sejarah elektrik_assignment

2
SEJARAH ELEKTRIK DUNIA Elektrik adalah ciptaan tuhan yang telah ada sejak azali lagi dengan kewujudan alam maya ini dan penemuan demi penemuan dari zaman ke zaman dan generasi-generasi menjadikan teknologi elektrik semakin berkembang sehinggalah hari ini. Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat , medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik. Penemuan asas elektrik dipercayai dan dikatakan bermula sejak ahli falsafah di zaman di zaman purba Greek (Yunani kuno ) membuat penemuan mengenai elektrik static yang terjadi apabila sesuatu benda digosok dengan kain bulu maka akan berlaku kesan magnet yang menyebabkan objek-objek ringan melekat dengannya. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman renaissance eropah ,elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan , sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19. Walaupun “rekaan” terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang- layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding fakta , namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik static telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik , dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik pada masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (1791-1867 ) ,Luigi Galvani (1737-1798 ) , Alessandro Volta ( 1745-1827 ) , Andre’-Marie Ampere(1775-1836) , dan George Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti

Upload: hafiz-latfi

Post on 29-Jul-2015

39 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah elektrik_assignment

SEJARAH ELEKTRIK DUNIA

Elektrik adalah ciptaan tuhan yang telah ada sejak azali lagi dengan kewujudan alam maya ini

dan penemuan demi penemuan dari zaman ke zaman dan generasi-generasi menjadikan

teknologi elektrik semakin berkembang sehinggalah hari ini. Elektrik ialah istilah am bagi

sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Ia meliputi

kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat , medan elektrik dan arus elektrik.

Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.

Penemuan asas elektrik dipercayai dan dikatakan bermula sejak ahli falsafah di zaman di zaman

purba Greek (Yunani kuno ) membuat penemuan mengenai elektrik static yang terjadi apabila

sesuatu benda digosok dengan kain bulu maka akan berlaku kesan magnet yang menyebabkan

objek-objek ringan melekat dengannya. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah

bermula pada zaman renaissance eropah ,elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap

mata dan permainan-permainan , sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada

penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19. Walaupun “rekaan” terkenal

Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat

hanyalah lebih kepada cereka berbanding fakta , namun teori-teorinya mengenai hubungan

antara kilat dan elektrik static telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk

mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik , dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah

menjadi asas kepada teknologi elektrik pada masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael

Faraday (1791-1867 ) ,Luigi Galvani (1737-1798 ) , Alessandro Volta ( 1745-1827 ) , Andre’-

Marie Ampere(1775-1836) , dan George Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-

19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik

adalah seperti Nikola Teshla, Samuel Morse , Antonio Meucci , Thomas Edison , George

Westinghouse , Werner Von Siemens, Charles Steinmetz , dan Alexander Graham Bell.