tari piring dari sumatera barat

8
TARI PIRING DARI SUMATERA BARAT 1. SEJARAH TARI PIRING Tari piring merupakan salah satu dari berbagai kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat Sumatera barat tepatnya masyarakat minangkabau. Tarian Piring dulu diciptakan untuk memberikan persembahan kepada dewa-dewa dalam memasuki masa panen, namun dengan datangnya Islam Tarian Piring tidak lagi untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa tetapi untuk majlis-majlis keramaian yang dihadiri bersama oleh raja-raja atau pembesar negeri juga dalam acara keramaian lainnya seperti pesta perkawinan. Sejarah adanya tari piring yang dilakukan oleh masyarakat minangkabau tidak dapat dipastikan kapan mulanya tarian piring itu ada, namun dipercayai bahawa ia telah wujud sekian lama di kepulauan Melayu sejak lebih 800 tahun yang lalu. Tarian ini dipercayai telah bertapak di Sumatra Barat atau lebih dikenali sebagai Minangkabau, dan berkembang hingga ke zaman Sri Viiaya. Kemunculan kerajaan Majapahit pada kurun ke 16, yang menjatuhkan kerajaan Sri Vijaya telah mendorong perkembangan Tari Piring ke negeri-negeri Melayu bersama-sama penghijrah atau orang-orang pelarian Sri Vijaya ketika itu.

Upload: nurmeida-urwani

Post on 23-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: Tari Piring Dari Sumatera Barat

TARI PIRING DARI SUMATERA BARAT

1. SEJARAH TARI PIRING

Tari piring merupakan salah satu dari berbagai kebudayaan yang dimiliki

oleh masyarakat Sumatera barat tepatnya masyarakat minangkabau. Tarian Piring

dulu diciptakan untuk memberikan persembahan kepada dewa-dewa dalam memasuki

masa panen, namun dengan datangnya Islam Tarian Piring tidak lagi untuk

dipersembahkan kepada dewa-dewa tetapi untuk majlis-majlis keramaian yang

dihadiri bersama oleh raja-raja atau pembesar negeri juga dalam acara keramaian

lainnya seperti pesta perkawinan.

Sejarah adanya tari piring yang dilakukan oleh masyarakat minangkabau

tidak dapat dipastikan kapan mulanya tarian piring itu ada, namun dipercayai bahawa

ia telah wujud sekian lama di kepulauan Melayu sejak lebih 800 tahun yang lalu.

Tarian ini dipercayai telah bertapak di Sumatra Barat atau lebih dikenali sebagai

Minangkabau, dan berkembang hingga ke zaman Sri Viiaya. Kemunculan kerajaan

Majapahit pada kurun ke 16, yang menjatuhkan kerajaan Sri Vijaya telah mendorong

perkembangan Tari Piring ke negeri-negeri Melayu bersama-sama penghijrah atau

orang-orang pelarian Sri Vijaya ketika itu.

2. Makna Tari Piring

Permainan piring di tangan penari Solok, Minangkabau, adalah peragaan cara

membina rumah tangga. Ingin tahu filosofinya?

Begini, menurut pemahaman penduduk Sumatra Barat, gerakan tari piring

melambangkan kerja sama ketika warganya berada di sawah. Koreografi ini meniru

cara petani bercocok tanam dan menunjukkan ungkapan rasa syukur mereka saat

menuai hasil panen yang bakal menghidupi seisi rumah.

Page 2: Tari Piring Dari Sumatera Barat

Piring di tangan mereka diisi makanan yang lezat untuk dipersembahkan kepada

dewa. Tetapi sejak agama Islam masuk, tari piring mempersembahkan sesajennya

kepada majelis keramaian dan raja-raja atau pembesar negeri.

Kini, tari piring juga dipakai sebagai bagian dalam pernikahan tradisional

karena pengantin dianggap sebagai raja sehari yang layak mendapat penghormatan.

Butuh kecakapan memegang piring dan mengatur mimik muka yang tepat saat

menarikannya.

Ketika penarinya bergerak cepat, atau disebut ayun, bersiaplah menyaksikan

atraksi lempar piring. Piring yang mudah pecah itu akan dilontarkan tinggi-tinggi ke

udara. Dan, penari menunjukkan kebolehan dalam mempermainkan piring di

tangannya. Itulah bagian yang melambangkan kegembiraan tatkala musim panen tiba.

Pada bagian penutup, penari akan menghempaskan piring ke tanah dan mulai

menari di atas pecahan piring. Inilah lambang kesucian dari niat para penari.

Anehnya, tidak ada kaki yang terluka akibat menari melompat-lompat di atas beling.

Musik tari piring dibunyikan oleh gemerincing dua cincin di kedua tangan

penari, berikut iringan meriah dari talempong dan saluang. Umumnya personel penari

piring berjumlah ganjil dan terdiri dari tiga

3. URUTAN PROSESI TARI PIRING

Tarian piring dapat dilakukan dalam berbagai cara atau versi untuk

melakukan tariannya, itu semua tergantung dimana tempat atau kampong dimana

Tarian Piring itu diamalkan. Namun tidak begitu banyak perbedaan dari Tari Piring

yang dilakukan dari satu tempat dengan tempat yang lainnya, khususnya mengenai

konsep, pendekatan dan gaya persembahan. Secara keseluruhannya, untuk memahami

bagaimana sesebuah Tari Piring dipersembahkan, berikut adalah urutan atau susunan

sesebuah persembahannya.

a. Persiapan awal

Page 3: Tari Piring Dari Sumatera Barat

Sudah menjadi kebiasaan bahawa sesebuah persembahan kesenian harus

dimulakan dengan persediaan yang rapi. Sebelum sesebuah persembahan diadakan,

selain latihan untuk mengujudkan kecekapan, para penari Tari Piring juga seharusnya

mempunyai latihan penafasan yang baik agar tidak kacau sewaktu membuat

persembahan.

Menjelang hari atau masa persembahan, para penari Tari Piring mestilah

memastikan agar piring-piring yang mereka akan gunakan berada dalam keadaan

baik. Piring yang retak atau sumbing harus diketepikan atau digantikan dengan yang

lain, agar tidak membahayakan samada kepada diri sendiri atau orang ramai yang

menonton. Ketika ini juga penari telah memutuskan jumlah piring yang akan

digunakan.

Segera setelah berakhir persembahan Silat Pulut di hadapan pasangan

pengantin, piring-piring akan diatur dalam berbagai bentuk dan susunan di hadapan

pasangan pengantin mengikut jumlah yang diperlukan oleh penari Tari Piring dan

kesesuaian kawasan. Dalam masa yang sama, penari Tari Piring telah bersiap sedia

dengan menyarungkan dua bentuk cincin khas, iaitu satu di jari tangan kanan dan satu

dijari tangan kiri. Penari ini kemudian memegang piring atau ceper yang tidak retak

atau sumbing.

b. Memulakan tarian

Tari Piring akan bermula sebaik sahaja rebana dan gong dipukul oleh para

pemusik. Penari akan memulakan Tari Piring dengan ’sembah pengantin’ sebanyak

tiga kali sebagai tanda hormat kepada pengantin tersebut iaitu; sembah pengantin

tangan di hadapan sembah pengantin tangan di sebelah kiri sembah pengantin tangan

di sebelah kanan.

c. Semasa menari

Page 4: Tari Piring Dari Sumatera Barat

Selesai dengan tiga peringkat sembah pengantin, penari Tari Piring akan

memulakan tariannya dengan mencapai piring yang di letakkan di hadapannya serta

mengayun-ayunkan tangan ke kanan dan kiri mengikut rentak muzik yang dimainkan.

Penari kemudian akan berdiri dan mula bertapak atau memijak satu persatu piriring-

piring yang telah disusun lebih awal tadi sambil menuju ke arah pasangan pengantin

di hadapannya. Pada kebiasaannya, penari Tari Piring akan memastikan bahawa

semua piring yang telah diatur tersebut dipijak. Setelah semua piring selesai dipijak,

penari Tari Piring akan mengundurkan langkahnya dengan memijak semula piring

yang telah disusun tadi. Penari tidak boleh membelakangkan pengantin.

Dalam masa yang sama kedua-dua tangan akan berterusan dihayun ke kanan

dan ke kiri sambil menghasilkan bunyi ‘ting ting ting ting …….’ hasil ketukan jari-

jari penari yang telah disarung cincin dangan bahagian bawah piring. Sesekali, kedua-

dua tapak tangan yang diletakkan piring akan dipusing-pusingkan ke atas dan ke

bawah disamping seolah-olah memusing-musingkannya di atas kepala.

4. Mengakhiri persembahan

Sesebuah persembahan Tari Piring oleh seseorang penari akan hanya

berakhir apabila semua piring telah dipijak dan penari menutup persembahannya

dengan melakukan sembah penutup atau sembah pengantin sekali lagi. Sembah

penutup juga diakhiri dengan tiga sembah pengantin dengan susunan berikut; sembah

pengantin tangan sebelah kanan sembah pengantin tangan sebelah kiri sembah

pengantin tangan sebelah hadapan

4. MAKNA PROSESI TARI PIRING

Tari Piring dikatakan tercipta daripada ”wanita-wanita cantik yang berpakaian

indah, serta berjalan dengan lemah lembut penuh kesopanan dan ketertiban ketika

membawa piring berisi makanan yang lezat untuk dipersembahkan kepada dewa-

dewa sebagai sajian. Wanita-wanita ini akan menari sambil berjalan, dan dalam masa

yang sama menunjukan kecakapan mereka membawa piring yang berisi makanan

tersebut”. Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kepercayaan dan

Page 5: Tari Piring Dari Sumatera Barat

konsep tarian ini. Tari Piring tidak lagi dipersembahkan kepada dewa-dewa, tetapi

untuk majlis-majlis keramaian yang dihadiri bersama oleh raja-raja atau pembesar

negeri.

Keindahan dan keunikan Tari Piring telah mendorong kepada perluasan

persembahannya dikalangan rakyat jelata, yaitu dimajlis-majlis perkawinan yang

melibatkan persandingan. Dalam hal ini, persamaan konsep masih wujud, yaitu

pasangan pengantin masih dianggap sebagai raja yaitu ‘Raja Sehari’ dan layak

dipersembahkan Tari Piring di hadapannya ketika bersanding.

Tari Piring mempunyai peranan yang besar didalam adat istiadat perkawinan

masyarakat Minangkabau. Pada dasarnya, persembahan sesebuah Tari Piring di

majlis-majlis perkawinan adalah untuk tujuan hiburan semata-mata. Namun

persembahan tersebut boleh berperanan lebih daripada itu. Persembahan Tari Piring

didalam sesebuah majlis perkawinnan boleh dirasai peranannya oleh empat pihak

yaitu; kepada pasangan pengantin kepada tuan rumah kepada orang ramai kepada

penari sendiri.

Pada kebiasaannya, pakaian yang berwarna-warni dan cantik adalah perkara

wajib bagi sesebuah tarian. Tetapi bagi Tari Piring, memadai dengan berbaju Melayu

dan bersamping saja. Warna baju juga adalah terserah kepada penari sendiri untuk

menentukannya. Namun, warna-warna terang seperti merah dan kuning sering

menjadi pilihan kepada penari Tari Piring kerana ia lebih mudah di lihat oleh

penonton.

Alat musik yang digunakan untuk mengiringi Tari Piring, memadai dengan

pukulan Rebana dan Gong sahaja. Pukulan Gong amat penting sekali kerana ia akan

menjadi panduan kepada penari untuk menentukan langkah dan gerak Tari Piringnya.

Pada kebiasaannya, kumpulan Rebana yang mengiringi dan mengarak pasangan

pengantin diberi tanggungjawab untuk mengiringi persembahan Tari Piring. Namun,

dalam keadaan tertentu Tari Piring boleh juga diiringi oleh alat musik lain seperti

Talempong dan Gendang.

Page 6: Tari Piring Dari Sumatera Barat