sekolah menengah
DESCRIPTION
sekolah menengah mantinTRANSCRIPT
![Page 1: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/1.jpg)
Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin
-LOMBOL BERGALAH-
NAMA : Muhammad Sharizan Bin Nizam
Kelas : 5 Perakaunan 1
Guru : Pn. Jasmanin Binti Hassan
![Page 2: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/2.jpg)
PENGHARGAAN
Saya Muhammad Sharizan Bin Nizam ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saya iaitu cikgu Jasmanin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan kata semangat dalam menyediakan projek ini dan beliau membimbing saya sehingga saya berjaya menyiapkan projek ini.
Selain itu, tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak member teguran, bimbingan dan peransang kepada saya untuk menjayakan projek ini.
Selain itu, banyak-banyak terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana telah memberikan komitmen yang baik semasa melakukan aktiviti perbincangan ini.
![Page 3: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/3.jpg)
Acara Lombol Bergalah
Acara Lombol Bergalah telah disenaraikan dalam Sukan Olimpik moden yang pertama di Athens, Greece pada tahun 1896. Acara ini adalah acara Olahraga yang Paling Kompleks. Atlet perlu berkemampuan dalam membuat pecutan, mempunyai koordinasi yang baik seperti memecut, menampan dan melombol. Atlet juga perlu mempunyai kesedaran kinestetik yang tinggi.
![Page 4: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/4.jpg)
Asas Lombol BergalahAcara Lombol Bergalah memerlukan peralatan seperti galah, tilam mendarat, tiang dan palang serta kotak penampan galah. Landasan larian juga perlu untuk acara lombol bergalah.
Galah Galah yang di gunakan diperbuat daripada gentian kaca atau bahan lain yang sesuai seperti aluminium. Pemilihan galah berdasarkan kesesuaian ketinggian, berat, dan bentuk badan serta tahap kemahiran atlet.Ukuran panjang galah adalah di antara 3.05 hingga 5.18 meter.
![Page 5: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/5.jpg)
Tilam Mendarat
Tilam Mendarat Yang diperlukan dalam acara Lombol Bergalah adalah lapisan lembut yang boleh menyokong berat badan atlet. Sebagai contoh, tilam getah atau foam yang tebal.Tilam mendarat berbentuk Segi Empat Sama dengan ukuran 5 meter lebar dan 5 meter panjang. Ketebalan tilam mendarat adalah mengikut kesesuaian peringkat pertandingan yang diadakan.
![Page 6: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/6.jpg)
Tiang dan Palang
Tiang dan palang terletak di hujung landasan larian.Jarak di antara kedua-dua tiang ialah 4.30 hingga 4.37 meter. Palang yang digunakan berbentuk silinder dan diperbuat daripada gentian kaca atau aluminium. Panjang palang adalah diantara 4.48 hingga 4.52 meter dengan garis pusatnya 30 milimeter. Berat maksimum palang ialah 2.25 kg. Penyokong palang yang terletak dikedua-dua tiang berukuran 75 milimeter.
Kotak PenampanKotak Penampan berfungsi sebagai penahan galah semasa atlet hendak melakukan lonjakan. Kotak Penampan di hadapan kawasan mendarat di antara Kedua-dua tiang. Panjang kotak penampan ialah 1 meter dan lebar pada bahagian hadapannya ialah 60 cm. Kotak Penampan ditanam dengan bahagian dengan bahagian atasnya separas tanah. Bahagian bawah kotak penampan bercuram ke bawah (dalam tanah) pada paras 200 Milimeter. Kotak ini diperbuat daripada kayu atau gentian kaca. Jika Kotak Penampan diperbuat daripada kayu bahagian bawah dalamnya disalut dengan kepingan logam.
![Page 7: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/7.jpg)
Kemahiran Lombol Bergalah
Kemahiran Melombol dalam acara lombol bergalah dibahagikan kepada lima fasa iaitu:
Fasa persediaanFasa lari landasFasa lonjakanFasa layanganFasa pendaratan
Fasa Persediaan
Aspek teknikal yang dilatih dalam fasa persediaan ialah teknik pegangan galah. Teknik memegang galah yang betul memberi kelebihan kepada atlet dalam mengawal galah sama ada semasa lari landas atau semasa melakukan lonjakan. Ketinggian pegangan atau jarak di antara genggaman galah adalah berbeza dalam situasi tertentu. Jika atlet berlari melawan arah angin melintang, teknik pegangan yang sesuai adalah pegangan rendah dengan larian yang pendek. Sekiranya atlet berlari mengikut arah angin, teknik pegangan yang sesuai adalah adalah pegangan tinggi dengan larian yang panjang
![Page 8: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/8.jpg)
Fasa Lari Landas
Atlet perlu melakukan larian landas untuk mencapai kelajuan optimum sehingga galah ditampan ke dalam kotak penampan. Keadaan ini akan menghasilkan daya esplosif untuk melonjak. Pada kebiasannya jarak larian adalah diantara 30 hingga 50 meter dan jarak ini berbeza bagi setiap atlet.
• Teknik Larian Bergalah
Pegang galah disisi atau kekiri badan. Tangan dominan genggam dalam dengan sekap supinasi. Tangan bukan dominan genggam galah dengan sekap pronasi. Bawa galah rapat pada sisi pinggul. Bengkokkan kedua-dua belah siku. Hujung hadapan galah pada paras mata dan berada ditengah landasan larian. Badan tegak semasa larian. Tingkatkan kelajuan larian.
![Page 9: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/9.jpg)
• Penanda Di Landasan Larian
Penanda digunakan oleh atlet sebagai penunjuk atau panduan untuk melakukan tampanan dan lonjakan ketika lari landas. Terdapat tiga penanda pada landasan larian :
► Permulaan larian► Penanda jurulatih► Titik lonjakan
• Penanda Pendek
Penanda pendek digunakan larian yang pendek dengan 6-10 langkah ketitik lonjakan. Dalam pertandingan penanda ini digunakan apabila atlet berlari bertentangan arah angin.
![Page 10: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/10.jpg)
• Penanda Panjang
Penanda panjang digunakan larian yang panjang dengan 18-21 langkah ke titik lonjakan. Dalam pertandingan, penanda ini digunakan apabila atlet berlari dengan bantuan angin.
![Page 11: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/11.jpg)
Fasa Lonjakan
Terdapat dua jenis aspek yang perlu dikuasai iaitu :
► Teknik menampan galah► Teknik lonjakan
![Page 12: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/12.jpg)
Fasa Layangan
Dalam fasa ini atlet perlu membawa keseluruhan badan keatas dengan bantuan galah untuk melepasi palang.
Fasa Penadaratan
Sebaik sahaja melepasi palang dan melepasi galah, atlet perlu jatuh bebas dan mendarat menggunakan bahagian belakang badan.
![Page 13: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/13.jpg)
Ansur Maju Kemahiran Lombol BergalahLatihan-latihan tersebut adalah latihan lonjakan yang merangkumi latihan lmelangkah dan mendorong, latihan melonjak, latihan lonjak dan berpusing, serta latihan melonjak dengan jarak dan ketinggian.
• Latihan Lonjakan
![Page 14: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/14.jpg)
► Melangkah dan mendorong.
► Melonjak.
![Page 15: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/15.jpg)
► Melonjak dan berpusing
![Page 16: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/16.jpg)
Undang-Undang Dan Peraturan
► Giliran atlet melakukan percubaan akan dijalankan secara undian atau seeding.
► Palang di naikkan 5 cm (minimum)bagi setiap pusingan.
► Kedudukan tiang boleh di ganjak sebelum percubaan pertama dilakukan.
► Tiang tombol bergalah boleh dianjak ke arah landas larian tidak melebihi 40 cm atau kearah kawasan mendarat tidak melebihi 80 CM.
► Atlet dibenarkan menggunakan MgcO2 samada pada tangan atau pada galah untuk membantu mengukuhkan pegangan.
► Masa bagi setiap percubaan adalah seperti berikut :• Tempoh 90 saat diberi bagi pusingan awal.• 3 minit bagi peringkat akhir jika tinggal dua atau tiga orang atlet.•Enam minit bagi peringkat akhir jika tinggal seorang atlet.
![Page 17: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/17.jpg)
► Seseorang atlet dikira gagal jika melakukan kesilapan seperti yang berikut :
• Setelah melombol, palang jatuh ketanah disebabkan lompatan tersebut.
• Menyentuh kawasan mendarat tanpa melepasi atas palang.
•Semasa melombol, atlet dengan sengaja menahan palang daripada jatuh dengan menggunakan tangan atau jari.
► Sekiranya galah patah ketika melakukan percubaan, percubaan itu tidak di ambil kira.
► Atlet terkeluar setelah gagal tiga kali berturut-turut dalam melakukan percubaan.
► Ketinggian palang akan dinaikkan atau di turunkan 5 cm apabila terdapat keputusan seri pada kedudukan tempat pertama.
![Page 18: Sekolah Menengah](https://reader036.vdokumen.com/reader036/viewer/2022081419/577c82681a28abe054b0a444/html5/thumbnails/18.jpg)
Aspek-Aspek Keselamatan
► Memeriksa dan memastikan semua peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan.
► Memastikan galah dan stopper dalam keadaan baik.
► Memilih galah yang sesuai dengan tahap kemahiran atlet.
► Menyediakan alat perlindungan tambahan di kedua-dua sisi kotak penampan sebagai langkah keselamatan sekiranya galah tidak dapat ditegakkan.
► Melatih cara bangun semula dari tempat pendaratan dengan menghadap palang.