tarik upih.pptx

Upload: mohd-afif-azri-ahmad

Post on 04-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PERMAINAN TRADISIONAL TARIK UPIH

PERMAINAN TRADISIONALTARIK UPIHHafiz Bin Manaf (P6E)Mohd Afif Azri Bin Ahmad (P6J)

Tarik upih adalah...Satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN.Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daunpokok pinang.Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut. Selain pelapah pinang, pelepahkelapajuga digunakan.

Cara permainan tarik upihPermainan ini dimain secara berkumpulan.Upih ini mesti dimain dengan dua orangatau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih.Upih ni boleh dinaiki oleh seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya yang lebih tua/besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya. Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan menarik peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan mereka akan bertukar peranan. Peserta kedua akan menarik pesertapertama ke garisan permulaan semula dan ini dianggap sebagai satu pusingan. Maka seterusnya ahli kumpulan yang lain akan meneruskan permainan sehingga semua ahli telah melakukan aktiviti.

Peraturan permainanSeorang peserta akan menjadi penarik, sementara seorang lagi sebagai penunggang- duduk atas upih.Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang.Peserta perlu mengulang semula permainan sekiranya penunggangnya jatuh dariupih sebelum sampai ke garisan penamat.Penunggang tidak dibenarkan untuk membantu penarik semasa pertandinganPeserta yang mengganggu dan memasuki kawasan pihak lawan akan dikeluarkan dari pertandingan.Peserta tidak dibenarkan menukar pasangan sebelum sampai ke garisan.Peserta pertama perlu menunggu wisel ditiup sebelum memulakan permainan.Penunggang dilarang sama sekali berdiri ketika permainan sedang berjalan