teori sendiri

Upload: gobi-krrish

Post on 06-Oct-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TEORI PERIBADI DALAM PRAKTIKUM FASA 2

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLISTEORI SENDIRI YANG DIHASILKANNAMA TEORI SENDIRI: Learning and Play

Penerangan tentang Teori Sendiri:

Teori yang telah dihasilkan ini adalah digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi memastikan tahap kognitif murid ditingkatkan serta tingkah laku murid dapat dikawal oleh guru dan membolehkan guru mencapai objektif pengajaranya. Berdasarkan teori ini guru akan mencipta atau mengubah suai permainan dan disesuaikan dengan topik yang diajar.

Melalui permainan ini guru dapat menarik minat murid sekaligus dapat mengawal kelas. Selain itu, permainan yang dihasilkan perlulah merangsangg minda murid supaya dapat tingkatkan tahap kognitif murid. Guru juga perlulah menetapkan peraturan sendiri untuk permainan yang dicipta supaya objektif pengajaran dapat dicapai.

Pada pemulaanya, guru hendaklah mengenalpasti tajuk yang akan di ajar ketika sesi P&P. Selain itu, guru perlulah menetapkan aktiviti apa yang ingin dilaksanakan serta objektif yang ingin dicapai .seterusnya guru perlulah merancang sesuatu permainan untuk jangka masa 8 10 minit. Guru perlulah peka terhadap jenis alatan sukan yang terdapat dalam stor serta keselamatan alatan yang digunakan. Guru perlulah mempelbagaikan alatan yang digunakan supaya dapat menarik minat murid serta dapat memberi pengalaman baru kepada murid.Permainan yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap umur murid murid. Serta yang lebih penting haruslah mengikut sukatan pelajaran. Selain itu, pastikan guru menetapkan arahan atau peraturan permainan yang ringkas dan mudah untuk difahami. Hal ini, kerana ia dapat menjimatkan masa, guru tidak perlu sentiasa mengulang peraturan permainan. tambahan pula guru perlu pastikan bahawa semua murid dalam kelas itu dapat bemain permainan tersebut kecuali murid yang kurang sihat sahaja. Pastikan murid sentiasa berinteraksi sesama mereka semasa melaksanakan permainan.Melalui teori ini guru secara tidak langsung dapat menanamkan sifat berkerjasama antara murid murid. Selain itu, guru juga dapat menjana idea daripada murid. Contohnya melalui permaian yang perlu menyelesaikan masalah murid murid perlulah berfikir untuk mematuhi peraturan yang diberi bagi menamatkan permainan dengan cepat. Melalui permainan sebegini, guru dapat mengembangkan kognitif murid murid, dengan ini murid murid dapat berfikir secara logik dan kreatif.Setelah mengaplikasikan teori ini dalam beberapa kelas, saya dapat mengawal tingkah laku murid dan mereka mudah menerima arahan daripada saya. Selain itu, saya dapati murid murid seronok dan gembira semasa dalam kelas saya.