160485170 teori pembelajaran behaviorisme

Upload: ahmad-fadzli

Post on 07-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori Pelaziman Operan

Pelaziman operan (operant conditioning) / Pelaziman instrumen (instrumental conditioning).

Satu bentuk pembelajaran yang melibatkan hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan tingkah laku baharu.

Teori Pelaziman Operan Thorndike (1874 1949)

PengasasEdward Lee Thorndike

Pengajar psikologi di Teachers College Universiti Columbia.

Proses pembelajaran yang diperkenalkanConnectionism

Hubungan ( connection) antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. Sekiranya, hubungan antara rangsangan dan gerak balas lemah jika kesan tindakan adalah negatif.

Kajian yang telah dilakukanCara kucing belajar keluar dari kurungan menunjukkan hubungan yang dimaksudkan

Kucing yang lapar dimasukkan di sangkar.

Makanan diletakkan di luar sangkar.

Pintu sangkar akan terbuka sekiranya selak dipijak.

Kucing telah melakukan pelbagai tindakan seperti berlari, menguis, meronta-ronta dan sebagainya.

Kucing telah terpijak tuil selak pintu berkenaan.

Kucing pun berjaya keluar dan mendapatkan makanan.

Tindakan rawak ini dikenali sebagai teori cuba-jaya.

Prinsip / hukum pembelajaran1. Hukum kesediaan

Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas berlaku. Kesediaan belajar kesediaan kognitif (pegetahuan/pengalaman lepas), kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) dan kesediaan psikomotor (kemahiran fizikal) .

Mengarah kepada pencapaian matlamat pembelajaran.

Gangguan atau halangan kepada pencapaian matlamat akan mengakibatkan kegusaran dan kekecewaan.

Individu bersedia untuk bertindak + dibimbing = kesannya memuaskan Individu bersedia untuk bertindak + dihalang = kesannya mengecewakan

Individu belum bersedia untuk bertindak + dipaksa = kesannya mengecewakan

Guru hendaklah memastikan pelajar ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran.

2. Hukum latihan Hubungan antara rangsangan dan gerak balas ( R G) akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai.

Manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan lagi.

Untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.

3. Hukum kesan Sesuatu gerak balas yang diikuti gerak balas yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang.

Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang tidak memuaskan, hubungan dengan situasi akan menjadi lemah. Gerak balas juga tidak akan diulangi.

Guru hendaklah menyediakan suasa pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya.

Pelajar dapat menguasai pembelajaran + pujian = pelajar berasa puas hati dan gembira.

Pelajar tidak dapat menguasai pembelajaran + dikritik, dimarah atau dicecam = pelajar akan kecewa dan hilang minat untuk belajar.

Implikasi terhadap proses PDP matematik. Meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai.

Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.

Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan sosial dan material.

Menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Teori Pelaziman Operan B.F Skinner

PengasasBurrhus Frederic ( B.F Skinner)

Proses pembelajaran yang diperkenalkanKesan-Akibat

Membawa kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya.

Berlaku dalam bentuk ganjaran atau hukuman.

Hukuman dan dendaan Ganjaran dan peneguhan

Pelaziman operanC akan seterusnya menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya.

A (antecedent)

Peristiwa awalB (behaviour)

Tingkah laku C (consequent)

Kesan-Akibat

1. Guru tiada di dalam kelasMurid bergaduh di dalam kelas Murid tidak dibenarkan keluar rehat. Apakah yang akan berlaku kesan daripada peristiwa ini? Lihat 2

2. Guru berada di luar kelasMurid membuat tugasan Murid mendapat pujian.

Eksperimen Peti Skinner

Tikus akan mendapat makanan apabila tuil suis ditekan.

Tingkah laku awalTingkah laku/ Tindakan Kesan Tindakan Teknik Kesan tingkah laku

RawakTertekan tuil suis Makanan keluar Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis Makanan keluar Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis lampu menyala Makanan keluarPeneguhan positif Diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis lampu tidak menyalaMakanan tidak keluar Peneguhan negatif Tidak diteruskan

Terlazim Menekan tuil suis kejutan elektrik Makanan tidak keluarHukuman Tidak diteruskan

PeneguhanPeneguhan positif Peneguhan negatif

Peneguhan yang diberikan menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya.Peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan tidak selesa disingkirkan.

Kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi disebabkan pujian, galakan dan ganjaran yang diterima merangsang gerak balas seterusnya.Kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi apabila leteran, bebelan dan teguran ditiadakan lagi.

HukumanPeristiwa yang mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi

Hukuman beri (persembah)Hukuman tarik (singkir)

Mengurangkan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan. Rangsangan yang diberikanbiasanya merupakan sesuatu yang menyakitkan Mengurangkan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa yang ditarik balik. Rangsangan yang ditarik balik kesan daripada tingkah laku biasanya sesuatu yang digemari.

Contoh hukumanKena rotan, kena tampar, kena sebat, dan sebagainya. Peluang keluar malam, menonton rancangan kegemaran dan sebagainya dalam tempoh tertentu.

Peneguhan positif

(jangka masa)Peneguhan berterusan Peneguhan berkala

Memberikan peneguhan secara berterusan. Tidak ada kala atau bukan pada masa tertentu. Memberikan peneguhan pada kala atau masa tertentu. Bukan semua tingkah laku mendapat peneguhan.

Jeda / selang masa (berasaskan masa)Nisbah pencapaian isi kandungan (berasaskan isi kandungan pelajaran)

Jeda tetap

Contoh amalan guru : pelajar menghadapi ujian pada setiap akhir bulan.Nisbah tetap

Contoh amalan guru : bagi setiap 5 soalan, pelajar dapat menjawab dengan betul dan pelajar akan mendapat satu token (nisbah 5:1). Pelajar boleh menukar token tersebut dengan aktiviti/ objek yang disukai.

Jeda berubah.

Contoh amalan guru : Pelajar tidak tahu bilakah guru akan memberikan ujian. Contohnya, kuiz pop. Nisbah berubah.

Contoh amalan guru :

Untuk menjawab soalan guru, pelajar perlu mengangkat tangan. Peluang untuk menjawab tidak dapat dijangkakan.

Implikasi terhadap PDP matematik

Aplikasi hukum kesan/akibat

Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan

Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan

Prinsip penghapusan sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini.

Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan.

Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.