seni visual bab 2

20
BAB 2: PENGKARYAAN: SENI HALUS Pengkaryaan atau seni halus adalah karya seni yang dicipta semata- mata untuk dinikmati nilai estetika dan makna yang terkandung di dalamnya. Seni halus terbahagi kepada 4 jenis iaitu lukisan, catan, cetakan dan arca. A) LUKISAN Lukisan adalah seni yang menggambarkan objek, imej atau subjek di atas permukaan yang rata menggunakan garisan. Dalam lukisan penggunaan garisan dimanipulasikan secara berlebihan. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk penghasilan karya seperti arang, pensel, pensel warna dan dakwat. Terdapat juga penggunaan warna dalam lukisan tetapi pada tahap minimum. Lukisan bertujuan mengkaji bentuk subjek atau imej. Merupakan proses awal sebelum menghasilkan catan, cetakan, seni grafik dan sebagainya . Lukisan juga bertujuan sebagai luahan emosi, keintelektualan dan spiritual manusia. Dalam penghasilan lukisan beberapa aspek penting perlu dipatuhi: a. Ton: kegelapan dan kecerahan warna perlulah sesuai dengan jarak dan cahaya mengikut keadaan sebenar. b. Pencahayaan: bahagian-bahagian yang terang dan bayangan haruslah diketengahkan supaya audien dapat mengecapi keadaan sebenar berdasarkan arah cahaya. c. Perspektif: saiz dan bandingan antara objek jauh dan dekat, kanan dan kiri, atas dan bawah hendaklah jelas. Titik lenyap harus digunakan untuk mendapat perspektif yang betul. d. Kualiti garisan: garisan yang tebal, nipis, kasar dan sebagainya perlulah sesuai dengan gambar itu secara keseluruhan. 1.SEJARAH LUKISAN Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan pada gua telah ditemui di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun, Perak. Kebanyakan lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang perburuan, komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada zaman itu. 2. PERBEZAAN LAKARAN, LUKISAN DAN CATAN SENI LUKISAN CATAN CETAKAN ARCA

Upload: husmira-hussin

Post on 03-Jan-2016

144 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: seni visual Bab 2

BAB 2: PENGKARYAAN: SENI HALUS

Pengkaryaan atau seni halus adalah karya seni yang dicipta semata-mata untuk dinikmati nilai estetika dan makna yang terkandung di dalamnya. Seni halus terbahagi kepada 4 jenis iaitu lukisan, catan, cetakan dan arca.

A) LUKISAN Lukisan adalah seni yang menggambarkan objek, imej atau subjek di atas permukaan yang rata menggunakan garisan. Dalam lukisan penggunaan garisan dimanipulasikan secara berlebihan. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk penghasilan karya seperti arang, pensel, pensel warna dan dakwat. Terdapat juga penggunaan warna dalam lukisan tetapi pada tahap minimum. Lukisan bertujuan mengkaji bentuk subjek atau imej. Merupakan proses awal sebelum menghasilkan catan, cetakan, seni grafik dan sebagainya . Lukisan juga bertujuan sebagai luahan emosi, keintelektualan dan spiritual manusia. Dalam penghasilan lukisan beberapa aspek penting perlu dipatuhi:

a. Ton: kegelapan dan kecerahan warna perlulah sesuai dengan jarak dan cahaya mengikut keadaan sebenar.

b. Pencahayaan: bahagian-bahagian yang terang dan bayangan haruslah diketengahkan supaya audien dapat mengecapi keadaan sebenar berdasarkan arah cahaya.

c. Perspektif: saiz dan bandingan antara objek jauh dan dekat, kanan dan kiri, atas dan bawah hendaklah jelas. Titik lenyap harus digunakan untuk mendapat perspektif yang betul.

d. Kualiti garisan: garisan yang tebal, nipis, kasar dan sebagainya perlulah sesuai dengan gambar itu secara keseluruhan. 1.SEJARAH LUKISAN Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan pada gua telah ditemui di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun, Perak. Kebanyakan lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang perburuan, komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada zaman itu.

2. PERBEZAAN LAKARAN, LUKISAN DAN CATAN Lakaran adalah proses awal yang ringkas dan cepat untuk memperoleh idea gubahan. Sementara lukisan ialah peringkat kedua yang melibatkan kerja yang lebih sistematik untuk mendapatkan kesan ton, jalinan, ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering. Lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan arang, pensel, pastel dank rayon biasanya disapu atau disembur dengan satu lapisan pemati supaya kesan lukisan tidak akan hilang apabila tersentuh. Catan pula menggunakan pelbagai teknik menghasilkan gambaran dan gubahan dengan menggunakan bahan warna dan pewarna seperti cat yang memerlukan pelarut daripada air atau minyak untuk mencairkan atau memudahkan pergerakan sapuan.

3. JENIS LUKISAN1. lukisan Figuratif - Lukisan yang memberi tumpuan kepada bentuk tubuh badan manusia atau anatomi

manusia. 2. Lukisan Fantasi - Lukisan yang menggambarkan alam khayalan sama ada di alam nyata atau tidak nyata.

SENI HALUS

LUKISAN CATAN CETAKAN ARCA

Page 2: seni visual Bab 2

3. Lukisan Ilustrasi - Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audien.

4. Lukisan Kajian - Lukisan yang merakamkan ketelitian pada subjek atau benda yang dikaji, seperti memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

5. Lukisan Kontor - Lukisan yang memperjelaskan bentuk atau rupa pada sesuatu permukaan bentuk. Menggunakan pelbagai jenis garisan tebal nipis. Ia juga bertujuan untuk menampakkan imej tiga dimensi

6. Lukisan Gesture/Linear - Lukisan yang menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad kepada pergelangan tangan. Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik 7. Lukisan Teknikal -Lukisan yang menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.

8. Lukisan kartun - Lukisan yang menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak kartun melalui tema jenaka.

Lukisan figuratif Lukisan fantasi Lukisan ilustrasi

Lukisan kajian Lukisan kontor Lukisan gesture/Linear

Lukisan teknikal Lukisan kartun

Page 3: seni visual Bab 2

4. TEKNIK LUKISAN Lukisan banyak menggunakan variasi garisan. Antara teknik lukisan yang menggunakan variasi garisan adalah seperti berikut:

1. Teknik Garisan- Terdapat berbagai-bagai teknik garisan iaitu: a) Teknik garisan coreng conteng b) Teknik garisan berombak / beralun c) Teknik garisan titik/sembur

d) Teknik garisan silang / pangkah e) Teknik garisan selari f) Teknik garisan menyilang tidak menentu

g) Teknik garisan kontorh) Teknik garisan lorekan

2. Teknik Gosokan Media seperti pensel, arang dan pastel digosok menggunakan jari. 3. Teknik Burnishing Adalah lanjutan daripada teknik gosokan. Media seperti pastel ditekan dan menggunakan warna yang cerah untuk menghasilkan pantulan cahaya. Biasanya dilakukan pada proses akhir lukisan. Sesuai untuk media pastel.

4. Teknik Campuran Menggunakan campuran media seperti pensel, pen, pastel dan warna air

5. Teknik Frottage Teknik gosokan di atas sesuatu permukaan yang mempunyai jalinan. Ia akan menampakkan kesan pada permukaan yang digosok. Sesuai untuk media pensel dan pastel.

6. Teknik Gurisan Mengguris menggunakan objek keras atau tajam seperti pisau palet untuk mendedahkan warna di bawahnya. Sesuai menggunakan lukisan pastel minyak dan pastel lembut.

7. Teknik Scumbling Menggunakan lapisan warna yang berlapis-lapis. Ia menimbulkan pelbagai kesan seperti jalinan dan kesan warna pada sesuatu permukaan yang dilukis. Sesuai menggunakan pastel lembut dan pastel minyak.

Teknik-Teknik Garisan

Garisan coreng-conteng Garisan berombak Garisan titik

Page 4: seni visual Bab 2

Garisan silang / pangkah Garisan selari

Garisan menyilang tak menentu Garisan kontor Garisan lorekan

Teknik gosokan Teknik burnishing

Teknik campuran Teknik frottage

Page 5: seni visual Bab 2

Teknik gurisan Teknik scumbling

5.MEDIA LUKISAN Lukisan menggunakan media kering seperti pensel, arang, pastel dan krayon. Ada juga lukisan yang menggunakan campuran media kering dan media basah, contohnya pensel dan warna air, tetapi penggunaan media basah adalah terhad dan minimum.

6. TUJUAN PENGHASILAN LUKISAN1. Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur seni dan prinsip

rekaan. Contohnya memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis. 2. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir pada catan, cetakan, arca dan perekaan.

3. Sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam masyarakat.

4. Memberi makna yang tertentu kepada audien melalui imej yang dilukis.5. Luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej tertentu.6. Untuk merakamkan sesuatu peristiwa.7. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis

B) CATAN Catan adalah pernyataan perasaan atau ekspresi pengkarya dalam bentuk gambaran objek menggunakan media basah seperti cat akrilik, cat poster dan cat minyak. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kanvas dan kertas. Walau bagaimanapun, penghasilan catan tidak terbatas di atas kanvas dan kertas sahaja, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan seperti pada permukaan kayu, besi dan kaca. Dalam catan penggunaan warna adalah amat penting. Warna bukan sahaja dapat menimbulkan perspektif, kedalaman dan ton, bahkan kecantikan dan kesesuaiannwarna secara keseluruhan. Penggunaan warna dalam catan perlulah mengikut keadaan dan objek sebenar. Namun, penggunaan warna secara teori, boleh diaplikasikan ke atas gambar bukan realistic. Contohnya seni op dan pop menggabungkan warna harmoni, warna kontra, warna penggenap dan sebagainya.

1.SEJARAH CATAN Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba lagi. Penggunaan materialnya adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding gua. Penghasilan catan moden di Negara Eropah bermula pada zaman Renaissance , iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman kemuncak penghasilan catan di Eropah. Ia menunjukkan Negara-negara Eropah sudahpun mempelopori seni catan sejak sekian lama. Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke-19. Ia dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang mendapat pendidikan di Institut Pengajian Seni di Negara-negara Barat.

Page 6: seni visual Bab 2

2.MEDIA CATAN

Jenis media Bahantara Teknik Kesesuaian Permukaan

Kesan Sapuan

1 Cat Air Air -Basah atas basah-Basah atas kering-Kering atas kering

Kertas khusus untuk cat air

Lut sinar dan legap

2 Cat minyak TurpentinMinyak Linsid

-Titik-Sapuan tebal-Vat tepat/hard edge-Melembut/scumbling-Kilauan/glazing

Kain kanvas Legap, berkilat, kasar mengikut teknik

3 Cat Poster Air -Campuran warna tebal atau nipis-Warna mudah merekah jika terlalu tebal-Boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak

Kertas Legap

4 Cat Guac Air -Campuran warna tebal atau nipis-Boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak

Kertas Legap

5 Cat Akrilik Air -Campuran warna tebal atau nipis- Boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak

Kain kanvasKain kapasKertas

Legap

6 Cat Tempera

Air -Campuran warna tebal atau nipis- Boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak

Kain kanvasKertasPapan lapis

Lut sinar dan lembut

3.TEKNIK-TEKNIK CATAN

3.1Teknik Catan Cat Air1.Teknik Basah Atas Basah -Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang

basah.Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan. 2.Teknik Basah Atas kering -Warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering. Untuk mendapatkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan atau imej. 3.Teknik Kering Atas kering -Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering. Campuran warna agak pekat atau likat. Untuk mendapatkan kesan jalinan pada sesuatu objek. Memperlihatkan kesan legap (tebal).

3.2 Teknik Catan Cat Minyak 1.Teknik impasto - Menggunakan warna yang tebal. Warna diambil terus dari tiub tanpa campuran minyak atau air menggunakan pisau palit atau berus dan disapu pada permukaan kanvas. Warna dibancuh dengan berus atau pisau palet di atas kanvas. Teknik ini menimbulkan kesan jalinan sentuh pada permukaan.

2. Teknik Kilatan / Glazing - Menggunakan sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan dan menimbulkan kesan lut sinar.

3. Teknik Titik - Menggunakan berus untuk menghasilkan titik-titik kecil menghasilkan warna. Titik-titik warna yang berdekatan kelihatan seolah-olah bercampur.

4. Teknik Sapuan Tepat / Hard Edge - Menggunakan masking tape untuk memisahkan warna yang disapu sehingga kelihatan kemas dan tepat atau catan kelihatan seolah-olah dipotong-potong. 5. Teknik Melembut / Scumbling - Menggunakan warna yang sederhan tebal dan memberi kesan permukaan jalinan yang lembut. 6.Teknik Alla Prima - Menggunakan warna terus dari tiub tanpa dicampurkan dengan warna lain. Menimbulkan kesan warna kurang natural, kelihatan rata, legap dan agak terang.

Page 7: seni visual Bab 2

Teknik-Teknik Catan Cat Air

Teknik basah atas basah Teknik basah atas kering Teknik kering atas kering

Teknik Catan Cat Minyak

Teknik impasto Teknik Kilatan / Glazing Teknik Titik

Page 8: seni visual Bab 2

Teknik Sapuan Tepat / Hard Edge Teknik Melembut / Scumbling Teknik Alla Prima

3.3 Media warna tempera, poster, akrilik dan gouce Sapuan warna menggunakan media ini boleh mengaplikasi teknik yang digunakan dalam catan cat minyak untuk mendapatkan kesan yang sama tetapi kekuatan pengikat warna ini adalah berbeza. Warna poster kurang sesuai jika mengaplikasi warna yang terlalu tebal kerana ia akan merekah. Manakala warna tempera, akrilik,dan gouce boleh mengaplikasikan warna yang agak tebal kerana ikatan warna ini lebih kuat.

3.4 Aliran Catan Aliran catan adalah penghasilan catan mengikut stail dan gaya tertentu. Para pelukis sentiasa meneroka dan mencari alternatif baru untuk mencari kelainan dalam berkarya. Hasilnya wujud berbagai aliran atau gerakan catan yang amat menarik. 1.Aliran realisme - Lukisan atau catan dibuat mengikut subjek dengan tepat dan menyerupai bentuk sebenar.

2. Aliran Impresionisme - Mengutamakan kesan suasana atmosfera. Warna digunakanberasaskan perkara yang dilihat dalam jangka masa tertentu. Perhatian tertumpu pada pencahayaan dan apresiasi pelukis. Kegiatan melukis dibuat di luar, memperkenalkan catan menggunakan kekuda.

3. Aliran Ekspresionisme - Menekankan pernyataan emosi. Melukis secara spontan mengikutnaluri, perasaan dan ekspresi dengan tenaga yang datang dari dalam. Bentuk awal objek tidak jelas kelihatan, sebaliknya warna, jalinan, garisan dan bentuk diutamakan.

4. Aliran Ekspresionisme Abstrak - Meluahkan idea, persaaan, falsafah, peribadi, dan sejagatmelalui catan yang spontan dan agresif. Banyak menggunakan simbol untuk menyampaikan mesej, imej abstrak dan hilang sifat realistik. Mengutamakan unsur warna, bentuk dan garisan, serta mengunakan pelbagai teknik dan media.

5. Aliran Kiubisme - Mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecahkan supayadapat dipandang dari pelbagai sudut. Menimbulkan ilusi 3D yang lut sinar serta gambaran pergerakan. Mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan yang pelbagai dan cara ekspresi yang bebas.

6. Aliran Surealisme - Menggambarkan imej bawah sedar atau alam khayalan. Objek-objek yangtidak kena mengena atau tidak berhubungan diletakkan bersisi dalam satu situasi yang tidak dijangka.

Page 9: seni visual Bab 2

Aliran Catan

Aliran realisme Aliran Impresionisme

Aliran Ekspresionisme Aliran Ekspresionisme Abstrak

Aliran Kiubisme Aliran Surealisme

C) SENI CETAK Cetakan adalah proses terapan blok / plat ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, kain dan bahan lain. Cetakan dapat menghasilkan beberapa hasilan yang sama yang disebut edisi. Semua karya dalam satu edisi dianggap karya asli.

1. SEJARAH CETAKAN Cetakan menggunakan blok kayu dikatakan bermula di China pada abad ke-7 masihi. Pada abad ke -14 cetakan berkembang di Negara Barat dan digunakan untuk tujuan mencetak bahan-bahan keagamaan,untuk hiasan ilustrasi buku, poster bahan pendidikan dan sebagainya. Pada tahun 1940-an seni cetakan telah dibawa dari Akademi Nanyang China ke Singapura. Dari Singapura seni cetakan diperluaskan ke Malaysia oleh penuntut

Page 10: seni visual Bab 2

Malaysia yang belajar di sana. Tahun 1950-an seni ini diperkembangkan lagi oleh penuntut Malaysia yang belajar di England.

2. JENIS-JENIS CETAKAN2.1.Cetakan Timbulan Cetakan timbulan adalah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak. Cetakan timbulan terbahagi kepada tiga jenis iaitu cetakan lino, cetakan kayu dan cetakan kolograf/kolaj. Cetakan lino dan cetakan kayu adalah cetakan yang terhasil melalui imej yang diukir di atas permukaannya. Manakala cetakan kolograf/kolaj adalah cetakan yang terhasil oleh bahan yang mempunyai jalinan seperti daun yang dilekatkan di atas kertas kadbod untuk diletakkan warna ke atasnya dan dicetak di atas kertas.

2. 2.Cetakan Benam Cetakan benam adalah proses mengguris menggunakan jarum tajam atau asid untuk menghakis imej yang hendak dicetak atau mendapatkan kesan benaman di atas permukaan plat logam. Warna atau dakwat diletakkan di dalam bahagian benaman dan seterusnya dicetak di atas permukaan. Kaedah menghasilkan benaman pada plat logam adalah kaedah turisan, gurisan asid, akuantin dan mesotin. Kaedah turisan menggunakan alat yang tajam seperti jarum dan paku untuk mengguris imej cetakan pada plat logam. Kaedah gurisan asid pula menggunakan asid untuk melunturkan kawasan yang tidak dilindungi dan menghasilkan kesan benaman pada permukaan plat. Kaedah akuantin adalah proses merendam plat logam ke dalam asid yang akan bertindak memakan bahagian yang terdedah pada plat. Mesotin pula adalah proses mengesat dan mengikis permukaan plat untuk menghasilkan imej.

2.3 Cetakan Datar/Planografi Cetakan datar menggunakan blok batu kapur tanpa benaman atau ukiran pada permukaan blok. Imej yang hendak dicetak dilukis di atas permukaan blok menggunakan krayon minyak. Bahagian permukaan blok yang tidak dilukis disapu dengan air dan bahan kimia. Dakwat yang berasaskan minyak disapu pada permukaan blok dan akan melekat pada permukaan yang dilukis, manakala permukaan yang tidak dilukis disapu air dan kimia akan menolak dakwat tersebut. Kekalisan antara air dan dakwat berminyak akan menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel.

2.4 Cetakan Stensil / Saring Sutera Cetakan stensil /saring sutera adalah kaedah cetakan dengan menebuk bahagian imej yang hendak dicetak. Cetakan saring sutera adalah kaedah menggunakan pemidang kain sutera saring yang dibingkaikan. Keseluruhan permukaan kain disapu bahan imulsi. Imej yang ingin dicetak dihasilkan di atas kertas filem lut sinar dan diletakkan di atas permukaan kain yang disapu bahan imulsi. Apabila didedahkan kepada cahaya atau lampu bahagian yang disapu imulsi akan mengeras dan menutup bahagian kain, manakala imej pada kertas lut sinar yang menutup bahagian yang hendak dicetak dari terkena cahaya lampu akan tertanggal dan meninggalkan kesan tebukan. Dakwat diletakkan di atas pemidang kain dan disapu dengan sekuji yang akan mengalirkan dakwat pada kertas yang diletakkan di bawah pemidang. Cetakan stensil pula adalah cetakan menggunakan potongan kertas atau plastik yang ditebuk dan disapu dakwat pada bahagian ditebuk. Imej yang terhasil pada permukaan yang dicetak adalah berdasarkan rupa yang ditebuk. D) ARCA Arca berasal dari perkataan Latin yang bermaksud proses mengukir, melarik, mencungkil dan mengguris. Arca adalah seni halus berbentuk 3D menyebabkan dikaji, dinilai dan dihayati nilai estetikanya dalam dimensi yang berlainan iaitu dalam ruang realiti dan ruang sebenar. Seni arca menekankan pertalian dua unsur utama iaitu jisim dan ruang dalam pengkaryaan. Boleh diamati pada ruang 360 darjah, contohnya pada bahagian hadapan, atas dan dalam. Sebagaimana karya seni halus yang lain arca terhasil dengan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dan boleh berbentuk realistik dan abstrak.

1. SEJARAH ARCA

Page 11: seni visual Bab 2

Arca paling awal ditemui di Jerman berbentuk badan manusia dan berkepala binatang yang dihasilkan oleh masyarakat Paleolitik pada tahun 30000 – 28000 SM. Kebanyakan arca yang awal merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca juga banyak dihasilkan dalam tamadun lama seperti Mesir, India dan China. Di Malaysia arca tidak berkembang dengan meluas seperti catan. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis arca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin dan Syed Ahmad Jamal.

2. JENIS BENTUK ARCA Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca berfungsi dan arca estetika:

2.1 Arca Berfungsi Arca berfungsi adalah arca yang mempunyai nilai kegunaan secara praktikal di samping mempunyai ciri-ciri estetika. Contohnya patung kaum asli Jah Hut adalah sejenis arca tetapi ia juga mempunyai fungsi lain iaitu digunakan untuk upacara keagamaan dan kebudayaan.

2.2 Arca Estetika Arca estetika adalah arca yang tidak mempunyai fungsi tertentu. Ia dicipta semata-mata untuk dihayati nilai estetikanya sahaja di samping dapat menyampaikan mesej kepada audien. Arca estetika biasanya dipamer untuk hiburan di tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai seperti galeri, ruang legar, bulatan simpang empat, taman dan sebagainya. Terdapat dalam bentuk realisme dan abstrak.

3. JENIS ARCA

3.1 Arca Binaan Arca yang menggunakan bahan yang sesuai untuk membina atau membentuk sesuatu struktur. Contohnya, binaan atau cantuman daripada bongkah kayu,besi, tanah liat dan batu. Bahan-bahan dibentuk menggunakan teknik cantuman bahan-bahan yang diperlukan.

3.2 Arca Luakan Arca yang mengalami proses membuang bahagian yang berlebihan daripada blok bahan yang diukir dan dibuang sehingga pengarca berpuas hati dengan rupa, ruang, jalinan dan bentuk yang tinggal. Bahan yang sesuai untuk arca luakan adalah seperti blok kayu, plaster of paris, batu marmar dan batu kapor.

3.3 Arca Asemblaj Arca yang menyambung atau melekatkan pelbagai bahan bersifat 3D pada sesuatu permukaan tertentu seperti ranting kayu, batang besi dan batu.

3.4 Arca Instalasi/Pemasangan Arca yang bersifat mencantumkan bahagian-bahagian tertentu yang terpisah sehingga terbentuk sebuah arca. Kedudukan bahagian mungkin terpisah kerana mementingkan ruang di tapak pemeran.

3.5 Arca Mobil/Kinetik Arca yang mempunyai bahagian tertentu yang disambung pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak. Bahan yang biasa digunakan adalah besi dawai, kepingan logam, kadbod dan sebaran bahan yang ringan.

3.6 Arca Stabil Arca yang dibina dengan mempunyai tapak sebagai dasar arca. Teknik dan penggunaan bahan adalah bebas.

3.7 Arca Lembut Arca yang menggunakan bahan yang lembut sebagai pembentukan utama keseluruhan arca. Contohnya kain dan span.

Page 12: seni visual Bab 2

3.8 Arca Timbulan Arca yang mempunyai bahagian bentuk 3D yang tersembul keluar dari permukaan 2D yang rata atau dipahat ke dalam. Biasanya dilihat dari bahagian hadapan. Bahan yang sesuai adalah tanah liat dan permukaan kayu.

3.9 Arca Acuan Arca yang terbentuk dari bahan cair yang boleh dikeraskan. Bahan cair dituangkan ke dalam acuan yang dibentuk khas terlebih dahulu. Contoh bahan yang sesuai adalah plastic, logam, simen, tanah liat dan plaster of paris.

Arca Binaan Arca Luakan Arca Asemblaj

Arca Instalasi Arca Mobil Arca Stabil

Arca Lembut Arca Timbulan Arca Acuan