permainan tradisional yang terlupakan

Upload: vrendly-timberlake

Post on 06-Jul-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Permainan Tradisional Yang Terlupakan

    1/3

    Permainan Tradisional yang Terlupakan :D

    Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati berbagai kemajuan dan

     pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin

    dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. alah satu khazanah

    kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan

    tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau, gasing dan sebagainya. !leh itu, generasi

    muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara.

    alah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan

    aset budaya bangsa "alaysia. #al ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan

    nenek moyang kita yang melambangkan ciri$ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional

    tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. %lat permainan

    tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. ebagai contohnya,

    wau bulan telah dihias dengan kertas warna$warni yang dilukis dan digunting dengan cantik 

    nian. &ika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat

    memperlihatkan maruah bangsa kita' Ingatlah peribahasa, (sesal dahulu pendapatan, sesal

    kemudian tidak berguna.”

    Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan

    dalam industri pelancongan. elain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan

    menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya

    kita yang berwarna$warni. )antaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati

     pelancong yang melawat ke "alaysia. eperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta(, setelah

    diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain denganseronoknya terhadap permainan tradisional. *entetan daripada itu, hotel$ hotel lima bintang dan

     pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan

    tradisional kepada pelancong asing kita. #al ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri

     pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti

     peribahasa, (serampang dua mata.+ Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu

    tarikan dalam industri pelancongan.

    )ebih$lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita

    yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya

     permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai$ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk 

     bermain layang$layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama$sama

    memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . "ereka juga berkongsi idea dan pendapat

    tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni

    dalam masyarakat. "ereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan

  • 8/17/2019 Permainan Tradisional Yang Terlupakan

    2/3

    keluarga sendiri. enario ini jauh lebih baik daripada indiidu yang asyik bermain permainan

    komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.

     -atijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. !leh

    itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada

    generasi, seperti peribahasa, (Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas .+ alaupun zaman

     beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak 

    digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.

    Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

    Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga

    mengalami pembangunan yang pesat sekali. ehubungan dengan itu, permainan tradisional turut

    dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. #al ini berkait

    rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam

    kalangan remaja dan belia kita. %dakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita

    ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita' Tepuk dada tana selera.

    !ebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit

     permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, (di mana batang terguling, di

    situ cenda"an tumbuh.+

    esungguhnya, /empen 0intai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif 

    yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. /empen ini perlu

    dijalankan oleh &abatan /ebudayaan dan /esenian -egara secara besar$besaran dengan

    kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak teleisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk 

    memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain$

    lain. elain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang

    ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai

    aktiiti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang$mengarang,

     pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, ( tak kenal maka tak cinta.+

    )antarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap

     permainan tradisional kita.

    elain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatankokurikulum di sekolah. ehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya

    menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. 1erpaksikan kelab permainan

    tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain$lain

    lagi. etelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional

    tersebut. 2enerasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan

    mewarnai masyarakat kita kelak. -escaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan

  • 8/17/2019 Permainan Tradisional Yang Terlupakan

    3/3

    tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni

     budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. 1ak kata peribahasa, (di mana ada

    kemahuan, di situ ada jalan+, atas komitmen pihak sekolah, putera$puteri yang sedang

     berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk 

    melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah.

    ementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit

     permainan tradisional dalam masyarakat kita. #al ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia

    memang suka bertanding dan berlaga. )antarannya, pihak /ementerian /ebudayaan dan

    /esenian -egara, &abatan Pelancongan "alaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan

    korporat seperti Proton, T" -et dan "a3is untuk menganjurkan pertandingan permainan

    tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. alah satu contoh

    yang terbaik ialah 4estial )ayang$layang %ntarabangsa di Pasir 2udang , &ohor. Pertandingan

    layang$layang itu berjaya menarik peminat$peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk 

    mengambil bahagian. #al ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisionalkepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, (menelam sambil minum air+.

    ecara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan

    dan tidak lekang dek panas. &ika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan

    batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa,

    (!esal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”