unit 9 integrasi teknologi

22
Integrasi Teknologi | 145 UNIT 9 INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat mengenal pasti alatan teknologi yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah; . 2 Saya dapat mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.

Upload: aminah-rahmat

Post on 21-Jun-2015

894 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 145

UNIT 9

INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

UJIAN PRA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

1 2 3 4 5

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat mengenal pasti alatan teknologi yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah; .

2 Saya dapat mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.

Page 2: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 146

INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat : i) Mengenal pasti alatan teknologi yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran

matematik di bilik darjah; ii) Mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik di

bilik darjah. 9.1 PENGENALAN

alam konteks Malaysia, pendidikan interaktif dapat dijayakan dengan wujudnya Koridor Raya Multimedia (MSC). MSC merupakan peneraju utama kepada perkembangan teknologi maklumat negara. Secara ringkas, MSC terbina di atas

tujuh aplikasi perdana iaitu teleperubatan, kerajaan elektronik, kad pintar, pusat pemasaran tanpa sempadan, rangkaian pengeluaran sedunia, kelompok pembangunan dan penyelidikan dan sekolah bestari. Sekolah bestari merupakan salah satu aplikasi perdana yang diberi keutamaan oleh kerajaan, demi melahirkan generasi pintar yang akan memimpin negara kelak. Justeru itu, penggunaan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pengajaran pembelajaran dalam bidang sains, matematik dan teknologi dengan mengambil kira keupayaan dan kebolehan semua pelajar serta memungkinkan pembelajaran berlaku secara terarah dan akses kendiri mengikut kadar sendiri. Dalam unit ini kita akan meninjau tentang konsep sekolah bestari dan penggunaan alat-alat teknologi yang disarankan di sekolah rendah dan menengah seperti kalkulator dan komputer dalam pengajaran pembelajaran matematik. Penggunaan perisian seperti Geometer’s Sketchpad, Microsoft-Excel, serta penggunaan internet dalam pengajaran pembelajaran matematik juga akan dibincangkan. Guru matematik diharapkan dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran mereka dalam menggunakan alat-alat teknologi dan meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan perisian-perisian tersebut dalam pengajaran pembelajaran. 9.2 SEKOLAH BESTARI

ahukah anda apa itu sekolah bestari? Dengan kemajuan dalam bidang teknologi, kurikulum sekolah telah disusun semula serta amalan pengajaran pembelajaran disesuaikan dan diperkemas lagi dengan mengambil kira keupayaan pelajar yang

pelbagai. Penggunaan teknologi diharapkan dapat mengoptimumkan kualiti pengajaran pembelajaran. Sekolah bestari mengubah paradigma pengajaran pembelajaran serta kurikulum. Antara lain kurikulum sekolah ini mengambil kira kebolehan setiap pelajar di mana pelajar yang cemerlang boleh mengikuti kandungan sukatan pelajaran yang lebih tinggi dan kompleks sementara pelajar yang kurang cerdas akan meneruskan

D

T

Page 3: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 147

segala aktiviti pembelajaran sehingga mereka bersedia untuk mempelajari kandungan yang lebih tinggi. Sistem pengurusan sekolah, sistem pentaksiran dan penilaian serta lain-lain komponen pengurusan diubah supaya sesuai dengan arus perkembangan teknologi maklumat (IT).

Mengikut Jawatankuasa Petugas, Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolah Bestari ini ditakrifkan seperti berikut:

“Sekolah Bestari memberi pendidikan menggunakan pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara, menggunakan teknologi sebagai kaedah utama dan disokong oleh manusia yang berketerampilan, berkemahiran, polisi dan proses. Ia menggunakan maklumat untuk memilih dan melaksanakan kaedah dan peralatan yang berkesan dan disertai dengan sokongan keperluan organisasi dan pembangunan profesional berterusan”. Berdasarkan kepada takrifan di atas, sekolah bestari merupakan sekolah yang

menggalakkan pelajar berdikari dalam memperoleh pengetahuan. Pelajar disediakan peluang untuk belajar mengikut kadar pembelajaran sendiri serta meneroka bidang ilmu baru yang diminati dengan sendiri. Pelajar akan dapat memaksimumkan potensinya ke tahap lebih cemerlang. Sekolah bestari menggunakan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi di samping menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat (IT) untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat. Sekolah bestari juga membina budaya ilmu dan membentuk pelajar-pelajar untuk berdaya fikir kritis, kreatif dan bersifat penyayang.

9.2.1 Komponen Pengajaran Pembelajaran Sekolah Bestari Tahukah anda bahawa perlaksanaan sekolah bestari berasaskan tiga komponen utama iaitu pengurusan, pengajaran pembelajaran dan pentadbiran. Di sini kita akan hanya membincangkan komponen pengajaran pembelajaran di bilik darjah (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM) iaitu pedagogi, kurikulum, penilaian dan bahan:

Pedagogi Dalam aspek pedagogi tumpuan adalah untuk mengoptimunkan potensi pelajar dan meningkatkan proses pembelajaran melalui bimbingan guru dan bantuan teknologi. Pembelajaran juga dapat ditingkatkan melalui transformasi peranan guru yang bertindak sebagai „pembimbing di sisi‟ (guide by the side) bukan sebagai „pendeta di atas pentas‟ (sage by the stage) semasa pengajaran pembelajaran. Guru juga seharusnya berusaha mengoptimumkan potensi pelajar melalui pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pembelajaran secara terarah kendiri, bergerak pada kemampuan sendiri (self-paced) dan pemerolehan sumber pembelajaran secara akses kendiri (self-accessed). Bagi mencapai hasrat ini guru harus pelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran untuk memastikan penguasaan keterampilan asas dan perkembangan

Page 4: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 148

menyeluruh, mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran tercapai dan suasana bilik darjah yang sesuai untuk pelbagai strategi pengajaran pembelajaran.

Kurikulum Berdasarkan kepada sukatan pelajaran Matematik edisi Sekolah Bestari (1998), kurikulum digubal dengan mengambil kira pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Pengintegrasian ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum diberi penekanan dalam kurikulum ini. Pencapaian hasil pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit bagi membolehkan pelajar memperoleh akses kepada matlamat pembelajaran berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentas tahun dan tingkatan dan pengintegrasian ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era maklumat.

Penilaian Aspek penilaian diberi penekanan yang lebih komprehensif iaitu melibatkan penilaian secara holistik, berdasarkan unsur, merujuk kepada kriteria, berpusatkan pelajar, „on-line‟, pelbagai bentuk, pelbagai pendekatan, alat dan penilaian secara berterusan.

Bahan Penggunaan bahan pengajaran pembelajaran mengambil kira keperluan kurikulum dan pengajaran serta dapat mencabar pemikiran, merangsang pembelajaran, menggalakkan penyertaan aktif. Penggunaan alat-alat teknologi dibuat dengan berdasarkan jaringan, guru dan bahan konvensional dan elektronik.

9.3 INTEGRASI ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada berbagai bentuk teknologi yang digunakan untuk membina, memancar, menyebar, menyimpan, serta berkongsi atau bertukar maklumat. Sebelum ini, teknologi hanya merangkumi alatan seperti radio, televisyen, video, telefon, kalkulator, dan komputer. Mengikut UNESCO (2008), ICT meliputi kabel optik, satelit, telefon mudah alih, jaringan internet, serta peralatan tele-konferens dan video konferens. Pengintegrasian ICT dalam pendidikan melibatkan penggunaan pelbagai alat komputer (komputer meja atau komputer riba, kalkulator, telefon tangan, perisian, internet) dengan strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. National Council of Teachers of Mathematics (NCTM, 1998), mencadangkan penggunaan teknologi dalam bilik darjah patut diterima dan dimasukkan dalam kurikulum matematik K (prasekolah) hingga Gred 12 (Tingkatan Enam). NCTM menegaskan empat perkara yang harus diambil kira dalam pelaksanaan integrasi ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik, iaitu:

Kalkulator yang sesuai patut digunakan oleh semua pelajar pada bila-bila masa;

Satu komputer patut berada di setiap bilik darjah untuk tujuan demonstrasi;

Page 5: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 149

Setiap pelajar patut dibenarkan mengguna komputer untuk kerja kumpulan dan individu; dan

Pelajar patut mempelajari komputer sebagai satu alat untuk memproses maklumat dan menjalankan perhitungan untuk menyelidik dan menyelesaikan masalah yang rumit.

Pernahkah anda menggunakan mana-mana alatan ICT ini dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah? Bincangkan masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan alatan ICT di bilik darjah. 9.4 ALAT TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

erikut beberapa alat teknologi yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah.

9.4.1 Kalkulator Kalkulator elektronik telah diperkenalkan lebih tiga puluh tahun yang lalu dan telah mengalami perubahan-perubahan daripada segi saiz dan rupa bentuk yang mudah dan murah. Kelebihannya, ia berkemampuan untuk melakukan penyelesaian melibatkan

empat operasi asas (, , , ), fungsi memori, punca kuasa dua dan peratus. Kalkulator elektronik juga mudah didapati dan kegunaannya kian bertambah. Seseorang guru matematik harus sedar tentang sumbangan dan penggunaan kalkulator dalam pengajaran pembelajaran sebagai alat bantu mengajar yang bermanfaat dalam bilik darjah. Berikut adalah beberapa tujuan penggunaan kalkulator dalam pengajaran pembelajaran matematik:

Alat untuk memahami konsep matematik Dengan melakukan uji kaji atau eksperimen dengan kalkulator, pelajar boleh melihat berbagai hubungan antara nombor-nombor. Sebagai contoh mereka dapat mengetahui apakah pembahagi yang boleh mengeluarkan nombor-nombor berulang atau menghapuskan nombor perpuluhan. Konsep nilai tempat boleh dijelaskan dengan aktiviti kalkulator iaitu jika nombor 9876521 dipaparkan, maka guru boleh mengemukakan soalan bagi aktiviti ini seperti “Bagaimanakah angka 7 dapat dikeluarkan tanpa mengubah angka-angka lain dalam nombor itu?”. Pelajar juga boleh mengenal pasti nombor-nombor perdana dan juga dapat meneroka pola-pola bagi nombor-nombor tertentu seperti berikut:

12 = 12 + 22 = 12 + 22 + 32 = ... 12 + 22 + 32 +...+ n2 =

B

Page 6: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 150

Gunakan kalkulator untuk menguji generalisasi anda bagi n = 8 dan n = 10. Di sini pelajar-pelajar akan menjadi lebih kreatif dalam membuat penerokaan tentang nombor-nombor. Walau bagaimanapun, bimbingan guru adalah penting bagi memastikan pelajar-pelajar tidak salah menggunakan alat tersebut.

Alat untuk meneguhkan konsep matematik Apabila konsep matematik telah diperkenalkan pelajar perlu digalakkan untuk menjelajah lebih lanjut bagi mengukuhkan konsep. Aktiviti kalkulator boleh digunakan bagi memberi peluang untuk amalan atau aplikasi. Contoh: Kirakan operasi berikut:

i. 1234 + 3654 + 1234 ii. 23654 + 1236 + 34

Dalam contoh ini, pelajar boleh mengukuhkan konsep kira tambah melibatkan nilai tempat dan konsep mengumpul semula dengan betul.

Alat mempertingkatkan kemahiran algoritma Kebanyakan halangan yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah membuat

perhitungan yang melibatkan operasi asas (, , , ) dan akhirnya akan menyebabkan mereka lemah dalam penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar yang kurang mahir membuat penghitungan yang melibatkan operasi asas selalunya akan kecewa kerana tidak berpeluang untuk membuat masalah-masalah matematik yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Dengan penggunaan kalkulator ini pelajar-pelajar berpeluang untuk terus mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Contoh: Bagi setiap soalan berikut, tanda * mewakili satu operasi tertentu sama

ada , , , atau . Tentukan tanda yang sesuai bagi soalan-soalan berikut: i) (37 * 21) * 1942 = 2000 ii) 27 * (36 * 18) = 45 iii) 76 * (204 * 6 ) = 110

Apabila pelajar-pelajar tersebut telah menguasai kemahiran penyelesaian masalah di atas, maka guru hendaklah memberi bimbingan dan memotivasikan mereka bagi mengatasi kelemahan dalam membuat penghitungan matematik tanpa penggunaan kalkulator.

Membuat penyelesaian masalah matematik lebih realistik Selalunya latihan-latihan yang terdapat dalam buku teks dan buku-buku rujukan kurang memberi masalah-masalah yang memerlukan penggunaan kalkulator. Masalah-masalah yang memerlukan penghitungan dan kefahaman lebih diutamakan. Jarang sekali masalah yang berkaitan dengan aplikasi harian yang

Page 7: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 151

lebih realistik diberikan. Sebagai contoh, masalah-masalah yang berkaitan dengan penggunaan air, elektrik, eksperimen-eksperimen sains dalam makmal, pertumbuhan kependudukan, pemeliharaan sumber-sumber dan lain-lain dibincangkan dalam bilik darjah. Masalah-masalah yang realistik seperti ini boleh digunakan oleh guru dalam menggalakkan penggunaan kalkulator dan pelajar-pelajar juga boleh mengemukakan masalah dari pengalaman mereka sendiri. Contoh: Jadual menunjukkan umur kanak-kanak. Berapakah umum Ali sekiranya purata umur tiga kanak-kanak ialah 9 tahun 9 bulan.

Nama Mala Ahmad Ali

Umur

12 tahun 9 tahun 5 bulan

Dalam masalah di atas, penggunaan kalkulator amat penting untuk melaksanakan pengiraan dengan lebih cepat, khususnya melibatkan penukaran daripada tahun ke bulat atau sebaliknya.

Fikirkan bagaimana masalah di atas dapat diselesaikan.

Alat bantuan dalam kursus matematik lanjutan Masalah-masalah dalam kursus atau mata pelajaran di sekolah menengah atas selalunya melibatkan pengiraan yang lebih luas dan mendalam. Penggunaan kalkulator saintifik dan kalkulator grafik merupakan alat bantuan yang penting dalam pengajaran matematik di mana kadangkala boleh digunakan bagi menjadikan pengajaran guru lebih bermakna. Misalnya, kita boleh menyelesaikan masalah-masalah aljabar, pemfaktoran, trigonometri dan menilai ungkapan-ungkapan nyata dan kompleks. Ia memberi jawapan-jawapan yang tepat dan keputusan-keputusan simbolik dalam bentuk pemboleh ubah tak tertakrif. Dalam bidang kalkulus, penggunaan kalkulator tertentu dapat memanipulasikan simbolik termasuk kamiran tak tentu, terbitan-terbitan, had-had dan juga polinomial-polinomial Tylor. Dalam Unit ini, pendedahan awal kepada penggunaan kalkulator sainstifik, kalkulator grafik hanya untuk pengetahuan bukan untuk tujuan digunakan pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah.

Sediakan satu contoh matematik dengan menggunakan kalkulator untuk tujuan peneguhan konsep matematik bagi tajuk operasi nombor perpuluhan. Bincangkan dalam kelas tutorial bagi contoh masing-masing. 9.4.2 Kalkulator Saintifik Walaupun kalkulator saintifik amat berfaedah, namun penggunaan di peringkat sekolah rendah amat terbatas. Tambahan lagi, penggunaan kalkulator saintifik di sekolah untuk pengajaran pembelajaran matematik tidak dibenarkan olek Kementerian Pelajaran

Page 8: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 152

Malaysia. Kalkulator saintifik didapati mempunyai kemampuan melakukan penyelesaian matematik tambahan yang lebih kompleks seperti fungsi trigonometri, logaritma, statistik dan kebarangkalian. Dengan peningkatan dan kekerapan penggunaan kalkulator saintifik di kalangan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah, maka keperluan untuk menggunakan buku sifir Logaritma, Jadual Trigonometri atau lain-lain jadual yang berkaitan kurang diperlukan lagi. Tambahan pula, bagi fungsi trigonometri dan fungsi logaritma, kebanyakan kalkulator saintifik terdapat kekunci untuk penyelesaian bagi

tanda „ „ bagi punca kuasa dua, yn bagi kekunci kuasa, dan terdapat juga kekunci

83

bagi mengira punca kuasa tiga, 𝑦4 bagi mengira kuasa empat dan sebagainya.

Pengiraan melibatkan faedah berkompoun atau masalah eksponen yang

berkaitan dengan kegiatan harian di mana selepas memasukan formula-formula tertentu tentang masalah-masalah berkaitan, maka pelajar sudah bersedia untuk membuat penyelesaian masalah. Sebagai contoh kita lihat penggunaan kalkulator saintifik bagi beberapa masalah yang boleh digunakan dalam bilik darjah bagi tajuk-tajuk yang berkaitan.

Contoh 1: Apakah hasil pelaburan jika RM 10,000 dilaburkan untuk 10 tahun pada kadar 10 % faedah kompoun setahun?

Penyelesaian:

Pelajar hanya perlu memasukkan maklumat dengan menggunakan kekunci yang tertentu seperti berikut:

Bn = RM 10,000 (1.11)¹º = RM 28,390.42

Contoh 2: Dalam ABC, m A = 35.1, a = 24.7 cm, b = 38.2 cm. Gunakan

kalkulator, tentukan m B betul kepada 0.1 .

Penyelesaian:

Persamaan awal: Sin B = 38.2 sin 35.1 24.7

Penggunaan kekunci arc atau inverse bagi mencari m B

m B = 62.8 atau 117.2

Kebanyakan kalkulator saintifik tidak mempunyai kekunci secant, cosecant atau cotangent, tetapi mempunyai kekunci „inverse‟ atau kekunci 1/x , jadi ketiga-tiga fungsi trigonometri tadi boleh digunakan dengan menggunakan kekunci „inverse‟ bagi mencari nilai sudut positif atau negatif.

Di samping itu, beberapa kekunci yang lebih kompleks seperti fungsi songsangan trigonometri (inverse trigonometry), pelbagai fungsi statistik, nombor rawak (random numbers), fungsi eksponen (exponential) dan hiperbolik (hyperbolic) dan lain-lain fungsi tambahan boleh didapati dalam kalkulator saintifik. Guru harus mengetahui

Page 9: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 153

menggunakan kalkulator saintifik dan boleh memberi bimbingan dalam penggunaannya kepada pelajar-pelajar terutama sekali pelajar sekolah menengah atas untuk kegunaan semasa pembelajaran dan juga untuk keperluan masa hadapan.

9.4.3 KALKULATOR GRAFIK Kalkulator grafik berkemampuan untuk melakukan semua aspek yang boleh dilakukan oleh kalkulator saintifik serta mempunyai kelebihan tambahan iaitu boleh memaparkan bentuk graf bagi fungsi-fungsi aljabar, fungsi trigonometri, fungsi selanjar dan tidak selanjar dalam bentuk koordinat segi empat atau parametrik. Ianya juga boleh melorekkan bahagian-bahagian tertentu dalam menentukan rantau linear dan/atau tak kesamaan, menyelesaikan persamaan kuadratik, menggunakan operasi matriks, menyelesaikan persamaan peringkat tinggi bagi sebarang kuasa dan bagi sebarang darjah ketepatannya. Di sini kita akan menunjukkan contoh-contoh penggunaan kalkulator grafik keluaran Texas Instruments‟ TI-82/83 dan Casio‟s fx-115M yang boleh digunakan di sekolah. Contoh-contoh aktiviti Kalkulator Grafik seperti berikut: Contoh 1: Gunakan kalkulator grafik bagi menunjukkan kawasan lorekan bagi

takkesamaan y x2 - 2 dan y 2x + 1.

Penyelesaian: Bimbing pelajar dan ikut langkah-langkah berikut: - kosongkan ingatan kalkulator (clear) iaitu dengan menekan kekunci

2nd quit untuk memulakan dengan skrin kosong. Seterusnya tekan kekunci seperti urutan berikut:

- 2nd prgm - 7 (shade)

- x t n ^ 2 – 2 - ,

- 2 x t n + 1 - ) - enter y > x 2 - 2

y < 2x + 1

Penggunaan kalkulator-kalkulator tersebut semasa pengajaran pembelajaran matematik di dalam bilik darjah sangat digalakkan mengikut kesesuaian tajuk dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar. Terdapat pandangan-pandangan yang bertentangan tentang penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Namun demikian,

Page 10: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 154

jika kalkulator digunakan dengan baik sebagai alat bantu mengajar ianya dapat meneguhkan pembelajaran serta mendorong pelajar. 9.4.4 KOMPUTER Perkembangan elektronik yang pesat telah melahirkan mikro komputer pada tahun 1946. Jika dibandingkan dengan kalkulator elektronik, mikro komputer dapat melakukan banyak operasi atas berbagai-bagai jenis data yang boleh digunakan untuk pengiraan, manipulasi simbol, penerbitan grafik, simpanan dan dapatan kembali maklumat dengan cepat dan tepat. Kebolehan untuk menyimpan dan mendapatkan kembali maklumat dan himpunan-himpunan data yang besar dengan cepat menjadikan komputer satu alat yang penting dalam aktiviti harian.

Di Amerika Syarikat, keperluan penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran di sekolah-sekolah telah bermula pada awal tahun 80‟an. Di Malaysia pula, penggunaan komputer di sekolah dimulai dengan pelancaran program Komputer Dalam Pendidikan di beberapa buah sekolah menengah pada tahun 1995 dan diikuti dengan program Sekolah Bestari yang dilancarkan pada tahun 1998 di bawah salah satu aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan pelancaran program tersebut, sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan kemudahan komputer dan Internet untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap era teknologi maklumat. Kurikulum Sekolah Bestari juga turut digubal dengan penekanan kurikulum kepada penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Guru diperlukan mempunyai kemahiran membina dan menggunakan Hyper Text Markup Language (HTML). Pelajar-pelajar pula perlu mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer dan Internet.

Sebelum kita membincangkan penggunaan komputer selanjutnya dalam

pengajaran pembelajaran matematik adalah penting bagi kita melihat perkembangan penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran matematik di negara-negara luar melalui projek-projek tertentu. Antaranya adalah:

Time-Shared Interactive Computer Controlled System for Television (TCCIT) Projek ini dilaksanakan secara rasmi oleh MITRE Corporation dan University of Texas pada tahun 1971. Di bawah projek ini sekumpulan pendidik telah membangunkan modul kursus lengkap Matematik dan Bahasa Inggeris tahun pertama pengajian di University of Texas dalam menggunakan komputer, TV warna dan grafik. Program ini melibatkan penyertaan lebih daripada 5,000 orang pelajar di dua buah kolej komuniti iaitu Phoenix College dan Northen Virginia Community College. Penilaian yang dilakukan oleh Educational Testing Service mendapati pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti program ini sangat menggalakkan berbanding dengan pelajar-pelajar yang belajar secara konvensional.

Page 11: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 155

Projek Computer Assisted Remediation and Evaluation (CARE) Projek CARE ini dilaksanakan di Ontario, Canada yang melibatkan 10,000 pelajar sekolah menengah. Projek ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai perisian kursus matematik sekolah menengah di Ontario. Hasil penilaian menunjukkan bahawa pencapaian memuaskan di kalangan pelajar yang mengikuti projek ini.

National Council of Teachers of Mathematics (NTCM), Amerika Dalam „An Agenda for Action – recommendations for school Mathematics of the 1980s‟, mencadangkan supaya penggunaan mesin kira (kalkulator) dan komputer di semua peringkat pengajaran matematik. Bagi tujuan ini NCTM mencadangkan supaya penggabungan penggunaan komputer dalam kurikulum matematik. Golongan guru dan bakal guru perlu didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer.

9.5 INTEGRASI KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

enggunaan komputer bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru dalam bilik darjah. Komputer boleh membimbing pelajar melalui perkembangan tajuk-tajuk matematik. Aktiviti-aktiviti bimbingan seperti ini dikenali sebagai

pengajaran berbantukan komputer (Computer Aided Instruction - CAI) dan pembelajaran berbantukan komputer (Computer Assisted Learning – CAL). Pemilihan penggunaan aktiviti-aktiviti ini dalam kurikulum sekolah hendaklah diawasi keberkesanannya di mana ianya hendaklah digunakan sebagai pelengkap kepada pengajaran guru bukannya untuk menggantikan guru semasa pengajaran. Menggunakan perisian-perisian khas yang memenuhi keperluan kurikulum dan yang disampaikan melalui komputer, pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran atau pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau tidak berkesempatan mengikuti sesuat pengajaran atau tajuk boleh menggunakan perisian-perisian tersebut secara bersendirian. Perisian-perisian ini hendaklah mampu untuk membimbing pelajar melalui perkembangan dan aplikasi perisian.

Perisian-perisian CAI dan CAL, selalunya mengandungi latihan dan latih tubi, tutorial atau simulasi atau beberapa gabungan. Latihan dan latih tubi atau tutorial digunakan untuk mengajar pelajar atau pengguna tentang sesuatu perkara atau kemahiran. Ianya melibatkan tugasan pembelajaran dipecah-pecahkan kepada beberapa siri sub-tugasan yang mana setiap sub-tugasan tersebut mempunyai objektifnya tersendiri. Perisian latihan dan latih tubi yang lebih cangih adalah program tutorial yang mana membekalkan pengajaran secara interaktif. Simulasi pula merupakan perisian yang membimbing pelajar melalui proses pembelajaran secara penemuan (learning by discovery). Persoalan yang penting serta teori sesuatu tajuk atau kemahiran secara beransur-ansur ditemui oleh pelajar semasa mengikuti program tersebut.

P

Page 12: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 156

Adalah disarankan bahawa penggunaan komputer secara lebih berkesan dalam pengajaran pembelajaran di sekolah dibuat melalui lima mod iaitu mod tutorial, mod sokongan, mod resos, mod penemuan dan kawalan dan mod perhubungan. Guru hendaklah berkemampuan untuk memilih mod-mod penggunaan komputer yang sesuai dalam pengajaran pembelajarannya.

Mod Tutorial: Terdapat berbagai cara komputer boleh digunakan sebagai

latihan, latih tubi dan tutorial. Perisian yang digunakan seharusnya boleh diselaraskan mengikut aras kepayahan, bilangan masalah dan aras penguasaan dan dibekalkan dengan kekunci „Escape‟ untuk keluar daripada perisian dengan mudah. Perisian yang interaktif ini menyediakan tetingkap yang penuh dengan maklumat pengajaran bagi membantu pelajar yang mengalami kesukaran untuk menjawab sesuatu soalan. Ianya juga boleh mengesan kepayahan yang sedang dihadapi oleh seseorang pelajar tentang sesuatu konsep dan secara automatik akan bertukar kepada masalah tutorial yang lebih mudah dan berperingkat-peringkat selepas beberapa percubaan dibuat serta memberi maklum balas dan respon pencapaian secara spontan. Dalam perisian tutorial ini termasuk juga komponen pengurusan bilik darjah dan kemampuan untuk menyimpan rekod pelajar-pelajar yang mengikuti perisian tersebut. Perisian bagi mod tutorial ini selalunya berada dalam bentuk CAI dan CAL yang disimpan dalam CD-ROM.

Mod Sokongan: Penggunaan perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan

(Microsoft Word), hamparan elektronik (Microsoft Excel), persembahan grafik (Microsoft Power Point, Photoshop dan Corel Draw) dan menyimpan data yang banyak secara sistematik dengan menggunakan perisian pangkalan data seperti Microsoft Access dan Data Base. Kemahiran dalam penggunaan perisian-perisian ini membolehkan pelajar menulis laporan yang terdiri daripada teks, lukisan, rajah, audio dan menganalisiskan dapatan kajian dan hasil kerja dengan berkesan.

Mod Penemuan dan Kawalan: Penggunaan komputer yang menggunakan

perisian program simulasi multimedia yang interaktif. Pelajar mempelajari sesuatu konsep secara penemuan melalui penerokaan sesuatu peristiwa dan mengkaji cara operasi dan fungsi sesuatu sistem yang disimulasikan dalam situasi yang sebenar (contextual learning). Terdapat juga perisian yang dapat membina model interaktif untuk mengawal pemboleh ubah dan menguji idea sendiri (personal discovery). Perisian-perisian bagi mod ini didapati dalam bentuk CAI dan CAL yang disimpan dalam CD-ROM.

Mod Perhubungan: Komputer digunakan sebagai alat perhubungan antara

manusia dengan komputer, atau antara manusia dengan laman Web (World Wide Web). Melalui laman web atau ruang siber ini manusia saling berhubung melalui komputer dan sistem telekomunikasi tanpa mengira sempadan geografi. Penggunaan WWW juga membolehkan pengguna mencapai banyak maklumat dari serata dunia dan apabila WWW ini digabungkan dengan alatan rangkaian lain seperti Netscape atau Internet Explorer boleh mewujudkan kelas maya. Kelas maya ini melibatkan interaksi di antara pendidik dan pelajar yang tidak semestinya berada di tempat yang sama semasa proses pembelajaran. Pelajar boleh mengikuti kelas di mana-mana sahaja (rumah,

Page 13: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 157

makmal komputer atau kafe siber) yang mempunyai capaian terhadap Internet. Walau bagaimanapun, penggunaan www dalam pendidikan masih terhad kepada mencari bahan atau maklumat untuk tugasan, menghubungi pendidik dari luar negara melalui e-mail dan mengadakan perbincangan (chatting) melalui Internet Relay Chat (IRC) atau melalui persidangan video. Jika WWW dapat digunakan dengan cara yang lebih sistematik dan efisien, ianya boleh membantu proses pengajaran pembelajaran dengan lebih berkesan.

Mod Resos: Komputer dijadikan sebagai sumber pelbagai maklumat dan

pengetahuan. Guru dan pelajar boleh mengakses maklumat dari laman Web yang tertentu jika alamat sesuatu laman Web diketahui. Maklumat sesuatu laman Web juga boleh dicari melalui engin pencarian (search engine) dengan menggunakan kata kunci. Maklumat-maklumat yang dipilih boleh dipindahkan dan difailkan, dipetik untuk dimasukkan dalam laporan tugasan atau dicetak. Maklumat juga boleh diperoleh dari cakera padat (CD-ROM) yang boleh dibeli dipasaran seperti ENCARTA dan lain-lain.

Dalam pelaksanaan PPSMI di sekolah, terdapat beberapa perisian matematik yang disediakan. Sila bincangkan dalam kelas tutorial perisian-perisian tersebut sebagai CAI, CAL dan Mod yang digunakan. 9.6 APLIKASI PERISIAN GEOMETER SKETCHPAD DALAM PENGAJARAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK CTM (2000) menegaskan geometri merupakan ilmu yang berguna dalam matematik dan juga dalam kehidupan seharian. Kurikulum matematik sekolah rendah mengenal pasti geometri sebagai Bentuk dan Ruang. Bagaimanapun

kebanyakan tajuk geometri merupakan konsep yang abstrak. Penekanan kepada pengiraan lebih diutamakan daripada kefahaman konsep geometri. Oleh itu, Guru perlu menggunakan peralatan atau bahan maujud untuk menjelaskan konsep-konsep geometri. Kebanyakan pelajaran geometri di sekolah tidak seiring dengan model Van Hiele (sila rujuk Modul Bentuk dan Ruang untuk mengingat semula Lima Tahap pemikiran Van Hiele).

Sila senaraikan Lima Tahap Van Hiele dalam kelas tutorial dan bincangkan tajuk-tajuk matematik sekolah rendah yang sesuai menggunakan perisian Geometer‟s Sketchpad. Salah satu perisian yang signifikan penggunaannya dalam pengajaran pembelajaran matematik adalah „The Geometer‟s Sketchpad‟ iaitu perisian untuk meneroka geometri secara dinamik. Kemampuan membuat heretan (dragging) membuatkan pembinaan geometrinya menjadi lebih dinamik. Geometer‟s Sketchpad adalah dinamik dalam persekitaran geometri. Dengan Sketchpad kita boleh memkonstruk pelbagai bentuk yang menarik, antaranya ialah (rujuklah Lampiran 1):

„simple textbook figure‟

N

Page 14: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 158

model teorem Pythagorean

lukisan perspektif

teselasi

fraktal

animasi gelombang sinus (sine waves)

graf

lengkungan

9.7 APLIKASI PERISIAN MICROSOFT EXEL DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK amparan elektronik merupakan satu jenis perisian yang dicipta khas untuk tujuan memanipulasi angka, merekodkan jadual, memproses data dan melaksanakan operasi aritmatik. Antara hamparan elektronik yang popular digunakan adalah

Lotus 1-2-3, Multiplan, Excel Visual C dan Calstar. Microsoft Excel adalah perisian yang menggunakan tetingkap (window) untuk membantu hamparan elektronik dengan adanya ciri tambahan antaramuka grafik dan keupayaan penerbitan hamparan kerja. Ini adalah kerana Microsoft Excel boleh dijadikan mesin pengira seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian serta banyak formula yang tersedia di dalamnya untuk topik-topik tertentu selain daripada mampu untuk memanipulasikan teks. Dalam Microsoft Excel, hamparan yang tersedia disebut sebagai hamparan kerja. Pengguna boleh mempunyai lebih daripada satu hamparan kerja di dalam satu fail. Hamparan elektronik adalah sama dengan helaian kerja manual atau lejar akaun. Ia membentang jadual dengan baris dan lajur pada skrin komputer. Pada kebiasaannya, grid lajur ini dikenali melalui susunan huruf A, B, C, dan seterusnya sehingga ukuran sebanyak 256 lajur. Grid baris pula dikenali dengan nombor 1, 2, 3, sehingga 8192 baris bagi sesuatu fail. Setiap kotak dalam hamparan disebut sebagai sel. Sebagai mana yang terdapat dalam perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word), hamparan elektronik juga mengandungi menu arahan bagi membolehkan kita melakukan penyalinan, mengalih, memadam blok, menyisip, menghapus lajur dan baris serta mencetak kawasan kerja.

Berikut adalah ciri-ciri bagi Microsoft Excel:

Fail-fail Excel dipanggil buku kerja (workbook) dan setiap buku kerja ini mengandungi helaian kerja (worksheet), helaian carta (chartsheet), helaian makro (macrosheet) dan modul-modul pengaturcaraan Visual Basic.

Excel membolehkan pengguna mencapai arahan-arahan sensitif konteks pada menu pop-up atau menu ringkas (shortcut) dengan menunjukkan kepada item seperti sel atau carta dengan petunjuk tetikus dan mengklik butang kanan tetikus.

Excel menyediakan palang alat terlanggan (customize tool bar) untuk mencapai langkah-langkah tunggal bagi menformat, melukis, mencarta dan arahan-arahan menu lain. Penggunaan juga boleh mempamerkan lebih daripada satu palang alat pada sesuatu masa dan menyembunyi, menggerak dan melanggani palang alat seperti mana yang dikehendaki.

H

Page 15: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 159

Excel juga menyediakan „Wizard‟ baru yang memudahkan proses bagi menghasilkan jadual silang (crosstab), memasukkan fungsi dan mengimport teks.

Excel menggabungkan banyak ciri daripada Microsoft Word termasuk penyemakan ejaan bersepadu, utiliti carian fail dan kotak dialog ringkas untuk mengumpul maklumat tambahan tentang fail buku kerja.

Excel juga mempunyai arahan terkenal „AutoFill‟ bagi membolehkan pengguna menghasilkan satu siri seperti julat tarikh dan AutoFormat bagi membolehkan penggna memfromat jadual pada kawasan helaian kerja dengan fon, sempadan, warna dan corak.

9.7.1 Cara Kerja Dengan Microsoft Excel

Dalam kebanyakkan sistem komputer, item menu untuk Excel muncul dalam bahagian Programs bagi menu Start. Klik item menu Microsoft Excel dan skrin akan kelihatan seperti rajah berikut:

Rajah 9.1: Elemen-Elemen Skrin Hamparan Elektronik ( Excel 97 )

Bar Tajuk Aplikasi

Palang

Formula

Bar

Status

Bar Scroll

Tegak /

Mendatar

Kotak Nama

Lajur

Huruf

Sel Aktif

Baris

Nombor

Sel

Tab

Worksheet

Butang

Scroll

Worksheet

Page 16: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 160

9.7.2 Memasukkan dan Mengedit data

Untuk menghasilkan helaian kerja yang boleh melakukan sesuatu kerja, kita mestilah memasukkan data ke dalam sel yang terbabit. Terdapat enam jenis masukan sel asas dalam semua helaian Excel iaitu teks, nombor, tarikh, masa, formula dan fungsi.

9.7.3 Memasukan teks

Teks terdiri daripada perkataan, komen, tajuk dan lain-lain maklumat bukan matematik. Kita boleh memasukkan sebarang gabungan huruf dan nombor sebagai teks. Teks secara automatik dijajar ke kiri dalam sel.

Langkah-langkah untuk memasukkan teks ke dalam sel adalah seperti berikut:

Pilih sel di mana teks hendak dimasukkan.

Taip teks. Apabila kita menaip, teks akan muncul dalam sel dan di palang formula.

Klik butang Enter pada palang formula dan tekan kekunci Enter.

Untuk membatalkan kemasukan teks, klik butang Cancel sebelum menekan kekunci Enter.

9.7.4 Memasukkan Nombor

Nombor terdiri daripada nilai-nilai matematik yang boleh digunakan dalam pengiraan. Cara untuk memasukkan nombor adalah sama seperti dengan memasukkan teks. Nombor-nombor yang sah adalah termasuk aksara-aksara numerik 0 hingga 9 dan sebarang aksara khas seperti +, -, ( ), $, %. Nombor-nombor secara automatik

menjalar ke kanan. Kita juga boleh memasukkan koma ( , ), titik perpuluhan ( ), tanda ringgit ( $ ) dan kurungan ( ) dalam nilai-nilai yang dimasukkan.

Langkah-langkah untuk memasukkan nombor adalah seperti berikut:

Pilih sel di mana kita hendak memasukkan sesuatu nombor.

Taipkan nombor. Bagi memasukkan nombor negatif, taip tanda „ – „ terlebih dahulu atau kurungkannya dalam kurungan ( - ).

Klik butang Enter pada palang formula atau tekan kekunci Enter pada papan kekunci.

Page 17: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 161

9.7.5 Menulis Formula

Helaian kerja menggunakan formula untuk melakukan pengiraan pada data yang dimasukkan. Dengan formula, kita boleh melakukan penambahan ( + ), penolakan ( - ), pendaraban ( * ) dan pembahagian ( / ) dengan menggunakan nilai-nilai yang terkandung dalam sel.

Terdapat beberapa cara untuk mencipta formula dalam Excel. Cara yang paling

mudah adalah dengan menggunakan mod tunjuk (point mode). Dalam mod ini, kita menggunakan tetikus atau kekunci anak panah untuk menunjukkan sel-sel yang hendak dimasukkan dalam formula, dan Excel akan memberi apakah rujukan sel sebenar. Sebagai contoh, cuba langkah-langkah ini bagi mengira min.

Pilih sel H3, sel di sebelah kanan Min. Sel ini akan mengandungi formula untuk mengira min.

Taipkan, =((B1*B2)+(C1*C2)+(D1*D2)+(E1*E2)+(F1*F2)+(G1*G2))/(B2+C2+ D2+E2+F2+G2)

Tekan kekunci Enter, kita dapat melihat hasil pengiraan di sel H3 dan formula di palang formula.

Pengolah-pengolah matematik Excel:

Pengolah

Operasi Contoh Hasil

^ Eksponen atau kuasa

=A1^3 Nilai nombor pada sel A1 kuasa tiga

+ Tambah =A1+A2 Jumlah nilai nombor sel A1 dan sel A2

- Tolak =A1-A2 Nilai nombor sel A2 ditolak dengan nilai nombor sel A1

* Darab =A1*A2 Nilai nombor sel A1 didarab dengan nilai nombor sel A2

/ Bahagi =A1/A2 Nilai nombor sel A1 dibahagi dengan nilai nombor sel A2

( ) Gabungan =(A1+A2+A3)/3

Jumlah Nilai nombor-nombor sel A1, A2 dan A3 dibahagi dengan 3

9.7.6 Melakukan Pengiraan Kompleks

a) Penggunaan fungsi SUM

Fungsi adalah formula sedia ada yang kompleks. Ia melakukan satu operasi pada julat nilai yang ditentukan. Sebagai contoh untuk menentukan jumlah satu siri nombor dalam sel A1 hingga sel G1, kita taipkan; =SUM(A1:G1). Kita juga

boleh guna fungsi AutoSum, iaitu kita hanya perlu klik butang AutoSum, .

Page 18: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 162

b) Penggunaan fungsi Wizard, Walaupun satu fungsi boleh ditaip secara terus ke dalam sel, didapati adalah

lebih sesuai menggunakan Function Wizard, .

c) Membina Carta Dengan Excel, beberapa jenis carta boleh dihasilkan. Jenis carta yang dipilih bergantung kepada data dan bagaimana ia dibentangkan. Berikut adalah jensi-jenis carta yang boleh dibina iaitu carta Bulatan (Pie), Palang (Bar), Kolum (Column), Garis (Line). Carta-carta ini boleh juga diplotkan dalam bentuk tiga dimensi. Dua kaedah membina carta dalam Excel. Kaedah Pertama, Pilih maklumat helaian kerja yang hendak diplot dan kemudian memilih arahan Insert, Chart, As New Sheet. Kaedah kedua, dengan memilih maklumat helaian kerja yang hendak diplot, klik butang ChartWizard atau memilih arahan Insert, Chart, On This Sheet.

Dengan ini diharapkan kita dapat memahami dan menguasai kemahiran menggunakan perisian „Microsoft Excel‟ dalam pengajaran pembelajaran matematik. Bagi meningkatkan kemahiran menggunakan perisian Microsoft Excel, di sini disertakan latihan dan contoh-contoh aplikasi Excel dalam pengajaran pembelajaran matematik bagi tajuk-tajuk terpilih.

Latihan

1. Sebuah kedai video menawarkan pilihan-pilihan berikut kepada pelanggannya bagi sewaan pita video. Pilihan A, pelanggan mesti menjadi ahli kelab dengan membayar yuran RM 20 setahun dan sewaan dikenakan sebanyak RM 1.50 setiap pita video yang disewa. Pilihan B pula, pelanggan tidak perlu menjadi ahli kelab tetapi dikenakan bayaran sewaan sebanyak RM 2.95 setiap pita video yang disewa. Pilihan manakah yang anda pilih? Mengapa?

2. Jadual berikut menunjukkan taburan kekerapan bagi ketinggian 100 orang pelajar.

Tinggi (cm) 150-154

155-159

160-164

165-169

170-174

175-179

180-184

Kekerapan

7 11 16 24 22 15 5

i) Sediakan jadual kekerapan longgokan ii) Lukiskan histogram iii) Cari min.

3. Dengan menggunakan Microsoft Exel, tuliskan nombor-nombor berikut kepada nombor

terhampir yang dinyatakan. i. 3657 (kepada ratus yang hampir). ii. 24577 (kepada puluh yang hampir).

Page 19: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 163

iii. 45689 (kepada ribu yang hampir). 4. Dengan menggunakan Microsoft Exel, nyatakan setiap kumpulan nombor-nombor berikut

dalam jujukan ascending (ascending order). i. 15 , 56, 34, 35, 89, 43 ii. 234, 145, 376, 124, 231, 316 iii. 6256, 2677, 1543, 2435, 1986

9.8 PENGGUNAAN INTERNET DAN WORD WIDE WEB (WWW) ATAU RUANG

SIBER DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK uang siber atau World Wide Web (www) merupakan medan manusia saling berhubung melalui komputer dan sistem telekomunikasi tanpa mengira sempadan geografi. Ruang siber atau www telah digunakan secara meluas

dalam berbagai bidang seperti pendidikan, perdagangan, pelancongan, perkhidmatan dan lain-lain lagi. Penggunaan www dalam pendidikan masih terhad kepada mencari maklumat atau bahan untuk tugasan, mengadakan perbincangan dan menghubungi pendidik dari luar negara melalui e-mail atau melalui persidangan video. Jika www ini dapat digunakan dengan cara yang lebih sistematik dan efisien, ianya boleh membantu proses pengajaran pembelajaran dengan lebih berkesan.

Mengikut Creed (1997), antara ciri-ciri yang perlu ada dalam pedagogi pengajaran pembelajaran yang menggunakan www ialah: bahan pengajaran; interaksi; kemahiran dan penilaian.

9.8.1 Bahan pengajaran Bahan pengajaran yang disediakan hendaklah dalam berbagai tahap kefahaman. Ini bermakna pelajar boleh menentukan tahap kefahaman yang sesuai untuk mereka. Pelajar juga boleh membuat keputusan bila dan di mana mereka akan berinteraksi dengan bahan pelajaran atau pelajar lain. Ini membolehkan mereka belajar pada waktu yang terbaik untuk mereka dan juga mempunyai masa untuk membuat tugasan yang diberikan. Dua cara untuk menyediakan bahan pengajaran. Pertama, menggunakan teknologi khusus untuk pendidikan tertutup melalui penggunaan hypertext. Cara ini memerlukan pelajar yang berdaftar dengan sesebuah institusi atau sekolah sahaja yang boleh mencapai bahan pengajaran yang disediakan. Kedua, menggunakan cara capaian terbuka di mana sebarang individu boleh mencapai dan menggunakan bahan pengajaran di www. Untuk tujuan pembangunan isi pengajaran Golberg et. al. (1996) telah menyediakan alat bantu yang dikenali sebagai Web-CT. Bahan-bahan pembelajaran seperti nota, tutorial dan latihan boleh diletakkan di www dan dikemas kini setiap masa.

R

Page 20: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 164

9.8.2 Interaksi Isi kandungan atau subjek perlu distrukturkan dengan baik supaya pelajar dapat berinteraksi dengan bahan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pedagogi yang berkesan. Keberkesanan pembelajaran melalui www bergantung kepada interaksi dalam pembelajaran yang dilakukan. Terdapat dua jenis interaksi yang perlu diamalkan iaitu interaksi sosial dan interaksi kognitif (Lander, 1999). Gabungan kedua-dua interaksi ini, pembelajaran melalui www akan menjadi lebih efektif. Interaksi melalui www ini terbahagi kepada tiga jenis itu interaksi di antara pelajar dengan pendidik, interaksi di antara pelajar dengan pelajar lain dan interaksi di antara pelajar dengan isi kandungan pembelajaran. Ketiga-tiga interaksi tersebut adalah penting dan perlu ditekankan dalam pembelajaran. 9.8.3 Mahir menggunakan teknologi komputer

Teknologi dicipta untuk menyokong pembelajaran dengan membolehkan pembelajaran berlaku dengan lancar. Perubahan teknologi juga berlaku dengan begitu pantas, maka pendidik perlu peka dengan perubahan yang berlaku dan perlu bersedia menerima sebarang perubahan yang berlaku serta mahir menggunakan perubahan baru tersebut. Guru perlu bijak menggunakan teknologi dan mengabungkannya dengan sumber yang sedia ada.

9.8.4 Penilaian

Peperiksaan elektronik boleh mengurangkan bebanan pendidik dan memberi lebih banyak masa kepada guru untuk menyediakan perancangan pengajaran yang lebih baik. Pengedaran kertas soalan dapat dilakukan dengan lebih cepat di mana satu salinan soalan diletakkan di www dan soalan yang sama boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Begitu juga pengiraan markah, merekodkan markah dan menyediakan analisis keputusan boleh dilakukan dengan lebih cepat melalui www. Terdapat banyak contoh-contoh pengajaran pembelajaran matematik yang disediakan oleh guru-guru dan penggubal kurikulum di seluruh dunia dalam www. Dalam laman ini guru-guru boleh memperoleh banyak idea tentang pengajaran pembelajaran matematik dari sekolah rendah hingga ke peringkat tinggi.

Katakan, sebagai contoh kita merancang untuk mengajar tentang polinomial melalui penggunaan www. Kita akan menggunakan jubin aljabar sebagai bahan bagi membantu pelajar untuk membuat visual dan manipulatif. Kita boleh mendapatkan idea untuk pengajaran ini melalui internet. Kita mulakan dengan mencari engin pencarian (search engine) pada sebarang laman di Internet yang berkaitan dengan tajuk dan bidang yang berkaitan. Salah satu engin pencarian matematik adalah Alta Vista yang boleh diperoleh pada http://www.altavista.com dan taipkan perkataan „algebra tiles‟ dan klik „search‟. Pelbagai maklumat dipaparkan tentang „algebra‟, tiles, atau kedua-duanya. Salah satu sumber yang boleh membantu dalam pencarian „algebra tiles‟

Page 21: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 165

dengan lebih mudah adalah pada alamat berikut: http://plato/acadiau.ca/courses/educ/reid/tiles/tiles.html. Di alamat ini guru boleh memperoleh pelbagai contoh aktiviti-aktiviti tentang „algebra tiles‟. Aktiviti-aktiviti ini boleh dicetak dan diedarkan kepada pelajar-pelajar semasa pengajaran pembelajaran. Berikut senarai beberapa laman web yang memberi maklumat tentang idea pengajaran pembelajaran, penyediaan bahan pengajaran pembelajaran matematik, organisasi dan perisian.

i. Aktiviti dan Idea Rancangan Pengajaran <http://www.coolmath.com> <http://www.domath.org/> <http://www.enc.org/> <http://www.kqed.org/cell/school/math/mathonline/index.html> <http://dir.yahoo.com/Science/Mathematics/Education/> <http://www.dpi.state.nc.us/Curriculum/Mathematics/MathMatrix.html> <http://www-sc.lib.uci.edu/SEP/math.html> <http://www.geom.umn.edu/> <http://www.slr.rmit.edu.au/mav/PSTC/index.html. <http://www.tutor.com.my

ii. Sejarah Matematik dan Pelbagai <http://forum.swarthmore.edu/dr.math.dr-math.html> <http://web66.coled.umn.edu/> <http://web66.coled.edu./Schools/List/Math.html>

iii. On-line katalog Bahan Pengajaran Matematik dan Pembekal <http://www.keypress.com/product_info/sketchpad3.html> <http://www.keypress.com/> <http://www.mlc.pdx.edu/> <http://www.nctm.org/> <http://www.ti.com <http://www.mathsoft.com

9.9 KESIMPULAN

ecara umum, sistem pendidikan di Malaysia amat memberi penekanan kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran. Oleh itu, dalam unit ini kita sudah meninjau tentang konsep sekolah bestari dan penggunaan alat-alat teknologi

yang boleh disarankan di sekolah rendah seperti kalkulator dan komputer dalam

S

Page 22: Unit 9 integrasi teknologi

I n t e g r a s i T e k n o l o g i | 166

pengajaran pembelajaran matematik. Penggunaan perisian seperti Geometer’s Sketchpad, Microsoft-Excel, serta penggunaan internet dalam pengajaran pembelajaran matematik juga diberi penekanan dalam unit ini. Akhirnya, guru matematik diharapkan dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran mereka dalam menggunakan alat-alat teknologi dan meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan perisian-perisian tersebut dalam pengajaran pembelajaran. 9.10 SOALAN PERBINCANGAN 1. Pilih satu tajuk yang sesuai bagi membuat demonstrasi penggunaan „The

Geometer‟s Sketchpad‟ untuk pelajar-pelajar berikut:

i) pelajar Tahun Satu yang sederhana keupayaan. ii) pelajar Tahun Dua yang memerlukan perkhidmatan pemulihan iii) pelajar Tahun Tiga yang pintar (gifted) iv) pelajar Tahun Enam yang sedang mengikuti tajuk Pengurusan Data.

2. Dengan menggunakan kalkulator mudah untuk mengajar satu tajuk yang dipilih

bagi aktiviti pengayaan (enrichment activities) serta sediakan rancangan pengajarannya.

3. Sediakan 3 soalan yang sesuai dengan menggunakan sukatan pelajaran

Matematik bagi Tahun 1 hingga Tahun 6. Nyatakan dengan jelas bagaimana perisian Microsoft Excel boleh digunakan untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut (sertakan hamparan elektronik yang menjelaskan langkah-langkah penggunaan Excel.

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat mengenal pasti alatan teknologi yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah; .

2 Saya dapat mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.