sksj 3013 note 4

Upload: mohd-noh-bin-md-yunus

Post on 07-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 sksj 3013 note 4

    1/2

    Accommodation Bargaining Dalam Kerangka Demokrasi

    Persaingan ; adalah suatu proses sosial yang dilakukan oleh individu atau kelompok dalam usahanya mencapai keuntungan tertentu tanpa adanya ancaman atau kekerasandari para pelaku. Contohnya persaingan antarperusahaan telekomunikasi atau provider

    dalam menyediakan pelayanan tarif murah pulsa.

    Accommodation dan bargaining adalah dua kaedah pang popular digunakan di dalam persaingan antara kelompok mahupun individu di dalam arena politik demokrasi.Accommodation dapat diangap sebagai penyelesaian isu-isu serta konflik melaluirundingan untuk mewujudkan suatu konsesus

    Konsensus yang dibentuk akan menyelesaikan isu atau konflik tersebut. Bargaining pula adalah merupakan usaha tawar menawar yang dibuat diantara pihak yang berkepentingan untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua pihak terlibat.Dua kaedah ini kerap digunakan memandangkan prosesnya yang tidak melibatkankekerasan dan kelihatan lebih mencerminkan suatu aktiviti social atau politik yanglebih civilized.

    Bayangkan proses social dan politik yang wujud di zaman pertengahan abad dahulu dimana kekuatan tenaga Fizikal menjadi penentu kekuasaan. Bayangkan juga keadaanalamiah yang digambarkan oleh Thomas Hobbes, zaman savage dan b;arbaric yangdigambarkan oleh Lewis Henry Morgan dan juga sifat masyarakat militant gambaranHerbert Spencer (sekadar beberapa contoh). Semuanya menunjukkan keadaan yangtidak bertamadun dan mengenepikan unsure tolak ansur dan rundingan yang sekaligus gagal memelihara kesejahteraan semua pihak.

    Demokrasi liberal merupakan suatu jenis pemerintahan yang mengutamakankebebasan rakyat samada untuk bersuara, bergerak, berpendapat mahupun memilihkerajaan. Individu, pertubuhan dan kelompok masyarakat memiliki kebabasan asas.Pertubuhan pendesak mahupun parti politikbebas bergerak, menyuarakan kepentingandan sama-sama berusaha menentukan suatu keputusan demi memeliharakepentingannya.

    Pilihanraya diadakan bagi memilih wakil rakyat ke dewan perundangan danmembentuk kerajaan. Akhbar majalah dan lain-lain media seperti radio dan televisiondibenarkan bergerak dan menyuarakan pendapat berbagai pihak. Di dalam arena yang

    serba bebas ini persaingan dan konflik (secara sihat) kepentingan sentiasa wujudmalah menjadi eleman penting kepada system sedemikian. Accommodation dan bargaining bukan menjadi perkara asing malah mendapat tempat istimewa di dalamsystem politik ini.

    Sesuatu dasar kerajaan boleh dipengaruhi melalui kaedah ini, begitu juga dengandasar dan tindakan pertubuhan lain. Pertubuhan pendesak dan parti politik bukansahaja ingin mempengaruhi dasar kerajaan tetapi juga sentiasa peka dengan dasar serta langkah parti politik dan pertubuhan pendesak lain.. pertubuhan alam sekitar umpamanya sentiasa memerhatikan kegiatan pertubuhan pengilang atau peladang disamping kerap berinteraksi dengan jabatan Alam Sekitar. Kesatuan sekerja pula

    seringkali berhubung dnegna jabatan buruh di samping berinteraksi dengan badanmajikannya.

  • 8/6/2019 sksj 3013 note 4

    2/2

    Sebagai contoh, perselisihan di antara kesatuan sekerja dengan pertubuhan majikankerap kali diakhiri dengan rundingan dan proses yang dipersetujui oleh kedua-dua

    pihak. Langkah sesuatu pertubuhan ynag tidak dipersetujui mungkin akan didedahkan di media, atau sekiranya serius di bawa ke mahkamah. Di dalam masyarakat

    pluralistic seperti terdapat beribu pertubuhan lagi bergerak bebas dan masing-masing

    memiliki kepentingan, ada yang berbeza atau bertentangan dengan yang lainmeskipun tidak dapat dinafikan ada juga yang selari matlamat perjuangannya.