risalah ramadhan

12
1 Abu Umar 2009 RISALAH RAMADHAN Jadikan Hidupmu Yang Sementara Ini Sebagai Medan Mencari Bekalan Untuk Kehidupan Yang Kekal Abadi Hitunglah Hari-Hari Yang Kau Lalui...Semuanya Akan Ditanya Kemana Telah Kau Pergunakan. Ramadhan dulu telah berlalu, sekiranya kita telah memanfaatkannya untuk hari pertemuan kita dengan Allah SWT nanti maka kitalah hambanya yang akan tersenyum bahagia nanti tetapi jika sebaliknya maka kita akan menangis ketika tangisan itu sudah kehilangan harganya. Oleh itu bersedialah untuk memanfaatkan Ramadhan yang bakal tiba serta berdoalah agar kita akan bertemunya lagi. Kehidupan & Keimanan http://my.opera.com/azmibhr/blog/ [email protected]

Upload: azmibhr

Post on 08-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Menjelaskan konsep dan persediaan menghadapi Ramadhan

TRANSCRIPT

  • 1Abu

    Um

    ar

    2009

    RIS

    ALA

    HR

    AM

    AD

    HA

    N

    Jadikan Hidupmu Yang Sementara Ini SebagaiMedan Mencari Bekalan Untuk Kehidupan YangKekal Abadi

    Hitunglah Hari-Hari Yang Kau Lalui...SemuanyaAkan Ditanya Kemana Telah Kau Pergunakan.

    Ramadhan dulu telah berlalu, sekiranya kitatelah memanfaatkannya untuk hari pertemuankita dengan Allah SWT nanti maka kitalahhambanya yang akan tersenyum bahagia nantitetapi jika sebaliknya maka kita akan menangisketika tangisan itu sudah kehilangan harganya.

    Oleh itu bersedialah untuk memanfaatkanRamadhan yang bakal tiba serta berdoalahagar kita akan bertemunya lagi.

    Kehidupan & Keimanan

    http://my.opera.com/azmibhr/blog/[email protected]

  • 2RISALAH RAMADHAN

    Ahlan Wa Sahlan YaRamadhan

    Ramadan menjelma lagi untuk membawarahmat kepada orang yang berpuasa.Setiap detiknya mengandungi keampunandan keberkatan. Kedatangannya dinantioleh orang yang bertaqwa. RasulullahSAW biasa berdoa bermaksud, Ya Allahberkati kami dalam Rejab dan Syaabandan sampaikan kami Ramadhan. (Hadisriwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabilasampai Ramadhan para sahabat salingmengucapkan Ahlan wa sahlan yaRamadhan bererti selamat datangRamadhan!

    Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialahkekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnahhidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga keRamadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya,Solat yang lima, Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhanmenghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhidosa-dosa besar (Riwayat Muslim),

    Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsuberguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusiasukakan kebersihan, keindahan, makan minum dan berkeluarga hinggaberkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hinggamembahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepadakelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta.Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadaiusia muda kerana lupa kepada Allah.

    Risalah Ramadhan

    Ahlan Wa Sahlanya RamadhanFokus RamadhanPuasa Dan Hari

    KebangkitanHadith-Hadith

    Ramadhan

  • 3Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yangMaha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hatiMuslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih telitidalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diridaripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa padaperut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-siaatau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock danperbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosaseperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.

    Nabi bersabda, Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan danminum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong.Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;Sayaberpuasa, saya berpuasa(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

    Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalamsituasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, Saya berpuasa beberapa kaliuntuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitupenting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkankita, Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia makaAllah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya. (RiwayatBukhari).

    Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masadengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmudan faham. Membaca al-Quran ialah membaca perintah dan hukum Allah.Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimamisolat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjaditaat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikanyang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri didalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diridan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yangmelimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.

    Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akanmenjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri.Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahanrahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itusepanjang tahun. Dari Abi Masud Al-Ghifari r.a, katanya,Rasulullah SAWbersabda;Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya

  • 4umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan. (Riwayat IbnuKhuzaimah).

    Fokus Ramadhan

    Ramadhan adalah bulan barakah, rahmat, dan kebahagiaan. Betapa perlunyamanusia merenung sejenak untuk bersiap-siap menyambutnya berikutanbanyaknya kebaikan-kebaikan yang terkandung di dalamnya. Ia merupakanbulan yang dihormati di masa jahiliyah, dan semakin dihormati dandimuliakan ketika Islam datang. Pada bulan ini Allah Subha Nahu Wa Taalamenurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Betapa perlunya kitamengenangkan dan menyedarkan jiwa tentang hak Ramadhan sebelummenemuinya.

    Saudaraku sekalian, Allah Subha Nahu Wa Taala menjadikan bulan inisebagai bulan yang agung, memberikan keistimewaan yang banyak sekalikepadanya, serta menjadikannya sebagai salah satu fasa kehidupan yangpaling berharga dan salah satu stesyen perjalanan di atas jalan hidup yanglurus. Pada bulan itu, seorang Muslim mencurahkan sebahagian besarperhatiannya kepada Allah Subha Nahu Wa Taala, hari Akhirat danpeningkatan rohani sebelum peningkatan material. Ia adalah bulan ruhani,bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu untuk mengadap yangMaha Esa, memohon pertolongan daripada Yang Maha Tinggi lagi MahaBesar, dan menjalin hubungan dengan Al-Malaul Ala. Ia adalah bulan yangmempunyai penuh keistimewaan.

    (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusiadan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yanghak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kalian hadir (di negeritempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulanitu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka(wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, padahari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidakmenghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kalian mengagungkan Allahatas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.

    (Al-Baqarah:185)

  • 5Ada penarik perhatian yang indah dan kenikmatan yang luar biasa, iaituapabila dihubungkan kandungan ayat ini dengan ayat yang lain.

    Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu tentang Aku, maka(jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonanorang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itumemenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu,agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah:186)

    Hakikat agung yang terkandung di dalamnya ialah bahawa Allah Subha NahuWa Taala mendorong kita untuk bermunajat dan memohon kepadaNya padasaat jiwa dalam keadaan paling dekat dengan Rabb-Nya.

    Agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah:186)

    Bulan Ramadhan ialah bulan permohonan, munajat, hidayah, dan petunjukkebenaran. Hendaklah orang yang berpuasa mengemblengkan diri didalamnya dan menjauhkannya daripada urusan material, agarkemanusiaannya meningkat dan bersambung dengan Rabb-nya.

    Banyak hadis yang menyeru manusia agar memperhatikan keutamaan bulanini, ketinggian kedudukannya, kemuliaan hari-harinya, dan besarnya nilaitaubat di dalamnya, sehingga memacu kaum Muslimin untuk menyiapkandiri menjumpainya serta menyedari bahawa perniagaaan di dalamnya pastimendatangkan keuntungan. Waktu-waktu yang akan berlalu di dalamnyasangat-sangat berharga, dan kesempatan yang ada merupakan kesempatanemas. Wahai pencuri kejahatan berhentilah! Dan wahai pencari kebaikankemarilah!

    Hendaklah anda benar-benar berusaha agar tidak ada waktu yang berlalutanpa amal soleh. Jika anda lalai, hendaklah kalian segera menyedarikelalaian anda. Terapi atas kelengahan adalah ingat-mengingati, introspeksidiri, dan sentiasa menjalin hubungan dengan Allah Subha Nahu Wa Taala.

    Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila ditimpa was-wasdaripada syaitan, mereka ingat akan Allah, maka ketika itu juga merekamelihat kesalahan-kesalahannya. (Al-Araf:201)

    Apabila syaitan berhasil menimpakan kelalaian pada hati kita danmenjauhkan kita daripada sebahagian kebaikan, maka hendaklah kita lebih

  • 6serius dalam perjalanan, mengerahkan segenap upaya, dan mengadapkepada Allah Subha Nahu Wa Taala.

    Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya. (Asy-Syura:25)

    Hendaklah manusia melakukan persiapan dengan sentiasa bertaubat,memohon ampun, dan meninjau lembaran-lembaran masa lalu. Apabila kitamendapati kebaikan, kita memuji Allah Subha Nahu Wa Taala, dan apabilakita mendapati keburukan, kita meninggalkannya seraya bertaubat kepada-Nya.

    Jika di dalam sehari, Rasulullah SAW bertaubat seratus kali, sedangkansebagaimana anda tahu, Allah SWT telah mengampuni segala dosa bagindayang telah lalu maupun yang akan datang, maka bagaimana pendapat andatentang orang yang diliputi oleh perbuatan maksiat dari segala penjuru sertatenggelam dalam kesenangan dan syahwatnya. Maka kewajiban kita adalahmemperbanyak istighfar apalagi kita berada dalam bulan suci. Kitamengadap kepada Allah SWT dengan keimanan sempurna dan keikhlasanyang tulus, seraya memohon agar Dia memberi kita kemampuan untukmenempuh ujian kehidupan.

    Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatyang sebenar-benarnya, mudah-mudahan Tuhan kalian akan menutupikesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam syurga yangmengalir di bawahnya sungai-sungai. (At-Tahrim:8)

    Maka, mulai sekarang, hendaklah anda bersungguh-sungguh menyucikandiri dari kotoran-kotoran dosa dan maksiat, kerana anda semua menghadapikedatangan bulan Ramadhan. Karunia Allah Subha Nahu Wa Taala padabulan Ramadhan lebih luas daripada waktu lain. Maka, persiapkan diri andasemua untuk menghadapi kewajipan agung ini dengan mengingatkan diritentang keutamaan bulan ini dan mempersiapkan diri untuk beramal.

    Berusahalah agar anda mempunyai amalan yang tidak anda tinggalkansepanjang bulan Ramadhan. Bersemangatlah dalam melaksanakansembahyang tarawih. Sembahyang terawih merupakan salah satu sunnahmuakkadah serta syiar dan kekhususan bulan Ramadhan. Ia adalah wadahtempat hati seorang Muslim berhubung dengan Tuhannya dan Kitabullah.Jumlah rakaat dalam sembahyang tarawih adalah lapan, itulah yang

  • 7dilaksanakan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Boleh juga dilakukandua puluh rakaat, sebagaimana yang dilaksanakan oleh Umar r.a. Ada pulayang melaksanakan tiga puluh enam rakaat, dan ini sebagaimana yangdilaksanakan oleh penduduk Madinah. Masing-masing mempunyai dasardaripada sunnah.

    Puasa Dan Hari Kebangkitan

    Inilah anjuran daripada Rasulullah SAWbagi mereka yang merentasi perjalananmencari keredhaan Allah SWT padakalangan orang-orang yang berimandan para daie (pendakwah). Anjuranatau panduan ini menggesa merekasupaya melatih diri danmembiasakannya dengan kehidupanyang sulit dan payah. Mengasuh diridengan menahannya daripada sentiasa

    menikmati apa yang diingini dan disukai. Dengan itu diri mudah dikuasai(dikawal) dan dilentur. Oleh itu kita perlu biasakan diri dengan kesusahankerana nikmat kesenangan hidup tidak kekal selama-lamanya.

    Ini adalah cara yang praktikal dalam Tarbiyah Rabbaniyah (pendidikanberteraskan ketuhanan). Ia adalah suatu pendekatan yang mempunyaikesan yang mendalam dalam pembentukan dan pemurnian diri manusia.Latihan seperti ini dapat menjadikan daie seorang hamba Allah SWT yangbenar-benar patuh serta tunduk kepada Allah Rabbul 'Alamin.

    Keimanan bukan sekadar omong kosong atau sekadar teori; menggembar-gemburkan tentang Tarbiyah Rabaniyyah dengan lidah ataupun ungkapanyang enak didengar telinga sahaja. Malah mestilah wujud perlaksanaanamali yang dapat membersihkan dan memurnikan jiwa serta hati daripadasegala kotoran dan karat-karat dosa dan seterusnya dapat menguatkanhakikat keimanan itu sendiri di samping membawa seseorang itu mencapaitahap kesempurnaan.

    Sebagai contoh ialah ibadah puasa. Puasa ialah salah satu latihan kerohanianyang amat berkesan. Ia dapat memperkuatkan iradat (kemahuan). Ia

  • 8memastikan dorongan iman dan taqwa sebagai penguasa kepada keperluan-keperluan jasad. Dengan demikian jasad hanyalah acuan dan rangka yangmenurut tuntutan dan hati nurani.

    Puasa dapat menghaluskan perasaan, mengembangkan kecenderungan kearah keluhuran, membersihkan fikiran dan memurnikan hati sertamenjernihkan jiwa dan perasaan.

    Oleh kerana itulah ganjaran orang yang berpuasa dengan penuh keimanandan penyerahan diri kepada Allah SWT pada hari-hari dan saat-saat yangpanas terik ialah mereka akan dibebaskan daripada kepanasan hari Kiamatyang tiada tolok bandingnya. Sesungguhnya ganjaran Allah SWT itu akandiberi mengikut jenis amal yang dilaksanakan. Sekiranya jenis amal itu baik,maka ganjarannya juga baik tetapi sekiranya jenis amal itu buruk, makapembalasannya juga buruk dan menyakitkan. Allah SWT berfirman;

    "Barang siapa yang beramal sebesar zarah kebajikan ia pasti akan melihatganjarannya dan barang siapa yang beramal sebesar zarah kejahatan pastijuga akan melihat pembalasannya." [Az-Zalzalah]

    Perbandingan suasana di antara dua tempat itu begitu besar sekali malahperbezaan di antara kepanasan dunia dengan kepanasan akhirat, di antarakesulitan berpuasa pada hari yang panas terik dengan kesulitan dankepayahan pada hari Kiamat adalah perbandingan yang tiada taranya.Tetapi itulah pemberian Allah SWT kepada orang yang sanggup berpuasapada hari yang begitu panas dengan penuh keikhlasan.

    Sayyidatina Aisyah RA berkata:

    "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ''Pada hari Kiamat,manusia dibangkitkan dalam keadaan berkaki ayam dan bertelanjang.' Akubertanya: 'Ya Rasulullah, tidakkah orang-orang lelaki dan perempuanpandang memandang antara satu sama lain?' Jawab Rasulullah SAW; 'WahaiAisyah, keadaan hari itu lebih besar, lebih dahsyat untuk (tidak) menyebabkanseseorang itu ingin melihat kepada yang lain." [HR Bukhari]

    Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT; "Pada hari itu setiap orangmempunyai urusan yang menjadi perhatian dan penumpuannya." ['Abasa: 37]

    Rasulullah SAW juga bersabda;

  • 9"Sesungguhnya peluh manusia pada hari Kiamat melimpah-limpah di bumisedalam tujuh puluh hasta dan ia sampai kepada mulut-mulut dan telinga-telinga manusia." [HR Muslim]

    Bencana yang besar ini dapat dihalang oleh seseorang Mukmin dengankeimanan yang sebenarnya kepada Allah SWT, iltizamnya yang hakikiterhadap agamanya dan meletakkan sangka baik terhadap Allah SWT disamping ia berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah Azzawajalla denganpuasa, solah dan segala amal ibadah serta ketaatan yang lain. Inilah yangmenyebabkan Rasulullah SAW berpesan kepada Sayyidatina Aisyah dengansabdanya:

    "Wahai Aisyah, hendaklah engkau sentiasa mengetuk pintu syurga denganlapar."

    Allah SWT menggandakan ganjaran bagi orang-orang yang berpuasa danmemberikan ganjaran yang baik kepada mereka.

    Tersebut di dalam sebuah hadis qudsi:

    "Setiap amal anak Adam diberikan ganjaran sepuluh kali ganda hingga tujuhratus kali ganda kecualilah puasa. Sesungguhnya ia adalah untukKu, Akulahyang akan memberikan ganjarannya. Ia meninggalkan syahwat dan makansemata-mata keranaKu."

    Rasulullah SAW telah mengisyaratkan suatu maqam untuk mereka yangtelah berjaya mengawal hawa nafsu mereka dan keinginan-keinginanmereka.

    Dari Sahl dari Nabi bersabda :Sesunggunya dalam syurga terdapat sebuahpintu yang bernama Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa akan masukmelaluinya pada hari kiamat, dan selain mereka tidak akan masukmelaluinya. Dikatakan : Dimanakah orang-orang yang berpuasa? Makamereka pun berdiri. Dan selain mereka tidak akan memasukinya . Maka jikaorang-orang yang berpuasa sudah memasukinya ditutuplah pintu itu dantidak seorangpun akan memasukinya, Dan barangsiapa yang telah masuk iapasti minum dan barangsiapa yang minum ia tidak akan kehausanselamanya. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam menjelaskan bahawa puasa jugamemberi syafaat kepada tuannya pada hari yang penuh dengan kecemasandan ketakutan itu. Sabda baginda Rasulullah SallaLlahu 'ala

    Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat.Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minumdan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah akumemberi syafaat baginya.' Dan Almenghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberisyafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.

    Maka hendaklah setiap dadirinya dengan berpuasa. Sesungguhnya ia merupakan satu amalan yangbegitu kuat dan penting untuk pembersihan diri (tazkiah ania mampu untuk merentasi Hari Kiamat dengan penuh aman dan mendapatpemeliharaan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang berterusan.

    Hadith-Hadith Ramadhan

    keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah laluImam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi

    Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adambaginya melainkan puasa maka ia untukpuasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa makadia dilarang menghampiri(bercumbu) padasuara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya

    Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam menjelaskan bahawa puasa jugamemberi syafaat kepada tuannya pada hari yang penuh dengan kecemasandan ketakutan itu. Sabda baginda Rasulullah SallaLlahu 'ala

    Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat.Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minumdan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah akumemberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telahmenghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberisyafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.( H.R Ahmad)

    Maka hendaklah setiap daie bermujahadah terhadap dirinya dan melatihdirinya dengan berpuasa. Sesungguhnya ia merupakan satu amalan yangbegitu kuat dan penting untuk pembersihan diri (tazkiah ania mampu untuk merentasi Hari Kiamat dengan penuh aman dan mendapatpemeliharaan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang berterusan.

    Hadith Ramadhan

    Rasulullah SAW yang maksudnyatelah tiba Ramadhan, dibuka pintusyurga dan ditutup semua pintu nerakadan diikat semua syaitanBukhari, Muslim, NasBaihaqi )

    Rasulullah SAW telah bersabda yangmaksudnya :Siapa yang berpuasaRamadhan dengan penuh keimanan dan

    keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalun Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

    Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adambaginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Danpuasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa makadia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikansuara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya

    10

    Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam menjelaskan bahawa puasa jugamemberi syafaat kepada tuannya pada hari yang penuh dengan kecemasandan ketakutan itu. Sabda baginda Rasulullah SallaLlahu 'ala ihi Wasallam;

    Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat.Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minumdan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku

    Qur'an pun berkata, 'Aku telahmenghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi

    ( H.R Ahmad)

    ie bermujahadah terhadap dirinya dan melatihdirinya dengan berpuasa. Sesungguhnya ia merupakan satu amalan yangbegitu kuat dan penting untuk pembersihan diri (tazkiah an -nafs) agar kelakia mampu untuk merentasi Hari Kiamat dengan penuh aman dan mendapatpemeliharaan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang berterusan.

    Rasulullah SAW yang maksudnya: Apabilatelah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintusyurga dan ditutup semua pintu nerakadan diikat semua syaitan.(HR ImamBukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan

    Rasulullah SAW telah bersabda yangmaksudnya :Siapa yang berpuasaRamadhan dengan penuh keimanan dan

    keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu .(HR

    Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak AdamKu dan Aku akan membalasnya. Dan

    puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa makahari itu dan tidak meninggikan

    suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya

  • 11

    aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nyamaka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah padahari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraanyang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembiradengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembiradengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, IbnKhuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

    Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka diamemperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan)berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda:Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakanpahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman:'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Akumemberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yangberpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya keranaAku.(H.R Muslim)

    Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAWbersabda: Maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allahnescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauhperjalanan)70 tahun. (HR Bukhari)

    Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Carilah malam qadaritu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, makajanganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.(HR Muslim)

    Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: 'Puasa dan Al Qur'anmemberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata,'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhisyahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaatbaginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur padamalam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalusyafaat keduanya diterima Allah.( H.R Ahmad)

  • 12

    Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhanumatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umatsebelumnya:

    1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bauminyak kesturi.

    2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hinggamereka berbuka.

    3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hambaKu yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan merekarindu untuk memasukimu.'

    4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga merekatidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

    5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulanitu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malamLailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja ituakan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.(H.R Ahmad)

    Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yangdipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaanneraka.(HR Ahmad)

    Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlahkamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allahdan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan padawaktu sahur. (H.R Ahmad)

    Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yangpuasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir. (H.R Ahmad,Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

    Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dandiamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanyamustajab dan dosanya diampunkan.(Riwayat Al Baihaqi)

    Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabilaseseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar.Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah diamengatakan. Aku ini puasa.(Sahih Bukhari)