perbandingan tatabahasa kata kerja

86
PERBANDINGAN KATA KERJA TATABAHASA DEWAN, NAHU MELAYU MUTAKHIR DAN PETUNJUK TATABAHASA BAHASA MELAYU OLEH: FAWWIZA BINTI SHAHRUDDIN (M20151000095) NOOR HASZWANI BINTI MOHD YUSOFF (M20151000092) PENSYARAH: PROF. ABDUL HAMID MAHMOOD

Upload: menulis-dengan-hati

Post on 16-Feb-2016

167 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

perbandingan kata kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

PERBANDINGAN KATA KERJA TATABAHASA DEWAN, NAHU MELAYU MUTAKHIR DAN

PETUNJUK TATABAHASA BAHASA MELAYUOLEH:

FAWWIZA BINTI SHAHRUDDIN (M20151000095)NOOR HASZWANI BINTI MOHD YUSOFF (M20151000092)

PENSYARAH:PROF. ABDUL HAMID MAHMOOD

Page 2: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

PERBANDINGAN KATA KERJA TATABAHASA DEWAN, NAHU MELAYU

MUTAKHIR DAN PETUNJUK TATABAHASA BAHASA MELAYU

Page 3: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Pengenalan Golongan kata merupakan sesuatu perkataan dalam bahasa yang dapat

digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria seperti kriteria struktur, fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

Pergolongan kata juga merupakan proses menjeniskan dan menggelompokkan kata berdasarkan ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori kata tersebut, makna kata, kesempurnaan bentuk, taburan kata dan fungsinya dalam ayat. Terdapat empat bentuk golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu:

i) Kata namaii) Kata kerjaiii) Kata adjektif / Kata sifativ) Kata tugas

Page 4: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesebuah ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.

Menurut Bahasa Melayu Mudah (Abdul Hamid Mahmood, 2013), kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja pada umumnya ditandai oleh imbuhan-imbuhan seperti me-, me-…kan, me-…I, memper-…, memper-…kan, memper-…I, ber-, ber-…an dan ber-…kan.

Page 5: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Selain itu, dalam buku Pelita Bahasa Melayu (Za'ba, 1965) kata kerja menggunakan istilah kata perbuatan. Beliau membahagikan kata perbuatan kepada dua bahagian iaitu perbuatan melampau dan perbuatan tidak melampau. Berdasarkan aliran tatabahasa terkini, perbuatan melampau adalah kata kerja transitif manakala perbuatan tidak melampau pula adalah kata kerja tak transitif.

Page 6: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Definisi dan Konsep Kata Kerja• Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan

atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan.

Tatabahasa Dewan

• Kata kerja ialah kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat Subjek-Predikat - (objek) - (Ajung). Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja leksikal dan kata kerja bantu.

Nahu Melayu Mutakhir

• Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa

Melayu

Page 7: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa Dewan Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi

binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Beberapa contoh ayat yang mengandungi kata kerja adalah seperti yang berikut.

1)Ali tidur.2)Mereka sedang membaca buku.3)Adik Fatimah bermain di padang.4)Pemandu itu membelok ke kanan.5)Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang.

Page 8: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa Dewan Dalam kelima-lima ayat di atas, kata kerja masing-

masing ialah tidur dalam ayat (1), membaca dalam ayat (2), bermain dalam ayat (3), membelok dalam ayat (4) dan disaksikan dalam ayat (5).

Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja aktif tak transitif tanpa pelangkap dan kata kerja tak transitif berpelangkap.

Page 9: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa Dewan

Kata Kerja

Kata Kerja Aktif aktif tak transitif

tanpa pelengkap

berpelengkap

Kata Kerja Pasif aktif transitif

Page 10: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa DewanKata Kerja Aktif Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu

ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan. Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

1) Kata kerja aktif tak transitif2) Kata kerja aktif transitif

Kata Kerja Aktif Tak Transitif Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak

memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

1) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap2) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

Page 11: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa Dewan1)Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja

yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut seperti dalam contoh berikut.:

1) Semua orang pulang.2) Adik saya masih tidur.3) Padi masih menguning.4) Pemuda itu tersenyum.5) Mereka asyik berbual.

Kesemua ayat di atas terdiri daripada subjek dan kata kerja yang berdiri sendiri iaitu tanpa pergantungan pada unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat. Kata kerja ini juga boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan maklumat tambahan. Contohnya:

Page 12: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa Dewan2) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang

mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mempunyai pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh kata kerja aktif tak transitif berpelengkap adalah seperti berikut:

1) Keadaan bapa beransur baik.2) Mereka tidak berbuat jahat.3) Mereka tinggal di Kampung Paya.4) Pengembara itu berselimutkan embun.5) Dia menjadi guru.

Page 13: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa Dewan Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang condong itu

ialah kata kerja aktif tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa jenis, iaitu kata adjektif, frasa sendi nama, dan kata nama.

Page 14: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa DewanKata Kerja Aktif Transitif Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek

yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh kata kerja transitif dalam ayat :

1) Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah.2) Saya telah menjawab surat itu.3) Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya. 4) Kami membaiki kereta kesayangan ayah.5) Dia memasukkan surat itu ke dalam sampul berdaftar.

Dalam contoh-contoh di atas, kata kerja membersihkan, menjawab, mengabaikan, membaiki dan memasukkan ialah kata kerja transitif. Contoh-contoh lain kata kerja transitif adalah seperti, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, memendekkan perjalanan dan sebagainya.

Page 15: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa DewanKata Kerja Pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses

transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh ayat pasif ialah:

1) Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh murid-murid.2) Surat itu telah saya jawab.3) Tugasnya tidak diabaikan oleh pegawai itu.4) Kereta kesayangan ayah kami baiki.5) Surat itu dimasukkannya ke dalam sampul berdaftar.

Page 16: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa Dewan Contoh kata kerja dibersihkan dalam ayat (1), saya jawab dalam

ayat (2), diabaikan dalam ayat (3), kami baiki dalam ayat (4) dan dimasukkan dalam ayat (5) ialah bentuk kata kerja pasif. Bahkan, salah satu ukuran yang dapat digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu kata kerja itu transitif atau tidak adalah dengan melihat sama ada kata kerja itu dapat mengalami proses pasif atau tidak.

Selain imbuhan meN-.. (kan/i) yang wujud dalam kata kerja transitif aktif, awalan ter- juga boleh hadir dalam kata kerja demikian, misalnya terlanggar, terminum, terpijak dan tertekan. Contoh dalam ayat:

1)Bas persiaran itu terlanggar tembok rumah Ali.2)Pekerja itu terminum racun serangga. 3)Saya terpijak tangannya.4)Dia tertelan biji nangka.

Page 17: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Tatabahasa Dewan Kata kerja pasif juga boleh mengandungi awalan ter-, misalnya:

terkarang, termaktub, terbina, dan ternampak. Berikut merupakan contoh dalam ayat:

1) Buku itu terkarang oleh Za’ba.2) Perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan.3) Istana Raja Melaka terbina dalam masa dua bulan.4) Asap kapal itu tidak ternampak lagi oleh mereka.

Page 18: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Menurut Asmah Haji Omar, apa yang dinamakan kata kerja ialah

kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat Subjek-Predikat - (objek) - (Ajung). Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja leksikal dan kata kerja bantu.

Kata Kerja

Kata Kerja Leksikal Kata Kerja Bantu

Page 19: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Leksikal Kata kerja leksikal merupakan kata kerja yang mendukung

makna leksikal, yakni makna yang mempunyai rujukan di luar rujukan nahu. Kata leksikal ini juga disebut kata kerja utama. Kata kerja dalam subgolongan ini merupakan sistem terbuka. Ini bermakna kata kerja yang baru boleh dibentuk dari perbendaharaan yang ada atau dimasukkan ke dalam bahasa Melayu dengan meminjam dari perbendaharaan asing.

Kata kerja leksikal boleh dibahagikan kepada dua subgolongan sama ada rujukannya itu perbuatan atau bukan perbuatan iaitu kata kerja perbuatan dan kata kerja keadaan. Perbezaan antara keduanya terletak pada subjeknya. Kata kerja perbuatan. Subjeknya adalah pelaku, sedangkan kata kerja keadaan subjeknya bukan pelaku.

Page 20: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir

Kata Kerja Leksikal

Kata Kerja Perbuatan Subjek: Pelaku

Kata Kerja Keadaan Subjek: Bukan Pelaku

Page 21: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Perbuatan Kata kerja perbuatan boleh dibahagikan kepada beberapa

subgolongan yang menunjukkan ada tiadanya ciri-ciri makna tertentu. Pembahagian-pembahagian itu adalah seperti berikut:

Subgolongan Kata Kerja Perbuatan Contoh1. Perbuatan Sengaja – Tak Sengajai) Perbuatan sengaja ialah perbuatan yang dilakukan dengan penuh sedar oleh pelaku. 

- membuka- memberi- mengambil- berdiri

ii) Perbuatan tak sengaja ialah kebalikan daripada perbuatan sengaja.

- tertidur- terambil- terkeluar- jatuh

Page 22: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir2. Perbuatan Kendiri- Luar Kendirii) Perbuatan kendiri adalah perbuatan yang berlaku atau dilakukan pada diri sendiri.

- mandi- bercukur- bersolek- berhias

ii) Perbuatan luar kendiri adalah perbuatan yang dilakukan pada orang atau benda lain. 

- jual- minum- mandikan- hidupkan

3. Perbuatan Menyebabkan- Tak Menyebabkani) Perbuatan menyebabkan ialah perbuatan yang menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa atau keadaan.

-bunuh (menyebabkan orang atau binatan mati)-basuh (menyebabkan bersih)

Page 23: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhirii) Perbuatan tak menyebabkan adalah lawan daripada perbuatan menyebabkan, yakni tidak menyebabkan terjadinya peristiwa atau keadaan.

- mati- datang- marah- berbaring

4. Menghasilkan- Tak Menghasilkani) Perbuatan menghasilkan adalah perbuatan yang merujuk kepada proses menghasilkan sesuatu.     

-masak (dalam masak nasi, masak gulai)-buat (dalam buat kuih, buat jerat)- tumbuk (dalam tumbuk kacang,tumbuk beras, tumbuk sambal)- jahit (dalam jahit baju, jahit seluar)

Page 24: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhirii) Perbuatan tak menghasilkan ialah objeknya tidak menunjuk hasilnya.

- buka- tutup- makan- sapu

5. Perbuatan Menyaling-Tak Menyalingi) Perbuatan menyaling diwakili oleh kata kerja yang menunjukkan adanya tindak balas. Perbuatan menyaling ini boleh didukung oleh awalan atau akhiran atau kedua-duanya: ber-, ber-an.

- bersalam- berbual- berpelukan- bermakian 

ii) Perbuatan tak menyaling merupakan perbuatan yang tak ada tindak balasnya.

- menegur- memeluk- memaki

Page 25: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir6. Perbuatan dengan Upaya Biasa-Upaya Luar Biasai) Perbuatan yang merujuk kepada upaya luar biasa itu pada lazimnya diwakili oleh kata kerja yang mempunyai awalan ter- (upaya). ii) Perbuatan yang diwakili oleh kata-kata tanpa awalan ter- yang berkenaan merujuk kepada upaya biasa.

- terangkat- tergamak

7. Perbuatan Seketika – Berterusani) Perbuatan seketika adalah perbuatan yang berlaku atau dilakukan dalam ketika-ketika yang terbatas.

- berdering- berlari- memandang- memanggil

Page 26: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhirii) Perbuatan berterusan pula merupakan perbuatan yang berlangsung terus- menerus untuk beberapa ketika. 

- berdering-dering- berlari-lari-memandang-mandang- memanggil-manggil

8. Perbuatan Tabiat- Bukan Tabiat i) Perbuatan tabiat ialah perbuatan yang dikerjakan sebagai ciri dalam hidup pelakunya.

- berjual (berjual nasi)- bekerja- berabdi

ii) Perbuatan bukan tabiat diwakili oleh kata kerja.

- menjual- mengerjakan- mengabdikan- memukul

Page 27: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir9. Perbuatan Gerak- Bukan Geraki) Perbuatan gerak diwakili oleh kata kerja yang merujuk kepada perbuatan yang bergerak dari satu titik ke titik yang lain.

- pergi- terbang- bawa- ambil

ii) Lawan kepada perbuatan gerak adalah perbuatan bukan gerak. Kata kerja bukan gerak tidak dapat bergabung dengan adverba arah.

- duduk- tidur - hinggap- bernyanyi

Page 28: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir10. Perbuatan Memanfaatkan-Bukan Memanfaatkani) Perbuatan memanfaatkan adalah perbuatan yang dilakukan untuk manfaat atau kepentingan orang lain. ii) Perbuatan yang tidak mendukung makna memanfaatkan adalah perbuatan yang diwakili oleh kata kerja.

- masakkan- tuliskan- bacakan- belikan 

- masak- bawa- tulis

Page 29: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Keadaan Kata kerja keadaan adalah kata kerja yang tidak menunjukkan

adanya gerak perbuatan. Kata Kerja ini adalah seperti hidup, mati, sakit, ada, punya, berbaju, menjual, letih, penat. Kata kerja keadaan boleh dibahagikan kepada kata kerja peristiwa, kata kerja kepunyaan dan kata kerja pemerian.

Kata Kerja

Keadaan

Kata Kerja Peristiwa

Kata Kerja Kepunyaan

Kata Kerja Pemerian

Page 30: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Peristiwa Kata kerja peristiwa ialah kata kerja yang

menerangkan sesuatu peristiwa seperti mati, hidup, lahir, sakit, kalah, menang, sembuh, ada (dalam pengertia wujud) dan sebagainya.

Kata Kerja Kepunyaan Kata kerja kepunyaan menyatakan milik atau

kepunyaan dan kata kerja ini terbatas jumlahnya. Kata-kata itu adalah ada, punya, mempunyai dan memiliki.

Page 31: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Pemerian Kata kerja pemerian memerikan atau meghuraikan

atau mentakrifkan sesuatu yang biasanya merupakan subjek ayat dan terbatas jumlahnya. Kata kerja ini adalah menjadi, merupakan dan terdiri (daripada).

Kata Kerja Kognisi Kata kerja kognisi adalah kata kerja yang merujuk

kepada hal-hal yang berhubung dengan akal fikiran seperti ingat, fikir, berfikir, percaya, yakin dan sebagainya.

Page 32: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Leksikal dalam Fungsi Nahuan Melihat kepada fungsi nahuan, kata kerja leksikal

boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif, tak transitif, aktif dan pasif.

Kata Kerja LeksikalFungsi Nahuan

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Aktif

Kata Kerja Pasif

Page 33: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Transitif Yang dimaksudkan dengan kata kerja transitif adalah

kata yang boleh diikuti oleh objek. Misalnya, Dia menulis surat.

KK ObjekDia membaca buku.

KK Objek Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada kata

kerja ekatransitif (yakni dengan satu objek), dan dwitransitif (yakni dengan dua objek). Kata kerja ekatransitif boleh dibahagikan kepada transitif jati dan transitif semu, sedangkan kata kerja dwitransitif benar-benar merupakan transitif jati. Transitif semu boleh mempunyai objek frasa atau objek klausa.

Page 34: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Transitif Objek Frasa dan Objek Klausa Kata kerja transitif dengan objek frasa adalah kata kerja

yang objeknya terdiri daripada hanya satu kata atau frasa seperti contoh yang diberi dalam 2.2.2.1. Kebanyakan dari kata kerja transitif dalam bahasa Melayu termasuk dalam subgolongan ini.

Terdapat sebilangan kecil kata kerja transitif yang hanya mengambil klausa sebagai objek. Kata kerja seperti ini ialah kata kerja kognisi dan beberapa dari kata kerja bukan kognisi seperti berkata.

1) Dia berkata bahawa dia tidak menyokong cadangan itu.

2) Saya tidak percaya bahawa dia mungkar. 3) Kami yakin dia akan berjaya.

Page 35: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Kata-kata yang berhuruf condong ini terdiri daripada

klausa yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja yang mendahuluinya. Jika klausa itu diganti dengan satu kata atau frasa nama, maka ayat-ayat yang dihasilkan bukan ayat nahuan. Misalnya:

1) Dia berkata hal itu kepada saya.2) Saya tidak percaya kata-katanya.3) Kami yakin perkara itu.

Ayat-ayat di atas boleh menjadi ayat nahuan yang baik jika objeknya mendahului pengantar objek akan atau tentang seperti dalam contoh di bawah ini.

1) Dia berkata tentang hal itu kepada saya.2) Saya tidak percaya akan kata-katanya.3) Kami yakin akan perkara itu.

Page 36: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Ekatransitif dan Dwitransitif Kata kerja ekatransitif adalah kata kerja yang mempunyai

satu objek sahaja, baik objek kata atau objek frasa mahupun objek klausa. Misalnya

1) Dia menulis surat. KK Objek

2) Dia membaca buku. KK Objek3) Dia berkata bahawa dia tidak menyokong

cadangan itu.4) Saya tidak percaya bahawa dia mungkar. 5) Kami yakin dia akan berjaya.

Page 37: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Kata kerja dwitransitif adalah kata kerja yang boleh

mengambil dua objek. Kedua-dua objek itu boleh terdiri daripada objek frasa atau satunya objek frasa dan satu lagi objek klausa. Contoh:

1)Dia memberi saya buku itu.2)Dia menghadiahkan saya baju itu.3) Dia memberitahu saya bahawa dia tidak

setuju.

Page 38: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Transitif Jati dan Kata Kerja Transitif Semu Kata kerja transitif jati dimaksudkan kata kerja yang

boleh dipasifkan dan digunakan dalam ayat yang mempunyai pola Objek-Perbuatan-Pelaku, misalnya menulis, membaca, menarik, memakai yang dalam bentuk pasifnya adalah ditulis, dibaca, ditarik, dipakai.  

Kata kerja transitif semu tidak boleh dipasifkan, yakni tidak boleh dikenakan awalan di-. Contoh kata kerja transitif semua adalah ada, gemar, punya.

1)Dia ada kereta.2)Kami gemar durian.3)Mereka tidak punya wang.

Page 39: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Walau bagaimanapun, ayat-ayat tersebut tidak

boleh diterbalikkan seperti di bawah ini :1) Kereta diadanya.2) Durian digemarnya.3) Wang tidak dipunyanya.

Page 40: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Aktif dan Pasif Kata kerja boleh ditinjau dari bentuknya dalam

susunan ayat. Kita dapati bahawa kata kerja transitif dalam susunan ayat Pelaku-Perbuatan-Objek mempunyai bentuk yang berbeza dengan ayat yang berfungsi dalam ayat yang bersusunan Objek-Pebuatan-Pelaku atau Objek-Pelaku-Perbuatan. Berdasarkan itu, kata kerja boleh dibahagikan kepada kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Pertimbangan aktif dan pasif ini hanya melibatkan kata kerja perbuatan dan kata kerja keadaan tidak dikenakan pembahagian aktif dan pasif.

Page 41: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Aktif Kata kerja aktif adalah kata kerja yang berfungsi pada

perbuatan dalam ayat yang berstruktur Pelaku-Perbuatan-Objek dan kata kerja yang berkenaan boleh transitif dan boleh tak transitif.

Oleh sebab kata kerja transitif terbahagi kepada transitif jati dan transitif semua, maka kata kerja aktif juga dibahagikan kepada aktif jati dan aktif semu.

Kata kerja aktif jati adalah kata kerja yang boleh dipasifkan. Kata kerja ini mengambil awalan me-. Contohnya, menulis, membaca dan sebagainya.

Kata kerja aktif semu adalah kata kerja yang tidak mempunyai bentuk pasifnya.

Page 42: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Pasif Seperti kata kerja aktif, kata kerja pasif juga mempunyai

pembahagian kepada pasif jati dan pasif semu.

Kata kerja pasif jati adalah kata kerja yang mengambil awalan di- misalnya ditulis, dibaca dan sebagainya dan dalam ayat digunakan dalam bentuk seperti itu. Kata kerja pasif jati berfungsi pada perbuatan dalam ayat Objek-Perbuatan-(oleh)-Pelaku.

Kata Kerja Pasif

Kata Kerja Pasif Jati

Kata Kerja Pasif Semu

Page 43: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Kata kerja pasif semu adalah kata kerja yang tidak

mengambil sebarang awalan kecuali per-, dan berfungsi pada perbuatan dalam ayat yang bersusunan Objek-Pelaku-Perbuatan.

Berdasarkan contoh ayat di atas, antara pelaku dengan kata kerja pasif semu tidak boleh disisipkan sebarang unsur lain seperti kata kerja bantu atau kata nafi.

Kata Kerja Pasif

Kata Kerja Pasif Jati Kata Kerja Pasif Semu

Susunan Ayat Objek-Perbuatan-(oleh)-Pelaku

Objek-Pelaku-Perbuatan

Contoh Ayat i) Surat itu ditulisnya.ii) Projek itu dikelolakan oleh kerajaan.

i) Hal itu sudah saya katakan kepadanya. ii)Tetamu itu hendak kami persilakan ke rumah kami.

Page 44: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Bantu Kata kerja bantu adalah kata kerja yang membantu

kata kerja leksikal dalam memberi aspek atau modalitas. Kata kerja bantu dapat dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu kata kerja aspek dan kata kerja modalitas. Kedua-dua subgolongan ini mendahului kata kerja leksikal dalam ayat. Dalam wacana, kedua-duanya boleh berdiri sebagao ayat minimal, misalnya:

A. Encik boleh tolong saya? B. Boleh.

A. Sudah makan, encik?B. Sudah

Page 45: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Kata kerja bantu memasuki sistem tertutup.

Sungguhpun ada kata kerja bantu yang diambil dari bahasa lain (mesti dari bahasa Inggeris, wajib dari bahasa Arab), jumlahnya terbatas walaupun terdapat kata kerja bantu yang diambil daripada bahasa lain (mesti daripada bahasa Inggeris, wajib dariapda bahasa Arab). Pengambilan tersebut berlaku dalam jangka masa yang lama.

Page 46: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Aspek Kata kerja aspek merujuk kepada proses perbuatan atau

keadaan sama ada belum, masih atau selesai berlaku. Kata kerja aspek mempunyai hubungan yang erat dengan konsep waktu, yakni waktu perbuatan atau keadaan berlaku. Kata kerja aspek dan pengertiannya adalah seperti berikut:

Kata Kerja Aspek Contoh

i) Menunjuk perbuatan yang sudah berlaku.

sudah, telah, pernah

ii) Menunjuk perbuatan atau keadaan yang sedang berlaku

sedang, masih, tengah,

iii) Menunjuk perbuatan yang belum berlaku

belum, akan

Page 47: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirSudah, Telah, Pernah Sudah menunjuk kepada perbuatan atau keadaan yang

sudah berlaku dan sudah selesai. Misalnya:1)Saya sudah membaca buku itu.2)Mereka sudah membuang sampah itu.

Telah, yang hanya digunakan dalam bahasa tulisan, menunjuk kepada perbuatan atau keadaan dalam masa yang lampau, tetapi perbuatan atau keadaan boleh menjadi selesai dan tidak selesai.

1)Saya telah menulis esei itu kelmarin tetapi belum selesai.

2) Mereka telah melihat dia di jalan tadi.

Page 48: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Perkataan telah dalam ayat-ayat di atas itu, jika digantikan dengan

sudah, akan menimbulkan ayat-ayat janggal.1) Saya sudah menulis esei itu kelmarin, tetapi belum selesai.2) Saya sudah melihat dia di jalan tadi.

Sebaliknya pula, ayat-ayat dengan sudah di bawah ini tidak boleh mengambil telah.

a. Dia sudah berangkat.b. *Dia telah berangkata. Mereka sudah berkahwin.b. *Mereka telah berkahwin.

Ayat-ayat (b) dalam pasangan-pasangan di atas tidak lagi janggal jika diperluaskan seperti di bawah ini :

1)Dia telah berangkat pukul tujuh tadi.2)Mereka telah berkahwin di hadapan kadi petang kelmarin.

Page 49: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Pernah merujuk kepada perbuatan atau keadaan yang berlaku

dalam jangka masa tertentu dalam masa lampau. Perbuatan atau keadaan pada masa lampau yang dirujuknya itu selesai. Contohnya:

1)Saya kenal orang itu. Dia pernah menjadi jiran saya sepuluh tahun yang lalu.

2) Dolah makin hari makin nakal kerana emaknya tidak pernah memarahinya.

3)Saya tidak pernah makan sushi. Seperti contoh ayat (ii) dan (iii) di atas, kata aspek sudah dan

pernah boleh diikuti oleh tidak. Misalnya: 1) Dia sudah tidak menghiraukan kita lagi.2) Dia pernah tidak makan selama dua puluh empat jam.

Page 50: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirSedang, Masih, Tengah Kata kerja aspek sedang merujuk kepada perbuatan yang terus

berlangsung dan belum selesai. Misalnya:1) Jangan bising. Ayah sedang tidur.2) Saya nampak dia di jalan tadi. Dia sedang menuju ke

pejabat pos.

3) Dia sedang dirawat di hospital. Sakitnya agak teruk. Kata kerja sedang tidak boleh bergabung dengan kata sifat.

Ayat-ayat di bawah ini janggal: 1) Dia sedang kecil.2) Dia sedang cantik.

Page 51: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Masih menunjuk kepada perbuatan, keadaan atau sifat yang

berlangsung dan belum selesai. Di samping itu, masih menunjuk kepada peralihan waktu antara dua perbuatan atau keadaan.

1) Kawan-kawannya sudah pulang. Dia masih bermain di padang.

2) Pak Ali sudah tua. Matanya masih terang.3) Dia tidak menegur kita. Dia masih marah kepada kita.

Tengah hanya digunakan dalam bahasa lisan untuk sedang. Contohnya:

1) Dia tengah makan waktu kita tiba.2) Saya tengah baca buku, tiba-tiba saya dengar pintu diketuk

orang.

Page 52: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirBelum, Akan Belum merujuk kepada perbuatan, keadaan atau sifat

yang tidak pernah berlaku. Di samping itu belum mengandungi ciri nafian. Misalnya:

1) Saya belum melihat orang itu.2) Ali belum pulang dari sekolah.3) Buah itu belum masak.

Dalam bahasa lisan, konsep belum didukung oleh frasa terpisah tak … lagi. Contohnya:

1)Saya tak melihat lagi orang itu.2)Ali tak pulang lagi dari sekolah.3)Buah itu tak tua lagi.

Page 53: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Penggunaan tak dalam ayat-ayat di atas tidak boleh

digantikan oleh tidak kerana makna yang didukung oleh tidak … lagi adalah tidak sama dengan makna yang didukung oleh belum atau tak. Misalnya:

1)Saya tidak melihat orang itu lagi (kerana orang itu sudah menghilangkan diri).

2)Ali tidak pulang dari sekolah lagi (kerana menghadiri kelas tambahan).

Page 54: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Kata aspek akan juga merujuk kepada perbuatan,

keadaan atau sifat yang tidak pernah berlaku sampai saat dilakukannya. Berbeza dengan belum, akan tidak mempunya ciri nafian tetapi mempunyai komponen makna kehendak. Misalnya :

1)Minah belum melihat pameran itu. Dia akan pergi besok.

2)Ahmad akan menyambut hari jadinya tidak lama lagi.

3)Perdana Menteri akan tiba lima minit sebelum upacara bermula. Oleh kerana akan mempunyai ciri kehendak, maka

terdapat makna bertindih yang didukung oleh mahu dan hendak. Dalam hal ini, timbul keraguan sama ada akan merupakan kata kerja aspek atau kata kerja modalitas.

Page 55: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirKata Kerja Modalitas Kata kerja modalitas membantu dalam memberi ciri

suasana kepada perbuatan atau keadaan yang dirujuk oleh kata kerja leksikal. Kata kerja modalitas dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Kata Kerja Modalitas Contohi) Menunjukkan kehendak mahu, hendakii) Menunjukkan keupayaan atau keizinan boleh, dapatiii) Menunjukkan kemestian mesti,wajib, harusiv) Menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan

Mungkin

v) Menunjuk keengganan Engganvi) Menunjuk keperluan Perlu

Page 56: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir1. Mahu, Hendak Kedua-dua kata kerja modalitas ini merujuk kepada rasa

kehendak akan perbuatan yang belum berlaku. i) a. Saya hendak tidur. Saya sudah mengantuk. b. Saya mahu tidur. Saya sudah mengantuk. ii) a. Keretanya sudah tua. Dia hendak membeli yang

baru. b. Keretanya sudah tua. Dia mahu membeli yang

baru.

Page 57: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir2. Boleh, Dapat Kata kerja modalitas boleh mempunyai komponen makna

keupayaan dan juga keizinan. Pada lazimnya, kedua-dua komponen makna boleh dibezakan satu sama lain dalam penggunaan kata-kata yang berkenaan itu dalam ayat.

Contoh boleh dengan komponen makna keupayaan:1) Anak saya sudah boleh berjalan.2) Dia boleh bercakap dalam tiga bahasa.

Contoh boleh dengan komponen makna keizinan:1) Loceng sudah berbunyi. Kita boleh keluar.2) Kita tidak boleh berniat jahat.

Page 58: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir Kata kerja modalitas dapat hanya mempunyai komponen

makna keupayaan. Dalam hal ini dapat hanya boleh mengantikan boleh keupayaan. Misalnya:

1) Kakinya masih sakit. Dapatkah dia berjalan?2) Hari itu hujan. Saya tidak dapat hadir ke mesyuarat

itu.

Page 59: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir3. Mesti, Wajib, Harus Ketiga-tiga kata kerja modalitas ini merujuk kepada

kemestian dan boleh bertukar ganti satu sama lain. Harus dalam bahasa keagamaan Islam mempunyai makna yang lain, yakni diizinkan.

1) Saya mesti belajar kuat, supaya lulus dengan baik.2) Rakyat Malaysia wajib taat kepada Negara Malaysia.3) Wakil rakyat harus mengambil tahu tentang

keadaan hidup rakyat di kawasannya.

Page 60: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir4. Mungkin Kata kerja mungkin mengandungi dua komponen makna,

iaitu kemungkinan dan kebarangkalian. Contoh ayat-ayat yang membawa makna kemungkinan seperti berikut:

1) Dia tidak mungkin tiba malam ini, kerana banjir besar di jalan.

2) Perkahwinan itu tidak mungkin berlangsung, kerana masing-masing berpegang teguh kepada agamanya. Contoh-contoh ayat dengan mungkin yang membawa

kebarangkalian adalah seperti berikut: 1) Saya mungkin ikut serta dalam pertunjukan itu.2) Bapanya mungkin tiba petang ini.

Page 61: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir5. Enggan Kata kerja modalitas enggan merupakan kata lawan bagi

mahu. Dalam perkataan lain, enggan membawa makna tidak mahu. Contoh dalam ayat:

1) Dia enggan datang.2) Kami enggan menerima jemputan itu.

Kata enggan tidak boleh bergabung dengan kata kerja keadaan Contohnya:

1) Dia enggan gemar durian itu. 2) Dia enggan bermimpi.

Page 62: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir6. Perlu Kata kerja modalitas perlu merujuk kepada keperluan atau

mustahaknya sesuatu. Contoh dalam ayat: 1) Saya tidak perlu hadir di mesyuarat itu.2) Dia perlu mengisi borang itu dahulu.

Page 63: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirPenggabungan Kata Kerja Bantu Kata kerja bantu tertentu, baik kata kerja aspek mahupun

kata kerja modalitas dapat bergabung sama sendiri. Ini bermakna penggabungan yang mungkin adalah seperti berikut:

i) Aspek + Aspekii) Modal + Modaliii) Aspek + Modal

Page 64: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirJenis

PenggabunganKata Kerja Bantu Contoh Ayat

1. Aspek + Aspek

belum pernah sudah pernah telah pernah 

1. Dia belum pernah datang.2. Dia sudah pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Cantik.3. Saya telah pernah melihatnya dahulu.

2. Modal + Modal

mesti bolehharus boleh(wajib boleh- tiada)

1. Kita mesti boleh sampai hari ini juga. 2. Dia harus boleh melompat pagar setinggi itu.

Page 65: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu Mutakhir3. Aspek + Modal sudah mahu

sudah wajibsudah boleh  

1. Saya sudah mahu berangkat pada waktu itu, tetapi tahu- tahu mereka sampai.2. Orang Islam yang akil baligh sudah wajib sembahyang.3. Anak saya yang kecil itu sudah boleh bertutur dengan baiknya.

belum mahubelum mestibelum dapatbelum perlu

4. Saya belum mahu mandi.5. Mereka belum mesti tidur.6. Kenderaan belum dapat melalui jalan itu kerana banjir.7. Dia belum perlu melaporkan diri.

masih hendakmasih mahumasih dapatmasih boleh

8. Dia masih hendak minum.9. Mereka masih mahu bercerita sungguhpun hari sudah larut malam.10. Usianya sudah lanjut, tetapi dia masih boleh bermain bola.

sedang mahusedang hendak

11. Mereka sedang hendak (mahu) keluar.  

akan bolehakan dapat

12. Tahun hadapan, dia akan boleh tinggal di kota. 13. Saya tidak akan dapat menghubunginya kerana di tempatnya tidak ada telefon atau pejabat pos.

Page 66: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Nahu Melayu MutakhirBentuk Lemah dari Kata Kerja Bantu Kata kerja bantu tertentu mempunyai bentuk lemah yang

biasanya timbul dalam bahasa lisan. Bentuk-bentuk lemah itu adalah seperti berikut:

nak untuk hendakmau untuk mahudah untuk sudah

Page 67: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau

perlakuan. Kata kerja pada umumnya ditandai oleh imbuhan-imbuhan seperti

ber-, ber…an, ber…kan, me-, me…kan, me…I, memper-, memper…kan, dan memper…i.  

Kata kerja yang tidak ditandai imbuhan dapat dibezakan daripada kata adjektif yang ditandai kata penguat seperti amat, sangat dan paling kerana kata kerja tidak ditandai oleh kata-kata penguat tersebut, misalnya *sangat duduk dan *paling hinggap tidak mungkin.

Kata kerja dalam Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dibahagikan kepada:

i) kata kerja tak transitifii) kata kerja transitifiii) kata kerja pasif

Page 68: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa MelayuKata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:i) asalii) berawalan ber-iii) berapitan ber…aniv) berapitan ber…kanv) berawalan me-vi) berawalan ter-

Kata kerja dalam bentuk asal merupakan kata kerja yang bebas dan tidak berimbuhan. Contohnya:ada, balik, bangkit, bangun, bantut, bantal, bersin, bocor, bubar, bunting, buntu, cabik, carik, cerna, cicir, datang, demam, diam, duduk, faham, gagal, gugur, habis, hadam, hadir, hamil, hancur, hapus, hidup, hilang, hinggap, ikut, ingat, jadi, jaga, kalah, kandas, karam, keluar, kembali, kembung, kemik, kempis, kenal, koyak, kudung, kuncup, lahir, lalu, lari, larut, lebur, lenyap, lesap dan seterusnya.

Page 69: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa MelayuKata Kerja Terikat

Ada juga kata kerja yang tidak berimbuhan tetapi bukan pula kata kerja asal melainkan kata kerja terikat, yakni tidak bebas, kerana memerlukan imbuhan ber-, atau me-, atau ter- untuk dapat digolongkan sebagai kata kerja sepenuhnya.

Contoh kata kerja terikat ialah : adu, agah, ajak, alih, air, ambil, ampu, anngap, angkat, antuk, asah, asuh, atur, babas, bakar, balah, bancuh, banting, bantu, basmi, basuh, bawa, bayar, beli dan seterusnya.

Page 70: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Kata kerja yang berawalan ber-, atau be-, atau bel- dikenal

sebagai kata kerja dalam bentuk terbitan kerana kata itu terbit daripada kata lain yang menjadi dasarnya. Contohnya : berasal, beroda, belajar, dan sebagainya.

Kata kerja yang berapitan ber…an terbit daripada kata lain yang diberi awalan ber- serta akhiran –an. Contohnya : bercucuran, berdekatan, berguguran, dan sebagainya

Kata kerja yang berapitan ber…kan terbit daripada kata lain yang diberi awalan ber- serta akhiran –kan. Contohnya: beralaskan, bersandarkan, bersenjatakan dan sebagainya.

Beberapa contoh kata kerja tak transitif yang berawalan me-, atau mem-, atau men-, atau meng- ialah : menyala, membanjir, mendarat, mengalir, dan sebagainya.

Page 71: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Beberapa contoh kata kerja yang berawalan ter- ialah :

termenung, tersenyum, tertawa dan sebagainya. Semua kata kerja tak transitif kecuali yang berapitan ber…kan

dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Oleh sebab itu, kata kerja tak transitif kecuali yang berapitan ber…kan dapat menjadi frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat sesuatu ayat.

Kata kerja tak transitif yang berapitan ber…kan tidak dapat berdiri sendiri sebagai frasa untuk bertugas sebagai predikat sesuatu ayat.

Kata kerja tak transitif yang berapitan ber…kan memerlukan penyertaan frasa nama yang bertugas sebagau objek kepada kata sendi akan yang akan disingkirkan menjadi akhiran –kan pada kata kerja yang berapitan ber…kan itu.

Page 72: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Kata kerja tak transitif yang berawalan ber-, atau me-,

atau ter-, misalnya berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya.

a)*Dia kata kepada saya. (tidak baku)Dia berkata kepada saya. (baku)

b)*Saya tanya kepada dia. (tidak baku) Saya bertanya kepada dia. (baku)c)*Jangan lompat. (tidak baku) Jangan melompat. (baku)d)*Dia senyum kepada saya. (tidak baku)

Dia tersenyum kepada saya. (baku)

Page 73: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Dalam ayat inti, kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh

frasa sendi yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek bagi kata sendi itu, tetapi tidak boleh diikuti oleh frasa nama yang seolah-olah menjadi objek bagi kata kerja tak transitif itu, kerana kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek. Misalnya:

*Saya tidak tahu alamatnya. (tidak baku) Saya tidak tahu akan alamatnya. (baku)

Page 74: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa MelayuKata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat.

Objek yang menyertai kata kerja transitif itu pula mestilah frasa nama.

Kata kerja transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:

i) berawalan me-ii) berapitan me…kaniii) berapitan me…iiv) berawalan rangkap memper-v) berapitan memper…kanvi) berapitan memper…i

Page 75: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Beberapa contoh kata kerja transitif yang berawalan me-,

atau mem-, atau men-, atau meng-, atau menge- ialah : melukis, membeli, menjual,nmenggoreng, mengecat dan sebagainya.

Kata kerja yang berapitan me…kan terbit daripada kata lain yang diberi awalan me- serta akhiran –kan. Contohnya: mengajarkan, membelikan, mendekatkan, memerahkan, mengesahkan, dan sebagainya.

Kata kerja yang berapitan me…I terbit daripada kata lain yang diberi awalan me- serta akhiran –i. Contohnya: membasahi, mendekati, menghinggapi, melalui dan sebagainya.

Page 76: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Awalan rangkap memper- terjadi daripada dua awalan yang

dirangkapkan jadi satu, iaitu mem- dan per-. Contohnya: memperalat, memperbanyak, memperoleh dan sebagainya.

Beberapa contoh kata kerja transitif yang berawalan rangkap memper- dan berakhiran –kan ialah: memperhatikan, memperlakukan, mempersatukan, dan sebagainya.

Kecuali kata makan dan minum semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me-.

a) *Dia suka baca buku. (tidak baku)Dia suka membaca buku. (baku)

b) *Amin tendang bola itu. (tidak baku)Amin menendang bola itu. (baku)

Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek.

Page 77: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa MelayuKata Kerja Pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak lagi berawalan me-. Selain itu, kata kerja pasif boleh berawalan per- serta berakhiran –i dan berakhiran –kan. Contohnya ambil, atasi, berikan, percepat, peringati, perhatikan, dan sebagainya.

Apabila kata kerja pasif disertai kata ganti diri pertama maka terbentuklah frasa kerja pasif diri pertama. Contohnya:

Kata Ganti Diri Pertama

akubetakamikitaku

saya

Kata Kerja Pasifambilatasi

berikanpercepatperingati

perhatikan

Frasa Kerja Pasif Diri Pertama

aku ambilbeta atasi

kami berikankita percepatkuperingati

saya perhatikan

Page 78: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Apabila kata kerja pasif disertai kata ganti diri kedua

pula maka terbentuklah frasa kerja pasif diri kedua. Contohnya:

Kata Ganti Diri Keduaandaawak

engkaukamukaliankau

Kata Kerja Pasifbacadekati

kerjakanperolehpelajari

perkatakan

Frasa Kerja Pasif Diri Keduaanda baca

awak dekatiengkau kerjakan

kamu perolehkalian pelajarikauperkatakan

Page 79: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Apabila kata kerja pasif disertai awalan di- atau awalan

rangkap diper- maka terbentuklah kata kerja pasif diri ketiga. Kata kerja pasif diri ketiga ada yang tidak berakhiran, ada yang berakhiran –i, dan ada juga berakhiran –kan. Contohnya:

di-

di-

di-

diper-

diper-

diper-

Awalan

baca

gemar

hindar

daya

ingat

juang

Kata Dasar

-i

-kan

 

-i

-kan

Akhiran

dibaca

digemari

dihindarkan

diperdaya

diperingati

diperjuangkan

Kata Kerja Pasif Diri Ketiga

Page 80: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Kata kerja pasif diri ketiga dapat berdiri sendiri dengan

makna sepenuhnya dalam ayat. Oleh sebab itu, kata kerja pasif diri ketiga dapat menjadi frasa kerja pasif diri ketiga serta boleh bertugas sebagai predikat ayat.

Kata kerja pasif boleh juga berawalan ber- seperti kata kerja tak transitif.

Beberapa contoh kata kerja pasif yang berawalan ter- seperti kata kerja tak transitif juga.

Beberapa contoh kata kerja pasif yang berawalan ter- ialah :terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya.

Page 81: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Ada juga kata kerja pasif yang berapitan ke…an seperti

kata nama terbitan. Beberapa contoh kata kerja pasif yang berapitan ke…an

ialah: kecurian, kedinginan, kehujanan, dan sebagainya. Satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif bantuan yang

terdiri daripada kata kerja pasif serta kata bantu kena. Contohnya: kena bunuh, kena curi, kena pukul, kena tendang, kena tipu, kena usik dan sebagainya.

Kata-kata lain tidak boleh diletakkan antara kata ganti diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif.

Page 82: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu Bentuk kata kerja pasif diri ketiga dengan awalan di- dan

awalan rangkap diper- tidak boleh digunakan untuk diri pertama dan diri kedua. Elakkan kesalahan seperti yang diberikan dalam kurungan di bawah ini:

i) kubeli (bukan *dibeli olehku)ii) kaubeli (bukan *dibeli oleh engkau)iii) saya perhatikan ( bukan *diperhatikan oleh saya)iv) kamu pelajari (bukan *dipelajari oleh saya)

Kata kerja pasif yang tidak berawalan di- tidak boleh digunakan untuk diri ketiga. Elakkan kesalahan-kesalahan seperti yang diberikan dalam kurungan di bawah ini:

i) diambil oleh Ali (bukan *Ali ambil)ii) dibeli olehnya (bukan *dia beli)iii) dicari oleh mereka (bukan *mereka cari)

Page 83: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Kesimpulan Berdasarkan huraian kata kerja yang telah dilakukan oleh tokoh-

tokoh bahasa bagi ketiga-tiga buah buku tatabahasa, iaitu Tatabahasa Dewan, Nahu Melayu Mutakhir dan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, dapat dilihat bahawa terdapat persamaan dan perbezaan dalam golongan kata kerja. Dari aspek peristilahan, ketiga-tiga buku menggunakan istilah yang sama bagi kata kerja.

Selain itu, dari aspek subgolongan kata, Asmah Haji Omar (2009) menggolongkan kata kerja dalam buku Nahu Melayu Mutakhir di bawah subgolongan karyaan manakala Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Asraf (2007), menggolongkan kata kerja dalam buku Tatabahasa Dewan serta Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu di bawah golongan utama.

Page 84: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Kesimpulan Berdasarkan ketiga-tiga buku yang telah dikaji, kata kerja yang

terdapat dalam buku Nahu Melayu Mutakhir telah dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja leksikal dan kata kerja bantu. Kata kerja leksikal dibahagikan kepada dua subgolongan yang lain, iaitu kata perbuatan dan kata keadaan. Dalam fungsi nahuan pula, kata kerja leksikal boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif, tak transitif, aktif dan pasif. Kata kerja bantu pula dibahagikan kepada kata kerja aspek dan kata kerja modalitas.

Sementara itu, penggolongan kata kerja bagi buku Tatabahasa Dewan dan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu adalah sama, iaitu terbahagi kepada kata kerja tak transitif, kata kerja transitif dan kata kerja pasif.

Page 85: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Kesimpulan Di samping itu, dari aspek pendekatan pula, Asmah Haji Omar

berpegang teguh pada teori struktural dengan melihat sesuatu nahu atau bahasa dari sudut struktur dan sistem kata serta fungsinya dalam ayat. Manakala, Tatabahasa Dewan dan Petunjuk Bahasa Melayu berkonsepkan Teorti Transformasi Generatif.

Kesimpulannya, terdapat persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiga buku tatahabahasa ini. Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya saling melengkapi bagi pemahaman dan kajian dalam bidang bahasa serta menjadi rujukan yang sangat penting terutama buat para guru dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Page 86: Perbandingan Tatabahasa Kata Kerja

Sekian, terima kasih.