tmk untuk p&p

41
PANDUAN PENGGUNAAN PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM DALAM PENGAJARAN & PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

Upload: mahathir-bakar

Post on 05-Dec-2014

1.454 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tmk untuk p&p

PANDUAN PENGGUNAAN PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (ICT) KOMUNIKASI (ICT) DALAM DALAM

PENGAJARAN & PENGAJARAN & PEMBELAJARANPEMBELAJARAN

Page 2: Tmk untuk p&p

Pengenalan

ICT Untuk Pembelajaran Tutorial

ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

ICT Sebagai Alat Aplikasi

ICT Sebagai Alat Komunikasi

Skop Perbincangan

Page 3: Tmk untuk p&p

Apa Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P ?

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P .

PENGENALAN

Page 4: Tmk untuk p&p

Apa Manafaat ICT Dalam Pembelajaran?

✓ Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

✓ memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.

✓ meningkatkan motivasi murid.

✓ membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).

Page 5: Tmk untuk p&p

✓ Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

✓ Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

✓ Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

✓ Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

Page 6: Tmk untuk p&p

✓ meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.

✓ memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

✓ meningkat kemahiran ICT.

Page 7: Tmk untuk p&p

Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam P&P perkara perkara berikut perlu diberi perhatian:

•Penggunaan ICT dalam P&P dirancang dengan baik, bukan secara "bidan terjun" atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

•Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P

Page 8: Tmk untuk p&p

•Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P

•Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran

Page 9: Tmk untuk p&p

Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan.

Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Boleh Menggunakannya Dalam P&P ?

Page 10: Tmk untuk p&p

• Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan.

•Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P ?

Page 11: Tmk untuk p&p

Penggunaan ICTdalam P&P dapat dilihat dan dua aspek,

( i ) Aspek pengajaran iaitu (guru mengguna ICT), dan

( ii ) Aspek pembelajaran ( murid mengguna ICT).

Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P ?

Page 12: Tmk untuk p&p

• Tutorial,

• Penerokaan (eksploratori),

• Aplikasi dan

• Komunikasi.

 Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

Dalam konteks pembelajaran , penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :

Page 13: Tmk untuk p&p

ICT UNTUK PEMBELAJARAN

TUTORIAL

Page 14: Tmk untuk p&p

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial

apabila diguna untuk menyampaikan

kandungan pelajaran berdasarkan urutan

yang telah ditetapkan.

Apa maksud ICT untuk Pembelajaran Tutorial ?

Page 15: Tmk untuk p&p

Pembelajaran tutorial ini merangkumi :

•pembelajaran ekspositori,

•demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan

•latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Page 16: Tmk untuk p&p

Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.

Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Page 17: Tmk untuk p&p

lstilah Computer Assisted Instruction (CAl) diguna untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P.

Kemudianya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan.

Page 18: Tmk untuk p&p

Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan.

Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid.

Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berciri multimedia.

Page 19: Tmk untuk p&p

Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut:

mempersembahkan maklumat,

membimbing,

menyediakan / memberi latihan, dan

menilai pencapaian

Page 20: Tmk untuk p&p

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.

Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru

(Clack dan Sun, 1996).

Page 21: Tmk untuk p&p

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:

✔Kelas yang mengandung kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian

yang lain mengguna komputer.

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ?

Page 22: Tmk untuk p&p

✔ Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.

✔ Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.

Page 23: Tmk untuk p&p

✔ Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.

✔ Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.

Page 24: Tmk untuk p&p

ICT UNTUK PEMBELAJARAN

PENEROKAAN (EXPLORATARY)

Page 25: Tmk untuk p&p

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :

Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

✔ Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.

Page 26: Tmk untuk p&p

✔ Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.

✔ Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Page 27: Tmk untuk p&p

Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT.

Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan

oleh sistem.

Page 28: Tmk untuk p&p

Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada * pemikiran kritis,* penyelesaian masalah, * pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan ?

Page 29: Tmk untuk p&p

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan ini?

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:

* pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.

* pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.

*

Page 30: Tmk untuk p&p

* Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan.

* Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Page 31: Tmk untuk p&p

Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.

Page 32: Tmk untuk p&p

Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.

Page 33: Tmk untuk p&p

ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI

Page 34: Tmk untuk p&p

Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

Page 35: Tmk untuk p&p

Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

Page 36: Tmk untuk p&p

Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?

Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.

Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda murid.

Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

Page 37: Tmk untuk p&p

ICT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

Page 38: Tmk untuk p&p

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

Apa Maksud ICT Sebagai Alat Komunikasi?

Page 39: Tmk untuk p&p

Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:

teks, grafik, audio,video, atau kombinasi pelbagai mod.

Page 40: Tmk untuk p&p

Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam PnP ?

Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu: Teknik Seorang - Sendirian,Teknik Seorang kepada Seorang,Teknik Seorang kepada Ramai, danTeknik Ramai kepada Ramai.

Page 41: Tmk untuk p&p

Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi?

Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.

Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui “peer group” yang bersifat global.

Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.