republik siswa

5
Penerbitan Fungsi? Apakah jenis-jenis penerbitan Undang-undang Etika dan Undang-Undang Akta hak cipta 1987 Republik Siswa Saluran Penerbitan konvensional & kontemporari Organisasi Penjawatan Organisasi Penerbitan Penerbit & Editor Republik Siswa BRIGHT IDEA Publisher, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah

Upload: bright-idea-production

Post on 22-Jul-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Preview

TRANSCRIPT

Page 1: Republik Siswa

PenerbitanFungsi?Apakah jenis-jenis penerbitan

Undang-undangEtika dan

Undang-UndangAkta hak cipta 1987

Republik Siswa

SaluranPenerbitankonvensional & kontemporari

OrganisasiPenjawatan

Organisasi Penerbitan

Penerbit & Editor

Rep ub lik Sis w a

BRIGHT IDEA Publisher,Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah

Page 2: Republik Siswa

Penulisan

Sebelum terciptanya mesin cetak oleh Guten-

berg, buku dihasilkan dengan menggunakan tan-gan. Penulisan dihasilkan di atas permukaan tanah liat, papirus, lilin dan kertas tulis yang dihasilkan dari kulit kambing. Penyebaran terhadap teknologi baru oleh Gutenberg semakin pesat membangun sehingga membawa kepada kewujudan buku, penyeragaman tatabahasa dan ejaan serta per-kongsian seni dan teknologi. Penulisan pertama adalah berasal dari dua muara sungai yang terbesar iaitu sungai Nil dan juga sungai Tigris. Sistem tuli-san pada awalnya bermula melalui gambar-gambar kecil yang dikenali sebagai piktograf, iaitu gam-baran yang mewakili sesuatu perkataan atau bun-yinya.

Antara bentuk-bentuk medium yang terawal adalah, batu, kayu, tulang, gangsa dan tembikar. Sutera yang berasal dari China juga merupakan ba-han asas untuk menulis dengan menggunakan berus. Ciri-ciri penulisan terbentuk apabila per-mukaan tanah liat yang lembap ditekan dengan menggunakan buluh ke atasnya dan gaya penulisan ini dikenalpasti sebagai ‘cuneiform’. ‘Cuneiform’ yang ditulis pada permukaan tablet tanah liat ini kemudiannya dibakar sehingga menjadi keras.

Percetakan

Johannes Gutenberg merupakan seorang

tukang dan juga pencipta di Jerman dan terkenal melalui akhbar Gutenberg iaitu mesin cetak yang berinovatif dan mudah alih serta murah. Sebelum kewujudan Gutenberg, percetakan adalah terhad terhadap bilangan edisi yang dicetak dan hiasannya hampir eksklusif yang digunakan untuk gambar dan reka bentuk. Bahan yang digunakan untuk mencetak diukir ke dalam kayu, batu, dan logam kemudian digulung dengan dakwat atau cat yang dipindahkan melalui tekanan kepada kertas kulit.

Pada masa kini, proses percetakan adalah san-gat berbeza berbanding yang digunakan oleh Gu-tenberg. Proses percetakan Gutenberg adalah sangat perlahan di mana huruf-huruf tersebut ditaip dengan menggunakan tangan, dan pengatur huruf yang mahir mampu memasang 2,000 huruf dalam tempoh satu jam, manakala kini sebuah komputer boleh memasang huruf dengan jumlah yang sama dalam masa dua saat.

Selari dengan teknologi yang berkembang pe-sat, pencipta dapat menyesuaikan diri dengan teknologi baru dalam merevolusikan percetakan. Enjin wap dan kemudian enjin elektrik pula telah diaplikasikan ke dalam reka bentuk mesin cetak dan pada tahun 1970-an, komputer telah disepadukan ke dalam proses percetakan.

PENSEJARAHAN

REPUBLIK SISWA

Page 3: Republik Siswa

REPUBLIK SISWA

Tradisional

Penerbitan secara tradisional bermaksud

penerbit membuat tawaran kepada penulis bagi meneruskan percetakan, menyiarkan dan menjual buku melalui kedai-kedai buku dan juga peruncit lain. Penerbit kebiasaannya akan mem-beli hak untuk menerbit buku dan akan mem-bayar loyalti kepada penulis melalui hasil da-ripada jualan buku tersebut. Penulis dikategori-kan pula kepada dua iaitu fiksyen dan juga bukan fiksyen. Penulis buku bukan fiksyen, perlu mengemukakan cadangan berdasarkan sampel dan juga sinopsis bagi setiap bab. Manakala bagi penulis buku yang berbentuk fiksyen, harus mempunyai manuskrip yang lengkap. Penerbitan secara tradisional bergantung pada syarikat pen-erbitan yang profesional yang telah dilantik bagi menerbitkan bahan mereka.

Sendiri Penerbitan sendiri adalah penyiaran dalam

apa jua buku atau media lain tanpa penglibatan daripada pihak ketiga. Penulis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap proses penerbitan terma-suklah dalam hal buku, reka bentuk, format, har-ga, pengedaran, pemasaran dan perhubungan awam. Penerbitan sendiri tidak hanya terhad kepada buku secara fizikal, malah ‘e-book’, risa-lah, laman sesawang dan bahan-bahan lain juga boleh diterbitkan sendiri. Penerbitan jenis ini menunjukkan bahawa penerbitan sendiri adalah lebih cepat, kos lebih rendah, mudah dikawal dan lain-lain.

Perkembangan Teknologi

Perkembangan teknologi kini berkembang

pantas seiring dengan peredaran zaman dan dilihat semakin canggih sehingga memudahkan kehidupan manusia. Kecemerlangan revolusi el-ektronik adalah seperti penciptaan radio, telefon, televisyen, komputer, satelit dan yang terbaru adalah telefon pintar dan ‘tablet’ yang me-nyumbang kepada perkembangan penciptaan teknologi. Ciptaan media baru ini juga adalah inovasi daripada media konvensional ataupun yang lebih dikenali dengan media cetak seperti surat khabar dan pelbagai media lama yang sebelum ini digunakan oleh masyarat untuk peroleh maklumat.

Walau bagaimanapun, sebelum wujudnya kecanggihan teknologi pada masa kini, masyara-kat pada zaman dahulu mempunyai kelebihan yang lebih berbanding masyarakat pada zaman kini. Hal ini bermaksud, pada zaman dahulu masyarakat lebih berusaha sendiri bagi mendapatkan sesuatu maklumat seperti penggunaan buku, majalah dan lain-lain bahan yang berbentuk tampak. Perbezaan ini boleh dilihat apabila pada masa kini, masyarakat lebih bergantung kepada teknologi yang sedia ada hanya dengan menggunakan hujung jari tanpa perlu berusaha contohnya penggunaan media sosial dan media massa.

Oleh itu, media konvensional turut tidak terkecuali merasai tempias revolusi perkem-bangan teknologi ini apabila secara

Page 4: Republik Siswa

REPUBLIK SISWA

secara perlahan-lahan media digital lebih

banyak mengambil tugas media konvensional apabila bahan bacaan digital diperkenalkan di laman sesawang. Kewujudan inovasi ini sedikit sebanyak telah memberi impak kepada penerbi-tan konvensional. Masyarakat kini kurang menggunakan media konvensional malah lebih memilih media digital untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Buktinya, perkem-bangan penerbitan elektronik ini telah banyak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Ma-laysia dan dunia.

MEDIA BARU

Media baru merupakan pertumbuhan teknologi komunikasi yang baru dan canggih pa-da zaman moden kini. Perkataan media yang be-rasal dari bahasa Latin adalah ‘Medius’, yang bermaksud perantara. Hal ini diklasifikasikan se-bagai medium dalam menyampaikan maklumat antara pengirim dan juga penerima maklumat. Media baru dikenali sebagai ‘teknologi informasi tanpa sempadan’. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai media baru ini adalah lebih bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan digital.

Menurut kamus Oxford (2003), media baru

adalah kaedah elektronik yang digunakan untuk berkomunikasi atau menyalurkan maklumat. Selain itu, ia juga dimaksudkan untuk mencakupi kemunculan digital, computer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi pada akhir abad ke-20. Antara beberapa jenis media baru

adalah internet, laman sesawang, komputer

multimedia, permainan computer, CD-ROMS dan DVD. Sebaliknya, televisyen, filem, majalah, buku atau publisiti yang berasaskan kertas tidak dikategorikan sebagai media baru melainkan media ini mempunyai teknologi yang mem-benarkan interaksi kepada pengguna lain.

Dengan adanya media baru seperti internet,

maklumat semakin mudah diperolehi oleh masyarakat dengan hanya sekelip mata sahaja. Hal ini dapat dibuktikan apabila pada masa kini terdapat pelbagai aktiviti menggunakan

Page 5: Republik Siswa

This is preview session, subscribe us

for full version at:

twitter.com/brightideaprodu

brightideaproduction.wordpress.com

or email us at:

[email protected]

www.facebook.com/brightideaproduction