terapi dalam pendidikan khas

25
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS Segala pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi dalam Pendidikan Khas disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu, menumpukan kepada perancangan aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi pelaksanaan, dan melatih kemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar institut. OBJEKTIF TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS 1. Dapat mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah pembelajaran secara menyeluruh. 2. Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk murid yang bermasalah. KEPERLUAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian. Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan. Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

Upload: asma-azyyati-ii

Post on 21-Jul-2016

676 views

Category:

Documents


40 download

DESCRIPTION

Terapi Dalam Pendidikan Khas

TRANSCRIPT

Page 1: Terapi Dalam Pendidikan Khas

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Segala pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi dalam Pendidikan Khas

disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu, menumpukan kepada

perancangan aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi

pelaksanaan, dan melatih kemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif,

drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di dalam dan

di luar institut.

OBJEKTIF TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

1. Dapat  mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid

bermasalah pembelajaran secara menyeluruh. 2. Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk 

murid yang bermasalah.

KEPERLUAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Melatih murid-murid  bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.

Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.

Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.

Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

Page 2: Terapi Dalam Pendidikan Khas

DEFINISI TERAPI

Menurut Kamus Perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan

dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang

penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian

badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep

kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat

membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai

perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.

Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah

yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti

dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat

yang lebih tinggi.

JENIS-JENIS TERAPI

Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang

bermasalah pembelajaran ialah:

Terapi Fisio Terapi Seni Terapi Cara Kerja

Terapi Pasir Terapi Muzik Terapi

Pergerakan Kreatif

Terapi Hidro (Air) Terapi Alternatif Terapi Pertuturan

Page 3: Terapi Dalam Pendidikan Khas

TERAPI FISIO

Terapi fisio dan terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu

murid pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan

mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.

DEFINISI FISIO

Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby

(2001) ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorag individu dengan

menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:

Aktiviti Fisio

Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh

diperolehi di pusat-pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih

boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:

Mengurut. Manipulasi Latihan teraputik

Penyejukan dan

pemanasan

Terapi hidro.Ransangan

menggunakan elektrik.

Ransangan menggunakan

cahaya.

Mengurut Merenyuk Mencubit Menguli

Mengoyak Menggentel Menggunting Mencabut

Menggenggam Menggaru  Memicit

Page 4: Terapi Dalam Pendidikan Khas

Latih

an p

siko

mot

or Melambung.Membaling.Menyambut.Menolak.MenarikMelompat.Menendang.Memukul.Berlari.Berjalan. La

tihan

imba

ngan Berdiri di atas

kerusi.Berjalan di atas taliMembawa buku di atas kepalaMembawa bola ping pong dengan sudu.Berdiri sebelah kaki. La

tihan

koo

rdin

asi

Melambung dan menyambung bola berbagai saizMemasukkan jarum ke dalam lubang manik.

Rawatan kebiasaan yang ditawarkan

Terapi senaman.

Perawatan elektrofizikal.

Shortwave diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds, Hot packs   dan lain-lain.

Teknik-teknik khas contoh; mobilisasi sendi.

Page 5: Terapi Dalam Pendidikan Khas

TERAPI CARA KERJA

Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang

berkemahiran  sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktivti terapi cara kerja hanya

boleh didapati di pusat-pusat perubatan dan pusat-pusat latihan tertentu sahaja.

Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan dengan murid

yang bermasalah pembelajaran di sekolah.

Antaranya:

1.    Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup.

2.    Latihan pravokasional

3.    Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan.

4.    Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

Page 6: Terapi Dalam Pendidikan Khas

TERAPI SENI

Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu

meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah

satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik.

DEFINISI SENI

Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani

kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh

merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan

lain-lain.

KEPENTINGAN SENI

1.  Sebagai pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.

2.  Sebagai pengalaman yang berlaku sepanjang hari.

3.  Sebagai pengalaman universal.

KOMPONEN PENDIDIKAN SENI

a) Seni Visual

Melukis

Membuat Rekaan Dan Corak

Membuat Binaan

Menghasilkan Kraftangan

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI

Mengembangkan bakat dan kreativiti

Menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar

Menilai keindahan alam dan warisan budaya

Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna yang betul

Menghasilkan karya seni yang kreatif

Memberi peluang ke arah pengembangan diri pelajar / kerjaya

Page 7: Terapi Dalam Pendidikan Khas

OBJEKTIF MELUKIS

Melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)

Mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)

Pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)

Menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)

Menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang,

menama dan sebagainya / mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan

dengan alatan/ mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan

pelbagai media dan teknik.

TERAPI MUZIK, GERAKAN DAN DRAMA

M e lib a tk a n s e n i p e r s e m b a h a n ia it u n y a n y ia n , p e r m a in a n a la t m u z ik , p e r g e r a k a n d a n d r a m a

M e n g e m b a n g k a n b a k a t d a n m in a t d a la m b id a n g n y a n y ia n , ta r ia n d a n la k o n a n d r a m a

M e n g a m a lk a n s e m a n g a t k e r ja s a m a d a n b e r d is ip l in d a la m k u m p u la n

B e r k e m a h ir a n m e n g g u n a k a n a la t m u z ik

M e la k u k a n g e r a k a n m e n g ik u t r e n ta k la g u

M e n g e n a l la g u b e r d a s a r k a n m e lo d i

M e n g a w a l k o o r d in a s i a n g g o ta a n g g o ta b a d a n

Page 8: Terapi Dalam Pendidikan Khas

PERANAN, FAKTOR DAN PERTIMBANGAN GURU DALAM MENGENDALIKAN PENDIDIKAN KESENIAN.

FUNGSI SENI DALAM PENDIDIKAN

Bersikap positif  terhadap seni

Berpengetahuan dan berkemahiran

Kreatif

Berpengetahuan tentang psikologi kanak-kanak

Berpengetahuan tentang teori pembelajaran

Menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif

Memastikan peralatan dan bahan yang mencukupi

Memastikan murid merasa selamat dan diterima

Membentuk dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian

Mengadakan peluang untuk interaksi antara murid

Mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi  

Alat membantu perkembangan kanak-

kanak.

Menggalakkan perkembangan fizikal,

mental, estatik.

Menyumbang kepuasan diri.

Meningkatkan imaginasi kreatif. Menyelesaikan masalah

Menyumbang kepada perkembangan

personaliti.

Page 9: Terapi Dalam Pendidikan Khas

RASIONAL   PENDIDIKAN KESENIAAN UNTUK KANAK-KANAK KHAS

1. Menurut Howard Gardner(1983), kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan

seni, ada potensi.

2. Mereka berhak menerima PSV – diberi peluang

3. PSV sebagai alat yang digunakan utk perkembangan diri

4. Sebagai alat utk capai FPK

5. Membantu dan memudah cara / menggalakkan menyampaikan kehendak.

Dalam kumpulan normal mungkin tak boleh. Tapi dalam kumpulan yang sama

mungkin dia boleh melalui aktiviti seni yang melibatkan kerjasama, keyakinan

dsb. 

6. Membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan

normal. Contohnya kanak-kanak bermasalah pertuturan akan ekpresskan

DEFINISI TERAPI SENI

Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai

        ”a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a

qualified art therapist contributes toward externalization of thoughts and feelings

which may otherwise remain unexpressed. The images may have a diagnostic as

well as a therapeutic function in that they provide the patient and the therapist with a

visible record of the session and give indicators for further treatment”.  

TEKNIK SENI VISUAL

 

Lukisan  Kolaj  Mozek Gurisan    Anyaman

Capan Cetakan Tiupan Jahitan Papier Mache

Model Origami Catan Tekapan

Page 10: Terapi Dalam Pendidikan Khas

KEPENTINGAN SENI VISUAL KEPADA MURID

TERAPI HAIWAN BERKUDA

Olahraga berkuda ternyata memiliki manfaat untuk metode penyembuhan

bagi berbagai masalah anak. Mulai dari masalah psikologis, mental, emosional,

lemah fizik, kemampuan berbahasa dan berbicara, bahkan autisme.

DEFINISI TERAPI BERKUDA

Menurut Lisa McCallum, terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic

Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda):

"Menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan

orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda

tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan”.

KELEBIHAN TERAPI BERKUDA

Setiap tahun, banyak orang merasakan manfaat dari terapi menunggang kuda dan

jumlahnya terus meningkat. Menurut McCallum, terapi berkuda tersebut memiliki tiga

manfaat utama, iaitu olahraga, pendidikan dan pengubatan. Ketiga-tiga hal ini

sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.

Meningkatkan keupayaan berinteraksi  dengan alam sekitar.

Meluahkan perasaan.

Menikmati keseronokan menjalani aktiviti.

Menguatkan daya imaginasi.   

Menguatkan motor kasar dan motor halus.

Memperkembangkan bakat.

Menghayati nilai seni.

Page 11: Terapi Dalam Pendidikan Khas

McCallum menjelaskan terapi biasa tidak berhasil kerana anak sudah antipasti

terlebih dahulu terhadap kegiatan terapi. Sedangkan aktiviti berkuda, anak-anak

memandangnya sebagai kegiatan bermain yang menyenangkan sehingga mereka

menjadi lebih rileks menjalaninya.

Berkuda boleh memotivasi anak yang memiliki masalah mental dan emosional, serta

kendala dalam belajar. Kegiatan ini membantu mereka berkonsentrasi, sabar, dan

disiplin tinggi. Aktiviti berkuda ini membolehkan wujudnya kerjasama antara kuda

dan penunggangnya. Saat belajar berkuda, akan tercipta ikatan emosi anak dengan

kuda yang dinaikinya.

Menurut McCallum lagi hubungan unik antara kuda dengan pengendaranya

membantu mengatasi ketakutan. Justeru, akan tumbuh rasa saling percaya antara

anak dengan kuda, hal inilah yang menjadi terapi emosi mereka.  Untuk anak yang

mengalami kecacatan fizik, misalnya kaki lumpuh, berkuda adalah cara mereka

menikmati kebebasan yang selama ini tidak boleh mereka dapatkan saat berada di

atas kursi roda.

Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan.

"Saat menunggang kuda, otot-otot pada selangkangan anak akan merasakan

sensasi seperti saat berjalan kaki. Hal itu akan mengaktifkan otot-otot kaki sehingga

perlahan-lahan si anak akan boleh berjalan," kata McCallum.

TERAPI PASIR

Terapi Sandplay adalah satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk membentuk satu

hubungan dengan jiwa ke satu penyembuhan. Pengasasnya adalah ahli terapi orang

Switzerland Dora M. KALFF (1904-1990), yang berpangkalan teori-teorinya pada

prinsip-prinsip psikologi Jungian dan pada kerja Margaret Lowenfeld.

DEFINISI TERAPI PASIR

Terapi Sandplay adalah satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan

emosional dan perkembangan peribadi pelanggan-pelanggan. Sandplay boleh

ditambah melalui penggunaan terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi.

Satu proses pusat adalah pelanggan itu adalah diberi peluang bagi memilih daripada

satu kepelbagaian benda-benda dan angka-angka dengan satu gol mewakili dunia

Page 12: Terapi Dalam Pendidikan Khas

dalaman mereka. Tindakan-tindakan itu dan keputusan-keputusan sandplay adalah

kemudiannya ditafsir secara simbolik oleh pelanggan. Proses interpretasi itu dibantu

oleh ahli terapi. 

                Menurut Bradway dan McCoard (1997), kanak-kanak yang dipanggil Kathy

yang datang untuk terapi kerana mengalami masalah-masalah kebimbangan,

kegagalan dan kemarahannya yang telah membina sejak bertahun-tahun. Dia takut

menyatakan kemarahannya dan lazimnya diletakkan dipagari dalam dulang pasir itu.

Dengan meletakkan kelilingnya binatang-binatang hutan, dia berupaya menghayati

satu kemampuan melakukan sesuatu kira-kira mengawal binatang-binatang ini dan,

dia bermain meriam iaitu alat permainan dalam dulang pasir dan terus memainkan

perasaan positif terhadap saya. Dia telah tanam badan kami istana pasir bersama

dalam dulang tersebut.

2 Cara Terapi Pasir

1.  Menanam badan.

2.  Membina istana pasir.

3.  Bermain ting-ting dalam pasir.

4.  Genggam pasir.

5.  Buka selipar dan cecahkan kaki pelajar dalam pasir.

3   Tempat-Tempat Yang Sesuai

1.  Di kawasan lapang.

2.  Di tepi pantai.

3.  Dalam bekas berisi pasir.

Page 13: Terapi Dalam Pendidikan Khas

TERAPI MUZIK

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi

bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh

dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan

tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

DEFINISI TERAPI MUZIK

        Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi

muzik bermaksud

        ”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.

JENIS PERALATAN MUZIK

Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:

Muzik Tradisional

Dipalu -loceng, gong, kompang.

Digesek -rebab, gambus, oud, kecapi.

Ditiup-serunai, seruling,nafiri.

Digoncang -angklung.

Page 14: Terapi Dalam Pendidikan Khas

 

Muzik Barat

Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess

Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.

Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.

3 Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik

Memperkenalkan alat muzik

Demonstrasi

Warming up.

Page 15: Terapi Dalam Pendidikan Khas

TEKNIK BERMAIN DENGAN BETUL

MUZIK SEBAGAI SATU CARA RAWATAN

Postur badan yang betul

Menyembunyikan corak/pola ritma.

Memainkan pola/corak ritma.

Bermain ikut giliran.

Membuat gerakan yang sesuai.

Bermain secara keseluruhan. 

Muzik melibatkan tingkah-laku manusia

yang universal. Muzik adalah berdasarkan

bentuk fizikal. 

Muzik adalah fenomena yang boleh memberi

kesan kepada manusia. Muzik memberi interaksi antara sesama individu. 

Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam

komunikasi secara verbal. 

Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman

kreatif. 

Muzik merupakan sumber epada keseronokan. 

Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan

neurogikal. 

Page 16: Terapi Dalam Pendidikan Khas

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

        Pergerakan kreatif ialah salah satu cara yang dapat membantu murid

pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan

mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.

DEFINISI PERGERAKAN KREATIF

        Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang

dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan,

ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping

meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui

pergerakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran

dan fahaman konsep-konsep pergerakan.

TEMA PERGERAKAN

        Menurut Buku Panduan Guru bertajuk Pergerakan Kreatif oleh kementerian

Pendidikan Malaysia (1997), pergerakan kreatif mempunyai 16 tema dalam

pengajaran dan pembelajaran iaitu:

Kesedaran tubuh badan 

Kesedaran rintangan kepada beban dan masa 

Kesedaran ruangAliran beban badan dalam

ruang dan masa   

Penyesuaian terhadap kawan.

Penggunaan tubuh badan sebagai

alat.Lapan lakuan daya

asasRitma-ritma

berkaitan dengan pekerjaan.

Bentuk-bentuk pergerakan.

Gabungan lakuan daya asas. Orientasi ruang

Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya

dalam pergerakan.

Penaikan dari lantai.

Kesedaran berkumpulan.

Formasi pergerakan dalam

kumpulan.

Kualiti-kualiti ekspresif dalam

pergerakan.

Page 17: Terapi Dalam Pendidikan Khas

TERAPI HIDRO (AIR)

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program

Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah

pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal

yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau

permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang

cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi

pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara

serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani

oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang

walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke

dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek

sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah

melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi

seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi

seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan

jantung dan otot-otot rangka.

TUJUAN TERAPI HIDRO

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid

bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat

membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan

murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti

murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan

terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa.

Page 18: Terapi Dalam Pendidikan Khas

KONSEP TERAPI HIDRO

Terapi Hidro didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan

motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana

segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air   lebih

mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang

menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.

Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan   

individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak  seperti

lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walau bagaimanapun, murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit

rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam

membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri

yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui  hidroterapi juga, ianya dapat

memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan,

melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung.

Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat

dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan

yang boleh dilakukan oleh murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih

berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran

bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan

yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya

penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

Page 19: Terapi Dalam Pendidikan Khas

KEPENTINGAN HIDROTERAPI

Hidroterapi   merupakan   suatu   bidang   yang    agak    luas   bertujuan   

untuk mengembalikan,  memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi

dan spiritual  kepada  keadaan  yang lebih  baik  atau  normal.   Antara   kepentingan

hidroterapi ini ialah:

Menghilangkan tekanan

Keupayaan berkomunikasi.

Simulasi sistem otak.

Bina keyakinan diri. Kreativiti. Kawalan diri.

Latihan ‘Social skill’. Merangsang pertuturan.

Melatih sikap bekerjasama.

Meningkatkan kesabaran. Pengamatan.

Latihan koordinasi badan dan anggota

badan yang lain.

Latihan daya kepimpinan.

Manipulasi tangan dan jari-jemari. Daya konsentrasi.

Pembentukan ‘body image’.

Peningkatan ‘self-esteem.

Page 20: Terapi Dalam Pendidikan Khas

PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini,

faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan.     Kita

melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap

ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam

kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki

terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk

mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan

perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh

menyebabkan mereka menjadi bimbang   dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap

dan memberi galakkan  kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam

air.  ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah

dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat

menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh

itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Terdapat murid berkeperluan khas

yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau

kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan

kepada mereka. Harus diingat bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak

mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau

ketika mereka mungkin boleh menguasainya.