.

Penilaian yang merujuk kepada norma (Penilaian Acuan Norma atau norm-referenced assessment) -tafsiran keputusan pelajar dikaitkan dengan hasil penilaian menggunakan alat penilaian yang sama Penilaian yang merujuk kepada kriteria (Penilaian Acuan Kriteria atau criterion referenced assessment) -keputusan pelajar bergantung kepada sejauh mana menguasai kreteria yang ditetapkan

Hasil Penilaian Pelajarterbahagi kepada 3 domain 1. domain kognitif (pengetahuan atau yang merangkumi kecerdasan bahasa dan kecerdasan logik - matematik) 2. domain afektif (sikap dan nilai atau yang merangkumi kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intraperibadi, dengan kata lain kecerdasan emosional) 3. domain psikomotor (kemahiran atau yang merangkumi kecerdasan kinestetik, kecerdasan visual-spasial, dan kecerdasan muzikal).

KESIMPULANy

Secara kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa pemikiran analitikal, kreatif dan evaluatif sangatlah penting dalam pengajaran pendidikan seni. Hal ini demikian kerana, ketiga-tiga elemen ini mempunyai unsur yang tersendiri dari aspek pedagogi, teknologi dan kandungan dalam pendidikan seni dengan berpandukan huraian sukatan pelajaran dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.