sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

20
SIKAP DAN PENERIMAAN MURID TERHADAP MATEMATIK

Upload: norazila-sehman

Post on 14-Jun-2015

125 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

SIKAP DAN PENERIMAAN MURID TERHADAP MATEMATIK

Page 2: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

BAB 1 PENGENALAN

• Sikap positif dalam menerima pembelajaran Matematik sangat penting supaya murid dapat menerima pengajaran guru dengan mudah. Kita bukanlah mengajar di dalam bilik darjah yang unggul. Bilik darjah yang kita hadapi adalah bilik darjah yang mengandungi pelbagai ragam dan sikap murid.

• Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof

Boon (2004), mengatakan bahawa sikap adalah perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat (fikiran) atau dalam istilah bahasa Inggeris pula disebut sebagai “attitude” yang membawa maksud satu cara penterjemahan terhadap perasaan, pemikiran dan tingkah laku.

Page 3: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.2 Latar Belakang

• Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dan juga merupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar (Noraini Idris, 2005).

• Guru perlu melibatkan diri dalam pembelajaran murid dan perlu menampakkan bahawa mereka berminat dalam pembelajaran murid mereka ( Noraini Idris, 2005 ).

• Bagi sekolah-sekolah di Malaysia, Matematik dianggap sebagai satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988 ).

Page 4: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

• Kaedah yang digunakan akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lambat dan pasif serta bertumpu kepada guru semata-mata.

• Kejayaan murid-murid dalam pembelajaran, motivasi serta minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik yang dipelajari mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kebolehan dan keberkesanan system dan fokus para pentadbir, pelaksanaan kajian, dan sukatan pelajaran dalam pendidikan Matematik.

Page 5: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.3 Pernyataan Masalah• Murid-murid tidak menganggap sebagai satu disiplin

ilmu yang membekalkan strategi untuk berkomunikasi dengan berkesan. Sebaliknya, murid mencuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripada Matematik.

• Mereka beranggapan bahawa mereka hanya boleh menggunakan strategi yang diajar oleh guru untuk menghasilkan penyelesaian bagi sesuatu masalah.

• Matematik sering dianggap sukar dan membosankan oleh sebilangan besar pelajar walaupun mereka belum belajar sesuatu tajuk tersebut.

Page 6: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.4 Tujuan Kajian

• Kajian ini dilakukan untuk mencari faktor yang mempengaruhi sikap dan penerimaan murid terhadap Matematik di peringkat sekolah rendah.

Page 7: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.5 Objektif kajian

• mengkaji faktor kecenderungan pelajar dalam matematik

• mengenal pasti sikap dan penerimaan murid terhadap matematik

• mengemukakan cadangan supaya meminati matematik

Page 8: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.6 Persoalan Kajian

• Adakah murid-murid tahun 5 SK Taman Rinting 1 menghafal sifir?

• Apakah tahap pemahaman murid SK Taman Rinting 1 terhadap Matematik?

• Apakah faktor yang mengurangkan minat murid mempelajari Matematik?

• Adakah murid menganggap Matematik hanya berkaitan dengan pengiraan dan tiada kaitan dengan kehidupan seharian.

Page 9: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.7 Definisi Istilah/Operasional

• Istilah sikap menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan ianya sebagai gaya,lagak, gerak-geri, rupa, tingkah-laku, takah, atau aksi.

• Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penerimaan diertikan sebagai perihal menerima, penyambutan, keizinan, kebenaran, sikap terhadap, anggapan terhadap dan juga tanggapan.

• Murid yang bersekolah di SK Taman Rinting 1 dalam tahun 2014 yang mengambil mata pelajaran Matematik.

Page 10: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.8 Kepentingan Kajian

• Dapat menjadi panduan kepada pihak sekolah untuk mengenalpasti faktor yang boleh mendorong seseorang murid mempelajari Matematik.

• Perangkaan berkaitan dengan latihan yang perlu diberikan kepada murid dapat dijalankan dengan lebih terancang dan terperinci.

• Untuk rujukan kepada pihak sekolah bagi merangka aktiviti dan kaedah pembelajaran bagi menarik minat Matematik di kalangan pelajar.

• Berkongsi pendapat dengan murid untuk mengaplikasikan bentuk aktiviti merangsang minat terhadap Matematik.

• Mendalami dan memahami potensi murid untuk lebih memahami Matematik.

Page 11: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.9 Kerangka Konsep Kajian

• Kaedah kajian yang digunakan dalam tugasan ini adalah satu kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dan menggunakan borang soal selidik.

• Tumpuan kajian ini adalah untuk mengetahui latar belakang keluarga pelajar, sikap murid, dan faktor yang mendorong murid mempelajari Matematik serta tahap pemahaman pelajar terhadap Matematik.

• Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan satu set soal selidik yang akan diedarkan kepada murid-murid Tahun 5 SK Taman Rinting 1, Masai, Johor.

Page 12: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

1.10 Batasan Kajian dan Andaian-andaian Kajian

• Kajian dilakukan di SK Taman Rinting 1 sahaja dan hanya menggunakan murid sekolah berkenaan sebagai responden.

• Dapatan kajian ini tidak menggambarkan situasi secara keseluruhan memandangkan hanya satu aliran sahaja yang terlibat

• Maklumat yang diperolehi dalam kajian ini akan dipengaruhi oleh kejujuran responden semasa menjawab soalan soal-selidik.

Andaian awal bagi kajian ini ialah:• Kefahaman Matematik di sekolah tersebut dipengaruhi oleh

budaya setempat dan tidak boleh dikaitkan dengan gambaran di sekolah-sekolah lain.

• Memandangkan satu aliran sahaja yang dipilih, berkemungkinan murid aliran tersebut terdiri dari murid yang mempunyai minat terhadap Matematik yang lebih tinggi berbanding kelas lain.

Page 13: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

• Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan penguasaan mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar kita. Kemerosotan ini dikaitkan dengan sikap mereka yang tidak berminat atau mengatakan Matematik itu susah dan takut semasa mempelajari Matematik serta persepsi negatif yang lain.

Page 14: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

2.1 Belajar Matematik

• Antara pemikir yang menyumbangkan kepada keberkesanan penyelesaian masalah matematik ialah George Polya yang telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah matematik yang bukan hanya boleh digunakan untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian.

Page 15: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

2.2 Sikap

• Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap pelajar.

• Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran diajariya.

Page 16: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

2.3 Kajian Literiture

• Kajian yang dibuat oleh Jordan (1940) menilai sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231 pelajar ( berumur 11-15 tahun ) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan diantara sikap pelajar dengan mata pelajaran tersebut.

• Kejayaan dan kegagalan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran bergantung kepada berbagai-bagai faktor. Walaupun dalam kajian-kajian lepas ini hanya sikap komitmen pelajar menunjukkan korelasi dengan pencapaian mereka, faktor sikap yang lain tetap menjadi perhatian. Dalam dunia realiti, sering didapati bahawa sikap yang positif tidak seimbang dengan kemampuan pelajar untuk mendapatkan skor yang baik dalam mata pelajaran berkenaan.

Page 17: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

• Kajian ini dilakukan untuk mencari faktor yang mempengaruhi sikap dan penerimaan murid terhadap Matematik di peringkat sekolah rendah.

• bergantung kepada situasi • motivasi dalaman yang tinggi• faktor luaran berkait dengan konsep

pengukuhan• terdapat cabaran semasa penyelesaian

masalah

Page 18: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

3.2 Reka Bentuk Kajian

• Penyelidik memilih untuk menggunakan soal selidik

• kajian ini pada keseluruhannya adalah berbentuk kuantitatif jenis tinjauan

Page 19: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

3.2 Populasi dan Sampel

• Polulasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang spesifik

• wakil atau contoh am populasi yang dikenali sebagai sampel

• Dalam kajian ini, jumlah murid tahun 5 SK Taman Rinting 1 adalah seramai 140 orang.

Page 20: Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt

3.4 Alat Kajian

• Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik

• Pemilihan sampel akan dilakukan secara rawak dan tidak ditetapkan mengikut bilangan jantina.