pernyataan masalah

1
Pernyataan Masalah Guru novis ialah guru yang baru sahaja menamatkan latihan perguruan dan tidak mempunyai pengalaman mendalam tentang bidang perguruan dan masih banyak perlu diperbaiki. Guru mahir pula ialah guru yang terbaik dalam bidangnya dan memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima. Seringkali berlaku permasalahan dalam skop kerja kedua-dua guru ini terutamanya guru novis. Guru novis adalah tempoh perkhidmatan antara satu hingga tiga tahun di mana pada tempoh ini, guru novis akan sering menghadapi masalah melibatkan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah dan juga disiplin dan tingkah laku murid. Guru mahir sebaliknya pula telah berada dalam kelasnya yang tersendiri. Pada masa kini, Kemahiran Befikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan kaedah pembelajaran yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menumpukan murid untuk berfikir secara analisis dan sintesis serta mampu membuat penilaian terhadap sesuatu perkara dalam konteks menjawab soalan dan penyelesaian masalah berdasarkan aras taksonomi Bloom. Namun sejauh manakah kebimbangan guru sama ada guru novis atau guru mahir dalam menyediakan diri untuk menerapakan persoalan dalam domain KBAT terhadap pelajar? Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap kebimbangan guru novis dan guru mahir dalam kaedah penyoalan soalan aras KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kerangka Konseptual Penyoalan Soalan Guru Novis Penyoalan Soalan Guru Mahir Aras KBAT PdP Matematik Tahap Kebimbangan Aras Analisis, Sintesis dan

Upload: mave-ex

Post on 09-Jul-2016

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

CARA MENULIS PENYATAAN MASALAH DENGAN FORMAT TERKINI

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Masalah

Pernyataan Masalah

Guru novis ialah guru yang baru sahaja menamatkan latihan perguruan dan tidak mempunyai pengalaman mendalam tentang bidang perguruan dan masih banyak perlu diperbaiki. Guru mahir pula ialah guru yang terbaik dalam bidangnya dan memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima. Seringkali berlaku permasalahan dalam skop kerja kedua-dua guru ini terutamanya guru novis. Guru novis adalah tempoh perkhidmatan antara satu hingga tiga tahun di mana pada tempoh ini, guru novis akan sering menghadapi masalah melibatkan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah dan juga disiplin dan tingkah laku murid. Guru mahir sebaliknya pula telah berada dalam kelasnya yang tersendiri. Pada masa kini, Kemahiran Befikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan kaedah pembelajaran yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menumpukan murid untuk berfikir secara analisis dan sintesis serta mampu membuat penilaian terhadap sesuatu perkara dalam konteks menjawab soalan dan penyelesaian masalah berdasarkan aras taksonomi Bloom. Namun sejauh manakah kebimbangan guru sama ada guru novis atau guru mahir dalam menyediakan diri untuk menerapakan persoalan dalam domain KBAT terhadap pelajar? Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap kebimbangan guru novis dan guru mahir dalam kaedah penyoalan soalan aras KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Kerangka Konseptual

Penyoalan Soalan Guru Novis

Penyoalan Soalan Guru Mahir

Aras KBAT PdP Matematik

Tahap Kebimbangan

Aras Analisis, Sintesis dan

Penilaian Taksonomi

Bloom