peranan golongan intelektual brunei dalam konsep

16
PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP MELAYU ISLAM BERAJA Dr Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah Pengenalan Dalam titah pemasyhuran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam telah ditegaskan bahawa Negara Brunei Darussalam akan selama-lamanya menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja. Pengisytiharan tersebut telah menjadikan Melayu Islam Beraja sebagai konsep negara yang dijadikan dasar dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam segala hal ehwal di Negara Brunei Darussalam. Dalam titah pemasyhuran tersebut beberapa perkara yang ditegaskan ialah: 1. Brunei sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah. 2. Negara yang adil dan amanah serta bebas dengan petunjuk serta keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi memperoleh ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat. 3. Memelihara perhubungan persahabatan antarabangsa atas dasar saling hormat-menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan, dan keutuhan wilayah bagi semua

Upload: phungdat

Post on 30-Dec-2016

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

PERANANGOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI

DALAM KONSEP MELAYU ISLAM BERAJADr Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah

PengenalanDalam titah pemasyhuran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam telah ditegaskan bahawa Negara Brunei Darussalam akan selama-lamanya menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja. Pengisytiharan tersebut telah menjadikan Melayu Islam Beraja sebagai konsep negara yang dijadikan dasar dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam segala hal ehwal di Negara Brunei Darussalam. Dalam titah pemasyhuran tersebut beberapa perkara yang ditegaskan ialah:

1. Brunei sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah.

2. Negara yang adil dan amanah serta bebas dengan petunjuk serta keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi memperoleh ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat.

3. Memelihara perhubungan persahabatan antarabangsa atas dasar saling hormat-menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan, dan keutuhan wilayah bagi semua

Page 2: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

184 : B��N�I M��D��AB��N�I M��D��A

negara yang bebas daripada campur tangan dari luar negeri.

Pada awal pengisytiharan Melayu Islam Beraja memang tidak dinafikan wujudnya kewahaman dalam kalangan masyarakat tentangnya. Pada tahap itu, usaha membuat tafsiran dan penghuraiannya telah dilakukan. Terdapat beberapa titah �ebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memberi penjelasan tentang tafsiran Melayu Islam Beraja. Antaranya sempena sambutan Hari �eputeraan Baginda yang ke-44 pada tahun 1990:

Dari tiga rangkai kata:‘Melayu Islam Beraja, terdapat unsur atau nilai-nilai yang positif untuk ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu, ialah bahasanya. Siapapun tidak menyangkal, bahawa Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identiti. Demikian juga Islam, ialah ugama yang menjamin kepentingan rakyat dan penduduk dengan tidak mengira apa jua agama, suku kaum dan keturunan. Pendeknya, Ugama Islam adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan untuk semua. Kerana itu tidak siapa yang perlu takut atau merasa ragu mengenainya. Sementara perkataan beraja pula adalah menunjukkan kepada Kerajaan yang bersultan atau beraja yang sudah wujud dan menjadi warisan zaman sejak dari beberapa abad lagi.Pada tahun yang sama semasa sambutan Maulud Nabi yang

mempunyai tema ‘Sentiasa Mendukung �onsep Melayu Islam Beraja’, Baginda telah memberi penjelasan lanjut tentang kewajipan bangsa Melayu agar “Memelayukan segala tingkah laku dan perangai kita, penuh dengan sopan santun, hormat-menghormati, kasih sayang terhadap kanak-kanak, belas kasihan kepada orang lemah dan orang tua. �emudian dari sifat-sifat �emelayuan Brunei itu tergambar atau terpapar pula daripada pakaiannya, pada cara bergaulnya, cara berfikir dan bertindaknya”. Berkenaan dengan Islam, Baginda menekankan bahawa “Islam itu agama yang tinggi, agama yang kita akui sebagai agama yang benar. �asulullah diutus

Page 3: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

P��ANAN GOLONGAN INT�L��T�AL B��N�I ... : 18�: 18�18�

adalah untuk membawa agama ini, untuk disampaikan kepada sekalian umat manusia. Antara ajaran-ajaran Islam itu ialah menuju ke arah kesempurnaan akhlak, sebagaimana yang kita sudah sama-sama memahami maksud sebuah Hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, bahawa Baginda �asulullah itu diutus untuk menyempurnakan akhlak”. Manakala dalam hal beraja, baginda juga menjelaskan bahawa beraja mempunyai makna Bersultan. Maka tafsiran MIB itu ialah Negara Brunei Darussalam sebuah negara Melayu Islam yang bersultan.

Melalui titah-titah tersebut kesimpulan yang boleh diambil bahawa konsep Melayu Islam Beraja mempunyai ruang lingkup pengertian yang luas. Ia mencakupi elemen termasuk budaya, agama dan sistem sosial serta politik yang menjadi asas dan panduan bagi menjalankan segala aspek kehidupan dan untuk menuju akhirat. Walaupun sudah terdapat beberapa titah yang telah memberi penjelasan tentang maksud titah pemasyhuran tersebut, namun masih terdapat suara-suara yang meminta perincian tentang hasrat Baginda. Namun setelah 29 tahun sejak pengisytiharan, Melayu Islam Beraja telah menampakkan perkembangan positif. �efahaman dan penerimaan terhadap konsep tersebut dapat dilihat melalui pengamalan nilai-nilai Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat secara menyeluruh. Ini juga telah diakui oleh baginda semasa Majlis Forum Melayu Islam Beraja yang dianjurkan oleh Orang yang Dikurniai Gelaran pada 19 Mei 2009:

Beta tidaklah ragu, konsep ‘Melayu Islam Beraja’ telah difahami dengan baiknya serta didukung dengan tulus ikhlas oleh segenap lapisan rakyat. Ia bukan slogan, tetapi sistem yang mengawal cara hidup. Di bawahnya kita bernaung, membangun dan di bawahnya juga kita mendapat keadilan. Apakah yang lebih indah lagi daripada ini? Beta sedar, di peringkat awal konsep ini, terdapat sedikit kewahaman orang. Namun ini cumalah sementara sahaja, sebagai sifatnya benda baru yang belum sempat didalami pada ketika itu. Sekarang kita bertambah matang dan telah pun dalam menyelamnya sampai ke dasar, sehingga membolehkan kita dapat membawa naik mutiara-mutiara berharga untuk dipakai. Kita sekarang memakainya dengan amat selesa lagi bahagia, sementara orang lain yang melihat kita memakai

Page 4: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

186 : B��N�I M��D��AB��N�I M��D��A

itu, juga turut menganggapnya bagus dan menarik. Adapun yang dipakai itu tidak lain, dari ‘sistem’ kita sendiri, iaitu paksi kesejahteraan dan kemakmuran negara, MIB.�efahaman tentang Melayu Islam Beraja ini semakin meningkat

dengan adanya penegasan dan penjelasan yang dikurniakan oleh �ebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Perkara ini juga ditambah dengan penjelasan lanjut dan mendalam yang telah diusahakan oleh para intelektual. �eterlibatan para intelektual yang gigih dan berterusan juga telah membuahkan hasil dalam memberikan kesedaran dan menanamkan rasa tanggungjawab yang memastikan kelangsungan dan kesinambungan Melayu Islam Beraja. �ini pengetahuan mengenai Melayu Islam Beraja telah menunjukkan perkembangan yang positif, begitu juga kefahaman mengenainya tidak hanya terhad kepada orang awam semata-mata tetapi juga semakin ramai intelektual yang membuat kajian dalam bidang masing-masing dan mengaitkan dengan MIB.

Definisi dan Peranan Intelektual Konsep Melayu Islam BerajaIstilah intelektual merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang telah wujud sekurang-kurangnya sejak �M XVII dan terdapat beberapa definisi yang diberikan tentangnya. Namun istilah intelektual dalam konsep sosiologi moden dapat dikesan dalam perbicaraan �apten Alfred Dreyfus pada tahun 1898 di Perancis bilamana beliau telah diperangkap dan dijatuhi hukuman atas kesalahan treason (menceroboh).1 Pada ketika itu, istilah tersebut memberikan makna yang berkaitan dengan politik. Di �usia, istilah intelektual digunakan bagi merujuk golongan yang terasing daripada kelas gentry pedalaman, yang mempunyai kecenderungan terhadap budaya dan Sains �ropah, dan sangat kritikal kepada negara dan masyarakat. Manakala di Poland pula, intelek secara umumnya merupakan golongan yang mencari usaha mengekalkan budaya.2

Secara umum intelektual atau juga dikenali dengan istilah cendekiawan ialah seseorang atau sekumpulan orang yang

1 Burns, M., France and the Dreyfus Affair: A Documentary History, Bedford/St Martin’s, Boston, 1999.

2 Deborah Johnson, ‘The Malaysian Intelectual: A Brief Historical Overview of the Discourse’, SARI, 2009.

Page 5: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

P��ANAN GOLONGAN INT�L��T�AL B��N�I ... : 18�: 18�18�

mempunyai daya fikir, kefahaman, dan kemampuan berhujah yang tinggi dan menggunakan semua ini untuk menyumbang kepada kepentingan yang lebih luas. �amus English Oxford (1933) memberikan takrif intelektual sebagai “a person possessing, or supposed to possess, superior powers of intellect.”

Syed Hussein Altas (1977) pula mendefinisikan intelektual sebagai orang yang terlibat dalam pemikiran tentang idea atau masalah bukan bendawi dengan menggunakan taakulan. Manakala Camic dan Gross (2001) mendefinisikannya sebagai seorang yang relatif mampu menghasilkan idea ilmiah, pentafsiran, moral politik dan estetik. José Ferrater Mora (19�9) pula memberikan pengertian tentang intelektual yang lebih luas yang meliputi orang yang menulis esei, buku, ulasan, sajak, novel, dan simfoni. Selain itu, mereka yang mengajar di institusi pendidikan, menemukan teori baru, dan mereka yang menandatangani atau menolak manifesto juga boleh dikategorikan dalam istilah intelektual.

Berdasarkan takrif yang telah dibawakan dapat diambil kesimpulan bahawa intelektual ialah golongan pemikir. Selain daripada berfikir, intelek juga harus mengamalkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Sehubungan itu, dalam konteks Brunei Darussalam para intelek Melayu Islam Beraja itu mempunyai peranan:

1. Memartabat dan mengukuhkan pengetahuan ahli masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif yang dibawa oleh kemajuan teknologi yang tidak terkawal;

2. Berusaha untuk meningkatkan kefahaman, penghayatan dan pengamalan Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat;

3. Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat dengan erti kata yang luas dengan mengubah dan mendorong mereka untuk menyedari bahawa Melayu Islam Beraja ialah konsep dan dasar yang menjadi panduan dalam segala hal ehwal kehidupan yang memberikan manfaat serta tidak menghalang daripada mencapai kemajuan.

Page 6: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

188 : B��N�I M��D��AB��N�I M��D��A

Dr Azizan Bahari (2011) membahagikan golongan intelektual ini kepada tiga: Pertama ialah intelektual establishment, iaitu golongan yang

menggunakan ilmu pengetahuan dan daya inteleknya untuk membantu dan menyokong pihak-pihak yang kuat, berkuasa dan berpengaruh seperti pemerintah, syarikat besar, golongan dan kumpulan elit dalam masyarakat serta organisasi yang berkepentingan.

�edua, intelektual atas pagar, iaitu mereka yang menonjolkan diri dan menyokong sesuatu pihak pada sesuatu ketika dan suasana mengikut kesesuaian dirinya dan puaknya.

�etiga, intelektual umum, iaitu golongan yang berjuang dengan keupayaan inteleknya untuk kepentingan masyarakat luas, khususnya golongan-golongan atau pihak-pihak yang lemah, terpinggir, tidak mempunyai kuasa, daif atau ditindas. Walau bagaimanapun dalam konteks Brunei Darussalam,

kumpulan intelektual itu boleh dibahagikan kepada dua sahaja iaitu intelektual establishment dan intelektual awam.

Dalam konteks penyebaran �onsep Melayu Islam Beraja golongan intelektual memainkan peranan yang penting dalam usaha menambahkan kefahaman masyarakat. Terdapat berbagai-bagai cara dan pendekatan yang dilakukan dalam hal ini, antaranya termasuk penerbitan buku-buku dan artikel, memberikan ceramah dan bengkel serta dialog bersama dengan kumpulan sasaran sama ada secara bersemuka mahupun melalui media elektronik. Selain itu, pendekatan lain seperti persembahan pentas juga digunakan bagi mencapai sasaran terutama dalam kalangan penuntut-penuntut sekolah.

Intelektual Melayu Islam BerajaIntelek yang membincangkan tentang Melayu Islam Beraja tidak hanya terhad dalam kalangan orang tempatan. Bahkan pada awal konsep ini diperkenalkan secara rasmi, terdapat beberapa orang dalam kalangan expatriat terutama tenaga akademik yang bertugas di �niversiti Brunei Darussalam yang juga menulis dan memberikan ceramah mengenai Melayu Islam Beraja. Antara nama yang dikenali ialah Yang Mulia Dr Haji Mohammed Nazir dari Indonesia dan

Page 7: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

P��ANAN GOLONGAN INT�L��T�AL B��N�I ... : 189: 189189

Yang Mulia Haji Hamdan bin Abdul �ahman dari Malaysia. Mereka ini telah memberikan sudut pandang yang positif dan menyokong pembentukan Melayu Islam Beraja serta mengongsikan pengalaman negara mereka. Pada masa yang sama terdapat juga intelektual asing seperti G Braighlinn, Graham Saunders, Gunn dan Dobbs-Higginsons yang memberikan kritikan mereka berkaitan dengan tindakan berani Brunei Darussalam yang menjadikan Melayu Islam Beraja sebagai dasar dan konsep negara.3 Pada akhir-akhir ini terdapat beberapa lagi pengkaji asing seperti Anne Black (2008) dan Naimah Taib (2002) yang menulis artikel tentang bidang kajian masing-masing dan melihat kaitannya dengan Melayu Islam Beraja. Hasil tulisan intelektual asing ini telah memberikan gambaran bagaimana Melayu Islam Beraja itu telah menjadi tulang belakang dalam sistem kehidupan masyarakat Brunei.

Dalam kalangan intelektual tempatan, terdapat beberapa nama besar yang banyak menyumbang dalam memberikan kefahaman tentang Melayu Islam Beraja. Hampir keseluruhan intelek ini merupakan pegawai-pegawai kanan �erajaan atau dikenali sebagai intelektual establishment. Antaranya ialah Yang Berhormat Pehin �dana �hatib Dato Paduka Seri Setia �staz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman4, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) �staz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned�, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri �tama (Dr.) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin �dana �hatib Dato Seri Paduka Haji Awang �mar6, Yang Berhormat Pehin Siraja �hatib Dato Paduka Seri Setia Dr �staz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim�, Yang Berhormat Pehin Orang �aya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin �dana �hatib Dato Seri Paduka Haji Awang �mar8, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma �aja Dato Seri �tama Dr. �staz Haji Awang Mohd. Zain

3 Haji Abdul Latif Haji Ibrahim, Melayu Islam Beraja: Pengantar Huraian, Akademi Pengajian Brunei, Bandar Seri Begawan, 2003.

4 �ini memegang jawatan Menteri Hal �hwal Dalam Negeri.� Mufti �erajaan Negara Brunei Darussalam.6 Pengetua Pusat Sejarah Brunei.� �etua Hakim Syarie.8 Mantan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Page 8: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

190 : B��N�I M��D��AB��N�I M��D��A

bin Haji Serudin9, Dato Paduka Dr Hj Abdul Latif bin Haji Ibrahim10, Profesor Madya Dr Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid, dan banyak lagi. Mereka ini terlibat secara langsung dan boleh dikatakan antara pengasas kepada pemikiran dan pembentukan Melayu Islam Beraja. Selain itu, para intelektual ini juga merupakan penggubal dasar dan ahli akademik yang memastikan hasrat Melayu Islam Beraja dapat dilaksanakan dan direalisasikan.

Selain pegawai-pegawai kanan �erajaan, terdapat juga pemikir daripada kalangan para pegawai �erajaan yang lain seperti pegawai pentadbir, pegawai pelajaran malah dalam kalangan mahasiwa universiti yang menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan Melayu Islam Beraja dalam pelbagai bidang. �ebanyakan artikel ini telah diterbitkan dalam akhbar rasmi �erajaan Pelita Brunei dalam pelbagai keluaran. Penglibatan daripada kalangan ini merupakan suatu perkembangan yang positif yang menunjukkan bahawa kefahaman Melayu Islam Beraja itu telah meningkat. Penglibatan intelektual awam ini juga tidak kurang pentingnya kerana mereka merupakan golongan rakyat yang sama-sama mendukung keberkesanan dan kesinambungan penghayatan Melayu Islam Beraja.

Guru-guru juga merupakan golongan intelektual yang berperanan penting dalam penyaluran kefahaman dan memastikan penghayatan Melayu Islam Beraja terutama dalam kalangan pelajar-pelajar. Di samping memberikan ilmu kepada pelajar-pelajar, guru merupakan role model, justeru itu mereka mestilah mengamalkan dan menunjukkan keperibadian yang mulia selaras dengan nilai-nilai Melayu Islam Beraja.

Penyebaran dan Penghayatan Melayu Islam BerajaPenyebaran tentang Melayu Islam Beraja bermula dengan pengenalan dan penjelasan tentang konsep ini sebagai usaha memberi pengetahuan kepada masyarakat. Selepas pengisytiharan, kebanyakan artikel yang diterbitkan berkaitan dengan Melayu Islam

9 Mantan Menteri Hal �hwal �gama, Negara Brunei Darussalam.10 Beliau pernah memegang beberapa jawaran di jabatan-jabatan �erajaan.

Pernah menjawat sebagai Pengarah Akademi Pengajian Brunei, �BD dan jawatan terakhir adalah sebagai Pengarah Balai �enangan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul �hairi Waddien.

Page 9: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

P��ANAN GOLONGAN INT�L��T�AL B��N�I ... : 191: 191191

Beraja menumpukan perbincangan yang mendedahkan legitimasi tentang pengadoptasian Melayu Islam Beraja sebagai konsep negara. Pada tahap ini juga, penulisan-penulisan lebih ditumpukan kepada memberi pengetahuan dan kefahaman tentang Melayu Islam Beraja serta bagi menimbulkan kesedaran mengenai kepentingan mempertahankannya sebagai sandaran hidup dan jati diri orang Brunei.11 Setelah berada di bawah naungan British selama lebih �0 tahun, rakyat Brunei telah dikatakan mengalami kemerosotan identiti yang tidak hanya terhad pada perubahan dari segi budaya tetapi juga sistem politik. Sehubungan itu, pentingnya untuk menekankan semula pembinaan dan memelihara jati diri orang Brunei yang berasaskan adunan Melayu Islam Beraja.12

Selain itu, pendedahan sejarah tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku juga dibuat bagi membuktikan legitimasi Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Darussalam. Pendekatan ini bersesuaian kerana pada peringkat itu sungguhpun konsep Melayu Islam Beraja itu dikatakan sebagai suatu fahaman yang pada hakikatnya telah lama diamalkan, namun masih ada yang merasa sangsi, ragu dan menganggap bahawa Melayu Islam Beraja sebagai suatu yang baru dan asing.13 Bahkan pada peringkat awal walaupun Melayu Islam Beraja terhasil daripada titah �ebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ia tidak mendapat sambutan yang menyeluruh dan penyokong-penyokongnya menghadapi banyak rintangan.14

Pada tahap awal itu, perbincangan-perbincangan yang ditimbulkan oleh para intelek banyak menumpukan kepada asas memahamkan masyarakat bagi mengenal diri seperti siapa dan apa yang dimaksudkan dengan komponen Melayu, apa makna Islam, dan �aja. Dalam pada menjelaskan tentang kedudukan dan

11 Pehin Orang �aya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz, ‘Melayu Islam Beraja: Cara Hidup Masyarakat Brunei’, Seminar Melayu Islam Beraja sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-27 Tahun, anjuran Majlis Tetinggi Melayu Islam Beraja, 2011.

12 Ibid.13 Haji Abdul Latif Haji Ibrahim, Melayu Islam Beraja: ..., h. 1�.14 Pehin Orang �aya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz,

‘Melayu Islam Beraja: ...’.

Page 10: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

192 : B��N�I M��D��AB��N�I M��D��A

pengertian Melayu Islam Beraja, usaha untuk menjelaskan bahawa pengadaptasian Melayu Islam Beraja sebagai konsep negara tidak sekali-kali mendiskriminasikan hak-hak orang bukan Melayu dan bukan Islam, seperti yang didakwa intelek Barat.1� Malah setiap rakyat dan penduduk mempunyai hak jaminan perlindungan dan kesejahteraan yang wajar dan selaras dengan kedudukan masing-masing.

Pada tahap seterusnya pula ialah peringkat penerimaan. Setelah berbagai-bagai usaha memberi kefahaman dilakukan, Melayu Islam Beraja telah dapat diterima dengan baik terutama dalam kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Ini dapat dilihat bagaimana konsep Melayu Islam Beraja telah diterapkan dalam banyak hal termasuk dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan sosial dan fizikal di Negara Brunei Darussalam. Dalam pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, dan Pegawai kanan yang dilantik dalam Seminar Melayu Islam Beraja sempena Sambutan Hari �ebangsaan ke-2� tahun yang diadakan pada Mei tahun 2011 telah menunjukkan bahawa setiap kementerian telah mengambil kira aspek Melayu Islam Beraja dalam membuat perancangan dan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab kementerian masing-masing. Berdasarkan kaji selidik yang telah dibuat oleh Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja semasa Seminar tersebut, mendapati bahawa sebanyak 6� peratus daripada peserta mengakui bahawa mereka sangat bersetuju pihak �erajaan melalui kementerian-kementerian telah membuat perancangan strategik bagi mempertahankan Melayu Islam Beraja sebagai cara hidup masyarakat Brunei. Walaupun peratusan tersebut belum mencapai 100 peratus namun angka tersebut menunjukkan bahawa Melayu Islam Beraja telah diterima baik.

Pada peringkat pengamalan dan penghayatan, Abdul Latif (2003) berpendapat bahawa bagi mencapai kejayaan penghayatan Melayu Islam Beraja itu masih panjang jika bangsa Melayu Brunei tidak komited terhadap Melayu Islam Beraja. Memang bagi menilai pengamalan dan penghayatan Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan sukat-sukat yang tertentu. Namun jika diamati secara umum, Melayu

1� Haji Abdul Latif Haji Ibrahim, Melayu Islam Beraja: ..., h. 149.

Page 11: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

P��ANAN GOLONGAN INT�L��T�AL B��N�I ... : 193: 193193

Islam Beraja telah pun diamalkan dan dihayati, apatah lagi konsep ini sudah diakui dan diterima menjadi cara hidup bangsa Brunei sejak dahulu lagi. Namun memang tidak dinafikan bagi mencapai pengamalan dan penghayatan yang sepenuhnya masih boleh dipertikaikan. Dalam hal penghayatan ini, Melayu Islam Beraja akan sentiasa menghadapi cabaran kerana selaras dengan sifatnya sebagai cara hidup yang tidak bersifat statik.

Mendepani CabaranPelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang Melayu Islam Beraja dan ia bukan dilalui tanpa cabaran. Cabaran-cabaran tersebut tidak semestinya dilihat sebagai suatu yang melemahkan tetapi telah membuka ruang untuk sentiasa berfikir bagi menentukan strategi dan merancang usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif yang dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat.16

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh para intelektual, antaranya ialah:

Pertama, Melayu Islam Beraja mempunyai cakupan yang luas. �ebanyakan karya mengenai Melayu Islam Beraja yang diterbitkan lebih menumpukan kepada persoalan jati diri dan kebudayaan, walhal Melayu Islam Beraja itu meliputi segala aspek kehidupan. Setakat ini walaupun kajian mengenai Melayu Islam Beraja dan kaitannya dalam pelbagai bidang menunjukkan peningkatan yang positif namun kajian tersebut masih belum mencukupi dan penerbitan hasil kajian ini juga adalah masih terhad. Walaupun dari segi maksud telah jelas hasrat untuk menjadikan negara Brunei Darussalam kekal sebagai negara Melayu, Islam dan Beraja tetapi bagi mencapai hasrat itu perancangan dan pelaksanaannya masih terpulang kepada kepintaran, kepandaian, kebolehan, kebijaksanaan, dan ilmu pihak yang diamanahkan untuk membuat perinciannya, dan yang penting

16 Pehin Orang �aya Seri �erna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Ucapan Perasmian Seminar Melayu Islam Beraja sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-27 Tahun anjuran Majlis Tetinggi Melayu Islam Beraja, 2011.

Page 12: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

194 : B��N�I M��D��AB��N�I M��D��A

segalanya tidak bertentangan dengan dasar dan konsep tersebut.1� Dalam hal ini, semua kementerian telah mengambil kira aspek Melayu Islam Beraja untuk diterjemah dan diaplikasikan selaras dengan bidang kuasa dan tugas masing-masing.

�edua, sebagai konsep kebangsaan Melayu Islam Beraja, secara idealnya harus difahami dan dihayati oleh semua golongan masyarakat. Walau bagaimanapun, bagi mencapai semua golongan sasaran masyarakat bukanlah suatu perkara yang mudah. Memang diakui secara umum penyebaran Melayu Islam Beraja ini telah dilakukan secara formal dan tidak formal. Sistem pendidikan telah menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Melayu Islam Beraja pada semua peringkat, iaitu peringkat Sekolah �endah hingga Pengajian Tinggi sejak tahun 1990-an. Sukatan mata pelajaran Melayu Islam Beraja direka bentuk dan disesuaikan dengan tahap dan perkembangan psikologi pelajar-pelajar. Tambahan lagi, Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja melalui Sekretariatnya juga sentiasa bergerak menyebarkan maklumat kepada orang awam termasuk pelajar-pelajar pusat tingkatan enam, sekolah vokasional dan teknikal, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, dan pegawai-pegawai serta kakitangan �erajaan. Ini telah memberikan kesan tahap pengetahuan yang tinggi dalam kalangan masyarakat, terutama mereka yang telah mengikuti mata pelajaran dan program-program sokongan jangka pendek yang telah diungkayahkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat dalam kalangan masyarakat yang tidak mempunyai peluang tersebut. Maka golongan ini perlu diberikan perhatian bagi memastikan mereka tidak terpinggir. �saha bagi menjangkau sasaran secara menyeluruh perlu dilakukan agar semua rakyat dan penduduk Negara ini dapat mengetahui, memahami, dan yang penting sekali ialah agar Melayu Islam Beraja dapat dihayati serta diamalkan dengan baik.

�etiga, pendekatan yang sesuai juga merupakan aspek penting bagi memastikan segala maklumat dan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dan diserap dengan berkesan. Setiap kumpulan sasaran mempunyai kecenderungan yang berbeza. Daripada itu, kaedah-

1� Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri �tama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, Perlaksanaan Dasar Negara Melayu Islam Beraja, Pusat Sejarah, Bandar Seri Begawan, 1996.

Page 13: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

P��ANAN GOLONGAN INT�L��T�AL B��N�I ... : 19�: 19�19�

kaedah yang digunakan dalam penyebaran mestilah sesuai dengan peringkat golongan sasaran. Selain itu, kaedah dan teknik yang digunakan mestilah menarik dan boleh meningkatkan partisipasti daripada kalangan golongan sasaran. Gaya bahasa juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Sebagai contoh menyelitkan humor dan gaya bahasa yang digunakan seharian biasanya mudah diterima oleh sasaran golongan awam. Namun pedekatan seperti ini tidak semestinya berkesan apabila digunakan dalam kalangan kanak-kanak. Pada peringkat ini, kaedah bermain dan animasi adalah lebih bersesuaian, popular, dan berkesan. Pemilihan kaedah-kaedah yang tidak bersesuaian dengan golongan sasaran bukan sahaja boleh menimbulkan kebosanan tetapi juga boleh menggagalkan penerimaan dan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan.

Proses globalisasi memberikan cabaran yang hebat terhadap kefahaman dan penghayatan Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat. Ideologi dan kejadian-kejadian yang berlaku di luar negara kini sangat mudah diakses melalui proses globalisasi. Manfred Steger, pensyarah �niversitas Illinois, menyimpulkan bahawa globalisasi ialah sebuah proses sosial multidimensi yang menciptakan, melipatgandakan, membentangkan, dan menguatkan ketergantungan sosial dan pertukaran di serata dunia manakala pada waktu yang sama turut mengembangkan di dalam masyarakat sebuah kesedaran akan hubungan yang rapat antara tempatan dan yang jauh di seberang.18 Dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat kini telah mempercepat pengaliran maklumat yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat dan penduduk. Sehubungan dengan itu, para intelektual menghadapi cabaran untuk menangkis fahaman yang bertentangan dan tidak benar tentang Melayu Islam Beraja. Masyarakat perlu dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi berkenaan dengan Melayu Islam Beraja agar mereka dapat menilai dan mencerna segala maklumat dengan kritikal dan tidak menerimanya bulat-bulat dan tiada tapisan.

Mekanisme atau alat penyebaran juga mempunyai peranan penting untuk mecapai kesan yang maksima. Pemilihan media

18 Ahmad Sahidah, Peranan Intelektual Malaysia di Zaman Globalisasi, 2009 http://www.scribd.com/doc/14896968/Peranan-Intelektual-Di-Zaman-Globalisasi, dilayari pada Februari 2012.

Page 14: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

196 : B��N�I M��D��AB��N�I M��D��A

yang sesuai berpengaruh untuk mencanai persepsi dan pemikiran sasaran, dan jika dikendalikan dengan bijak akan dapat membantu sasaran untuk menghargai dan memahami tentang Melayu Islam Beraja.19 �emajuan teknologi memberikan peluang yang luas untuk dimanfaatkan bagi mencapai sasaran yang lebih luas. Dalam hal ini, para intelektual perlu memanfaatkan teknologi atau media yang sesuai dan aksesibel. Dalam perkembangan media baru, jaringan sosial dan laman web wajar dimanfaatkan untuk memberigakan tentang Melayu Islam Beraja bagi menjangkau sasaran yang lebih luas yang tidak mengehadkan kepada rakyat dan penduduk tempatan malah memberi ruang kepada sasaran secara global bagi memahamkan konsep ini dari perspektif yang sebenarnya. Program-program seperti dokumentari dan rakaman dialog interaktif yang ditayangkan melalui televisyen, radio, dan ‘youtube’ juga boleh dilakukan. Memang tidak dinafikan, tidak semua intelektual mempunyai kemahiran, namun perkara ini boleh diatasi dengan mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkemahiran dan/atau menggunakan jaringan sosial yang mudah dikendalikan.

KesimpulanPerbincangan tentang Melayu Islam Beraja akan sentiasa dibuat kerana kedudukannya bukan sahaja sebagai konsep negara tetapi juga sebagai cara hidup. Para intelektual mempunyai peranan yang penting untuk sentiasa memberi pengetahuan bagi meningkatkan kefahaman untuk mengukuhkan penghayatan masyarakat tentang Melayu Islam Beraja. Pemikiran ini harus disampaikan melalui pelbagai kaedah dan media. Dalam era kemajuan teknologi maklumat ini, para intelektual harus mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan media baru dan memanfaatkannya untuk menyebarkan maklumat tentang Melayu Islam Beraja kepada golongan sasaran yang lebih luas, selain menggunakan kaedah tradisional yang disampaikan dalam persidangan, seminar, akhbar, dan buku.

19 �aja Nazrin, Duli Yang Teramat Mulia �aja Muda Perak Darul �idzuan, �captama Majlis Forum �has Mengenai �onsep Melayu Islam Beraja sempena Hari �eputeraan �ebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-60, Mutiara Bangsa: Melayu Islam Beraja, Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Bandar Seri Begawan, 2012, h. 10–2�.

Page 15: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

P��ANAN GOLONGAN INT�L��T�AL B��N�I ... : 19�: 19�19�

BibliografiHaji Abdul Latif Haji Ibrahim, Melayu Islam Beraja: Pengantar Huraian,

Akademi Pengajian Brunei, Bandar Seri Begawan, 2003.Pehin Orang �aya Seri �erna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar

bin Haji Apong, Ucapan Perasmian Seminar Melayu Islam Beraja sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-27 Tahun anjuran Majlis Tetinggi Melayu Islam Beraja, 2011.

Ahmad Sahidah, Peranan Intelektual Malaysia di Zaman Globalisasi, 2009 http://www.scribd.com/doc/14896968/Peranan-Intelektual-Di-Zaman-Globalisasi, dilayari pada Februari 2012.

Ann Black, ‘Ideology and Law: The Impact of the MIB on Law and Dispute �esolution in the Sultanate of Brunei Darussalam’, Asian Journal of Comparative Law, 2008, h. 1–41.

Pehin Orang �aya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz, ‘Melayu Islam Beraja: Cara Hidup Masyarakat Brunei’, Seminar Melayu Islam Beraja sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-27 Tahun, anjuran Majlis Tetinggi Melayu Islam Beraja, 2011.

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri �tama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, Perlaksanaan Dasar Negara Melayu Islam Beraja, Pusat Sejarah, Bandar Seri Begawan, 1996.

Azizan Bahari, Siapakah dan Apakah Peranan Intelektual?, http://www.sukarelawanmalaysia.com/v1/catatan-komentar/110-SIAPA�AH-DAN-APA�AH-P��ANAN-INT�L��T�AL.html, � Januari 2011, dilayari pada Februari 2012.

Burns, M., France and the Dreyfus Affair: A Documentary History, Bedford/St Martin’s, Boston, 1999.

Charles Camic dan Neil Gross, ‘The New Sociology of Ideas’, Blackwell Companion to Sociology, h. 236–249, J. Blau Malden, (ed.), Blackweel Coser, MA, 2001.

Deborah Johnson, ‘The Malaysian Intelectual: A Brief Historical Overview of the Discourse’, SARI, 2009, h. 13–26

Oxford English Dictionary. The Oxford English Dictionary: Being a Corrected Re-Issue with and Introduction, Supplement, and Bibliography of a New English Dictionary on Historical Principles, the Clarendon Press, Oxford, 1933.

Mora, José Ferrater, The Intellectual in Contemporary Society, Ethics, Vol. 69, No. 2, January 19�9.

Page 16: PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP

198 : B��N�I M��D��AB��N�I M��D��A

Naimah S. Talib, A �esilient Monarchy: The Sultanate of Brunei and �egime Legitimacy in an �ra of Democratic Nation States, New Zealand Journal of Asian Studies, 2002, h. 134–14�.

Orang-orang Yang Dikurniai Gelaran, Teras Brunei Melayu Islam Beraja. Pejabat �ebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, 2009.

�aja Nazrin Shah, Duli Yang Teramat Mulia �aja Muda Perak Darul �idzuan, �captama Majlis Forum �has Mengenai �onsep Melayu Islam Beraja sempena Hari �eputeraan �ebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-60, Mutiara Bangsa: Melayu Islam Beraja, Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Bandar Seri Begawan, 2012, h. 10–2�.

Syed Hussein Altas, Intellectuals in Developing Societies, Frank Cass, London, 19��.