pembinaan dan penilaian kesesuaian modul …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul...

27

Upload: others

Post on 23-Sep-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4
Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4
Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

PPEEMMBBIINNAAAANN DDAANN PPEENNIILLAAIIAANN KKEESSEESSUUAAIIAANN MMOODDUULL PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN

KKEENNDDIIRRII ((MMPPKK)) BBEERRTTAAJJUUKK DDAAYYAA DDAANN GGEERRAAKKAANN BBAAGGII MMAATTAA

PPEELLAAJJAARRAANN FFIIZZIIKK TTIINNGGKKAATTAANN 44

NNOORRMMAAHH IISSMMAAIILL

LLaappoorraann pprroojjeekk iinnii ddiikkeemmuukkaakkaann sseebbaaggaaii mmeemmeennuuhhii sseebbaahhaaggiiaann ddaarriippaaddaa ssyyaarraatt

ppeennggaannuuggeerraahhaann iijjaazzaahh Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2004

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ......................................

Nama penulis : NORMAH ISMAIL

Tarikh : 24 SEPTEMBER 2004

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

iii

Untuk ayah yang disanjungi

Hanya doaku untukmu

Untuk ibu yang dihormati

Jasamu sumber kejayaanku

Untuk kakanda yang diingati

Kejayaanku ini cabaran buat kalian

Untuk semua keluarga , sanak saudara dan rakan taulan

Segala jasa,doa dan sokongan kalian

Akan kuabadikan dalam ingatan

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setinggi –tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Dengan izin dan limpah

kurniaNYA dapat saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh

masa yang ditetapkan.

Setinggi –tinggi perhargaan ikhlas dirakamkan kepada Prof.Madya Dr.Seth

Sulaiman selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah memberi

panduan,kerjasama serta iltizam sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau

segala kerumitan dapat diatasi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru

fizik di sekitar Sekolah Menengah Kuala Terengganu yang terlibat dalam kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada ayah dan ibu tersayang iaitu Ismail Che

Min dan Meriam Mohd yang telah memberi dorongan dan nasihat serta pengorbananmu

tidak dapat dibalas dengan wang ringgit serta kesabaran mereka menanti kejayaan

ini.Tidak lupa juga kepada kakak dan abang serta sahabat handai yang telah banyak

membantu sepanjang saya berada di universiti.

Akhir kata,semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah

menyumbangkan kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

v

ABSTRAK

Pemilihan dan penggunaan bahan yang bermutu mempunyai kesan yang besar

terhadap tahap kefahaman dan penguasaan para pelajar tentang ilmu pengetahuan yang

disampaikan oleh guru. Modul Pembelajaran Kendiri ( MPK ) yang dibina secara

sistematik dan empiris merupakan bahan pilihan yang dapat memenuhi keperluan ini

kerana ia mengambil kira perbezaan individu dan memberi penekanan kepada

penglibatan pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status

kesesuaian tiga buah MPK Daya dan Gerakan (MPK 1: Inersia ,MPK 2: Momentum

Linear dan MPK 3: Kesan Daya & Impuls) bagi mata pelajaran fizik pada peringkat

Tingkatan empat menggunakan Model Teras-Cabang Shaharom (Shaharom, 1994).

MPK ini dinilai kesesuaiannya oleh 12 orang guru Fizik sebagai responden kajian

melalui dua peringkat penilaian formatif iaitu penilaian formatif satu dengan satu dan

penilaian formatif kelompok kecil.Satu set borang Soal Selidik Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (Guru)(Shaharom, 1994) dijadikan alat kajian. Analisis statistik

deskriptif berbentuk maksimum, minimum, min dan sisihan min digunakan untuk

menerangkan hasil dapatan kajian. Keputusan menunjukkan bahawa MPK yang

dihasilkan adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

bagi mata pelajaran Fizik. Hasil daripada data juga didapati bahawa tiada perbezaan

status kesesuaian terhadap pemboleh ubah bebas merentas tempoh mengajar dan jantina

dalam PFSS dan PFKK bagi kesemua tiga MPK Daya dan Gerakan yang dibina.

Penggunaan MPK banyak membawa implikasi yang positif kepada pelajar, guru dan

seterusnya penggubal kurikulum dalam penggunaan bahan yang bermutu.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

vi

ABSTRACT

The selection use of quality materials has great effect on student’s level of

understanding on the knowledge delivered by the teachers. The Self Instructional

Module ( SIM ) which was designed systematically and empirically is also an

alternative that can fulfill the needs because it takes into consideration the individual

differences and give’s emphasis on students involvements. The aim of study is to design

and evaluate the suitability status of three SIMs ‘Daya & Gerakan (MPK 1: Inersia

,MPK 2: Momentum Linear Dan MPK 3: Kesan Daya & Impuls) for Form four Physic

subject using the Teras- Cabang Model ( Shaharom, 1994 ). These self instructional

modules were evaluated by 12 physics teachers who were the respondents in the study

through two stage of formative evaluation: one to one formative evaluation and small

group formative evaluation. As an evaluation instrument "Soal Selidik Kesesuaian

Modul Pengajaran Kendiri (Guru)(Shaharom, 1994)" was used. Survey results are

presented using maximum score, minimum score, mean and mean deviation. Results

show that the self instruction module developed is suitable to be used as a teaching

learning material for Physics. The findings also showed that there were no significant

differences in status of suitability towards independent variable teaching experience and

teachers' gender us evaluated by PFSS and PFKK techniques for each of the three

“MPK Daya dan Gerakan ” which was developed.The use of SIM brought positive

implications and benefits to students, teachers and Ministry Of Eduacation in terms of

the quality of materials used.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.1.1 Bahasa Melayu Merentas Kurikulum 3

1.1.2 Teks 4

1.1.3 Gambarajah 5

1.1.4 Ringkasan Bab 5

1.1.5 Aktiviti 6

1.1.6 Objektif Pembelajaran 7

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

viii

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 9

1.4 Persoalan Kajian 10

1.5 Rangka Kerja Konsep Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.6.1 Pelajar 13

1.6.2 Guru 14

1.6.3 Pusat Perkembangan Kurikulum 15

1.6.4 Institusi Pendidikan 15

1.7 Skop Kajian 16

1.8 Definisi Istilah 16

1.8.1 Kesesuaian 17

1.8.2 Modul Pengajaran Kendiri 17

1.8.3 Pembinaan 17

1.8.4 Penilaian Formatif 17

1.8.5 Bahan Pengajaran 18

1.8.6 Guru Pakar 18

1.8.7 Tempoh mengajar 18

BAB II SOROTAN PENULISAN 19

2.0 Pengenalan 19

2.1 Model-Model Modul Pengajaran Kendiri 20

2.1.1 Model Burns 20

2.1.2 Model Klingstedt 21

2.1.3 Model Eijil 22

2.1.4 Model De Vito 23

2.1.5 Model Teras-Cabang Shaharom 24

2.2 Rasional Penggunaan Model Teras – Cabang 27

Shaharom

2.3 Penilaian Formatif 29

2.3.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 30

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

ix

2.3.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 30

2.3.3 Penilaian Formatif Kelompok Percubaan 31

2.4 Kajian-Kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan 32

Dan Penilaian MPK Dalam Mata Pelajaran Fizik

Di Malaysia.

2.5 Kajian-Kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan 36

Dan Penilaian MPK Dalam Mata Pelajaran Fizik

Di Luar Negara.

BAB III PENGKAEDAHAN 39

3.0 Pengenalan 39

3.1 Reka Bentuk Kajian 39

3.1.1 MPK 1: Konsep Inersia 40

3.1.2 MPK 2 : Konsep Momentum Linear 40

3.1.3 MPK 3 : Kesan Daya 40

3.2 Subjek Kajian 41

3.3 Alat Kajian 41

3.4 Tatacara Kajian 42

3.4.1 Kajian Tahap 1: Pembinaan MPK 43

3.4.2 Kajian Tahap 2: Kajian Rintis Dan 46

Penilaian Formatif

3.4.2.1 Kajian Rintis 46

3.4.2.2 Penilaian Formatif 47

3.4.3 Kajian Tahap Ketiga: Analisis Data Dan 48

Maklumat

3.5 Andaian Kajian 50

3.6 Batasan Kajian 50

BAB IV DAPATAN KAJIAN 51

4.0 Pengenalan 51

4.1 Kajian Rintis 52

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

x

4.2 Penilaian Formatif Terhadap MPK oleh Guru. 53

4.2.1 Persoalan Kajian 1 53

4.2.2 Persoalan Kajian 2 55

4.2.3 Persoalan Kajian 3 56

4.2.4 Persoalan Kajian 4 58

4.2.5 Persoalan Kajian 5 59

4.2.6 Persoalan Kajian 6 61

4.3 Kesimpulan 62

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 63

CADANGAN

5.0 Pengenalan 63

5.1 Perbincangan 64

5.2 Kesimpulan 68

5.3 Implikasi Kajian 69

5.4 Cadangan Kajian 70

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 72

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 73

LAMPIRAN 79

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Ke Atas 54

Guru Fizik

2 Penilaian Formatif Kelompak Kecil Ke Atas 55

Guru Fizik

3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Ke Atas 57

Guru Fizik Merentasi Tempoh Mengajar

4 Penilaian Formatif Kelompak Kecil Ke Atas 58

Guru Fizik Merentasi Tempoh Mengajar

5 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Ke Atas 59

Guru Fizik Merentasi Jantina

6 Penilaian Formatif Kelompak Kecil Ke Atas 61

Guru Fizik Merentasi Jantina

7 Analisis PFSS Dan PFKK Pengkaji Dengan 65

Pembolehubah Bebas

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1 Rangka Kerja Konsep Kajian 12

Rajah 2 Model Teras – Cabang Shaharom (1994) 27

Rajah 3 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 43

(Ubahsuai:Salohi ,1999)

Rajah 4 Rangka Kerja Tahap Satu ( Ubahsuai Sam,1999) 44

Rajah 5 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK 45

(Shaharom,1994)

Rajah 6 Rangka Kerja Kajian Rintis (Ubahsuai:Hilmi,1995) 46

Rajah 7 Rangka Kerja Penilaian Formatif ( Ubahsuai Abdul 47

Razak,1999)

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

xiii

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

BMKK - Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum

PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

P& P - Pengajaran Dan Pembelajaran

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal selidik kesesuaian modul pengajaran 79

kendiri (MPK)

B Jadual Pemeringkatan Kesesuaian Modul 84

Pengajaran Kendiri.

C Pengesahan MPK 85

D Pengesahan Pakar Bidang 86

E Surat Jawapan Kebenaran Menjalankan Kajian 87

Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

F Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian 89

Di Bawah Jabatan Pendidikan Terengganu

G Surat Jawapan Kebenaran Menjalankan Kajian 90

Oleh Jabatan Pendidikan Terengganu

H Surat Pengesahan Pelajar 91

I Kebolehpercayaan Kajian Rintis 92

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ”

( Wawasan Pendidikan, 1994)

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan merupakan

satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan negara kini telah

memasuki era global dengan pelbagai anjakan paradigma untuk menjadikan pendidikan

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

2

di negara ini lebih relevan dengan tuntutan dan keperluan semasa. Seiring dengan itu,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak pelbagai langkah untuk mencapai

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Kini, pelbagai pihak cuba memainkan peranan

seperti memajukan sumber maklumat yang digunakan oleh generasi sekarang bagi

menyumbangkan ke arah pembinaan insan yang diharapkan. Justeru itu, pelbagai jenis

sumber bahan mudah diperolehi di pasaran.

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada

gaya pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan pengajaran yang bermutu merujuk

kepada bahan-bahan yang dibina berdasarkan kurikulum yang ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia dan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran

tersebut. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu bersesuaian dengan strategi

pengajaran dan pembelajaran baru. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan

kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya mereka

lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.

Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK ) merupakan satu pilihan

bahan pengajaran yang sesuai digunakan dalam sistem pendidikan hari ini dibina secara

terancang dan sistematik pada peringkat pembinaannya ( Salomah,1997). Justeru itu,

penyelidik memikirkan betapa perlunya pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

dalam usaha menyediakan bahan pengajaran yang bermutu.

1.1 Latar Belakang Masalah

Penghasilan bahan pengajaran yang sistematik dan terancang amatlah diperlukan

supaya dapat memaksimumkan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Bahan rujukan yang kurang bermutu akan menyebabkan pelajar gagal dan

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

3

tidak minat dalam pembelajaran. Antara faktor –faktor yang mempengaruhi mutu

bahan rujukan ialah bahasa ,teks,gambarajah, ringkasan bab, aktiviti dan objektif

pengajaran .

1.1.1 Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum(BMKK)

Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMKK) telah diperkenalkan di

sekolah-sekolah di Malaysia dan perlaksanaannya adalah selaras dengan perlaksanaan

KBSM. Konsep BMKK di Malaysia berusaha untuk meningkatkan mutu Bahasa

Melayu khasnya dalam metodologi pengajaran dan penggunaannya sebagai penghantar

kurikulum sekolah. Oleh itu, BMKK adalah satu proses yang merangkumi pengajaran

bahasa yang bermutu dan penggunaannya secara meluas dan berkesan sebagai

penghantar kandungan mata pelajaran keseluruhan sekolah( Kamarudin Hj. Husin.1989)

Penggunaan Bahasa Melayu yang betul dari segi laras bahasa, tatabahasa, istilah

dan sebutan baku harus digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu.

James (1991) menyatakan bahawa istilah yang tidak seragam antara buku-buku rujukan

di pasaran merupakan masalah yang berlaku dalam aspek bahasa. Masalah seperti ini

boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar. Sebagai contoh,Buku Kursus

Peperiksaan SPM Fizik (Yuet&Hong Kee,1996) menerangkan Hukum Hooke dengan

simbol “F = kx ”, dengan k sebagai pemalar spring manakala Buku Fokus Indigo SPM

Fizik ( Chai,Choy & Yong,2000) menyatakan Hukum Hooke sebagai “F = kx ”, dengan

k sebagai pemalar daya. Ini berbeza pula dengan Buku Fizik Tingkatan 4 (Yong &

Sabtu,2001) yang menyatakan “ k ” sebagai pemalar daya bagi spring. Walaupun

perkara ini dianggap remeh pada pihak yang sudah tahu,tanpa disedari ia boleh

menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar terutama pelajar yang lemah.

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

4

1.1.2 Teks

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu perlu menggunakan teks

untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan

penyiasatan. Contohnya teks yang digunakan untuk kenyataan yang memerlukan

pelajar merumuskan kesimpulan sendiri,arahan yang memberitahu pelajar supaya

melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti atau kenyataan yang berbentuk masalah

yang akan diselesaikan oleh pelajar,soalan yang dikemukakan untuk menaikkan

minat pelajar tetapi tidak terdapat jawapan segera dan soalan yang memerlukan pelajar

menganalisis data.

Analisis yang telah dilakukan oleh Marlina Binti Ali ( 2001) terhadap

buku teks fizik KBSM Tingkatan 4( Tho Lai Hoong & Abdul Kariem Hj.Mohd

Arof,2000 ) mendapati indeks penglibatan pelajar keatas teks, It ialah 0.18. Indeks ini

mengimplikasikan bahawa teks yang terdapat dalam buku itu adalah autoritarian dan

kurang mencabar bagi pelajar. Kebanyakan teks yang diberikan hanya menggalakan

pelajar menghafal fakta dalam buku itu dan jalan kerja diberikan untuk menyelesaikan

masalah. Pelajar juga kurang menjalankan aktiviti hands on untuk membentuk konsep

fizik. Pelajar juga kurang didedahkan dengan pemikiran yang kreatif dan kritis kerana

kebanyakan jawapan serta fakta diberikan secara bulat-bulat kepada pelajar dalam

bentuk teks. Hasil analisis yang dilakukan oleh Nor Rahimah (2002) juga mendapati

bahawa tahap penglibatan pelajar dalam teks adalah di tahap satu hala dan kurang

mencabar ( Romey,1968).

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

5

1.1.3 Gambarajah

Gambarajah dapat membantu pelajar melihat idea-idea umum pelajaran dengan

lebih ringkas( Cyrs,1997 ). Kepentingan gambarajah kurang diberi penekanan oleh

penulis buku-buku rujukan. Aspek penglibatan pelajar juga perlu ditekankan dalam

unsur gambarajah. Gambarajah yang memerlukan pelajar melakukan aktiviti

terhadapnya dan menggunakan data daripada gambarajah secara tidak langsung telah

melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Hasil analisis yang telah dilakukan oleh Muhamad Sam Bin Nordin(2001)

terhadap Buku Bantuan Studi Lengkap Fizik SPM terbitan Sasbadi Sdn Bhd (Tho Thai

Loong ,2000) mendapati indeks penglibatan pelajar terhadap gambarajah ialah 0.08.

Tahap penglibatan pelajar dalam unsur gambarajah ini adalah lemah iaitu bersifat satu

hala. Dari segi gambarajah, ianya hanya menekankan kepada memberi maklumat

sahaja. Pelajar hanya meneliti gambarajah yang ada untuk cuba memahaminya dengan

cara menghafal dan seterusnya mengingatinya. Pelajar tidak diberi peluang untuk

terlibat sama dalam gambarajah yang dikemukakan. Akibatnya pelajar hanya menerima

dan pengetahuan baru mereka adalah terasing daripada pengetahuan sedia ada. Unsur

gambarajah yang terdapat dalam buku rujukan sepatutnya dapat melibatkan pelajar

seperti melakukan sesuatu aktiviti berdasarkan gambarajah atau menggunakan data yang

diperolehi daripada gambarajah (Romey,1968).

1.1.4 Ringkasan Bab

Ringkasan bab yang bermutu merangkumi dua kategori iaitu mengulang

kesimpulan bab dan mengemukakan soalan-soalan yang baru dimana jawapannya tidak

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

6

terdapat dalam teks atau tertakluk pada kajian semasa.(Romey,1968). Justeru itu,

ringkasan bab perlu seimbang di antara kedua-dua aspek serta tidak hanya mengulang

isi-isi penting tanpa melibatkan penglibatan pelajar.

Hasil analisis yang dilakukan oleh Phang Fui Choo(2002) terhadap Buku Siri

Sumber dan Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh Liong Yong) Terbitan Pustaka

Sistem Pelajaran Sdn .Bhd mendapati indeks penglibatan pelajar terhadap ringkasan

bab bernilai sifar. Ini jelas menunjukkan bahawa ringkasan bab dalam buku ini tidak

melibatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar

secara pasifnya menerima semua ringkasan yang telah dibuat oleh pengarang tanpa

menilai sendiri daripada teks atau soalan.

1.1.5 Aktiviti

Hasil analisis kuantitatif buku teks fizik oleh Rashidah Binti Othman(2000)

terhadap Buku Bantuan Studi Lengkap SPM Formula Bestari Fizik Tingkatan 4 dan 5

menunjukkan indeks penglibatan pelajar terhadap aktiviti adalah bernilai 0.08. Indeks

ini menunjukkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran adalah kurang. Lebih

banyak hafalan dalam buku ini dan kekurangan aktiviti hands-on mungkin menjadi satu

penghalang kepada pelajar untuk memahami konsep fizik yang abstrak. Pelajar susah

untuk mendapatkan gambaran sesuatu konsep fizik itu tanpa aktiviti hands-on yang

boleh meningkatkan serta mengukuhkan kefahaman pelajar tentang konsep fizik.

Muhamad Sam Nordin (2001) juga mendapati bahawa tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti pembelajaran kurang mencabar dan kurang menggalakkan pelajar

berfikirbagi mengukuhkan lagi sesuatu konsep. Aktiviti yang disediakan lebih kepada

mentafsir data. Justeru itu,didapati aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

7

kurang bilangan dan kurang memberangsangkan tetapi perlukan sedikit olahan untuk

mendapatkan hasil yang baik.(Sylvia, 2001)

Maka aktiviti pembelajaran perlu melibatkan penglibatan pelajar bagi

meningkatkan keberkesanan pengajaran & pembelajaran. Aktiviti berorientasikan

penyiasatan dan penemuan membolehkan pelajar menggabungkan pengetahuan,

kemahiran saintifik dan pemikiran yang kritis membolehkan mereka memahami konsep

fizik.

1.1.6 Objektif Pembelajaran

Objektif pembelajaran perlu ditulis lebih awal sebelum isi pembelajaran

disampaikan agar pelajar sedar tahap yang hendak dicapai dan sekaligus boleh bertindak

untuk mencapai objektif tersebut ( Abdul Rahim,1989). Penulisan objektif tidak boleh

dipandang remeh kerana ianya penting bagi menunjukkan keberkesanan pembelajaran

yang dibuat. Hasil analisis Abu Ani (2000) terhadap Buku Formula Lengkap Fizik SPM

2000(Hoong, 2000) mendapati bahawa tiada langsung objektif yang ditulis sebelum isi

pengajaran disampaikan.

Analisis Norhafiza (2002) terhadap Buku Rujukan Fokus Indigo SPM

Fizik(Chai,Choy& Yong,2000) juga mendapati tiada langsung objektif pembelajaran

ditulis. Perkara ini secara tidak langsung telah mengurangkan usaha pelajar untuk

mencapai objektif kerana mereka masih kabur tentang perkara yang perlu mereka capai

dari segi pembelajaran tersebut. Keberkesanan pembelajaran akan berkurang sekiranya

pelajar kurang terlibat dalam sesi pembelajaran. Ini kerana pembelajaran merupakan

proses aktif dan pelajar yang baik adalah pelajar yang boleh melibatkan diri dalam

proses pembelajaran( Kadhana,1994).

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

8

Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan tersebut,maka pembinaan MPK yang

menekankan pengajaran individu dimana perbezaan individu seperti minat, kematangan

serta latar belakang pelajar adalah perlu sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks masih

boleh diperbaiki. Sememangnya penghasilan sesuatu bahan pengajaran sesuatu yang

mencabar( Altbach,1987 ). Walaubagaimanapun, penghasilan bahan pengajaran adalah

perlu bagi meningkatkan mutu bahan pengajaran memandangkan ianya merupakan

bahan yang penting dalam pengajaran untuk beberapa dekad akan datang. Maka, atas

kesedaran ini MPK Daya & Gerakan ( Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya )

bagi matapelajaran Fizik KBSM Tingkatan 4 dibina.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui status kesesuaian MPK Daya & Gerakan

( Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya & Impuls) bagi matapelajaran Fizik

KBSM sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat Tingkatan 4

berdasarkan Penilaian Formatif yang dijalankan.

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

9

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah bertujuan untuk :

1.3.1 Membina tiga MPK Daya & Gerakan ( Inersia , Momentum Linear dan

Kesan Daya &Impuls ) yang memenuhi keperluan huraian sukatan

pelajaran Fizik ( PPK 2001) Tingkatan 4 dan menekankan penglibatan

pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu digunakan oleh

pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Fizik.

1.3.2 Menilai kesesuaian MPK Daya & Gerakan ( Inersia , Momentum Linear

dan Kesan Daya &Impuls) yang dibina dari segi memenuhi kurikulum

sukatan pelajaran Fizik(KPM,2001) serta menekankan penglibatan

pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan untuk

digunakan oleh pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran

Fizik.

1.3.3 Menilai tahap kesesuaian MPK Daya & Gerakan (Inersia , Momentum

Linear dan Kesan Daya &Impuls) yang dibina dari segi memenuhi

kurikulum sukatan pelajaran Fizik merentasi tempoh pengalaman

mengajar pada para guru Fizik.

1.3.4 Menilai sama ada wujudnya perbezaan status kesesuaian MPK Daya &

Gerakan (Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya &Impuls) yang

dibina merentasi jantina para guru fizik.

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

10

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, persoalan-persoalan yang dapat dipertimbangkan adalah

seperti berikut:

1.4.1 Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh para Guru

mata pelajaran Fizik ke atas MPK Daya & Gerakan (Inersia ,Momentum

Linear dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina menunjukkan ia sesuai

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik

Tingkatan 4?

1.4.2 Adakah Penilaian Formatif kelompak kecil (PFKK) oleh para guru ke

atas MPK Daya & Gerakan (Inersia ,Momentum Linear dan Kesan Daya

& Impuls) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran

dan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 ?

1.4.3 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian atas MPK Daya & Gerakan

(Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina

dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS)oleh para Guru

mata pelajaran Fizik merentasi tempoh pengalaman mengajar di

kalangan guru Fizik ?

1.4.4 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian atas MPK Daya & Gerakan

(Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina

dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh para Guru mata

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pembelajaran kendiri (mpk) bertajuk daya dan gerakan bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4

11

pelajaran Fizik merentasi tempoh pengalaman mengajar di kalangan guru

Fizik ?

1.4.5 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian atas MPK Daya & Gerakan

(Inersia , Momentum Linear Dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina

dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS)oleh para Guru mata

pelajaran Fizik merentasi jantina?

1.4.6 Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian atas MPK Daya & Gerakan

(Inersia , Momentum Linear dan Kesan Daya & Impuls) yang dibina

dalam Penilaian Formatif kelompok kecil (PFKK) oleh para Guru mata

pelajaran Fizik merentasi jantina ?