2. fizik berstruktur

4
Bidang Pembelajaran : Memahami inersia Hasil Pembelajaran : Menghuraikan hubungkait antara jisim dan inersia Ramalkan apakah yang anda perhatikan kepada duit syiling jika kadboard dijentik. A) Berdasarkan situasi di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan radas serta langkah-langkah berikut : Neraca inersia, tiga pemberat bersilinder, plastisin, pengapit G dan jam randik 1 MATAPELAJARAN : FIZIK INKUIRI BERSTRUKTUR

Upload: noorleha-mohd-yusoff

Post on 19-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

amali fizik

TRANSCRIPT

Page 1: 2. FIZIK BERSTRUKTUR

Bidang Pembelajaran : Memahami inersia

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan hubungkait antara jisim dan inersia

Ramalkan apakah yang anda perhatikan kepada duit syiling jika kadboard dijentik.

A) Berdasarkan situasi di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan radas

serta langkah-langkah berikut :

Neraca inersia, tiga pemberat bersilinder, plastisin, pengapit G dan jam randik

Rajah 1

1. Kepitkan dan ketatkan satu neraca inersia dengan pengapit G di sisi meja.

2. Masukkan satu pemberat bersilinder berjisim 250 g ke dalam rak neraca inersia

1

MATAPELAJARAN : FIZIKINKUIRI BERSTRUKTUR

MATAPELAJARAN : FIZIKINKUIRI BERSTRUKTUR

Page 2: 2. FIZIK BERSTRUKTUR

seperti dalam Rajah 1

3. Sesarkan rak neraca inersia secara mengufuk dan catatkan masa untuk 20 getaran dalam

jadual.

4. Ulang langkah di atas dengan menggunakan dua pemberat dan kemudian tiga pemberat

bersilinder.

5. Daripada keputusan yang diperoleh, hitungkan tempoh getaran neraca inersia.

7. Lakarkan satu graf T melawan jisim pemberat, m.

B) Berdasarkan Eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan

eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut :

1) Tujuan

2) Pernyataan Masalah

3) Hipotesis

4) Pemboleh Ubah

a) Manipulasi

b) Bergerakbalas

c) Dimalarkan

5) Prosedur eksperimen

6) Penjadualan Data (Berdasarkan keputusan eksperimen plotkan graf)

7) Analisis data

8) Kesimpulan Eksperimen

C) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan

berikut :

2

Pada kejohanan hari sukan sekolah, Aminah ditugaskan sebagai hakim lorong bagi pertandingan balapan. Aminah terpaksa mengejar murid yang telah sampai dahulu ke garisan penamat untuk memberikan nombor. Perkara ini menyebabkan dia merasa sangat penat. Aminah merasa sangat pelik mengapakah murid yang telah sampai ke garisan penamat tidak terus berhenti?

Page 3: 2. FIZIK BERSTRUKTUR

Daripada situasi di atas, bantu Aminah untuk menjawab persoalan yang dihadapinya

semasa bertugas sebagai hakim lorong.

3