skrip cerita katak

Upload: fisju

Post on 17-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

katak

TRANSCRIPT

Skrip Si Katak yang Sombong.

Dalam sebuah hutan terdapat sebuah tasik. Tasiknya sangat cantik dan airnya tenang. Di tepi tasik tinggal seekor katak. Katak ini sentiasa bermain di tasik. Ia tidak pernah bermain jauh daripada tasik tersebut. Ia melompat ke sana ke sini dengan riang hati. Pada suatu hari, katak terlihat rupa dan badannya dalam air tasik. Ia pun berkata " Katak: Ohh , sudah besar badan aku..Tentu badan aku yang paling besar di antara binatang-binatang yang lain." kata katak dengan bangganya.Katakpun terus melompat dengan riang hati. Katak: 'La..la..la..la..ong..ong .badanku amat besar...Ong..Ong..Ong badanku besar.' katak Si katak Ketika ia melompat-lompat, terjumpalah katak dengan si Rama-rama. Rama-rama pun berkata,Rama-rama: " Hai katak, seronok nampak hari ini" kata Cek Ti kepada Si Katak.Katak: "Ong..Ong yelah,aku sangat seronok hari ini. Badanku sudah besar." kata katak. Katak bertanya pula kepada rama-ramaKatak: "Rama-rama. ..adakah badan aku lebih besar daripada kau?" tanya Si katak.Rama-rama: "Ya, memang badan kau lebih besar daripada aku ,tapi..ada lagi binatang yang lagi besar daripada kau" sambung rama-rama kepada Si Katak.Apabila katak mendengar kata-kata itu, ia menjadi marah dan tidak percaya. Lalu ia menyedut udara dan perutnya menjadi besar.Katak: " Haa..lihat badanku lebih besarkan ". kata katak lalu melompat pergi meninggalkan rama-rama.Dalam perjalanan Si katak terjumpa pula dengan Si Lebah. Tanya katak kepada lebah.Katak: " Lebah ,adakah badanku lebih besar daripada badan kau'? tanya katak dengan megahnya.Lebah pun menjawab.Lebah: " Ya...badan kau memang besar daripada aku tetapi ada lagi binatang yang badannya lebih besar daripada kau". kata lebah.Si katak berasa tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh lebah Ia merasakan hanya dialah binatang yang paling besar di situ. Lalu katakpun mula menyedut udara lagi. Uuuuup......perutnya menjadi lebih besar daripada tadi.Lebah melihat perut katak semakin besar lalu berkata.Lebah: " Badan dan perut kau memang besar, tetapi ada lagi bintang yang lebih besar daripada perut kau ini". kata lebah. Si katak berasa geram lalu melompat pergi daripada lebah.Ong..Ong..sambil melompat si katak berkata sendirian..'Betulke ada binatang yang lagi besar daripada aku?".tapi aku tak pernah lihatpun." kata katak sendirian.' Ong..Ong.. "Ah!..aku tidak pecaya" 'kata katak lagi. Ketika kata bercakap sendirian , datang seekor tikus kepada katak. Melihat tikus lalu katakpun bertanya.Katak: " Tikus .. adakah badan aku besar daripada kau?" Tanya Si katakTikus: 'Oh ya..badan kau memang besar."kata tikus.'Katak: "Badanku tentunya lebih besar daripada rama-rama dan lebahkan?"tanya Si Katak lagi.Tikus: ' Ya , memang badan kau lebih besar daripada kami tetapi, ada binatang lain yang lebih besar daripada badan kau" kata tikus.Si Katak semakin marah. Ia pun mengisi angin ke dalam perutnya lagi. Katak rasa dialah binatang yang paling besar di dunia. Perut katak semakin membesar seperti belon. ia menjerit dengan sombong. Katak: "Lihat sekarang, akulah yang paling besar!' kata Si katak'Tidak katak'.kata Si semut.

Si Katak bertambah marah. dia menyedut lagi udara ke dalam perutnya. perut Si Katak menjadi sangat besar. Tiba-tiba Pom! Perut katak telah pecah. Akhirnya Si Katak yang sombong itupun mati. semut berasa sedih dengan Si Katak.Itulah akibatnya jika bersikap sombong dan bermegah diri. Rupa-rupanya Si katak tidak pernah melihat binatang lain kerana ia tidak pernah berjalan jauh daripada tasiknya itu.