sektor perhutanan

33
TUTORIAL 2

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

72 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKTOR PERHUTANAN

TUTORIAL 2

Page 2: SEKTOR PERHUTANAN

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi hutan? (3)Kepelbagaian biologi ialah kepelbagaian

spesies fauna dan flora yang ada dalam hutan termasuklah ekosistem hutan, habitat, rantaian makanannya. Contoh fauna seperti harimau Malaya, badak Sumatra, harimau dahan, dan orang utan, Manakala flora pula seperti reflesia, paku pakis, pokok cengal, kempas, meranti, tualang dll.

Page 3: SEKTOR PERHUTANAN

1 (b) Mengapakah sumber perhutanan di Malaysia semakin merosot. (4)

Pembalakan haram (tanpa kawalan). Berpunca daripada kaedah tebang bersih. Ini menyebabkan pelbagai spesies fauna dan flora musnah secara besar- besaran. Walaupun pembalakan hanya menebang pokok-pokok yang bersaiz besar sahaja tetapi pokok- pokok kecil di bahagian bawahnya akan turut musnah.Aktiviti pertanian perladangan dan pertanian pindah. Penerokaan hutan untuk perladangan kelapa sawit, getah dan sayuran mengakibatkan penyahhutanan secara besar-besaran. Sebagai contohnya di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan dan Tanah Tinggi Cameron di Pahang. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka untuk pembersihan tapak ladang dan pertanian pindah juga memusnahkan ekosistem hutan.

Page 4: SEKTOR PERHUTANAN

1 (c) Jelaskan dua fungsi hutan simpan kepada alam sekitar manusia. (4)

Sumber eko pelancongan. Hutan simpan penting untuk aktiviti eko pelancongan. Contoh aktiviti jungle tracking untuk menikmati keindahan kepelbagaian spesies fauna dan flora di dalam hutan lipur, berkelah di kawasan air terjun, berkhemah dan lain-lain lagi. Kepelbagaian dan keunikan sumber hutan mampu menarik pelancong asing ke Malaysia. Keadaan ini akan menambah pendapatan penduduk dan negara.

Kawasan tadahan air kepada penduduk. Hutan simpan berfungsi sebagai storan air atau kawasan tadahan air yang paling berkesan. la membekalkan air kepada sungai, empangan dan menjamin pula bekalan air yang berterusan kepada penduduk.

Page 5: SEKTOR PERHUTANAN

1 (d) Bagaimanakah tumbuhan semula jadi mengawal proses geomorfologi setempat. (4)

Tumbuhan litupan penting untuk melindungi tanih daripda hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan. Halaju setiap titisan air hujan yang menimpa lantai hutan dapat diperlahankan oleh kanopi/ silara pokok.Manakala sistem akar pula akan mengikat butiran tanih dan mengukuhkan cerun daripada mengalami gerakan jisim seperti kesotan tanih, tanah runtuh dan tanah mendap. Manakala sistem akar pula akan mengikat butiran tanih dan mengukuhkan cerun daripada mengalami gerakan jisim seperti kesotan tanih, tanah runtuh dan tanah mendap.

Page 6: SEKTOR PERHUTANAN

1 (e) Bagaimanakah penyahutanan menjejaskan kepelbagaian biologi hutan. (4)

Penyahhutanan menyebabkan spesies fauna dan flora diancam kepupusan akibat pemusnahan hutan secara besar-besaran tanpa usaha pemuliharaan yang sistematik dan bersungguh-sungguh. Contoh hidupan liar yang diancam kepupusan seperti harimau Malaya, badak sumatra, harimau dahan, dan orang utan. Contoh tumbuhan yang terancam pula seperti cengal, kempas, berlian, meranti, tualang dil.Kemusnahan habitat (tempat tinggal). Proses penyahhutanan memusnahkan sama sekali habitat hidupan liar. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Apabila habitat musnah, haiwan melakukan penghijrahan untuk mencari habitat baharu dan terpaksa bersaing dengan hidupan lain di habitat baharu. Persaingan intra dan interspesies akan berlaku di tempat baharu. Mana-mana spesies yang kalah akan musnah dan pupus.

Page 7: SEKTOR PERHUTANAN

1 (f) Bagaimanakah sumber hutan memajukan industri hiliran. (3)

Sumber perhutanan membekalkan bahan mentah , untuk membolehkan perkembangan industri hiliran seperti industri pembuatan perabot, kilang papan dan plywood dll yang bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan sebagai bahan mentahnya. Kesannya wujud kepelbagaian ekonomi dan rantaian ekonomi yang mempunyai nilai tambah.

Page 8: SEKTOR PERHUTANAN

1 (g) Bagaimanakah penyahutanan menjejaskan keseimbangan kitar hidrologi setempat.(4)

Gangguan hidrologi. Apabila hutan dimusnahkan proses transpirasi tidak lagi berlaku untuk membebaskan wap-wap air ke udara bagi membentuk awan. Ini akan mengurangkan jumlah hujan tempatan yang menjadi input utama kepada sistem hidrologi setempat. Sistem sungai, tasik, paya kolam akan kekurangan air.Memusnahkan kawasan tadahan air. Apabila hutan dimusnahkan ia akan mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnva menurunkan paras air dalam tanah. Hal ini seterusnya menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai. tasik, kolam, dan paya.

Page 9: SEKTOR PERHUTANAN

1 (h) Jelaskan kaedah penebangan terpilih yang dijalankan di Malaysia. (4)

Hanya pokok balak yang matang dan cukup ukur lilit sahaja yang ditebang. Pokok-pokok balak yang masih muda atau tidak cukup ukur lilitnya ditinggalkan untuk penebangan pada pusingan seterusnya.

Dalam konteks ini hanya pokok-pokok yang cukup umur (60 hingga 80 tahun) dan mempunyai diameter minimum 45 sentimeter hingga 60 sentimeter sahaja yang boleh ditebang.

Pusingan tebangan seterusnya ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabah dan Sarawak. Hal ini bermakna tempoh penebangan kali kedua adalah seusia dengan kitar hidup pokok tersebut.

Page 10: SEKTOR PERHUTANAN

1 (i) Nilaikan keberkesanan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar dalam konteks memelihara dan memulihara sektor perhutanan di Malaysia. (4)

Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar diusahakan melalui agensi kerajaan seperti FRIM, t)adan bukan kerajaan NGO dan juga menerusi media massa. Di Malaysia langkah ini masih kurang berkesan kerana:• Keuntungan daripada sektor pembalakan lebih besar -

tahap kesedaran masyarakat masin lembah.• Sumber perhutanan dikawal oleh kerajaan negeri –

bukannya persekutuan, Wujud Percanggahan kepentingan.

Page 11: SEKTOR PERHUTANAN

1 (j) Cadangkan langkah yang boleh diambil oleh NGO untuk melestarikan sumber perhutanan di Malaysia. (4)Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatua

Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM) mestilah melaksanakan kempen yang berterusan khususnya kepada generasi muda menerusi pelbagai media khususnya merdia sosial seperti facebook, twitter dan blog. Selain itu NGO perlu bekerjasama secara padu dengan agensi Kerajaan dan PBT untuk menjayakan kempen tersebut.

Page 12: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Kebakaran hutan akibat cuaca panas seperti El-Nino• Perubahan cuaca seperti fenomena EI-Nino

menyebabkan cuaca menjadi panas yang melampau dan kemarau dalam tempoh yang panjang.

• Keadaan ini memudahkan hutan terbakar dengansendirinya.

• Sebagai contohnya, seperti kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia pada tahun 1997, 2003, 2009. Akibat kebakaran habitat hutan dan kepelbagaian sepsis musnah serta berlaku juga penghijrahan spesies.

Page 13: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Letusan gunung berapi• Aliran lava yang panas juga boleh menyebabkan

kebakaran hutan secara semulajadi.• Selain itu muntahan debu yang banyak seperti dari

Gunung Pinatubo di Filipina dan Gunung Merapi di Indonesia meliputi kawasan hutan menyebabkan kemusnahan hutan.

• Hujan asid yang turun selepas muntahan debu gunung berapi akan menyebabkan tumbuhan mengugurkan daun dan yang tinggal ialah "hutan berangka”

Page 14: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Gempa bumi, tsunami, gerakan jisim, penyakit dan perosak hutan• Jika gempa bumi melanda kawasan hutan, maka kawasan hutan akan tertimbus. Begitu juga dengan kejadian tanah runtuh akan menimbuskan kawasan hutan yang berada di lereng-lereng bukit.

• Manakala kejadian tsunami pula menggelamkan kawasan hutan di tepi pantai dan boleh memusnahkan keseluruhan ekologinya.

• Selain itu, hutan juga dimusnahkan oleh serangan penyakit dan perosak hutan.

Page 15: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Aktiviti Pertanian Pindah• Aktiviti pertanian pindah oleh orang-orang

asli memusnahkan hutan melalui kaedah tebang‑bakar.

• Tebang-bakar hutan dan pemindahan tapak tani turut memusnah ekosistem hutan dalam jangkamasa panjang.

• Pemindahan tapak tani berlaku apabila tanihnya menjadi tidak subur lagi. Petani pindah ini akan meneroka kawasan hutan baru.

Page 16: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Aktiviti Pembangunan Tanah • Penerokaan hutan untuk pertanian perladangan, melibatkan kerja‑kerja penebangan, pembakaran, pembersihan hutan secara besar‑besaran menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber hutan dengan ketara.

• Contoh pembangunan tanah FELDA — JENGKA, KESEDAR, DARA, KETENGAH dll.

Page 17: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Pembinaan empangan hidro elektrik• Aktiviti ini memusnahkan empangan hutan

melalui penebangan dan elektrik hidro. pembersihan hutan untuk dibina jalan dan tapak stesen janakuasa. contohnya empangan Bakun dan Pergau

• Juga penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Ekosistem hutan akan musnah dengan cepat apabila kawasan hutan ditengelami air., Contoh pembinaan

empangan Kenyir dan Chenderoh.

Page 18: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Aktiviti pembalakan• Pembalakan tak terkawal dan pembalakan haram

• Kaedah tebang bersih menyebabkan kawasan hutan merosot dan memusnahkan habitat, siratan makanan dan kepupusan sumber kepelbagaian biologi hutan.

• Kerja-kerja pembinaan jalan pengangkutan kayu balak juga merosakkan sumber hutan.

Page 19: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Pembinaan infrastruktur• Pembinaan infrastruktur – lebuh raya, jalanraya, kabel elektrik, saluran paip juga menyebabkan kemusnahan hutan dengan ketara.

• Projek mega seperti pembinaan dan naik taraf lapangan terbang contohnya ; KLIA, Bayan Lepas, Langkawi dll

Page 20: SEKTOR PERHUTANAN

2 (a) Sejauh manakah faktor fizikal telah menyebabkan berlakunya fenomena penyahutanan di Asia Tenggara. (4)

Pembinaan petempatan/perumahan dan tapak bina bandar serta industri• Pembinaan kawasan

petempatan/perumahan.Hutan dimusnahkan untuk dijadikan kawasan tapak bina petempatan/ perumahan.

• Hutan juga dimusnahkan untuk dijadikan tapakbina bandar dan industri seperti pembinaan bandar-bandar baru dan estet perindustrian.

• Saiz kawasan hutan semakin sempit.

Page 21: SEKTOR PERHUTANAN

2 (b) Cadangkan langkah untuk melestarikan sektor perhutanan di Malaysia. (4)

Langkah Perundangan (Pemellharaan)• Pernatuhan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Perhilitan

untuk menjaga pencerobohan hutan.• Pemantauan dan rondaan yang kerap oleh Agensi pelaksana iaitu

Jabatan Hutan dan Perhilitan.• Penguatkuasaan dan hukuman oleh pihak berkuasa: Mengenakan

tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram - seperti denda/ kompaun, penjara, membatalkan konsesi pembalakan dll

• Mengharamkan eksport kayu balak terutamanya dari jenis yang hampir pupus seperti kayu ramin dan cengal.

• Melaksanakan peraturan EIA sebelum, semasa dan selepassesuatu projelk pembangunan dijalankan yang melibatkan kawasan hutan.

Page 22: SEKTOR PERHUTANAN

2 (b) Cadangkan langkah untuk melestarikan sektor perhutanan di Malaysia. (4)

Langkah Pengurusan (Pemuliharaan):• Mewartakan hutan rezab/ hutan simpan kekal dan menguatkuasakan

akta perhutanan negara terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan. Contoh Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Belum, Perak dan Taman Negara Bako, Sarawak.

• Melaksanakan sistem penebangan hutan terpilih bukan tebang – bersih. Pokok-pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang. Pokok yang muda dibiarkan terus membesar dan matang.

• Melaksanakan program penghutanan semula/ penanamansemula hutan yang diuruskan secara sistematik, saintifik dan terkawal – projelk perladangan hutan kompensatori. Contoh menanam pokok balak – Akasia, Jati, Sentang dill.

• Menggalakkan penggunaan sumber-sumber gentian agar tidak terlalu bergantung kepada sumber hutan khususnya kayu. Seperti pengunaan simen dan batu bata dalam industri pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot termasuk mengitar semula bahan terbuang.

Page 23: SEKTOR PERHUTANAN

2 (b) Cadangkan langkah untuk melestarikan sektor perhutanan di Malaysia. (4)

Langkah Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar• Kempen menyedarkan masyarakat tentang

kepentingan hutan sebagai warisan kita menerusi pelbagai media seperti kempen ”cintailah hutan kita"

• Kempen melalui media ekektronik dan media cetak. Termasuk program gotong-royong menanam pokok hutan.

• Pendidikan alam sekitar. menerusi matapelajaran Geografi di Sekolah – menanam kesedaran dan kecintaan terhadap sumber hutan dikalangan generasi muda

Page 24: SEKTOR PERHUTANAN

3 (a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada ekonomi dan sosial negara Malaysia. (4)

Memajukan sektor ekonomi hiliran• Industri berasaskan kayu seperti industri perabot, papan lapis, pembuatan kertas dapat dimajukan kerana mendapat bekalan sumber kayu balak yang berterusan.

• Industri pembinaan juga berkembang kerana sokongan sumber perkayuan yang sentiasa ada dalam pasaran daripada projek perladangan hutan yang dijalankan.

Page 25: SEKTOR PERHUTANAN

3 (a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada ekonomi dan sosial negara Malaysia. (4)

Meningkatkan pendapatan negara/ KDNK• Produk kayu, perabot dan kraf tangan berasaskan sumber hutanyang berkualiti tinggi dieksport ke luar negara.

• Ini akan menambahkan pendapatan eksport negara melalui tukaran mata wang asing dari negara yang lebih tinggi nilai matawangnya seperti negara Eropah dan Jepun.

Page 26: SEKTOR PERHUTANAN

3 (a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada ekonomi dan sosial negara Malaysia. (4)

Menambahkan teknologi melalui R&D• Keupayaan teknologi dalam negara

ditingkatkan melalui R&D yang berterusan dalam sector perhutanan seperti mana yang dijalankan oleh FRIM dan UPM.

• Contohnya teknologi pembiakbakaan dan kultur tisu pokok, teknologi kawalan penyakit dan perosak hutan bagi memelihara dan memulihara sumber-sumber perhutanan yang lestari.

Page 27: SEKTOR PERHUTANAN

3 (a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan kepada ekonomi dan sosial negara Malaysia. (4)

Ekopelancongan dan sumber air• Hutan lipur yang kaya dengan pelbagai

spesis fauna dan flora, air terjun dan jeram boleh dijadikan sebagai sumber ekopelanoongan yang menguntungkan ekonomi negara.

• Begitu juga dengan sumber air. Hutan dijadkan sebagai kawasan tadahan untuk bekalan air kepada penduduk, sektor pertanian dan tenaga hidro menerusi pernbinaan empangan.

Page 28: SEKTOR PERHUTANAN

3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)

Hakisan dan tanah runtuh. • Pembalakan tanpa kawalan dan aktiviti

penarahan bukit untuk dibina laluan mengangkut balak telah menyebabkan hakisan tanah dan kegagalan cerun.

• Apabila hutan ditebang, tiada lagi silara pokok untuk memintas air hujan. Ini menyebabkan hakisan percikan yang tinggi. Akar-akar pokok yang musnah juga tidak mampu mengurangkan hakisan larian air permukaan. Kesannya cerun menjadi tidak stabil dan tanah runtuh terjadi.

Page 29: SEKTOR PERHUTANAN

3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)

Pencemaran surnber air. • Aktiviti pembalakan berhampiran dengan

sungai akan menyebabkan sungai tercemar dengan selut, kelodak dan lumpur.

• Hakisan larian air permukaan akan membawa regolit ke dalam sungai. Air sungai menjadi keruh, ekosistem akuatik terjejasdan jika berlaku pemendapan kelodak, dasar sungai menjadi cetek yang boleh mempercepatkan pula kejadian banjir.

Page 30: SEKTOR PERHUTANAN

3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)

Kemusnahan kawasan tadahan air. • Aktiviti pembalakan haram lazimnya melepasi sempadan dan adakalanya melewati kawasan rezab sungai.

• Ini akan memusnahkan kawasan tadahan air.

• Penebangan pokok akan mengurangkan proses susupan air ke dalam tanah. Kesannya sistem akuifer terjejas yang akan menjejaskan pula bekalan air kepada sungai dan tasik.

Page 31: SEKTOR PERHUTANAN

3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)

Menjejaskan kehidupan orang asli.• Pembalakan menyebabkan kekurangan

surnber makanan dan minuman khususnya kepada masyarakat orang Ash yang bergantung sepenuhnya kepada hasil-hasil hutan.

• Hal ini demikian kerana sumber utama makanan masyarakat tersebut datangnya daripada hasil‑hasil hutan seperti buah-buahan, ulam-ulaman, dan haiwan liar (pelanduk, rusa, atau burung).

• Selain itu penyahutanan memusnahkan tempat tinggal/ habitat dan lingkungan ekologi orang‑orang asli

Page 32: SEKTOR PERHUTANAN

3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)

Menjejaskan sector ekonorni hiliran.• Penyphhutanan juga menyebabkan kegiatan

ekonomi yang berteraskan kepada pembalakan seperti industri kayu, perabot dan dan kraf tangan terjejas.

• Hal ini disebabkan pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal, meranti, seraya, dan keruing semakin berkurang. Pokok-pokok balak itu pula mengambil masa yang lama untuk membesar dan matang. Keadaan ini secara tak langsung turut menjejaskan sektor pembinaan dalam negara

Page 33: SEKTOR PERHUTANAN

3 (b) Bincangkan kesan pembalakan tidak terkawal terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. (4)

Menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk. • Bekalan air kepada penduduk juga bolehterjejas

akibat daripada pembalakan.• Hal ini demikian kerana simpanan air dalam

tanah berkurang apabila hutan ditebang yang mengurangkan input air kepada sungai,tasik dan empangan.

• Selain itu sungai yang teroemar dengan kelodak dan lumpur memerlukan kos yang tinggi untuk merawatnya bagi menyalurkan air kepada penduduk.