195836569 nilaikan peranan kuasa barat terhadap perubahan dan kesinambungan sistem ekonomi di asia...

22
Nilaikan peranan kuasa Barat terhadap perubahan dan kesinambungan sistem ekonomi di Asia Tenggara. 1.0 Pengenalan Istilah Asia Tenggara digunakan secara meluas semasa Perang Dunia Kedua.Negara-negara yang terdapat di Asia Tenggara merangkumi Indonesia, Burma, Laos, Tanah Melayu, Thailand, Filipina, Singapura, Brunei dan Kemboja. 1 Perkataan ekonomi pula berasal daripada gabungan kata Greek, iaitu ‘iokos’ dan ‘oikomia’ yang bermaksud segala tindakan yang berkaitan dengan pengedaran atau pengeluaran barangan ekonomi. Menurut J.L.Hanson dalam A Dictionary of Economics and Commerce, perkara yang berkaitan dengan ekonomi adalah mempunyai hubungan dengan perdagangan, kewangan serta faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal. 2 Sebelum kedatangan Barat, sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama yang dijalankan di Asia Tenggara. Kehadiran kuasa-kuasa Barat khususnya British, Belanda, Sepanyol dan Perancis membawa perubahan kepada ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.Ekonomi sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang dikendalikan bagi mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain bagi memenuhi keperluan hidup harian seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan lain-lain. Selepas kedatangan Barat, sistem ekonomi komersial mula diperkenalkan di negara-negara di Asia Tenggara. Kegiatan ekonomi bukan sahaja melibatkan aktiviti pertanian, malahan membabitkan aktiviti- aktiviti lain seperti perdagangan, perusahaan, perlombongan dan sebagainya. Hal ini bermakna, kegiatan ekonomi komersial bukan hanya untuk memenuhi keperluan cukup hidup sahaja namun, ia diperlukan 1 Kobkua Suwannathat Pian. (2003). Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Selangor: Dawama Sdn. Bhd. hlm. 8. 2 Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. (Edisi Kedua). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 131-132. 1

Upload: aisyahumairamuhammad

Post on 12-Jul-2016

49 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

Nilaikan peranan kuasa Barat terhadap perubahan dan kesinambungan sistem

ekonomi di Asia Tenggara.

1.0 Pengenalan

Istilah Asia Tenggara digunakan secara meluas semasa Perang Dunia Kedua.Negara-negara

yang terdapat di Asia Tenggara merangkumi Indonesia, Burma, Laos, Tanah Melayu,

Thailand, Filipina, Singapura, Brunei dan Kemboja.1 Perkataan ekonomi pula berasal

daripada gabungan kata Greek, iaitu ‘iokos’ dan ‘oikomia’ yang bermaksud segala tindakan

yang berkaitan dengan pengedaran atau pengeluaran barangan ekonomi. Menurut J.L.Hanson

dalam A Dictionary of Economics and Commerce, perkara yang berkaitan dengan ekonomi

adalah mempunyai hubungan dengan perdagangan, kewangan serta faktor-faktor pengeluaran

seperti tanah, buruh dan modal.2

Sebelum kedatangan Barat, sistem ekonomi sara diri merupakan amalan

ekonomi utama yang dijalankan di Asia Tenggara. Kehadiran kuasa-kuasa Barat

khususnya British, Belanda, Sepanyol dan Perancis membawa perubahan kepada

ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.Ekonomi sara diri bermaksud kegiatan

ekonomi yang dikendalikan bagi mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil

lain bagi memenuhi keperluan hidup harian seperti bercucuk tanam, menangkap ikan

dan lain-lain.

Selepas kedatangan Barat, sistem ekonomi komersial mula diperkenalkan di negara-

negara di Asia Tenggara. Kegiatan ekonomi bukan sahaja melibatkan aktiviti pertanian,

malahan membabitkan aktiviti-aktiviti lain seperti perdagangan, perusahaan, perlombongan

dan sebagainya. Hal ini bermakna, kegiatan ekonomi komersial bukan hanya untuk

memenuhi keperluan cukup hidup sahaja namun, ia diperlukan sebagai asas dalam pertukaran

dan penjualan barangan. Pengenalan ekonomi komersial oleh Barat menjadikan Barat

berkuasa ke atas ekonomi masyarakat tempatan. Mereka sewenang-wenangnya

mengaut segala kekayaan yang terdapat di Asia Tenggara. Motif utama mereka ialah

untuk membawa pulang hasil kekayaan di Asia Tenggara ke negara mereka. Mereka sangat

memerlukan bahan mentah seperti bijih timah untuk digunakan dalam perusahaan mereka di

Barat. Oleh sebab itu, pelbagai dasar atau polisi yang diamalkan oleh Barat sepanjang mereka

1Kobkua Suwannathat Pian. (2003). Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Selangor: Dawama Sdn. Bhd. hlm. 8.2 Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. (Edisi Kedua). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 131-132.

1

Page 2: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

menjajah Asia Tenggara. Faktorkonomi menjadi faktor dominan yang menyebabkan kuasa

Barat berlumba-lumba untuk berkuasa di Asia Tenggara seperti Sepanyol di Filipina,

Perancis di Indochina, Belanda di Indonesia dan lain-lain.

2.0 Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan dan Kesinambungan Sistem Ekonomi

di Asia Tenggara

2.1 Indonesia

Peranan kuasa barat dalam perubahan ekonomi di Indonesia dan kesinambungannyadapat

dilihat di dalam beberapa aspek seperti politik, sosial, kebudayaan, sistem pentadbiran,

pertanian, perdagangan dan pelaburan serta agama. Di Indonesia pada awalnya mengamalkan

sistem ekonomi sara diri. Sistem ekonomi sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan

untuk memenuhi keperluan sendiri. Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran, hasil tersebut

akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Sebahagian besar masyarakat Melayu

bergantung hidup melalui kegiatan pertanian, menternak binatang, menangkap ikan,

memungut hasil hutan dan berdagang secara kecil-kecilan. Selepas kedatangan barat mereka

telah memperkenalkan ekonomi komersial dan perdagangan antarabangsa kepada masyarakat

tempatan secara besar-besaran kerana modal yang besar. Oleh itu, pengeluaran secara besar-

besaran telah membolehkan kegiatan eksport dijalankan melalui perdagangan antarabangsa.

Selain itu, peranan kuasa barat dalam perubahan ekonomi di Indonesia adalah

dalam aspek pertanian. Belanda memperkenalkan kaedah Tanaman Paksa atau Dasar

Kultur yang diperkenalkan oleh Gabenor Van Den Bosch bertujuan menambah pengeluaran

kopi, gula dan getah. Belanda juga memperkenalkan dasar Liberalisme bagi menggantikan

dasar Kultur. Dasar Liberalisme bertujuan menjaga kebajikan rakyat dan memperbaiki taraf

hidup rakyat Indonesia. Malahan, dasar Liberalisme menggalakkan para pemodal

menguasai perniagaan dan membuka ladang-ladang besar di Sumatera, Sulawesi dan

Kalimantan.3 Akan tetapi, dasar ini memperlihatkan pengeksploitasian perniagaan oleh

para pemodal terhadap rakyat Indonesia. Seterusnya, Belanda memperkenalkan dasar

Etika bagi menggantikan dasar Liberalisme. Dasar Etika lebih bersifat perikemanusiaan

dan dasar ini berjaya dilaksanakan dan dapat memperluaskan sektor pertanian,

perlombongan dan perusahaan.

3M.C.Riclefs. (1981). A History Of Modern Indonesia. California: Stanford University Press. hlm. 326.

2

Page 3: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

Kedatangan Belanda di Indonesia juga membawa perubahan dalam aspek mata

wang. Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia menggunakan kaedah barter iaitu sistem

pertukaran barangan keperluan. Sistem ini diamalkan secara terun temurun lagi dan

mengalami sedikit perubahan apabila berlaku perdagangan melibatkan perdagangan

antarabangsa yang menggunakan sesuatu nilai barangan. Selepas kedatangan Belanda, pihak

Belanda telah memperkenalkan sistem mata wang euro di Indonesia bagi menggantikan

sistem barter.4Sistem mata wang ini diperkenalkan oleh Belanda untuk memudahkan urusan

perdagangan antarabangsa Indonesia. Sistem mata wang ini kekal sehingga kini dan mata

wang yang digunakan oleh Indonesia kini adalah rupiah.

Peranan kuasa barat dalam perubahan ekonomi di Indonesia juga dilihat dalam aspek

pelaburan dan perdagangan. Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia masih kurang

pelabur dan pedagang yang berdagang di Indonesia. Hal ini kerana, perdagangan di Indonesia

kurang mendapat tempat kerana masih menjalankan perdagangan kecil-kecilan. Selepas

kedatangan Belanda, Indonesia mula didatangi pelabur-pelabur besar Eropah yang melabur di

Indonesia. Belanda berjaya menarik pedagang dari Eropah untuk berdagang di Indonesia.5

Hal ini memajukan ekonomi Indonesia secara tidak langsung. Kedatangan pelabur besar

menyebabkan tertubuhnya bank-bank di Indonesia seperti Bank Indonesia bagi mengawal

pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menjaga pelaburan pelabur-pelabur besar Eropah.

2.2 Filipina

Kemasukan kuasa Barat iaitu Sepanyol ke Filipina membawa kepada perkembangan dan

perubahan dari segi ekonomi. Sebelum kedatangan kuasa Barat, Filipina menjalankan

kegiatan ekonomi secara warisan iaitu turun-temurun kerana masyarakatnya adalah

primitif.6 Hal ini bermaksud, tanah di Filipina bukan hak milik perseorangan tetapi

adalah hak milik masyarakat. Setiap individu diberi petak-petak tanah yang

diusahakan dan mereka bertanggungjawab menjaga tanaman yang ditanam sehingga

dapat mengeluarkan hasil. Oleh itu, setiap barangay akan mengeluarkan bahan makanan

yang sekadar cukup untuk keperluan sendiri. Tanaman padi merupakan tanaman utama. Di

4Ibid. hlm. 328.5D.G.E Hall. (1984). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 291.6Harrison, Brian. (1996). Asia Tenggara Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 151.

3

Page 4: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

samping itu, mereka juga menjalankan kegiatan ekonomi di rumah seperti membuat anting-

anting, bertenun dan mencelup kain.7

Selepas kedatangan Sepanyol, Filipina diperkenalkan dengan sistem

ecomienda.8Ecomienda bermaksud sebuah kawasan atau daerah yang termasuk dengan

penduduk serta hasilnya yang telah dianugerahkan oleh Raja Sepanyol kepada

conquistadore dan penjajah-penjajah Sepanyol. Ianya adalah sebagai hadiah atas

perkhidmatan mereka kepada kerajaan Sepanyol kerana berjaya menakluki kawasan

takluknya.9 Terdapat dua jenis ecomienda iaitu yang dimiliki raja dan orang persendirian.

Ecomienda yang pertama diberikan kepada Legazpi di Cebu pada tahun 1571. Dengan

pengenalan sistem ecomiendasecara tidak langsung telah mengubah pemilikan tanah kepada

orang Sepanyol iaitu penjajah atau juga lebih dikenali sebagai ecomendaro. Tujuannya adalah

untuk mengambil jalan tengah di antara menjaga hak-hak orang Filipina dan dalam masa

yang sama menentukan keuntungan kepada orang Sepanyol. Ecomendaro berhak mengutip

ufti atau cukai daripada orang Filipina yang tinggal di kawasannya.10

Kewujudan perdagangan dunia menyebabkan Filipina mengalami kemajuan

dalam pertanian, perdagangan dan perusahaan sehingga menaikkan taraf hidup

masyarakat Filipina. Namun, tidak semua masyarakat Filipina merasai kenikmatan dalam

kemajuan taraf hidup kerana hanya golongan bangsawan sahaja yang dapat menikmati

kemajuan tersebut. Golongan petani serta rakyat biasa ditindas dan mereka dikerah untuk

mengerjakan tanah-tanah di setiap ecomienda.11Peranan Sepanyol terhadap perubahan

ekonomi di Filipina adalah apabila Sepanyol memperkenalkan sistem tanaman baru dari

Amerika iaitu tanaman keledek. Tanaman lain juga diusahakan seperti tebu, kopi dan

tembakau. Tanaman tersebut telah menjadi tanaman utama eksport. Di samping itu,

pertumbuhan pengeluaran tebu berlaku dengan pesat selepas pembukaan Manila kepada

pelabuhan entrepot bagi kawasan Timur Jauh. Hal ini demikian kerana, peranan Manila

7D.W., Fryer. (1986). Asia Tenggara yang Sedang Membangun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 183.8Menurut G.F., Zaide. (1972), sistem ecomienda bermula di negeri Sepanyol Baharu pada tahun 1536 dan telah digunakan diseluruh Kepulauan Hindia. Orang yang memiliki ecomienda dinamakan ecomendaro. Dr. Wilhelm Roscher dalam penulisan Gregorio F. Zaide menyatakan hak memiliki sebuah ecomienda dianugerahkan dari semasa ke semasa untuk selama dua keturunan kecuali di negeri Sepanyol Baharu. Zaide, Gregoria F. (1972). Sejarah Politik danKebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 247.9Harrison, Brian. (1996). Asia Tenggara Satu Sejarah Ringkas. hlm. 151.10G.F.,Zaide.(1972). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina.hlm. 248.11Ibid. hlm. 254.

4

Page 5: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

adalah sebagai ‘orang tengah’ antara negara China dan tanah jajahan Sepanyol di Amerika.12

Peningkatan pertumbuhan tanaman tebu dapat dilihat apabila wujud banyak kebun tebu di

Panay dan kepulauan Negros pada tahun 1840. Keamanan dan keuntungan yang dilihat di

Manila juga telah menarik ramai pedagang terutama dari China untuk terus berdagang di

sana. Perkembangan dalam sektor pertanian ini telah membawa kepada penurunan teknologi

Barat ke Filipina. Akibat daripada perkembangan tersebut, Sepanyol telah menubuhkan bank-

bank di Filipina, antaranya, Bank Banco Espanol-Filipino.13

Seterusnya, penjajahan Sepanyol ke atas Filipina juga telah menyebabkan negara

tersebut diperkenalkan dengan sistem ufti atau cukai (tributo) dari zaman Legazpi

sehingga tahun 1884.14 Pada mulanya, kadar cukai yang dikenakan hanyalah lapan reale

bagi setiap keluarga. Cukai tersebut boleh dibayar dengan wang tunai atau dibayar dengan

bentuk barangan yang berharga sepadan dengan nilainya. Pada tahun 1602 sehingga tahun

1851, kadar cukai telah dinaikkan masing-masing sepuluh reale dan seterusnya menjadi dua

belas reale.15 Cukai yang tinggi juga dikenakan ke atas barang-barang keperluan hidup seperti

beras, gula, garam, tepung dan lain-lain. Namun demikian, bagi barangan mewah, cukainya

agak rendah. Hal ini telah menyebabkan golongan miskin telah ditindas melalui cukai-cukai

pemerasan ini. Penduduk terpaksa membayar cukai terhadap perbelanjaan pentadbiran

pegawai Sepanyol seperti perbelanjaan untuk kempen-kempen melawan orang-orang Moro.16

Perubahan dan kesinambungan ekonomi di Asia Tenggara yang dibawa oleh Barat

terutamanya Sepanyol di Filipina telah membawa kepada perubahan yang mendalam dari

segi ekonominya apabila Sepanyol memperkenalkan sistem perhubungan dan

infrastruktur. Di Filipina, pembinaan jalan kereta api oleh Sepanyol di Manila telah

mengubah prestasi ekonomi negara tersebut. Hal ini demikian kerana, dengan pembinaan

jalan kereta api tersebut, jarak perjalanan antara negara Sepanyol dan Filipina lebih dekat.

Hal ini dikatakan demikian kerana, Terusan Suez yang dibuka pada 17 November 1869 oleh

seorang Perancis, Ferdinand de Lesseps yang menyambungkan Laut Merah dengan Laut

Mediterranean, dari Eropah ke Timur telah memendekkan jarak perjalanan antara negara

Barat dengan negara di Asia.17 Hal ini menyebabkan ramai orang Sepanyol datang ke

12Harrison, Brian. (1996). Asia Tenggara Satu Sejarah Ringkas. hlm. 152.13G.F., Zaide. (1972). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. hlm. 94.14Ibid. hlm. 250.15Ibid. hlm. 251.16Ibid. hlm. 251.17Koen Auwjong, Peng dan Sugiantoro, R.B. (2008). Perang Eropa Jilid l. Jakarta: Penerbit Buku Kompas Amazon. hlm. 177.

5

Page 6: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

Filipina kerana kemudahan pengembaraan dan perhubungan selain daripada untuk mengaut

keuntungan ekonomi di negara tersebut. Selain itu, sistem telegraf juga di perkenalkan pada

tahun 1873. Hal ini bertujuan untuk memudahkan lagi sistem ekonomi yang dijalankan di

Filipina oleh Sepanyol berjalan dengan lancar. Perkhidmatan ini telah diperkenalkan oleh

Sepanyol sejak tahun 1767 lagi.18Oleh hal yang demikian, kemajuan ini telah merubah

kedudukan ekonomi dan menaikkan sistem ekonomi di Filipina.

Dengan itu, jelaslah, peranan kuasa Barat terutama Sepanyol di Filipina telah

membawa kepada perubahan dan kesinambungan sistem ekonomi di Filipina. Hal ini

dikatakan demikian kerana pelbagai perubahan yang dibuat oleh Sepanyol di Filipina sedikit

sebanyak telah merubah gaya ekonomi di Filipina dari segi pertanian, perdagangan, cara

hidup masyarakat serta infrastruktur dan perhubungan di Filipina.

2.3 Thailand

Negara Thailand lebih dikenali sebagai Siam yang dianggap sebagai sebuah negara

yang statis kerana sistem politik dan pentadbirannya diwarisi daripada Sukhotai dan

Ayuthiya.19 Kemudian, negara Thailand diperintah oleh Taksin dan dinasti Chakri sekitar

abad ke 18. Sebelum kedatangan barat, negara Thailand menjalankan ekonomi bercorak

tradisional sebagai memenuhi keperluan asas. Thailand menjalankan aktiviti penanaman padi

di kawasan yang subur iaitu di Dataran Bangkok atau Lembah Menam Chao Phraya. Di

negara Thai, kawasan pertanian dikenali sebagai tamrai iaitu pertanian pindah. Oleh kerana

penduduk Thai pada masa tersebut tidak dapat ditentukan dengan bilangan yang tepat,

dianggarkan penempatan berselerak berlaku di seluruh negara. Penempatan tersebut hanya

mengerjakan pertanian sara diri. Sistem pertanian yang dijalankan juga adalah secara kecil-

kecilan yang lebih dikenali sebagai pertanian pindah. Ia diamalkan secara nomad di kawasan

pedalaman dan kawasan berbukit. Terdapat juga hasil tanaman lain seperti kapas, tembakau,

sutera, tebu dan buah-buahan.20

Bagaimanapun, kemunculan kuasa Barat telah mengubah sedikit sebanyak sistem

ekonomi yang wujud di Thailand pada masa tersebut. Perubahan yang berlaku adalah tanpa

sebarang penjajahan daripada pihak Barat. Pihak Barat bersama negara Thailand telah 18Ibid. hlm. 70.19Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 8. 20Ibid. hlm. 13.

6

Page 7: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

menandatangani perjanjian-perjanjian yang melibatkan faktor ekonomi antaranya ialah

Perjanjian Burney 1826 ditandatangani oleh Raja Rama III bersama Kapten Henry Burney.

Kemudian, Perjanjian Bowring 1855 pula ditandatangani antara Raja Mongkut bersama Sir

John Bowring. Perjanjian-perjanjian ini yang membawa kepada buka pintu yang memberikan

hak wilayah asingan kepada British.21 Thailand turut mengambil peluang berbaik-baik dengan

kuasa Barat bagi memastikan pembaharuan dalam sistem ekonominya dapat dilaksanakan.

Selepas era kedatangan Barat ini, sistem ekonomi Thailand telah berubah menjadi

dwiekonomi iaitu ekonomi komersial dan ekonomi sara diri digabungkan. 22 hal ini kerana

dwiekonomi merupakan satu kegiatan ekonomi yang berorientasikan pasaran atau eksport

dan juga berbentuk sara diri. Perkembangan pesat sektor pertanian, perlombongan dan

perdagangan sepanjang abad ke 19, menjadikan Thailand sebahagian daripada pembekal

bahan mentah utama bagi industri di negara-negara Barat.23 Ketika pemerintahan Rama III,

sedikit pembaharuan telah dilakukan iaitu memperkenalkan sistem cukai baru. Cukai

perjudian, cukai keatas enam jenis barang yang dilarang, cukai loteri, cukai lada, cukai

daging dan ikan kering, cukai tembakau dan banyak lagi.24 Pengutipan cukai tersebut adalah

untuk menampung pembayaran cukai ke dalam bentuk matawang tunai yang mampu

mengurangkan beban kerajaan.25 Tambahan, hal ini telah menukarkan sistem ekonomi barter

kepada sistem ekonomi wang tunai secara perlahan-lahan.

Ekonomi di Thailand telah banyak mengalami perubahan apabila Perjanjian Bowring

1855 ditandatangani oleh Rama IV iaitu Raja Mongkut. Hal ini kerana Thailand telah

membuka pelabuhannya menjadi ekonomi bebas atau leissez faire.26 Sistem percukaian turut

dikurangkan kepada 3 %, membenarkan import candu tanpa cukai dan orang-orang British

juga dibenarkan memiliki tanah di Bangkok.27 Mongkut telah membuka pintu kepada

pengaruh-pengaruh Eropah dengan memberikan pengakuan diplomatik yang penuh kepada

semua negara Barat.

Ketika pemerintahan Mongkut, beras telah menjadi bahan perniagaan yang diperlukan

untuk dieksport. Tambahan lagi, terusan juga dibina untuk memudahkan aktiviti penanaman 21Abdullah Zakaria Ghazali et. al.( 2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963 (Edisi Kedua). Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 189.22D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm. 567.23Ibid. hlm.568.24Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 149.25Ibid.150.26Ibid. 176.27D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara.hlm. 817.

7

Page 8: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

padi. Pada masa tersebut, Thailand telah mengesport padi ke negara-negara luar. Beras telah

menjadi bahan eksport utama di negara Thai di mana padi banyak diusahakan di Delta

Menam Chao Phraya, Dataran Tengan dan Korat.28 Thailand telah mengurangkan cukai tanah

sawah dan meninggikan harga beras di pasaran negeri. Hal ini dilaksanakan untuk

menggalakkan penanaman padi dengan lebih banyak.29 Mongkut juga telah membina kilang

duit pada tahun 1860 untuk membantu perkembangan perniagaan yang berjalan di Thailand.30

Selain itu, Thailand juga mengeksport kayu jati ke negara Barat sebanyak ½ juta Bath

dalam masa setahun. Manakala, British juga telah memperkenalkan beberapa teknologi baru

untuk perlombongan iaitu penggunaan kapal korek. Penggunaan kapal korek dan cara hidraul

ini secara keseluruhannya milik syarikat-syarikat Eropah untuk menjalankan perlombongan

di Siam. Hal ini kerana, Thailand juga merupakan salah sebuah negara pembekal bijih timah

di Eropah.31 Mereka turut melaburkan modal yang besar untuk perlombongan bijih timah.

Pelabur Cina juga telah menggunakan teknologi pam rantai atau chia-chia dalam sektor

perlombongan di negara tersebut. Perlombongan dijalankan di Ranong dan Pulau Phuket.

Selain itu, landasan keretapi juga dibina sepanjang 70 batu di utara Bangkok.32 Jalan

keretapi dibina atas kesedaran Chulalongkorn kerana menyedari bahawa Thailand tidak

mempunyai sebarang jalan untuk mengangkut bahan mentah apabila tiba musim hujan.

Akhirnya, Chulalongkorn menubuhkan Jabatan Keretapi Diraja 1892 di bawah kontraktor

Inggeris. Langsungan itu, Chulalongkorn juga turut membuat pemulihan infrastruktur dengan

memulih pos, telekom, media massa agar Siam dapat menjadi setanding dengan pihak

Barat.33

Disamping itu, perusahaan tebu turut dijalankan oleh masyarakat Thailand. Makhon

Chaisi, Bangplasoi, Paedriu dan Bangplakong merupakan wilayah penanaman tebu di daerah

Siam. Lebihan gula yang dihasilkan dieksport ke negara China, India dan Eropah. Sambutan

yang memberangsangkan diterima daripada Amerika Syarikat. Tambahan, terdapat beberapa

buah firma asing yang mula masuk ke Thailand menjelang tahun 1860 dan membuka ladang

di sekitar Bangkok, Cholburi dan di Nakhon Pathom. Mereka juga turut mengusahakan

aktiviti ekonomi lain untuk dikomersialkan. Antaranya ialah lada hitam dan tembakau. Hal 28Ibid.hlm.818.29Kobkua Suwannathta-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. hlm. 177.30Ibid. 178.31Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963 (Edisi Kedua). hlm. 323.32D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm. 826.33Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. hlm. 202.

8

Page 9: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

ini kerana Thailand merupakan antara pengeksport lada hitam di seluruh Indo-China.

Perladangan lada hitam diusahakan di Chantaburi dan Tangyai.

2.4 Burma

Bermula pada tahun 1824 hingga tahun 1886, dan selepas tiga kali berperang (atau diserang),

Burma terpaksa akur kepada imperialisme British dan pada 1 Januari 1886 dengan rasminya

seluruh Burma diisytiharkan sebagai sebahagian empayar British-India.34 Penaklukan Burma

oleh British menamatkan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun

1752. Semasa di bawah penjajahan British, Burma mengalami perubahan dari pelbagai aspek

khasnya aspek ekonomi yang bertukar kepada ekonomi komersial. Hal ini kerana, sebelum

kedatangan kuasa Barat iaitu British, Burma mengamalkan ekonomi yang berbentuk sara diri.

Kegiatan yang dijalankan meliputi aktiviti pertanian yang merangkumi pelbagai jenis

tanaman, aktiviti perlombongan dan juga perhutanan.

Di Burma, aktiviti pertanian merupakan nadi ekonomi negara dan petani di desa

menjadi asas masyarakat semasa. Antara tanaman yang diusahakan ialah padi, sekoi, sayur-

sayuran, tembakau, jagung, dan kapas. Padi menjadi tanaman utama kerana beras merupakan

makanan ruji bagi masyarakat Burma. Aktiviti sara diri juga telah membekalkan keperluan

penduduk Burma secukupnya dan Burma tidak memerlukan bantuan dari luar. Atas sebab

inilah yang mendorong beras dari hilir Burma dihantar ke hulu Burma bagi mengekalkan

pembekalan beras sentiasa mencukupi dan murah. Jadi, bagi menjamin keperluan ini

mencukupi raja-raja Burma mengharamkan beras dieksport ke luar negara.

Selepas kedatangan kuasa Barat, British telah memainkan peranan dalam memajukan

sektor pertanian di Burma. Sektor pertanian khususnya tanaman padi menguasai lebih 70

peratus tanah pertanian dan menjadi hasil utama yang menyumbang kepada kemakmuran

ekonomi penjajah. Antara kawasan penting yang menghasilkan padi ialah Burma Hulu, Zon

Kering, Prome dan Tougoo di Lembah Sittang, Arakan, Tenasserim dan delta Irrawaddy.

Pertumbuhan industri padi di delta Irrawaddy sejak tahun 1852 memang mengagumkan.35

Hal ini kerana, pada tahun 188, terdapat 700 000 ekar tanah sawah dan keluasan ini

meningkat kepada enam juta ekar pada tahun 1906. Peranan kerajaan dalam memajukan 34Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 199.35Adas, Michael. (1974). The Burma Delta: Economic Development and Social Change on an Asian Rice Frontier, 1852-1941. Madison: University of Wisconsin Pree. hlm. 3.

9

Page 10: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

sektor pertanian ini ialah dengan membina sistem pengairan seperti meluruskan sungai,

membesarkan empangan, terusan dan tangki air untuk pertanian. British juga telah membina

jalan raya dan jalan kereta api yang membantu menguntungkan penanaman padi. Pembinaan

landasan kereta api bermula pada tahun 1870-an. Namun, pertumbuhan industri padi di

Burma banyak bergantung pada modal swasta (kapitalis asing dan tempatan), para petani

tempatan dan buruh tempatan serta buruh India. Selain itu, Syarikat Irrawady Flotilla turut

memberi khidmat mengangkut padi dan barangan lain dengan lebih murah dan cekap tetapi

masih memberi keuntungan yang besar. Di Shan pula, pentadbiran penjajah memperkenalkan

tanaman baharu seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai dengan iklim sederhana,

dan menjadikan negeri Shan pembekal utama hasil pertanian seperti kubis kepada Myanmar

pusat.36

Selain itu, migrasi penduduk turut menyebabkan berkembangnya pertanian padi.

Migrasi ini juga disebabkan oleh galakan British. Penduduk Burma dari serata tempat seperti

Arakan, Tenasserim dan Burma Hulu serta imigran dari India melakukan penghijrahan ke

kawasan delta untuk meneroka tanah baharu. Tambahan pula, kawasan delta mempunyai

penduduk yang sedikit. Di Arakan pula, tanah seluas 931 000 ekar ditanam padi ekoran

pertambahan jumlah penduduk pada tahun 1870-an. Kebergantungan ekonomi penjajah

terhadap pertanian padi menyebabkan Burma pada tahun 1931 mempunyai 6.6 juta pekerja

yang mana 66 peratus daripadanya terlibat dalam sektor pertanian. Buktinya, sehingga tahun

1941, pertanian di Burma menyumbang lebih daripada 50 peratus hasil eksport yang mana

sebahagian besar daripadanya ialah padi, kacang, kapas, kacang tanah, buah-buahan dan

sayur, getah serta kulit haiwan. Burma juga berperanan memenuhi keperluan beras untuk

India dan Negeri-negeri Selat di samping menjadi pasaran barangan industri dari India dan

Britain.

Seterusnya, peranan British juga dapat dilihat dari aspek perlombongan. Sumber

galian seperti minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja Burma lagi.

Telaga-telaga minyak banyak dihasilkan di Yenangyaung dan Chauk. Minyak yang

dihasilkan di Yenangyaung dijual terus kepada pengedar setelah diangkut ke jeti di tebing

Sungai Irrawaddy. Terdapat sebuah syarikat British yang menjadi wakil membeli minyak

untuk dijual ke London bagi dijadikan minyak pelincir. Minyak dari Yenangyaung ini

mempunyai pelbagai kegunaan seperti dijadikan bahan bakar, untuk pembinaan rumah dan

sebagai ubat penyakit kulit. Minyak pelincir untuk pembinaan rumah bertujuan mengelakkan 36Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. hlm. 268.

10

Page 11: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

serangan anai-anai. Selain itu, pengeluaran minyak di kawasan ini juga dimonopoli oleh

syarikat-syarikat Eropah iaitu Burmah Oil, British Burma Petroleum dan Burma Shell.

Burmah Oil Company ditubuhkan oleh British pada tahun 1886 di Rangoon apabila melihat

potensi Yenangyaung yang mempunyai hasil minyak yang banyak.

Selain itu, Burman Corporation pula menguasai bidang perlombongan di Bawdwin

yang terletak berhampiran Lashio yang merupakan antara pengeluar terbesar plumbum dan

perak di dunia, di samping kuprum, nikel, emas dan tembaga.37 Syarikat-syarikat yang lebih

kecil pula mengusahakan lombong antimoni di Tavoy dan Mergui. Pada waktu ini orang yang

memonopoli sektor perlombongan adalah orang British. Hal ini kerana, orang British yang

menubuhkan syarikat perlombongan dan orang India juga ada yang bekerja dalam syarikat ini

serta ada yang bekerja di lombong-lombong sebagai kuli. Antara syarikat perlombongan

British yang ditubuhkan selepas 1900 ialah Indo-Burma Petroleum Compony, British Burma

Petroleum Company dan Nath Singh Oil Company.

Peranan British dalam memajukan ekonomi Burma juga dapat dilihat dalam sektor

pembalakan. Kayu jati merupakan salah satu penggerak penjajahan British di Burma dari segi

ekonomi. Kayu jati diperlukan untuk pembinaan kapal serta binaan malah ia merupakan

sumber hasil bumi yang paling dihargai oleh masyarakat Burma kerana nilai komersialnya

yang lebih tinggi berbanding beras yang tidak boleh dieksport akibat polisi kerajaan Burma.

Kayu jati Burma juga mendapat permintan yang tinggi di luar negara kerana mutunya yang

tinggi dan harganya yang murah. Perusahaan kayu jati Burma kemudiannya telah

berkembang apabila perusahaan tersebut diambil alih oleh firma-firma British. Antara tahun

1830 dan 1852, lebih daripada 100 buah kapal dengan jumlah 30 000 tan kayu jati diambil di

Burma khususnya di Moulmein.

Kayu jati banyak terdapat di kawasan Tenasserim dan menjelang 1830-an, perusahaan

kayu jati berkembang sehingga menjadi sumber kekayaan yang paling utama di daerah ini.

Pada tahun 1941, Burma telah megeluarkan kira-kira ¾ eksport kayu jati dunia iaitu sebanyak

400 000 tan. Hakikatnya hasil pendapatan daripada jualan kayu jati Burma ini merupakan hak

milik British setelah dieksploitasi sepenuhnya oleh mereka. Namun, keadaan ini telah

membawa kepada perkembangan perusahaan mengilang papan dan membina kapal yang

telah dipergiatkan lagi selepas 1847 apabila Jabatan Laksamana British ditubuhkan dan

mengawal aktiviti pembalakan kayu jati. Namun menjelang tahun 1850-an, banyak hutan

37Ibid. hlm. 256.

11

Page 12: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

telah musnah dan British telah menubuhkan Jabatan Perhutanan pada 1856 untuk merangka

satu kaedah bagi pengawalan aktiviti pembalakan.

Sektor ekonomi yang diusahakan oleh British ini membawa kesinambungan kepada

Burma pada abad-abad seterusnya di mana sektor ekonomi yang diperkenalkan dimajukan

dan membawa keuntungan yang lebih besar. Malah, kawasan-kawasan di Burma juga

berubah wajah. Buktinya, Yangon yang mempunyai hubungan perdagangan dengan India

menjadi pintu utama kegiatan eksport dan import Myanmar. Dari segi eksport, India menjadi

pembeli utama barangan seperti hasil perikanan, padi, getah dan kayu jati. Manakala, dari

segi import, India membekalkan hasil susu, tepung, sayuran, tekstil dan pelbagai jenis logam.

Selain itu, Yangon yang mempunyai terlalu ramai orang India yang terdiri daripada buruh,

peminjam wang, pengusaha, kontraktor dan individu yang mengambil kesempatan dalam

spekulasi tanah menyebabkan Yangon bertukar wajah lebih mirip kepada sebuah di India.

Malah, menurut seorang penulis Myanmar, sesorang yang ingin menggunakan pengangkutan

awam di Yangon mesti mempunyai sedikit kebolehan berbahasa Tamil. Jadi, kedatangan

kuasa Barat ke Burma sememangnya telah membawa perubahan kepada sistem ekonomi di

Burma.

2.6 Indochina (Vietnam,Kemboja, dan Laos)

Kemasukan Perancis ke Indochina telah mengubah sistem ekonomi di Vietnam, Kemboja,

dan Laos. Sistem ekonomi di negara-negara Indochina sebelum kedatangan Perancis adalah

bercorak sara diri. Selepas kedatangan Perancis sistem ekonomi di Indochina beralih kepada

ekonomi bersifat komersial.Vietnam dikuasai sepenuhnya Perancis pada tahun 1885.

Vietnam mula mengalami perubahan ekonominya apabila angkatan tentera laut

Perancis menguasai sebahagian Cochin-China dan Bandar Saigon antara tahun 1859 hingga

1886. Penguasaan ini banyak memberi kepentingan ekonomi kepada Perancis dari segi

bahan-bahan perdagangan seperti kapas, sutera, gula, beras dan kayu kayan. Hal ini demikian

kerana, kedudukan Vietnam yang berhampiran dengan pintu masuk China dan mudah untuk

mendapatkan bahan mentah dan mendapat pasaran yang baik bagi Perancis.38

38Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. hlm. 87.

12

Page 13: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

Kepentingan-kepentingan Perancis telah meresap hampir kesemua sektor-sektor

ekonomi Vietnam. Antaranya ialahpertanian, perlombongan logam dan industri getah. Kesan

daripada pemerintahan Perancis ke atas ekonomi Vietnam tidak mengubah corak pertanian.

Contohnya, di Vietnam semasa pendudukan Perancis golongan petani masih merupakan 85

hingga 90 peratus daripada jumlah penduduknya. Di Tonkin dan Annam walaupun terdapat

perubahan dari segi ekonomi yang dibawa Perancis, penduduknya masih mengusahakan

tanah mereka sendiri. Di Chochinchina terdapat tanah berlebihan, projek-projek menebus

guna semula tanah yang besar-besaran dijalankan. Tanah-tanah ini ditumpukan kepada estet

yang besar yang dikhaskan untuk pengeluaran padi.

Walau bagaimanapun, nasib petani sangat menyedihkan di Tonkin, Annam dan

Chochinchina. Cukai yang tinggi merupakan faktor yang menyebabkan tuan-tuan punya

terpaksa menjual atau menggadaikan tanah mereka. Di samping, pinjaman wang dengan

kadar bunga yang tinggi menghasilkan satu sistem edaran perhutangan luar bandar.

Perubahan monopoli kerajaan ke atas pembelian dan pengagihan arak, candu dan garam

menyebabkan ramai penduduk kampung kehilangan pekerjaan sampingan mereka.39

Perancis telah memperkenalkan teknologi moden dalam pertanian dan perlombongan.

Pelbagai teknologi baru telah diperkenalkan dan digunapakai untuk memaksimumkan hasil

pengeluaran pertanian dan perlombongan. Hal ini membolehkan kerja-kerja ini dilakukan

dengan cekap dan lebih menguntungkan. Oleh itu, Perancis juga telah membawa masuk

buruh-buruh luar untuk berkerja di ladang atau lombong. Orang-orang Cina telah diambil

bekerja dalam bidang perusahaan getah dan perlombongan. Mereka telah menggunakan

kaedah tertentu dalam bidang perlombongan untuk mendapatkan hasil yang banyak.

Antaranya, mereka menggunakan pam chia-chia yang digerakkan oleh roda air. Malah, orang

Cina juga menggunakan perlombongan Hidraul dan kapal korek.40

Selain itu, Perancis berperanan untuk memajukan sistem pengangkutan dan

perhubungan jalanraya, jalan kereta api dan telegraf. Kemudahan jalan raya dan kereta api

memudahkan penghantaran bahan mentah dari ladang dan lombong untuk dibawa ke kilang.

Ia juga dapat memudahkan penghantaran ke pelabuhan untuk dieksport. Bagi memastikan

rancangan ekonomi di Indochina berjalan lancar, rangkaian jalan pengangkutan darat dibina

pada 1881 di Cochin China dan Thonkin pada 1890. Namun, mulai 1895 pembinaan jalan

39G.M.Kahim. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Percetakan Adabi Sdn. Bhd. hlm. 496-497.40Abu Talib Ahmad. (1990). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm. 88.

13

Page 14: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

kereta api dibina bertujuan mengangkut hasil ke pelabuhan utama. Malah, perhubungan

seperti telegraf dan pos juga memudahkan urusan perdagangan antarabangsa dengan lebih

pantas.41

Di Laos dan Kemboja, terdapat pelbagai faktor yang mendorong Perancis untuk

meluaskan kekuasaannya. Kemboja merupakan negara yang mengamalkan sistem pewarisan

takhta atau sistem monarki. Pada sekitar abad ke 19, Kemboja diperintah oleh Raja Norodom

iaitu anak kepada Ang Duong yang pernah menjalinkan hubungan yang baik dengan

Perancis. Kemboja dianggap batu loncatan oleh Perancis untuk menyekat pengaruh dan

ancaman British serta Siam ke atas penduduk Perancis di Vietnam. Perancis juga mengambil

kesempatan untuk mengeksploitasi hasil ekonomi Kemboja sebagai tanah jajahannya.

Antara faktor dan sebab Perancis mula memasuki Laos dan Kemboja ialah untuk

mencari jalan perdagangan baru. Perancis pada masa itu ingin mendapatkan Sungai Mekong

untuk dijadikan sebagai jalan perdagangan yang sesuai untuk menyambungkan Saigon

dengan Yunnan di China.42 Sungai Mekong membentuk sebahagian besar dari sempadan

dengan Thailand, rangkaian pergunungan dari Banjaran Annam membentuk sebahagian besar

sempadan di bahagian timur Laos dengan Vietnam. Laos terletak di tepi Sungai Mekong

(kecuali Xieng Khouang, Savavane dan Attopeu). Pada ketika itu, kebanyakan hasil bumi dan

aktiviti perikanan adalah tertumpu di Sungai Mekong.

Selepas kedatangan Perancis, pemodal-pemodal Perancis telah membuka lombong

bagi mengeksploitasi sumber ekonomi secara besar-besaran. Kemunculan sekumpulan ahli

parlimen Perancis yang dikenali sebagai kumpulan kolonial menyebabkan urusan pentadbiran

tanah jajahan mula dipindahkan kepada pihak awam. Sebelum kedatanganPerancis,

pemilikan tanah merupakan sesuatu yang asing kerana harta tanah merupakan milik bersama

dan mereka menjalankan aktiviti tersebut di atas tanah milik bersama.43Tanah jajahan

contohnya di Kemboja diperolehi kerana kepentingan saudagar dan pengusaha. Ini kerana

para pengusaha Perancis telah bergiat mengeksploitasi sumber alam dan tenaga manusia

dengan pembukaan kawasan pertanian dan perlombongan. Pembinaaan terusan dan saliran air

41Ibid. hlm. 87.42Stuart-Fox, Martin. (1997). A History of Laos. United Kingdom: The Press Syndicate Of The University Of Cambridge. hlm. 116.43 Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. hlm. 133.

14

Page 15: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

oleh Perancis telah menyebabkan munculnya banyak petempatan baru yang melibatkan

pengusaha pertanian padi dan jagung khususnya di daerah Delta Mekong.44

Sebelum ini aktiviti perikanan di Sungai Mekong disewakan oleh raja kepada mereka

yang kaya terutamanya orang Cina yang kemudiannya menyewakannya kepada orang lain.

Sejak tahun 1884, pentadbiran Perancis mengenakan kawalan ke atas aktiviti pemajakan.

Sistem bayaran pendahuluan bagi kegunaan bersama telah diperkenalkan dan dalam tahun

1890 diadakan perkhidmatan perhutanan.45 Walau bagaimanapun, eksploitasi ekonomi oleh

Perancis tidak menyebabkan banyak gangguan terhadap kehidupan sosial dan ekonomi rakyat

Kemboja yang majoritinya adalah penanam padi. Sungai Mekong adalah kawasan sumber

makanan dan buruh yang mampu mengeluarkan bekalan makanan yang banyak seperti beras

yang menjadi eksport utama di Tanah Besar.

Perancis memperkenalkan sistem ekonomi yang jauh berlainan daripada yang

diamalkan oleh penduduk di Kemboja dan Laos. Mereka membawa satu konsep

perekonomian yang baru dalam pelbagai bidang sama ada perbankan, pertanian, kerahan

tenaga, monopoli dan sebagainya. Ekonomi komersial ini bermakna kegiatan ekonomi yang

bukan hanya tertumpu kepada keperluan hidup semata-mata tetapi sebagai asas dalam

pertukaran atau perjualan barangan.46 Kemboja dan Laos juga merupakan negara yang kaya

dengan kapas, sutera, gula dan juga hasil kayuan. Bagi merancakkan pembangunan ekonomi

dan infrastuktur, buruh-buruh dari China dan India dibawa masuk untuk membina jalan

keretapi dan juga sekolah.

Perancis juga memperkenalkan cara saintifik dalam bidang pertanian. Langkah yang

diambil oleh Perancis adalah mengairi kawasan selatan dan barat sungai Bassac atau dikenali

sebagai Trans-Bassac untuk tujuan penanaman padi. Ekoran itu, berlaku perkembangan

ketara dalam perusahaan beras di Kemboja dan Laos di mana negara Indochina ini menjadi

pengeksport beras terbesar di dunia dengan menyediakan 40% dari jumlah bekalan beras

dunia. Hal ini juga dipengaruhi dengan faktor hilir yang mempunyai potensi sebagai kawasan

penanaman padi disebabkan faktor tanahnya yang sesuai dan bekalan air yang banyak.

Tambahan pula, tanaman padi berkembang disebabkan oleh pemerintahan Perancis yang

44Wan Abdul Rahman Latif. (2001). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 304.45Devillers, Philippe. (1988). Sejarah Indo-China Moden, Perkembangan sosiopolitik hingga abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 34. 46Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. hlm. 141.

15

Page 16: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

memberi galakan seperti jaminan keselamatan kepada petani, menyediakan pasaran luar

untuk hasil keluaran mereka, dan menetapkan syarat mudah bagi mendapatkan pinjaman.

Selain itu, terdapatnya kemudahan pengangkutan moden bagi mengangkut hasil pengeluaran.

Tanaman getah turut diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah kewangan Perancis di

mana getah jenis Hervear Brasiliensis diperkenalkan oleh Raoul di Saigon. Pada 1897,

sebanyak 2000 anak benih pokok getah ditanam di Taman Botanical. Lada hitam juga

ditanam di Kemboja namun, atas galakan penurunan takrif import Perancis pada 1819

sehingga 1892 menyebabkan Perancis membuka pasaran ini di tempatnya kerana lada hitam

menjadi keperluan utama masyarakat Eropah. Terdapat beberapa lagi faktor lain yang

mempengaruhi sistem ekonomi kormersial dalam aspek pertanian kerana berlakunya

pertambahan permintaan di pasaran Eropah dan di Asia Tenggara, pertambahan penduduk,

pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 dan penggunaan jalan air untuk mengeksport

beras menggunakan kapal wap. Manakala aktiviti perdagangan berkembang semakin pesat

dengan adanya kuasa barat yang datang untuk berdagang dalam bentuk perdagangan

persendirian dan berkumpulan yang kemudiannya menjadi fenomena baru yang menjadi

punca ekonomi mayarakat di Kemboja.47Buruh-buruh bergaji juga muncul yang kemudiannya

diperlukan dalam jumlah kuantiti yang besar. Memandangkan terdapatnya tenaga buruh dan

bekalan makanan yang lebih murah di Kemboja terutamanya, maka kadar pertumbuhan

kawasan penanaman padi adalah lebih pesat dan meningkatkan kadar perdagangan yang

diperlukan.

Ekonomi tempatan dikuasai oleh pergabungan pelabur-pelabur persendirian Perancis

dan ‘Bank of Indochina’ yang muncul menjadi pusat politik dan kewangan di seluruh

Indochina.48 Bank Indochina menjadi alat untuk menyalurkan modal daripada Perancis ke

tanah jajahan dan mengarahkan kepada pelaburan-pelaburan yang mendatangkan kadar

keuntungan yang tinggi. Kepentingan-kepentingan Perancis meresap ke semua sektor-sektor

ekonomi dan mempunyai kuasa mutlak ke atas perlombongan logam, industri getah, dan

perubatan.49 Maka jelaslah, ekonomi di Indochina mengalami perubahan daripada sistem

ekonomi yang bersifat sara diri kepada sistem ekonomi komersial.

3.0 Kesimpulan47Ibid. hlm. 145.48G. M. Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. hlm. 498. 49Ibid.hlm. 498.

16

Page 17: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

Sebagaikesimpulannya, kedatangan kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Sepanyol, British,

dan Belanda ke negara-negara di Asia Tenggara sedikit sebanyak telah mengubah sistem

ekonomi negara-negara yang terlibat. Perubahan yang dibawa kuasa penjajah ada sedikit

sebanyak membawa manfaat dan kebaikan kepada negara jajahan. Namun dalam masa yang

sama membawa kedatangannya membawa keburukan kepada negara yang dijajah. Hal ini

demikian kerana sebahagian daripada keuntungan tanah jajahan dikaut rakus oleh negara

Barat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara

telah membawa implikasi negatif terhadap sistem ekonomi tradisi. Walau bagaimanapun,

kedatangan kuasa-kuasa barat memainkan peranan yang penting dalam memajukan negara-

negara di Asia Tenggara dari segi pembangunan sosial dan ekonomi terutamanya dalam

pengaliran modal yang banyak, perpindahan teknologi serta sistem perhubungan. Selepas era

penjajahan,negara-negara Asia Tenggara masih mengekalkan polisi yang menjadikan

pertanian sebagai kepentingan. Elemen komersilisasi yang sedia ada masih diteruskan dan

menjadikan sektor pertanian yang dijalankan secara besar-besaran. Sehingga ke hari ini Asia

Tenggara masih menjadi pengeluar hasil pertanian tropika dunia.

Bibliografi

17

Page 18: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Talib Ahmad (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu:

Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd.

Adas, Michael(1974). The Burma delta: economic development and social change on an

Asian rice frontier, 1852-1941. Madison: University of Wisconsin Pree.

Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Auwjong, Peng Koen & Sugiantoro, R. B (2005). Perang Eropa Jilid I. Jakarta: Penerbit

Buku Kompas.

Benda H.J(1972). The structure of Southeast Asian histoy: some preliminary observation.

New Haven: Yale University Souteast Asia Studies.

Harrison, Brian (1966). Asia Tenggara: satu sejarah ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Koller, J.M.(2012).Asian philosophies. United State of America: Library of Congress

Cataloging.

Khin Yi (1988). The dobama movement in Burma (1930-38). Ithaca: Cornell University,

Southeast Asia Program Monograph.

Kobkua Suwannathat(2003).Asia Tenggara: hubungan tradisional serantau. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Moss, G.D. (2006). Vietnam an American ordeal. United States of America: Pearson

Prentice Hall.

N.Ganesan dan Ramses Amer (2010).Internasional relations in Southeast Asia: between

bilateralism and multilateralism. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.

Osborne, M. E. (1969). The French presence in Cochinchina and Cambodia. Thailand:

18

Page 19: 195836569 Nilaikan Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan Dan Kesinambungan Sistem Ekonomi Di Asia Tenggara

Cornell University.

Sardesai, D. R. (1994). Southeast Asia past & present. Los Angeles: University of California.

Zaide, Gregorio F. (1972). Sejarah politik dan kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

19