sejarah congkak

Upload: atie-miyako

Post on 01-Mar-2016

89 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

permainan congkak

TRANSCRIPT

Permainan congkak dipercayai berasal dari Negara Afrika atau Arab. Bagaimanapun bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan. Congkak tersebar dari Timur Tengah ke Afrika. Congkak tersebar melalui pedangang-pedangang Arab di Asia. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka kerana negeri ini merupakan pusat perdagangan pada ketika dahulu. Kanak- kanan di Kepulauan Carubran juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai di sana melalui perdagangan hamba.

Di Pulau Carubran, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia congkak dikenali dengan nama congklak. Manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.

Congkak juga mempunyai peraturan permainan yang tersendiri. Berikut merupakan peraturan bagi permainan congkak.1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.6. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Lazimnya congkak dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.

Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.

Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.

Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.

Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah.

Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.

Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.

Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.

SEJARAH CONGKAK

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah.

REVOLUSI CONGKAK

Dalam kalangan rakyat jelata pula, mereka bermain dengan menggorek lubang di dalam tanah.

Pada masa kini congkak dimainkan di seluruh dunia

Di zaman teknologi ini, terdapat permainan congkak yang dimainkan dalam talian.

Peraturan Permainan

CARA MEMBUAT CONGKAK