strategi pengajaran-pembelajaran dalam pedagogi bestari

Upload: ctnorbaya81

Post on 29-May-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    1/23

    Strategi Pengajaran-

    Pembelajaran dalam

    Pedagogi Bestari

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    2/23

    Ahli-ahli Kumpulan

    Aina binti Abdul Wahid

    Siti Norbaya binti Abdul Rahman

    810418-01-5950

    Hafizatun Nor binti Tauhid

    xxx

    Farahwahedah binti

    NurAminah binti

    81

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    3/23

    Pedagogi Bestari

    Strategi pengajaran dan pengajaran

    banyak ditumpukan kepada :

    a) strategi pemudahcaraanb) strategi berpusatan murid dan bahan

    c) strategi pembelajaran masteri

    d) strategi pembelajaran kolaboratif

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    4/23

    Pedagogi Bestari

    Mengikut Pelan Induk Sekolah Bestari

    (1997), beberapa strategi pengajaran dan

    pembelajaran dalam pedagogi bestaritelah diperkenalkan iaitu :

    a) Pengajaran direktif

    b) Pengajaran generatif

    c) Pengajaran kontekstual

    d) Pengajaran metakognitif

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    5/23

    e) Pengajaran konteks luaran

    f) Kajian masa depan

    g) Pembelaran secara koperatifh) Pembelajaran secara kolaboratif

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    6/23

    Pengajaran Direktif

    Pembelajaran secara direktif bermaksud,

    murid-murid belajar melalui penerangan

    tentang konsep / kemahiran oleh guru dandiikuti oleh ujian kefahaman dan latihan

    yang dibuat dengan bimbingan guru.

    Contoh strategi-strategi pengajaran yang

    boleh digunakan oleh guru ialah kuliahdan latih-tubi.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    7/23

    Pengajaran Secara Mediatif

    Bagi elemen pembelajaran secara mediatif,murid-murid diajar untuk mengaplikasikan

    pengetahuan untuk menyelesaikan masalah,

    membuat keputusan, mengenalpasti andaiandan menilai kebenaran andaian, keputusan

    dan hipotesis.

    Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh

    digunakan oleh guru ialah seperti

    penaakulan dialektual, pemerolehan konsep,

    pembentukan konsep, latihan inkuiri dan

    perbincangan terbuka.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    8/23

    Pengajaran Generatif

    Dalam strategi generatif, guru akan

    menggalakkan murid menjanakan idea-idea

    kritis dan kreatif. Strategi ini membantu

    murid-murid menyelesaikan masalah secara

    kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-

    idea yang asli dan unik.

    Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yangboleh digunakan oleh guru ialah seperti

    pemetaan minda, pemikiran lateral dan

    kreatif.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    9/23

    Strategi Pemerhatian

    Dalam pendekatan pemerhatian, murid-

    murid diajar mengikuti perbuatan guru

    atau memodelkan perlakuan sesuatu

    kemahiran.

    Contoh aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang boleh digunakan oleh

    guru dalam kaedah pemerhatian ialahtunjuk cara.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    10/23

    Strategi Kontekstual

    Kaedah kontekstual ialah kaedah yang

    mengaitkan bahan pengajaran dan

    pembelajaran kepada situasi dunia yang

    sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan

    murid-murid untuk membuat kaitan antara

    ilmu pengetahuan dengan

    pengaplikasiannya kepada kehidupan.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    11/23

    Pembelajaran ini mementingkan

    penyelesaian masalah. Pembelajaran kontekstual penting kerana ia

    mengaitkan pembelajaran kepada realiti

    kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang

    boleh dikaitkan kepada pembelajaran

    kontekstual ialah pembelajaran

    eksperential, pengalaman hidup sebenar,

    pembelajaran aktiviti dan pembelajaranberpusatkan murid.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    12/23

    Prinsip-prinsip penting dalam

    pembelajaran kontekstual ialah sepertiguru menggalakkan murid untuk belajar

    daripada satu sama lain, guru

    menggunakan penilaian sebenar,

    pembelajaran kontekstual bergantungkepada ingatan spatial guru dapat

    menyepadukan mata pelajaran-mata

    pelajaran yang berlainan dan penilaianautentik melalui pengalaman praktikal.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    13/23

    Pengajaran Metakognitif

    Dalam strategi metakognitif, murid-murid

    memikirkan tentang proses

    pembelajaran, rancangan pembelajaran,

    pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan

    oleh guru kepada ialah Apakah yang saya

    telah belajar? Apakah bantuan yang sayaperlu? Murid-murid dapat mempraktikkan

    strategi ini semasa mereka menjalani latihan

    praktikum atau membuat journal refleksi.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    14/23

    Pengajaran Konteks Luar

    Kaedah konteks luar ialah aktiviti p&p yangdilaksanakan oleh guru di luar bilik darjahatau di makmal sains.

    Dalam kaedah ini, peranan guru sebagaiseorang fasilitator di mana guru cuba

    menyelesaikan semua masalah yangdihadapi oleh murid.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    15/23

    Guru akan memberikan satu aktiviti

    penyelesaian masalah dan murid mestiberada di luar bilik darjah untuk

    menyelesaikan masalah ini.

    Selepas menyelesaikan aktiviti yang

    diberikan oleh guru, murid akan

    menyediakan laporan secara individu atau

    mengikut kumpulan.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    16/23

    Kajian Masa Depan

    Dalam kaedah kajian masa depan, guru

    membolehkan murid-murid mengambil

    bahagian dalam penciptaan masa depan.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    17/23

    Contoh-contoh soalan yang boleh

    dikemukakan oleh guru dalam kaedah iniialah seperti bagaimana keadaan lalulintas pada satu hari nanti di Malaysia?Apakah kemungkinan-kemungkinan yang

    akan berlaku pada masa depan? Apakahkesan-kesan daripada penebanganhutan? Apakah yang akan berlaku padahaiwan-haiwan bila hutan ditebang?

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    18/23

    Pembelajaran Secara Koperatif

    Pendekatan koperatif ialah murid-murid

    belajar secara kumpulan dan berbincang

    secara koperatif.

    Dalam kaedah ini, murid-murid dapat

    berinteraksi dan saling membantu dalam

    aktiviti pembelajaran.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    19/23

    Langkah-langkah dalam pembelajaran

    koperatif ialah seperti guru sampaikanpelajaran baru, murid-murid membentuk

    kumpulan untuk membincangkan secara

    koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan

    kemajuan dan pencapaian murid dalam

    setiap kumpulan.

    Peneguhan sosial diberikan kepada

    kumpulan yang berprestasi cemerlang.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    20/23

    Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah

    seperti, murid-murid melibatkan diri secaraaktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri

    dan bertanggungjawab sesama ahli

    kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial

    dapat dipupuk dan murid-murid sedartentang kebaikan pembelajaran ini.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    21/23

    Prosedur pengajaran dan pembelajaran

    dalam kaedah koperatif ialah seperti gurumengajar satu unit kaedah pembelajaran,

    murid dibahagikan kepada beberapa

    kumpulan untuk menjalankan aktiviti-

    aktiviti untuk mencapai objektifpembelajaran, guru membimbing dengan

    kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang

    sesuai, murid mengikuti bimbingan guru,murid-murid berusaha bersama-sama

    dalam kumpulan mencapai objektif

    pembelajaran yang ditetapkan.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    22/23

    Pembelajaran Secara Kolaboratif

    Mengikut Kamus Dewan (1998),

    kolaboratif bermaksud kerjasama erat di

    antara dua pihak atau lebih.

    Pendekatan kolaboratif melibatkan

    sekumpulan murid yang berusaha

    bersama ke arah mencapai prestasi yang

    cemerlang sama ada bidang akademik &ko-kurikulum.

  • 8/9/2019 Strategi Pengajaran-Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

    23/23

    Melalui pembelajaran ini, keberkesanan

    pembelajaran dapat ditingkatkan nilaisosial & kerjasama dapat dipupuk dengan

    baik serta masalah disiplin dapat

    dikurangkan ke tahap yang minima.

    Pembelajaran koperatif & kolaboratif

    mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di

    mana kedua-dua kaedah ini menekankan

    semangat kerjasama antara ahlikumpulan.