2 pembelajaran koperatif

3
.2 Pembelajaran Koperatif  Kerja dalam kumpulan adalah sesuai bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti ini iaitu seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif. Ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab dengan membantu satu sama lain (Meese, 2001;Rivera,1996). Pembelajaran koperatif memberi peluang kepada murid untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara (Effandi, 2003). Bagaimanapun, kerja kumpulan haruslah terancang dan guru perlu banyak membantu. Guru tidak boleh membiarkan murid begitu sahaja. Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan  pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui  pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya,  pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif  pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Pembelajaran jenis ini juga merujuk kepada kaedah  pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah (1) saling bergantung antara satu sama lain secara positif (2) saling berinteraksi secara bersemuka (3) akauntabiliti individu atas  pembelajaran diri sendiri (4) kemahiran koperatif, dan (5)pemprosesan kumpulan. Terdapat beberapa kaedah pembelajaran koperatif seperti (1) Kaedah Jigsaw II, (2) Kaedah STAD, (3) TAI (Team Assisted Individualization). Untuk menyelesaikan masalah pembelajaran ini, ketiga-tiga kaedah ini boleh di gunakan.  sistem pembelajaran matematik yang menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat  berbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh  pendidik.

Upload: kumaresen-kanagasabai

Post on 18-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

.2 Pembelajaran KoperatifKerja dalam kumpulan adalah sesuai bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti ini iaitu seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif. Ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab dengan membantu satu sama lain (Meese, 2001;Rivera,1996). Pembelajaran koperatif memberi peluang kepada murid untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara (Effandi, 2003). Bagaimanapun, kerja kumpulan haruslah terancang dan guru perlu banyak membantu. Guru tidak boleh membiarkan murid begitu sahaja.Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Pembelajaran jenis ini juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah (1) saling bergantung antara satu sama lain secara positif (2) saling berinteraksi secara bersemuka (3) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri (4) kemahiran koperatif, dan (5)pemprosesan kumpulan.Terdapat beberapa kaedah pembelajaran koperatif seperti(1) Kaedah Jigsaw II,(2) Kaedah STAD, (3)TAI (Team Assisted Individualization). Untuk menyelesaikan masalah pembelajaran ini, ketiga-tiga kaedah ini boleh di gunakan.

sistem pembelajaran matematik yang menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik.

Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik.Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hiraki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep.

Laporan Cockroft (1982), sesuatu pelajaran matematik yang baik lagi efektif harus mengandungi unsur - unsur seperti eksposisi atau penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru serta perbincangan antara pelajar itu sendiri. Di samping itu pelajaran itu juga seharusnya mempunyai kerja praktik yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki pelbagaicara penyelesaian masalah matematik.Dewey (1859) melalui bukunya The School and Society (1899) dan The Child and The Curriculum (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaran berbentuk pembentukankefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa kini baik dari segi teori mahupun darisegi praktiknya.

Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang.Menurut Webb (1989dalam Tengku Shariffah bt Tuan Yusof2004), pengaruh guru terhadap pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan guru dalam merancang strategi pengajaran dengan baik amat perlu. Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan bahawa mereka tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan sudah tentu tidak tahu melaksana strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang aktif. Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan kalkulator atau pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu di beri peluang berbincang dan bertukar-tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.