08 isi pelajaran pim3107.doc

81
(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH) UNIT 1/1 PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM UNIT 1: Pengenalan Konsep Akhlak Dalam Islam Unit ini mengandungi: 1. Isi kandungan pengertian Akhlak dalam Islam dan pengertian Moral dan perbandingan antara keduanya. Di samping itu, ia membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Isu-isu yang berkaitan diprsembahkan dalam unit ini. 1.1. Hasil Pembelajaran 1.1.1 Menghurai pengertian akhlak dan moral dari pelbagai pendapat ulama’ dan sarjana. 1.1.2 Menjelaskan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah dalam kehidupan seharian 1.1.3 Membincangkan isu-isu berkaitan dengan akhlak dan moral masakini. 2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 2.1 Mengenalpasti Pengertian akhlak dalam Islam dan pandangan ulama berkaitan dengannya 2.2 Membanding beza isi konsep akhlak dan moral. 2.3 membincangkan isu-isu yang berlaku masakini dalam masyarakat. Arahan 1

Upload: isniza-suhadak

Post on 20-Nov-2015

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Rangka Isi Pelajaran

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

UNIT 1/1PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

UNIT 1: Pengenalan Konsep Akhlak Dalam Islam

Unit ini mengandungi:

1. Isi kandungan pengertian Akhlak dalam Islam dan pengertian Moral dan perbandingan antara keduanya. Di samping itu, ia membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Isu-isu yang berkaitan diprsembahkan dalam unit ini.1.1. Hasil Pembelajaran1.1.1 Menghurai pengertian akhlak dan moral dari pelbagai pendapat ulama dan

sarjana.1.1.2 Menjelaskan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah dalam kehidupan

seharian

1.1.3 Membincangkan isu-isu berkaitan dengan akhlak dan moral masakini. 2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

2.1 Mengenalpasti Pengertian akhlak dalam Islam dan pandangan ulama

berkaitan dengannya

2.2 Membanding beza isi konsep akhlak dan moral.

2.3 membincangkan isu-isu yang berlaku masakini dalam masyarakat.

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.

2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.

3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.

6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.

7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

1.2. Kerangka Tajuk

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

1.2.1 Pengertian akhlak dan moral dari pelbagai pandangan sarjana1.2 .2 akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah1.2.3 Isu-isu yang berbangkit dalam masyarakat masakini2.0 DEFINISI AKHLAK

Menurut Bahasa berasal dari kata khuluq yang artinya patut, pantas, perangai,pekerti dan tabiat.

Menurut istilah ialah sesuatu yang menetap (kokoh) dalam hati yang dari padanya keluar perbuatan atas kemauan sendiri (yang bersifat spontan) dari kebaikan maupun keburukan.3. AKHLAK DALAM ISLAMFalsafah:- Manusia tidak boleh dipisahkan dari akhlak walaupun sedikit dalam hidupnya

Setiap perilaku seseorang samada baik atau jahat, sedar atau tidak.

Definasi :-

Akhlak (dalam bahasa arab) bermaksud: ciptaan yang dibayangkan oleh al Quran:-

Yang menciptakan tiap-tiap suatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah. (Surah Sajadah;7) Keindahan kejadian manusia terbahagi kepada dua iaitu

1 Lahiriah @ Fizikal (Jasmani )

2 Batin ( Nafsani)

Kedua-duanya perlu dijaga Namun Islam meletakkan keindahan ke sebagai asas dan matlamat dalam usaha pembentukan kesempurnaan dari sepanjang usia hidup di dunia3.0 SIFAT AKHLAK

Sifat yang menetap dalam hati tersebut menurut wataknya menerima terhadap atsar (hasil) pendidikan dan pembiasaan, yang baik maupun yang tidak baik.

Jika dididik dan dibiasakan dengan pendidikan yang baik, cinta kebaikan, tidak suka pada kejelekan, maka watak tersebut disebut khuluq hasan (khusnul khuluq).

Sebaliknya jika dibiasakan dengan kejahatan, keburukan dan suka pada hal-hal tersebut maka disebut sayyiul khuluq.4.0 KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM Secara garis besar Islam memiliki 3 ajaran pokok, yaitu :

Aqidah ; merupakan pondasi dalam sebuah bangunan

Syariah ; merupakan tiang-tiang dan bangun lain yang menjadikan bangunan memiliki bentuk.

Akhlak ; ornamen-ornamen dalam desain baik interior maupun exterior sehingga bangunan menjadi tampak indah dan memiliki nilai estetika.5.0 KHALASIFIKASI AKHLAK Menurut Dr Abdullah Darraz dalam kitabnya Dustur al Akhlak fil Quran telah mengklasifikasi akhlak amaliah kepada lima kategori:-1. Akhlak Fardiyyah (Individu)

2. Akhlak Ussariyyah (Keluarga)

3. Akhlak Ijtimaiyyah (Kemasyarakatan)

4. Akhlak Diniyyah (Keagamaan)

5. Akhlak Daulah (Kenegaraan)Akhlak Fardiyyah

1. Akhlak terhadap penjagaan tubuh badan

2. Akhlak terhadap akal fikiran supaya berfikir terhadap keagungan dan ciptaan Allah.

3. Akhlak terhadap keperluan makan minum supaya tidak berlaku pemborosan.

4. Akklah terhadap tazkiyyah aj nafs (pembersihan jiwa)

Akhlak Usariyyah

1. Akhlak perhubungan suami isteri.

2. Akhlak hubungan antara ibubapa terhadap anak iaitu memelihara anak daripada terjerumus ke dalam api neraka.

3. Akklah perhubungan antara anak terhadap ibubapa iaitu semasa berbuat baik terhadap keduanya.

4. Akhlak terhadap kaum kerabat iaitu berbuat baik dan memberikan hak yang sepatutnya bagi mereka.

Akhlak Ijtimaiyyah

1. Akhlak pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.

2. Akhlak dalam kegiatan ekonomi iaitu menghindarkan diri daripada penipuan.

3. Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat umum supaya menjaga maruah masyarakat.

4. Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada prasangka buruk dan umpat keji.

Akhlak Ijtimaiyyah

1. Akhlak pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.

2. Akhlak dalam kegiatan ekonomi iaitu menghindarkan diri daripada penipuan.

3. Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat umum supaya menjaga maruah masyarakat.

4. Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada prasangka buruk dan umpat keji.

Akhlak Diniyyah

Akhlak kegamaan khusus mengenai hak Allah termasuk dalam akhlak yang berhubung dengan tanggungjawab manusia selaku hamba Allah dan Khalifah Allah di muka bumi ini.Akhlak Daulah

1. Akhlak dalam tanggungjawab ialah amanah dan berlaku adil.

2. Akhlak dalam mentaati perintah

6. KONSEP MORALKonsep Moral

Moral asal dari perkataan Greek iaitu mores atau daripada

jamak iaitu mos yang membawa maksud adat dan kebiasaan.

Kamus Dewan; moral mempunyai tiga definasi:-

1. Ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan

2. Berkaitan dengan apa yang betul atau adil

3. Semangat untuk hadapi ejekan demi mempertahankan kebenaran

Perbezaan Antara Akhlak Dengan Moral dan Etika

Akhlak drpd bahasa arab; tingkah laku,tabiat,perangai, bentuk kebiasaan dan kehendak Bersifat teori dan diterjemahkan melalui perbuatan,amalan dan tingkah laku.

Moral perkataan Latin (moralis) ; tingkah laku yang bersesuaian dgn tatasusila dan kehendak sesebuah masyarakat.

Moral bersifat praktik

Akhlak merujuk kepada kelakuan atau watak orang itu, samada baik atau jahat.

Akhlak bersumber wahyu.

Akhlak ialah gabungan moral dan etika.

Moral meliputi sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan dsbnya.

Motal bersumber akal.

Moral dibentuk oleh etika.

7. AKHLAK-AKHLAK MAHMUDAH Kasih sayang

Adil

Berani

Kejujuran

Kesyukuran dan berpuas hati

Keunggulan peribadi

Memelihara kesucian diri (iffah)

Merendah diri (tawadhuk)

Semangat bermasyarakat dan bergaul

Benar

Ikhlas

Pemaaf

Tanggungjawab

Ketepatan masa

Disiplin

Amanah

Hikma (bijaksana)

Redha

Syukur

8.0 PENDIDIKAN DAN PEMBIASAAN TERBAIK

Pendidikan yang terbaik adalah pendidikan yang diberikan oleh Allah SWT.

Sebagaimana yang tertera dalam al-Quran. Nabi Muhammad SAW adalah hasil produk pendidikan Allah, sebagaimana sabda beliau :

( ( Artinya: Tuhanku mendidikku tata krama dengan tatakrama yang baik . (al-hadist).

9.0 KEUTAMAAN MEMILIKI AKHLAK MULIA Memperberat timbangan amal, sabda Nabi SAW:

Artinya: tidak ada sesuatu dalam timbangan (pada hari kiamat) yg lebih berat dari akhlak yg baik. Tanda sempurnanya iman, sabda Nabi SAW:

Artinya: lebih sempurnanya iman seseorang adalah yang paling baik akhlaknya. Tempatnya paling dekat dg Rasulullah SAW pada hari kiamat.

Artinya: Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya di sisiku pada hari kiamat adalah mereka yg paling baik akhlaknya.

10.0 KEUTAMAAN MEMILIKI AKHLAK MULIA Amal yang paling baik

:

Artinya: Nabi SAW ditanya ttg amal yang paling utama, beliau menjawab: Khusnul Khuluq.

Perkara yang paling dominan memasukkan seseorang ke surga

:

Artinya: Nabi SAW ditanya ttg perkara yang banyak memasukkan ke dalam surga, ia menjawab: Takut kepada Allah dan akhlak yang baik.

Memperoleh derajat tinggi di akhirat.

Artinya: Seseorang niscaya memperoleh kemulyaan di akhirat sebab akhlaknya yg luhur, walaupun kurang ibadahnya.11.0 RUANG LINGKUP AKHLAK Akhlak terhadap Allah : Menjaga dan menunaikan hak-hak Allah.

Akhlak terhadap diri sendiri; melaksanakan kedudukan, fungsi, peran, hak, kewajiban dan tg jawab sebagai individu.

Akhlak terhadap sesama manusia; melaks. Kedudukan sbg makhluk sosial dan menjaga fungsi, peran, hak, kewajiban dan tg jawabnya.

Akhlak terhadap makhluk lain; menjaga, melestarikan, merawat dan memanfaatkannya sesuai kebutuhan.12. TINGKATAN AKHLAK TERTINGGI Akhlak tertinggi adalah ihsan yaitu; kita beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihat-Nya. Jika memang tidak melihat-Nya, yakinilah bahwa Allah selalu melihat dan mengawasi kita.

Ilmu yang membahas masalah diatas disebut Ilmu Tasawuf13. Akhlak terbahagi kepada kepada dua jenis iAkhlak IslamiiAkhlak Falsafah dan Etika14. Sumber Akhlak Islam:-iWahyu al Quran dan As SunnahiiSumber Kemampuan pemikiran akal manusia15. Akhlak Islam terbina atas TIGA asas akidah :-iKeimanan kepada kewujudan Allah yang iialam semester, manusia dan mencipta hidup dan matinya,iiiYang wajib mempunyai segala sifat kesempurnaan yang Maha

mengetahui, samada telah lalu, sedang dan akan datang, bahkan mengetahui gerak dan lintas hati dan fikiran yang baik atau jahat. Keimanan bahawa Allah yang mencipta manusia maka Dialah yang Maha

Mengetahui tentang hakikat diri manusia.Dialah yang layak dan berhak

memperkenalkan hakikat diri manusia itu kepada manusia,menunjukkan

jalan yang baik dan jahat,jalan hak dan batil melalui wahyu.

manusia ditaklifkan mengikut jalan yang hak dan lurus,menjauhi

yang sesat.

Keimanan kepada wujudnya Hari Akhirat atau adanya hidup yang kekal abadi

selepas mati. Hari pembalasan baik atau jahat kepada segala gerak laku amalan

atau perbuatan yang akan menentukan bentuk hidupnya yang penuh nikmat dan

azab. Kesemuanya ini akan diterima selepas melalui satu kiraan atau hisab

amalan yanag halus dan tepat,adil dan saksama.

16. Contoh-Contoh Akhlak Islam.

Al-Ikhlas ; qasadkan kata-kata,amal usaha,jihad dan pengorbanan kerana Allah, kerana wajhullah, kerana mengharapkan keredaan Allah,tanpa harapkan suatu faedah,nama,gelaran,pangkat,kedudukan,sanjungan,penghormatan,ketinggian dan kemuliaan lahiria Al-Sidiq asas kemuliaan, lambang ketinggian,tanda kesempurnaan,gambaran tingkah perlakuan yang bersih dan suci..

Amanah :- Sifat yang mesti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai matlamat yang diharapkan dan cita-cita yang diazamkan-.

17 ISU-ISU AKHLAK REMAJA MASA KINIKeadaan Akhlak Anak-Anak Remaja Hari Ini .

HATI KERING

TAPI MENYUSAHKAN

ORANG! BILA MATI

SEDARLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARI

UNIT 2/1HURAIAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN/STANDARD PEMBELAJARAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AKHLAH SEKOLAH RENDAH.

2/1.0. Sinopsis

Bab ini memaparkan isi kandungan pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6. Kefahaman guru dalam mengenalpasti isi pelajaran amat penting bagi memberi impak yang mendalam semasa proses pembelajaran murid. Justeru itu guru harus meneliti dengan saksama kesesuaian isi pelajaran .

Unit ini mengandungi:

2. Isi kandungan Pengajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah

1.1. Hasil Pembelajaran1.1.1 Menghurai kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1- 6.

1.1.2 Menjelaskan isi kandungan Pendidikan Akhlak dalam Pelajaran

Pendidiikan Akhlak Sekolah Rendah tahun 1- 6

2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

2.1 Mengenalpasti isi kandungan pelajaran mengikut tahun dalam

Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.

2.2 Membanding beza isi kandungan pelajaran mengikut tahun.

2.3 Mencerakinkan isi pelajaran mengikut aras kebolehan dan keperluan

murid mengikut tahun.

Arahan

8. Baca dan fahami objektif modul.

9. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.

10. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

11. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.

12. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.

13. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.

14. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

1.2. Kerangka Tajuk

Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

1.2.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam

hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.

1.2 .2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacar perhubungan manusia

dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara

2. Adab dan Akhlak Islamiah.

2.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :-

2.1.1. Adab makan dan minum.

2.1.2. Adab qada hajat.

2.1.3. Adab tidur dan bangun tidur.

2.1.4. Adab mandi dan bersugi.

2.1.5. Adab berwuduk.

2.1.6. Adab berpakaian.

2.1.7. Adab berkenderaan.

2.1.8. Adab masuk dan keluar rumah.

2.1.9. Adab menghidang makanan dan minuman.

2.1.10. Adab berjalan.

2.1.11. Adab bertanya.

2.1.12. Adab mengurus diri.

2.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan Keluarga :-

2.2.1. Adab bercakap dengan ibu bapa

2.2.2. Adab menolong ibu bapa.

2.2.3. Adab bergaul dengan keluarga

2.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :-

2.3.1. Adab bergaul dengan rakan.

2.3.2. Adab di masjid dan surau.

2.3.3. Adab bercakap dengan rakan.

2.3.4. Adab melayan tetamu.

2.3.5. Adab menziarahi orang sakit.

2.3.6. Adab menziarah rakan.

2.3.7. Adab menziarah orang tua.

2.3.8. Adab dengan orang tua.

2.3.9. Adab menziarahi jenazah dan kubur.

2.3.10. Adab makan di majlis keramaian.

2.3.11. Adab berjiran.

2.3.12. Adab berkumpul.

2.3.13. Adab berjual beli.

2.3.14. Adab bekerja.

2.3.15. Adab menziarah jiran.

2.3.16. Adab ketika bermain.

2.3.17. Adab terhadap tempat dan harta benda awam.

2.3.18. Adab kecintaan kepada negara.

3.3.19. Menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.

3.3.20. Adab rehlah.

3.3.21. Adab dengan manusia dan makhluk lain.

3.3.22. Adab dengan pemimpin.

3.4. Adab Menuntut Ilmu :-

3.4.1. Adab bercakap dengan guru.

3.4.2. Adab ke sekolah.

3.4.3. Adab belajar.

3.4.4. Adab semasa di sekolah.

3.4.5. Adab berhujah.

3.4.6. Adab menolong guru.

3.4.7. Adab menjaga harta benda sekolah.

3.4.8. Adab menjaga kebersihan sekolah.

3.5. Adab Dengan al-Quran :-

3.5.1. Adab membawa dan menyimpan al-Quran.

3.5.2. Adab membaca al-Quran.UNIT 3/1ANALISIS DAN HURAIAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN/STANDARD PEMBELAJARAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AKHLAH SEKOLAH RENDAH.

3/1.0. SinopsisBab ini memaparkan isi kandungan pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6. Kefahaman guru dalam mengenalpasti dan menganalisa isi pelajaran amat penting bagi memberi impak yang mendalam semasa proses pembelajaran murid. Justeru itu guru harus meneliti dengan saksama kesesuaian isi pelajaran .

Unit ini mengandungi:

3. Analisis Isi kandungan Pengajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah

1.1. Hasil Pembelajaran1.1.1 Menganalisis dan menghurai kandungan akhlak dalam sukatan

pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1- 6.1.1.2 Menjelaskan isi kandungan Pendidikan Akhlak dalam Pelajaran

Pendidiikan Akhlak Sekolah Rendah tahun 1- 6

2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

2.1 Mengenalpasti isi kandungan pelajaran mengikut tahun dalam Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.

2.2 Membanding beza isi kandungan pelajaran mengikut tahun. 2.3 Mencerakinkan isi pelajaran mengikut aras kebolehan dan keperluan

murid mengikut tahun.

Arahan

15. Baca dan fahami objektif modul.

16. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.

17. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

18. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.

19. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.

20. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.

21. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit. 3.2. Kerangka TajukBidang ini memberi tumpuan kepada :-

3.2.1 Perincian isi kandudngan pelajaran dengan kepada aspek yang menjadi fokus

kepada isi pelajaran.Isi Pelajaran Tahun 1Fokus

Memahami dan mengamalkan adab makan minum Memahami dan mengamalkan adab dengan ibu bapa Memahami dan mengamalkan adab bergaul dengan rakan Memahami dan mengamalkan adab dengan guru

Isi pelajaran Tahun 2Fokus

Memahami dan amalkan adab tidur

Memahami dan amalkan adab masuk dan keluar rumah

Memahami dan mengamalkan adab di sekolah.

Isi pelajaran Tahun3Fokus

Memahami dan mengamalkan adab terhadap al-Quran

Memahami dan mengamalkan adab berpakaian

Memahami dan mengamalkan adab bercakap

Memahami dan mengamalkan adab berziarah.

Isi Pelajaran tahun 4Fokus

Memahami dan amalkan Adab berjalan dan adab bertanya

Memahami dan amalkan adab dalam kehidupan bersosial

Memahami dan amalkan adab dengan orang tua

Memahami dan amalkan adab menziarahi janazah dan kubur

Memahami dan amalkan adab makan dan minum, dalam majlis keramaian

Memahami dan amalkan adab berjiran dan berkumpul

Memahami dan amalkan adab menuntut ilmu

Memahami dan amalkan adab semasa di sekolah

Memahami dan amalkan adab berhujjah

Tahun 5Fokus

Memahami dan amalkan adab dalam kehidupan harian

Memahami dan amalkan adab mengurus diri

Memahami dan amalkan adab terhadap ibu bapa/keluarga

Memahami dan amalkan adab dalam berjual beli

Memahami dan amalkan adab berkerja

Memahami dan amalkan adab ziarah jiran

Memahami dan amalkan adab ketika bermain

Memahami dan amalkan adab dengan pemimpin

Memahami dan amalkan adab menuntut ilmu

Memahami dan amalkan adab menolong guru

Tahun 6Fokus

Memahami dan amalkan adab terhadap harta benda awam

Memahami dan amalkan adab kecintaan kepada negara

Memahami dan amalkan adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.

Memahami dan amalkan adab rehlah

Memahami dan amalkan adab dengan manusia dan makhlauk lain

Memahami dan amalkan adab menjaga harta sekolah

Memahami dan amalkan adab menjaga kebersihan sekolah

UNIT 4/1Aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran akhlak tahun 1-6

4/1.0. Sinopsis

Bab ini memaparkan aplikasi strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6 dalam pendidikan Akhlak. Kefahaman guru dalam mengenalpasti strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran pelajaran amat penting bagi memberi impak yang mendalam semasa proses pembelajaran murid. Justeru itu guru harus meneliti dengan memberi tumpuan terhadap aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran.

1. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1.1 Mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut tahun dalam Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.

1.2 Membanding beza antara strategi, pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran.

1.3 Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi, pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih. 4.0 Strategi P&P dalam Pendidikan Akhlak.

Kebijaksanaan guru memilih satu-satu pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa merancang strategi pengajaran

1. Kaedah dan teknik yang harus digunakan.

2. Bahan bantu mengajar yang dapat disediakan

3. Pengetahuan sedia ada murid.

4. Kebolehan dan minat murid-murid.

5. Kepakaran guru menggunakan bahan yang diperlukan.

6. Kawalan kelas.

Rajah 1 : Strategi P&P Dalam Pendidikan Akhlak4.1. Jenis Strategi

Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ialah : Strategi berpusatkan guru

Strategi berpusatkan murid

Strategi berpusatkan bahan4.1.1 Strategi berpusatkan guru

Ialah pendekatan lama yang diamalkan dalam P & P. Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru. Komunikasi berlaku sehala sahaja. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar. Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;

1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.

2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Demontrasi.

Syarahan/ Kuliah.

Bercerita.

Penerangan.

4.1.2 Strategi berpusatkan murid

Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P & P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.

Salah satu ciri utama KBSR dan KBSM adalah murid menjadi pemain utama dalam sesuatu sesi P dan P. Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada murid meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Kumpulan.

Inkuiri penemuan.

Perbincangan.

Penyelesaian masalah.

Bermain.

Simulasi.

Sumbangsaran.

Projek.

Main peranan.

Penyoalan.

Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

4.1.3 Strategi berpusatkan bahan

Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai.

BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;

Ketepatan

Kejelasan

Keluasan

Kepelbagaian

Strategi yang dirancang perlulah:

Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan

Berpusatkan murid.

Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan inovatif.

Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Audio-visual.

Pengajaran terancang.

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Modul.

Penggunaan buku teks dan rujukan.

5.1 PENDEKATAN

5.1.1 Definisi Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik.

Pendekatan

1. Objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka panjang.

2. Berasaskan model atau teori pengajaran atau pembelajaran.

3. Ianya merangkumi strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam sesuatu penyampaian.

4. Ianya bersifat aksiomatik iaitu diterima tanpa apa-apa keraguan.

Dalam pengajaran pembelajaran Akhlak anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut :

Memberi ilmu - kognitif

Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif

Membina kemahiran dan amalan - psikomotor

Memupuk dan menanam penghayatan afektif

Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif

Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid

Menyepadukan faktor dan nilai

Merentas kurikulum

Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai

Memotivasikan murid dalam pembelajaran

5.1.2 Jenis-jenis Pendekatan

Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.

Rajah 3 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam

5.1.2.1 Pendekatan Bersepadu

Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.

5.1.2.2 Pendekatan Induktif

Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau umum. Contohnya: Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan hukumnya.

Rajah 5 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Induktif

Ciri-ciri pendekatan induktif:

1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan

2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan

3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran

4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit

5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru

6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan

7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

5.1.2.3 Pendekatan deduktif

Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.

Rajah 6 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Deduktif

Ciri-ciri pendekatan deduktif:

1. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi

2. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu

3. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks

4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

5.1.2.4 Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai ragam belajar yang berbeza.

5.1.2.5 Pendekatan Tematik

Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui idea yang besar. Contoh tema-tema seperti tolong menolong, kebersihan dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalam setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.

CARA PERLAKSANAAN

a) Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam kumpulan mengikut tahap kebolehan murid.

Contoh : tema : Kebersihan

Sub topik :

i) Kebersihan diri

ii) Kebersihan tempat tinggal

iii) Kebersihan kelas

b) Tema yang sama diberi dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan.

Contoh :

tema : binatang peliharaan

Kumpulan A : jawab soalan tentang binatang

Kumpulan B : lukis gambar binatang

Kumpulan C : gunting dan tampal

5.1.2.6 Qudwah hasanah

Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya. Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.

RUMUSAN

LATIHAN

Pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai memberi kesan kepada hasil pembelajaran. Berdasarkan kefahaman anda mengenai strategi dan pendekatan, jelaskan:

1. Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyertakan kekuatan dan kelemahan pendekatan tersebut.

3. Pilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran akhlak sekolah rendah6.2. Kaedah dan Teknik

Kita sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang hendak kita gunakan bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kaedah?

Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah / peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran yang ingin disampaikan kepada murid.

Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Akhlak ialah:

Tunjukcara / demonstrasi

Simulasi

Syarahan / kuliah

Projek

Bercerita

Perbincangan

Kuiz

Soal jawab

Dialog

Lakonan

6.3 KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN AKHLAK ISLAMIAH

Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan qudwah hasanah atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan Islam.6.3.1. Antaranya kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam

pengajaran adab dan akhlak;

Perbincangan

Lakonan

Simulasi

Soal jawab

Kuliah

Penerangan

Tunjuk cara atau demonstrasi

Latih tubi

Bercerita

Sumbang saran

Simulasi

Menulis rencana

Projek

Uswah Hasanah

Seminar

a. Kaedah Perbincangan

Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu:

1. Perbincangan formal

2. Perbincangan Tidak Formal

Perbincangan Formal

Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

Penentuan penglibatan pelajar

Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa.

Masa yang mencukupi

Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar, majalah, internet dan sebagainya

Penglibatan keseluruhan pelajar

Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan

Aktiviti susulan

Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih memberi tumpuan mereka terhadap perkara itu

Ulasan guru

Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.

Perbincangan Tidak Formal

Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

Guru selaku pengerusi

Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada semua murid memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta memberi pandangan

Kawalan Kelas

Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan perbincangan lebih berdisiplin dan teratur.

Pembahagian Kumpulan

Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu sub topik dan mereka diminta memberi laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.

Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain. Seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.

Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan

1. Permulaan Pengajaran

Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak

Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan dibincangkan.

2. Sesi Perbincangan

Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor

Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan

Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan

Fokus perbincangan kepada tajuk

Kemukakan persoalan perbincangan

Minta murid mengemukakan hasil perbincangan

Membuat rumusan idea-idea perbincangan

3. Penutup

Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid

Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.

b. Kaedah LakonanKaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya.

Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan semasa sesi lakonan dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan.

Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:

1. Peristiwa yang sesuai

2. Pelakon hendaklah memahami situasi

3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti

4. Pelakon yang sesuai

5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.

6. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.

7. Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka pelajari.

Langkah-langkah Kaedah Lakonan dalam pelajaran Akhlak

c. Kaedah simulasi

Suatu aktiviti yang menggambarkan situasi yang sebenar untuk menjelaskan konsep atau isi pelajaran. Murid mengambil bahagian secara langsung serta memperolehi pengetahuan dan pengalaman daripada aktiviti tersebut.

Ciri-ciri

Tajuk ditentukan terlebih dahulu

Dialog tidak disediakan - dilakukan secara spontan berdasarkan pengetahuan pelajar

Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang

Di bawah pengawasan dan bimbingan guru

Aktiviti mengandungi pengajaran dan pengukuhan kemahiran

Langkah-langkah :

Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran

Menentukan tempat yang sesuai

Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan

Memberi masa murid melakukan simulasi

Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah dijalankan

Membuat rumusan secara lisan atau bertulis

Rumusan

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kaaedah dan teknik yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Adab dan Akhlak Islamiah. Kaedah-kaedah ini perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian tajuk dan tahap keupayaan murid-murid . Kaedah yang efektif memudahkan murid-murid memahami, mengingati dan menguasai tajuk yang disampaikan oleh guru. Pembelajaran akan berkesan apabila sesuatu sesi pembelajaran dapat mencapai objektifnya dan murid-murid mengubah tingkah laku berdasarkan ilmu yang dibina. Seterusnya mereka dapat mengamalkannya di dalam kehidupan seharian .

.

UNIT 7PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG

7.0. Sinopsis

Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran bagi membuat perancangan pengajaran, pelaksanaan dan penilaian dalam pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi semua bidang.

Unit ini mengandungi:

1.Perancangan pengajaran semester, mingguan dan harian

2.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

3.Penilaian proses pengajaran dan pembelajaran

7.1. Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:

1. Memahami serta membuat jadual perancangan semester, mingguan

dan harian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

2. Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bagi

mencapai objektif yang telah dirancang3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang

Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan garispanduan

yang betul.4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan bagi merancang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.

2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.

3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh

pensyarah dan buat perbandingan.

6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.

7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk

ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-

mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

7.2. Kerangka Tajuk

+ +

Nota :

Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan/ rancangan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian .

7.3. PERANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Tujuan utama penyediaan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Apakah pengajaran?

Ilmu Pengetahuan : yang berkaitan dengan mata pelajaran

Kemahiran

:penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan

isi pelajaran, cara penyampaian dan lain-lain.

SIKAP

: Perubahan tingkahlaku

NILAI

: Nilai murni

Apakah pembelajaran?

Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Semasa merancang, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif pengajarannya.

Menurut Atan Long (1982), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang hendak disampaikan kepada murid kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya. Kepercayaan murid juga akan bertambah terhadap guru. Manakala Kauchak dan Eggen (1998) pula berpandangan bahawa guru mesti mengetahui isi kandungan yang mereka hendak sampaikan dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar nya. 7.3.1 Rancangan Tahunan/ Semester

Satu jadual perancangan yang dibuat dengan mengagihkan sukatan pelajaran mengikut tahun atau semester.

5

/

( 1-5)

1

7.3.2 Rancangan Mingguan

Satu perancangan yang dibuat untuk satu minggu.

05/09/2011 09/09/2011 ()/

05/09/2011

06/09/2011

07/09/2011

08/09/2011

09/09/2011

7.3.3 Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan mengajar untuk satu-satu masa/ setiap hari persekolahan. Rancangan pengajaran harian disediakan berdasarkan rancangan mingguan. Ia merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru melalui proses penyampaian sesuatu tajuk pelajaran dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai.

Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.

Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:

Apakah perkara yang perlu dipelajari murid?

Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?

Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya objektif tercapai dengan berkesan?

Bagaimanakah cara terbaik menilai pengajaran dan pembelajaran?

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:

i. Objektif

ii. Isi pelajaran

iii. Aktiviti murid dan guru

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran

:

Tahun / Kelas

:

Tarikh

:

Masa

:

Bilangan Pelajar

:

Bidang

:

Tajuk

:

Kemahiran

:

Pengetahuan Sedia Ada

:

Hasil pembelajaran

:

Aras 1:

Aras 2:

Aras 3:

Kemahiran berfikir

:

Penerapan Nilai

:

Gabungjalin Penyerapan Ilmu/ rentasa n

:

Bahan Bantu MengajarICT

Keusahawanan

:

LangkahIsi PelajaranAktiviti P&PCatatan

Muqaddimah

(1 minit)Doa

SyahadatainMurid

Guru

Set Induksi

(3-5 minit)Isi

Soalan

TajukGuru

Murid

GuruBBM

Langkah 1

(10-12 minit)Isi

SoalanGuru

GJ

Penyeraran

Nilai

BBM

Langkah 2

(10 -12 minit)Isi

Gabungjalin

Penyerapan

SoalanGuru

MuridGJ

Penyeraran

Nilai

BBM

Langkah 3

(8-10 minit)SoalanMurid

GuruKB

GJ

Penyerapan

Nilai

BBM

Langkah 4

(6 -7 Minit)Pengayaan

Pemulihan

Penutup

(5 minit)Kesimpulan Isi

Kerja lanjutanGuru

Murid

Catatan Refleksi7.4PELAKSANAAN PENGAJARAN

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu; pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.

5.4.1Set Induksi

Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Manarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya. Bahagian set induksi memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran. Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran dan menarik minat murid terhadap tajuk yang akan diajar. Misalnya, memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan.

5.4.2Penyampaian

Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses ini guru perlu melibatkan murid secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran. 5.4.3Penutup Pengajaran

Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali.

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:

Penutup Kognitif

Merumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah: pemetaan konsep, melukis gambarajah dan sebagainya.

Penutup Sosial

Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya.

5.5. PENILAIAN

Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

5.5.1 Tujuan Penilaian

Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan membantu guru memperkukuhkan kekuatan murid.5.5.2 Kaedah penilaian

1. Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:

pemerhatian lisan penulisan

2. Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:

hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

3. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenaii kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah inii boleh digunakan untuk :

Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus

Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran

- perlu dirancang secara individu atau kumpulan

- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis

Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program

- perlu dirancang secara teratur - dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

A. Penilaian secara pemerhatian

Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:

- sikap

- perlakuan/amalan

- amali

- kemahiran manipulatif

- kemahiran bersosial

- kemahiran belajar

- kemahiran kinestetik

- kemahiran literasi komputer

- kemahiran mereka cipta

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

B. Penilaian secara lisan.

Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:

- murid dengan guru

- murid dengan murid

- murid dengan bahan pembelajaran

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

- kefahaman konsep

- pengetahuan fakta

- kecekapan mendengar

- penggunaan bahasa yang tepat

- kefasihan menghafaz

- sebutan dalam berbahasa

- kecekapan mencongak

- gaya persembahan

- pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

- bacaan kuat

- syarahan

- perbahasan

- bercerita

- perbincangan

- hafazan

- temu bual

- soal jawab

- nyanyian

- deklamasi sajak

- mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.

- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

- mengesan kelancaran dalam sebutan.

- mengesan amalan dan sikap murid secara sertamerta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen guru perlu dipastikan:

- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.

- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.

- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

C. Penilaian secara penulisan.

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

- karangan

- laporan projek/kerja kursus/folio

- latihan dan ujian bertulis

- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:

- kemahiran menulis

- menyusun idea

- penggunaan tanda baca

- perbendaharaan kata

- mengaplikasi

- mentafsir

- menilai

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:

- soalan menepati kemahiran yang akan diuji

- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami

- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan

- aras kesukaran soalan dipelbagaikan

- skema pemarkahan disediakan

Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:

- soalan subjektif

- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

5.6 Refleksi KendiriRefleksi adalah suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian kepada suatu masalah. Proses refleksi mengarahkan pemikiran yang positif bagii menjana amalan pengajaran guru yang berkesan. Refleksi didefinisikan sebagai inkuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara.

Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagaii penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru.

Rajah 17 : Langkah-langkah Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

5.7 RUMUSAN

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Akhlak yang berkesan merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru Pendidikan Islam. Istilah berkesan dan menarik adalah sesuatu yang amat sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya bersifat relatif dan berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri, 2007)

Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid yang boleh diterima dan diakui bersama, antaranya;

5.7.1Tercapainya objektif pembelajaran

a.Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi pelajaran.

b.Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah, sesuai, realistik, jelas, tepat dan disusun mengikut urutan.

5.7.2Penyampaian isi secara sistematik dan lancar

a.Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep yang asas.

b.Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran.

c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat penutup.

5.7.3Menggunakan bahasa yang berkesan

a.Menggunakan bahasa persuratan.

b.Bertutur dengan lancar dan fasih.

c.Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid

5.7.4Penggunaan bahan bantu mengajar

a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan.

b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami penyampaian guru.

c. Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi terkini

5.7.5.Pengajaran dan Pembelajaran interaktif

Proses P&P akan menjadi lebih menarik jika ada P&P interaktif dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran interaktif ini boleh dibahagikan kepada beberapa suasana:

a. Interaktif antara guru dengan murid

b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran

c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran

d. Interaktif murid dengan murid5.7.6. Penguasaan Ilmu

Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap. Pendidikan Islam akan menjadi menarik dan relevan kepada pelajar sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dengan isu semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan kehidupan seharian menjadikan Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang zaman.

PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

(1) PERANCANGAN

(2) PELAKSANAAN

(3) AMALAN REFLEKSI

(4) SIKAP & SAHSIAH

Hasil Pembelajaran

Isi PelajaranPerancangan

Strategi P & P

Sumber P&P

Penerapan nilai (nilai murni/nilai PAS)

Unsur Kemahiran Berfikir

Permulaan

Perkembangan Pengajaran

Pengurusan Bilik DarjahPelaksanaan

Komunikasi

Kualiti Pembelajaran

Penutup

Pencapaian Hasil Pembelajaran

Aplikasi Nilai

Amalan Refleksi

Pemikiran Reflektif

Penampilan DiriSikap & Sahsiah

Keprihatinan

Pekerti

Sifat Profesional

Latihan1. Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan laksanakan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran anda.

2. Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan.

BERPUSATKAN GURU

BERPUSATKAN MURID

STRATEGI PENGAJARAN

BERPUSATKAN BAHAN

EKLEKTIK

QUDWAH HASANAH

TEMATIK

BERSEPADU

DEDUKTIF

INDUKTIF

PENDEKATAN DALAM P&P PENDIDIKAN ISLAM

Memerhati,

mengkaji,

mengenalpasti,

mentafsir.

Contoh-contoh

khusus

Membuat

generalisasi

Pilih

teori/rumus,

prinsip,

hukum

atau

peraturan

yang telah

diketahui

Memperkenal

teori/rumus,

prinsip,

hukum

atau

peraturan

barui

Murid

mengukuhkan

pemahaman

tentang

konsep

Gunakan

contoh-contoh

berkaitan

STRATEGI

Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif

Lebih mengambil kira objektif jangka panjang

Mengambil kira segala aspek pembelajaran

PENDEKATAN

Cara mengajar berdasarkan objektif

berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu

Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan

Mendokong sesuatu teori

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah sebagai contoh murid tidak berminat menuntut ilmu, guru mengaitkan dengan kisah pengorbanan Imam Ghazali ketika mengembara menuntut ilmu

Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan

Berdasarkan watak-watak yang ditentukan, pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan

Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut

Guru membimbing pelajar membuat rumusan

KAEDAH

Lebih bercorak jangka pendek

Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih

Mendokong pendekatan dipilih

Siri tindakan guru yang sistematik

Latihan :

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah perbincangan?

Nyatakan perbezaan antara perbincangan formal dan tidak formal.

Banding bezakan kaedah lakonan dan kaedah simulasi dalam Pendidikan Akhlak Islamiah.

Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik dan menarik?

Latihan:

Jelaskan kelebihan kaedah simulasi sehingga ia dikatakan sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran ibadah

Apakah persediaan guru sebelum kaedah simulasi dijalankan dalam P&P

Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah simulasi untuk pengajaran berkesan.

Peringatan:

Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

P&P Berkesan

Penilaian

Pelaksanaan

Perancangan

Rajah 12 : Pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

ILMU

PENGETAHUAN

KEMAAHIRAN

PENGAJARAN

PROSES PENYAMPAIAN

SIKAP

NILAI

Rajah 13 : Proses penyampaian pengajaran

Proses perubahan tingkahlaku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan

PEMBELAJARAN

Rajah 14 : Proses pembelajaran

PENGAJARAN + PEMBELAJARAN

BERKAIT RAPAT DENGAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Rajah 15 : Proses Pengajaraan dan Pembelajaran

Butiran am

Kemahiran

Pengetahuan lepas

Hasil Pembelajaran

Penggabungjalinan

Penyerapan kurikulum

Penerapan nilai

Sumber P&P

keusahawanan

ICT

Perancangan

Set induksi

Perkembangan isi pelajaran

Kemahiran

Strategi pengajaran

Penggabungjalinan

Penyerapan kurikulum

Penerapan nilai

PenggunaanSumber P&P

Pengayaan & pemulihan

Penyampaian

Penutup

Aktiviti susulan

Penilaian hasil pembelajaran

Rumusan / kesimpulan

Pengubahsuaian

Rajah 16 : Perancangan Proses Pengajaran

Mengesan masalah

Memahami masalah melalui pemikiran kognitif

Memproses dan menganalisis data dengan pemikrian secara kritis

Mengingat kembali perhubungan pengalaman

yang sedia ada dengan penyelesaian masalah

Mencadang pelbagai penyelesaian dengan pemikiran kritis dan kreatif

Menilai penyelesaian dengan penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau menetap tindakan

Latihan:

Apakah kriteria yang diperlukan seorang guru untuk mengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran?

Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah bercerita

Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi bercerita?

10